Bantuan:Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wikipedia:DIFF)

Laman perbezaan antara semakan (diff) menunjukkan perbezaan antara dua versi bagi sesuatu laman.

Pautan kepada laman diff digunakan di pelbagai laman khas, termasuk sejarah laman, sumbangan pengguna, perubahan terkini, Perubahan berkaitan, dan senarai pantau.

Dengan menggunakan sejarah laman, anda boleh menjana laman diff antara mana-mana dua versi – pilih butang radio di lajur kiri untuk versi lama, dan butang radio di lajur kanan untuk versi baru, kemudian klik "Bandingkan versi-versi yang dipilih".

Sementara menyunting laman, butang "Tunjukkan perubahan" memaparkan perubahan yang anda bakal lakukan. Diff ini juga ditunjukkan apabila berlakunya percanggahan penyuntingan.

Contoh berikut menunjukkan bahagian atas laman diff (sesetengah pautan ini adalah semu (dummy) sahaja). Versi yang lama ditunjukkan di kiri, dan versi yang baru pula di kanan.

Semakan pada 22:32, 3 Ogos 2010 (sunting)

Aurora (bincang | sumb.)
(Ringkasan berguna untuk diff)
Suntingan sebelumnya

Semakan pada 00:10, 18 Januari 2011 (sunting) (batalkan)

Fanatix (bincang | sumb.)    [undur]
k (pembetulan, + Panduan Pengguna MediaWiki)

Baris 8: Baris 8:
Butang [[Bantuan:Pembatalan suntingan|undur]] ditunjukkan untuk membolehkan pengendali sistem (sysop) mengundurkan laman dari versi baru ke versi lama. Butang [[Bantuan:Pembatalan suntingan|undur]] ditunjukkan untuk membolehkan pengendali sistem (sysop) mengundurkan laman dari versi baru ke versi lama.
- Ini hanya ditunjukkan apabila memaparkan perbezaan antara versi semasa dan versi yang terkini sebelumnya. + Ini hanya ditunjukkan apabila memaparkan perbezaan antara versi terkini sesuatu laman dan versi terkini oleh seorang pengarang selain pengarang versi terkini.
Contoh ini menunjukkan bahagian atas laman diff, dengan pautan kepada unsur-unsur yang berkenaan. Contoh ini menunjukkan bahagian atas laman diff, dengan pautan kepada unsur-unsur yang berkenaan.
Baris 25: Baris 25:
</table> </table>
+ [[Panduan Pengguna MediaWiki]]
+

Penjelasan warna[sunting | sunting sumber]

Teks yang tidak diubah berhuruf hitam pada latar kelabu (hanya menunjukkan bahagian-bahagian sebelum dan selepas teks yang disunting). Perenggan-perenggan yang disunting disorot dengan latar kuning di sebelah versi lama, dan latar hijau di sebelah versi baru. Apabila seluruh perenggan dipadamkan atau diisikan, sebelah yang lain itu dibiarkan kosong (putih). Teks yang dipadamkan itu ditunjukkan dengan huruf merah di versi lama. Teks baru ditunjukkan berwarna merah dalam versi baru.

Petunjuk warna
Versi lama Versi baru
tidak berubah tidak berubah
perenggan disunting perenggan disunting
perenggan dipadamkan  
  perenggan diisikan
teks dipadamkan teks diisikan

Kawalan dan pautan[sunting | sunting sumber]

Pautan-pautan "Semakan pada tarikh" berpaut dengan versi masing-masing. Jika versi yang baru itu adalah yang terkini, pautannya akan ke laman yang biasa dan tertera "Semakan semasa pada date".

Pautan "(sunting)" akan membawa anda ke laman untuk menyunting versi itu. Anda akan diingatkan bahawa anda bakal menyunting semakan yang ketinggalan zaman; jika anda mengabaikan amaran itu dan terus membuat suntingan di situ, anda akan membatalkan semua suntingan yang dibuat selepas semakan itu.

Pautan "(batalkan)" di sebelah semakan baru akan membatalkan suntingan itu. Jika anda mengklik pautan itu, anda boleh melihat laman diff bagi suntingan yang bakal anda lakukan, dan ringkasan penyuntingan secara automatik akan diisi dengan ungkapan MediaWiki:undo-summary (Membatalkan semakan $1 oleh $2 (perbincangan)). Ringkasan ini boleh disunting sebelum anda menyerahkan suntingan anda. Apabila anda membuat asal beberapa suntingan sekaligus, ringkasan automatik itu mungkin tidak berkesan. Walaupun pautan itu wujud di semua laman diff, namun ia tidak berfungsi jika semakan-semakan itu bercanggah. Biasanya, versi-versi yang lebih lama daripada versi semasa tidak boleh dibuat asal sebegini. Jika ia tidak berkesan, anda akan diberitahu bahawa suntingan itu tidak dapat dibatalkan lalu dibawa balik ke laman penyuntingan biasa versi semasa.

Di bawahnya adalah pautan-pautan kepada laman pengguna dan laman perbincangan setiap pengguna yang masing-masing menyunting versi lama dan baru. Pautan kepada senarai sumbangan pengguna juga ditunjukkan. Untuk pihak pentadbiran dan pengundur (rollbackers), butang "[undur]" juga disediakan di mana bersesuaian untuk mereka mengundurkan segala suntingan yang dilakukan oleh pengguna itu.

Selepas ini, ringkasan penyuntingan juga ditunjukkan dalam tanda kurungan. Jika pengguna telah menggunakan pautan dalam ringkasan penyuntingannya, ia juga muncul sebagai pautan yang berfungsi pada diff. Jika penyunting menandai suntingan ini sebagai minor edit, huruf k muncul sebelum penyuntingan.

Pautan "Suntingan sebelumnya" dan "Suntingan berikutnya" membawa anda diff yang lebih awal atau lewat. Apabila anda melihat diff antara dua versi laman yang tidak berturut-turut, anda juga akan melihat pesanan "(x semakan pertengahan oleh x pengguna tidak dipaparkan.)".

Selepas jadual perbezaan, versi yang baru itu ditunjukkan sepenuhnya di bawah, melainkan anda membuat tetapan keutamaan supaya ini tidak dipaparkan.