Wikipedia:Gambar pilihan/2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tarikh
24
Oktober 2017
(Selasa)
Minggu: 43

Arkib gambar pilihan mengikut tahun

2006200720082009 (BulananMingguan) • 20102011201220132014201520162017
Pilihan tahun iniPencalonanSingkir cache

Ruangan Gambar pilihan di Laman Utama memaparkan gambar-gambar dengan leraian terbaik yang boleh didapati dan difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama. Gambar-gambar ini akan ditukar setiap minggu dan dipilih daripada:

  • Sains dan teknologi
  • Alam sekitar
  • Bangunan dan seni bina
  • Masyarakat dan budaya

Minggu 27 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Itik Mandarin Seekor Itik Mandarin (Aix galericulata) jantan di "Pusat Ayam Hutan dan Tanah Bencah Slimbridge", Gloucestershire, England. Itik mandarin merupakan sejenis itik bersaiz sederhana, dan berkait rapat dengan Itik Kayu Amerika Utara. Ia memiliki badan sepanjang 41-49 cm dan rentang sayap 65-75 cm.

Artist: Arpingstone
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 28 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Pertunjukan lagak ngeri Piroteknik oleh "Giant Auto Rodéo" Lagak ngeri merupakan satu perbuatan fizikal yang luar biasa dan mengagumkan, atau sebarang aksi yang memerlukan kemahiran khas, dilakukan untuk kegunaan artistik di dalam televisyen, panggung atau filem. Lagak ngeri memiliki bahagian besar di dalam kebanyakan filem aksi.

Artist: Lviatour
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 29 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Buah delima yang masak ranum Buah delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba. Ia kini ditanam secara meluas di seluruh Asia Tengah, Timur Tengah, India, Pakistan, Asia Tenggara dan kawasan bertropika di Afrika. Delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Artist: Fir0002
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 30 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Air terjun Niagara Air terjun Niagara adalah merupakan satu kelompok air terjun yang besar di Sungai Niagara yang terbentang di sempadan yang memisahkan Wilayah Ontario, Kanada dan negeri New York, Amerika Syarikat. Air terjun ini terletak 27 km di barat daya Buffalo, New York, 120 km di selatan Toronto, Ontario di antara bandar berkembar Niagara Falls, Ontario dan Niagara Falls, New York.

Artist: Kag427
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 31 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Kincir angin di Campo de Criptana, La Mancha, Sepanyol Kincir angin adalah sebuah mesin yang digerakkan oleh tenaga angin untuk menumbuk bijiran dan mengairi ladang. Kini, kincir angin moden yang digunakan bagi menghasilkan tenaga elektrik dikenali sebagai turbin angin. Turbin angin banyak digunakan di Eropah dan Amerika Utara.

Artist: Lourdes Cardenal
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 32 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Mancis Mancis adalah satu alat penghidup api pakai buang yang digunakan dalam keadaan terkawal apabila diperlukan. Mancis terdiri daripada dua bahagian utama iaitu "batang mancis" (dibuat daripada kayu atau kertas keras) dan "kepala mancis" yang memiliki unsur fosforus. Kepala mancis akan menyala akibat dari haba yang terhasil apabila kepala mancis digesek dengan permukaan yang bersesuaian.

Artist: Rise0011
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 33 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Pensel warna Pensel ialah sejenis alat tulis yang juga boleh digunakan untuk melukis. Pensel terdiri daripada sebatang pigmen (biasanya grafit, terkadang pigmen berwarna atau arang) yang diletakkan dalam batang kayu (kertas dan plastik juga digunakan) bagi menghasilkan tanda pada kertas.

Artist: [1]
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 34 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Pensel warna Pensel ialah sejenis alat tulis yang juga boleh digunakan untuk melukis. Pensel terdiri daripada sebatang pigmen (biasanya grafit, terkadang pigmen berwarna atau arang) yang diletakkan dalam batang kayu (kertas dan plastik juga digunakan) bagi menghasilkan tanda pada kertas.

Artist: [2]
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 35 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Istana Nagoya-kini Istana kota Nagoya adalah sebuah istana kota yang terletak di kota Nagoya, wilayah Aichi, Jepun. Di sekeliling istana ini terdapat Taman Meijō. Istana ini pernah menjadi tempat kediaman rasmi Keluarga Tokugawa-Owari selama 17 generasi. Istana Nagoya diwar-warkan sebagai salah satu daripada tiga buah istana terbaik di Jepun yang pernah dibina oleh Kato Kiyomasa dan Tōdō Takatora. Dua istana lainnya adalah Istana kota Osaka dan Istana Kumamoto.

Artist: Base64
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 36 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Komet Hele Bopp Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais dan tanah yang bergerak mengelilingi matahari di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk bujur, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet.

Artist: Philipp Salzgeber
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 37 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Konsep artis HD 209458 b mentransit bintangnya HD 209458 b merupakan sebuah planet luar suria yang mengorbit bintang HD 209458 dalam buruj Pegasus, kira-kira 150 tahun cahaya dari Sistem Suria. HD 209458 merupakan bintang magnitud ke-8, dan boleh dilihat dari Bumi menggunakan teropong.

Artist: European Space Agency, Alfred Vidal-Madjar (Institut d'Astrophysique de Paris, CNRS, France) and NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 38 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Stesen Angkasa Antarabangsa Stesen Angkasa Antarabangsa (SAA) adalah sebuah stesen angkasa yang terletak pada ketinggian 360 kilometer dari permukaan Bumi. Stesen ini mengorbit Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j. Dalam sehari, ia akan mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 kali.

Artist: NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 39 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Perspektif pemandangan Himalaya dan Gunung Everest sebagaimana dilihat dari angkasa arah selatan-baratdaya dari tanah tinggi Tibet Himalaya (Banjaran Himalaya) adalah banjaran gunung di Asia, memisahkan India dan kawasan utara Pakistan di selatan dan tenggara dari dataran Tibet yang luas di utara. Nama khas untuk banjaran ini adalah Himalaya, walaupun nama Himalayas juga biasa digunakan.

Kredit: NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 40 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Bunga api Bunga api ialah bahan letupan yang membakar dan menghasilkan cahaya yang berwarna, biasanya untuk tujuan estetik dan hiburan. Bunga api biasa digunakan dalam pertunjukan piroteknik.

Artist: Bdesham
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 41 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Jambatan Golden Gate Jambatan Golden Gate merupakan sebuah jambatan gantung yang merintangi Selat Golden Gate, iaitu satu bukaan ke Teluk San Francisco terus ke Lautan Pasifik. Panjang keseluruhan jambatan ini adalah 2,727 meter, sementara jarak rentang utama di antara menara adalah 1,280 m.

Artist: Dschwen
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 42 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Kapal pembinasa USS Winston S. Churchill merupakan sebuah kapal pembinasa peluru berpandu dari Kelas Arleigh Burke dan merupakan satu-satunya kelas kapal pembinasa yang masih aktif di dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.

Artist: Tentera Laut Amerika Syarikat
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 43 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Cermin mata Zaman Pertengahan (replika) Cermin mata merupakan bingkai yang mempunyai galas kanta yang berada di depan mata. Ia merupakan alat bantuan penglihatan, perlindungan mata, atau untuk perlindungan daripada sinaran UV.

Artist: Vassil
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 44 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Letupan bom atom di Nagasaki pada 9 Ogos 1945 Senjata nuklear ialah senjata yang mendapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Sebiji bom nuklear mampu memusnahkan sebuah bandar.

Artist: Jabatan Pertahanan, A.S
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 45 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Permandangan Colosseum pada waktu malam Colosseum merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Lama. Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal.

Artist: Diliff
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 46 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Lebah sedang mengumpul debunga Lebah merupakan sejenis serangga terbang yang hidup bersosial dan berkelompok. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah dan ia boleh didapati di setiap benua kecuali Antartika.

Artist: Jon Sullivan
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 47 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Anggerik Anggerik ialah satu keluarga pokok berbunga (angiosperma) terbesar. Taman Botani Diraja Kew menyenaraikan 880 genus dan hampir 22,000 spesies, akan tetapi jumlah yang tepat tidak diketahui (mungkin melebihi 25,000) disebabkan pertikaian taksonomi.

Artist: Orchi
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 48 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Istana Westminster Istana Westminster pada waktu senja, memaparkan Menara Victoria (kiri) dan Menara Jam yang lebih dikenali sebagai 'Big Ben' (kanan). Istana ini terletak di tebing Sungai Thames di tengah-tengah kota London.

Artist: Diliff
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 49 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Columbia sedia untuk dilancarkan Bolak balik angkasa Columbia (Designasi Kenderaan Pengorbit NASA: OV-102) merupakan bolak-balik angkasa lepas pertama dalam armada orbit NASA yang berjaya dilancarkan. Misi pertamanya, STS-1 dilaksanakan pada 12 – 14 April 1981.

Artis: NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 50 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Piramid Agung Kufu Piramid Agung Kufu ialah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal. Piramid ini dipercayai dibina sebagai makam untuk Firaun Kufu (nama Greek: Cheops; tempoh pemerintahan: 2606-2583 SM) daripada Dinasti Keempat Mesir.

Artis: Ricardo Liberato
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 51 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Ijazah Ijazah merujuk kepada mana-mana dalam selingkungan besar tahap darjat yang dikurniakan oleh institusi pengajian tinggi, seperti universiti, secara amnya sebagai ganjaran bagi kejayaan menyiapkan satu program pengajian.

Artist: Durova
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi

Minggu 52 2009[sunting sumber]

Gambar pilihan mingguan
Planet Zuhal dilihat dari Cassini Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari, Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi gas. Zuhal terkenal dengan sistem gelangnya.

Artis: NASA
ArkibGambar pilihan lagi...

lihat - sunting - Versi dilindungi



Arkib gambar pilihan mengikut tahun
2006200720082009 (BulananMingguan) • 20102011201220132014201520162017
Pilihan tahun iniPencalonanSingkir cache


Hari ini Selasa, 24 Oktober, 2017; minggu ke-43; waktu sekarang 09:58 UTC