Wikipedia:Gambar pilihan/2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Wikipedia:GP arkib atas

Minggu 1 2012[sunting sumber]

Keris 13 luk

Keris (كريس) merupakan sejenis senjata kebangsaan orang Melayu yang telah digunakan sejak 600 tahun dahulu. Senjata ini boleh didapati di kawasan Kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Selatan Thailand. Mempunyai nama yang berbeza di kawasan yang berlainan, keris kini digunakan sebagai alat kebesaran diraja dan juga dalam ilmu persilatan.

Crisco 1492

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 2 2012[sunting sumber]

Minggu 3 2012[sunting sumber]

Pokok Narcissus liar

Narcissus ialah nama botani untuk satu genus bebawang yang selalunya tahan lasak, dan biasanya berkuntum di musim bunga dalam famili Amaryllis yang berasal dari Eropah, Afrika Utara dan Asia. Terdapat juga beberapa spesis Narcissus yang berbunga di musim luruh. Terdapat sekurang-kurangnya 26 spesies liar pokok ini.

Martin Hirtreiter

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 4 2012[sunting sumber]

Minggu 5 2012[sunting sumber]

Minggu 6 2012[sunting sumber]

Tangga gerak di Copenhagen Metro

Tangga gerak ialah sejenis peranti pengangkutan penyampai yang mengangkat penumpangnya dari tingkat ke tingkat dalam sesebuah bangunan. Alat ini terdiri daripada serantaian anak tangga pacuan motor yang bergerak ke atas atau bawah dalam satu landasan, sementara mata tangga kekal mendatar.

Stig Nygaard dari Copenhagen, Denmark

Minggu 7 2012[sunting sumber]

Minggu 8 2012[sunting sumber]

Minggu 9 2012[sunting sumber]

Panorama Jambatan Menara

Jambatan Menara (bahasa Inggeris: Tower Bridge) adalah gabungan jambatan imbang dan gantung di London, England di atas Sungai Thames. Ia berdekatan dengan Menara London, yang memberikannya nama itu. Ia telah menjadi suatu ikon London dan kadangkala tersilap dipanggil Jambatan London. Jambatan Menara dimiliki dan dikekalkan oleh Bridge House Estates.

Diliff

Minggu 10 2012[sunting sumber]

Bumi dilihat daripada Apollo 17

Bumi (Jawi: بومي) ialah sebuah planet yang terletak dalam Sistem Suria. Planet ketiga daripada matahari, jarak antara keduanya ialah 149.6 juta kilometer. Bumi adalah satu-satunya tempat di alam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.

Huntster

Minggu 11 2012[sunting sumber]

Bumi dilihat daripada Apollo 17

Bumi (Jawi: بومي) ialah sebuah planet yang terletak dalam Sistem Suria. Planet ketiga daripada matahari, jarak antara keduanya ialah 149.6 juta kilometer. Bumi adalah satu-satunya tempat di alam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.

Huntster

Minggu 12 2012[sunting sumber]

Bumi dilihat daripada Apollo 17

Bumi (Jawi: بومي) ialah sebuah planet yang terletak dalam Sistem Suria. Planet ketiga daripada matahari, jarak antara keduanya ialah 149.6 juta kilometer. Bumi adalah satu-satunya tempat di alam semesta di mana kehidupan diketahui wujud.

Huntster

Minggu 13 2012[sunting sumber]

Pemandangan Gunung Everest.

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter (29,029 kaki). Ia terletak di banjaran Himalaya. Puncak gunung ini merupakan sempadan antara Nepal dan Tibet di China.

Papa Lima Whiskey 2

Minggu 14 2012[sunting sumber]

Pemandangan Gunung Everest.

Gunung Everest merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian 8850 meter (29,029 kaki). Ia terletak di banjaran Himalaya. Puncak gunung ini merupakan sempadan antara Nepal dan Tibet di China.

Papa Lima Whiskey 2

Minggu 15 2012[sunting sumber]

Monumen Gunung Rushmore

Memorial Kebangsaan Gunung Rushmore ialah ukiran kepala patung di permukaan Gunung Rushmore di Dakota Selatan, A.S. Diukir oleh Gutzon Borglum dan anaknya Lincoln, ukiran itu memaparkan kepala kepada empat bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu George Washington, Thomas Jefferson, Theodore Roosevelt dan Abraham Lincoln.

Papa Lima Whiskey

Minggu 16 2012[sunting sumber]

Animasi yang menggambarkan π

Pi (π) ialah suatu pemalar matematik yang mengukur nisbah ukur lilit sebuah bulatan kepada diameternya. Dikenali juga sebagai Pemalar Archimedes dan Nombor Ludolph, anggaran nilai pi bersamaan dengan 3.14159. Kadangkala, nilai pecahan ​227 juga digunakan untuk penghampirannya.

John Reid

Minggu 17 2012[sunting sumber]

Minggu 18 2012[sunting sumber]

Seekor babun Anubis dewasa merapi anak babun

Babun Anubis merupakan seekor babun yang tergolong dalam keluarga Cercopithecidae. Babun ini boleh didapati di kawasan savanah, steppe dan hutan di benua Afrika. Menurut senarai merah IUCN, babun ini berada dalam spesies yang "sedikit bimbang".

Muhammad Mahdi Karim

Minggu 19 2012[sunting sumber]

Minggu 20 2012[sunting sumber]

Pemandangan stadium ketika perlawanan.

Stadium Bandaraya Manchester atau Stadium Etihad ialah sebuah stadium yang terletak di Manchester, England. Stadium ini adalah tempat sendiri bagi sebuah kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris iaitu Kelab Bola Sepak Bandaraya Manchester (Manchester City F.C.)

LiamUK

Minggu 21 2012[sunting sumber]

Sepasang singa di Zoo Negara, Malaysia.

Singa (Panthera leo) merupakan mamalia karnivor yang terangkum dalam keluarga Felidae. Digelar "Raja Rimba", ia adalah kucing kedua terbesar selepas harimau dalam genus Panthera. Singa lazimnya tinggal di kawasan savana dan padang rumput.

Tu7uh

Minggu 22 2012[sunting sumber]

Qasr Kharana di Jordan.

Qasr Kharana (Arab/Jawi: قصر خرّانة‎) merupakan sebuah istana padang pasir yang terletak di Jordan. Istana ini berada pada 60 kilometer dari timur kota Amman. Ia juga adalah salah satu binaan bercirikan Islam pertama di kawasan itu dan ia dibina sekitar awal abad ke-8.

High Contrast

Minggu 23 2012[sunting sumber]

Biji pokok getah.

Pokok getah (Hevea brasiliensis) adalah sejenis pokok yang penting daripada segi ekonomi kerana mengandungi lateks yang merupakan sumber utama kepada getah asli. Biji pokoknya boleh dijadikan sebagai minyak dan makanan kepada haiwan ternakan.

Luis Fernández García

Minggu 24 2012[sunting sumber]

Pemandangan Dataran Trafalgar.

Dataran Trafalgar (Inggeris: Trafalgar Square) merupakan sebuah dataran yang terletak di bandaraya London, United Kingdom. Dataran ini dibina bagi memperingati kemenangan Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) dalam Perang Napoleon dengan pihak Perancis pada tahun 1805.

Diliff

Minggu 25 2012[sunting sumber]

Bleu de Gex

Bleu de Gex merupakan sejenis keju biru yang dihasilkan di kawasan Jura, Perancis. Ia mempunyai tekstur yang separuh lembut dan berkrim dimana ia telah dihasilkan sejak abad ke-13 lagi oleh para rahib di Saint-Claude.

Myrabella

Minggu 26 2012[sunting sumber]

Kapitol Amerika Syarikat

Kapitol Amerika Syarikat (Inggeris: United States Capitol) merupakan sebuah bangunan yang terletak di Washington D.C. Ia adalah tempat bersidangnya Kongres Amerika Syarikat. Ciri-ciri unik bangunan ini ialah terdapatnya sebuah patung di atas kubahnya yang dinamakan sebagai Patung Kebebasan.

O.J.

Minggu 27 2012[sunting sumber]

Minggu 28 2012[sunting sumber]

Gerbang Selatan Bersepadu

Gerbang Selatan Bersepadu (ݢربڠ سلاتن برسڤادو) merupakan sebuah projek mega yang terletak di Johor Bahru, Malaysia. Ia merangkumi bangunan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar dan stesen kereta api Johor Bahru Sentral. Projek ini telah dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Jpatokal

Minggu 29 2012[sunting sumber]

Minggu 30 2012[sunting sumber]

Nyahcas berbara elektrik gas adi

Gas adi atau gas nadir merujuk kepada gas dalam Kumpulan 18 Jadual berkala yang mempunyai sifat lengai, tidak reaktif, tidak berwarna dan tidak bertindakbalas dengan bahan kimia lain. Gas adi banyak digunakan dalam sektor perindustrian. Enam gas adi wujud secara semula jadi iaitu Helium (He), Neon (Ne), Argon (Ar), Kripton (Kr), Xenon (Xe) dan Radon (Rn).

Jurii & Alchemist-hp

Minggu 31 2012[sunting sumber]

Minggu 32 2012[sunting sumber]

Pemandangan dewan ketika waktu malam

Dewan Besar Rakyat (Cina Ringkas: 人民大会堂, Cina Tradisional: 人民大會堂, Pinyin: Rénmín Dàhuìtáng) merupakan bangunan persidangan bagi Kongres Rakyat Kebangsaan iaitu parlimen untuk Republik Rakyat China. Ia terletak di pinggir barat Dataran Tiananmen di Beijing.

Thomas.fanghaenel

Minggu 33 2012[sunting sumber]

Sepasang Itik Melewar betina dan jantan

Itik Melewar (Anas platyrhynchos) merupakan sejenis itik yang biasa dijumpai di kawasan beriklim sederhana dan subtropika di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Itik jantan mempunyai kepala berwarna hijau, perut dan kepak yang berwarna kelabu. Itik betina pula hampir keseluruhan warnanya adalah perang.

Richard Bartz

Minggu 34 2012[sunting sumber]

Sinaran krepuskular di Taman Golden Gate, San Francisco

Sinaran krepuskular (Jawi: سينرن کريڤوسکولر) atau juga dikenali sebagai sinaran senjakala merupakan satu fenomena semulajadi yang berlaku apabila cahaya matahari menyinar dari satu titik dan cahaya tersebut menembusi celahan pada pokok atau awan contohnya. Ia biasanya berlaku ketika terbit dan terbenamnya matahari.

Brocken Inaglory

Minggu 35 2012[sunting sumber]

Kelongsong ketupat

Ketupat (کتوڤت) merupakan sejenis makanan tradisional yang dibuat daripada beras atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa atau daun palas. Hidangan ini terkenal di rantau Asia Tenggara dan ia biasanya dihidangkan ketika Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha.

Sakurai Midori

Minggu 36 2012[sunting sumber]

Animasi Tughra Sultan Mahmud II

Tughra (طغراء; Ṭuğrā) adalah sejenis monogram, mohor atau tandatangan khat seorang Sultan Uthmaniyyah yang dibubuh pada dokumen dan surat-menyurat rasmi. Ia juga dicop pada wang syiling yang dikeluarkan semasa pemerintahan. Lambang yang seringkali berwarna-warni ini menggabungkan nama dan gelaran sultan terbabit.

Saperaud

Minggu 37 2012[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 38 2012[sunting sumber]

Latihan ahli bomba

Ahli bomba atau pemadam kebakaran ialah penyelamat yang dilatih secara menyeluruh, terutamanya untuk memadamkan kebakaran berbahaya yang mengancam penduduk awam dan harta benda, menyelamatkan orang daripada kejadian yang melibatkan kenderaan, bangunan yang runtuh atau terbakar dan situasi-situasi yang seumpamanya.

Tech. Sgt. Rey Ramon, USAF

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 39 2012[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 40 2012[sunting sumber]

Keratan rentas belimbing

Belimbing besi (Averrhoa carambola) ialah spesies tumbuhan berbuah asli di Asia Tenggara dan Sri Lanka, dan turut popular di Oceania. Warna buah adalah hijau sehingga kuning keemasan. Apabila dipotong secara melintang buah ini menonjolkan bentuk bintang (lazimnya berbucu lima).

S. Masters

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 41 2012[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 42 2012[sunting sumber]

Muzium Albert Hall pada waktu malam

Muzium Albert Hall (juga dikenali sebagai Muzium Kerajaan Pusat) merupakan sebuah muzium yang terletak di bandar Jaipur, India dan direka oleh jurutera berbangsa Inggeris, Sir Samuel Swinton Jacob. Nama muzium ini diambil sempena nama Raja Edward II (Albert Edward) yang telah meletakkan batu asas pembinaan muzium ini pada 1876.

Ksheer

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 43 2012[sunting sumber]

"Gunung Mistik" dalam Nebula Carina

"Gunung Mistik" ialah gunung debu dan gas menaik dalam Nebula Carina yang dirakam Teleskop Angkasa Hubble. Bahagian atas tiang hidrogen sejuk setinggi tiga tahun cahaya dihakis oleh sinaran bintang berdekatan, sementara bintang di dalam tiang itu melepaskan pancutan gas yang mengalir dari puncak-puncak gunung.

Brandmeister

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 44 2012[sunting sumber]

Galaksi Pusaran dan jirannya, NGC 5195

Galaksi Pusaran (juga dikenali sebagai Messier 51a, M51a atau NGC 5194) merupakan sejenis galaksi berpilin yang dianggarkan 23 ±4 juta tahun cahaya jaraknya dari galaksi Bima Sakti di buruj Anjing Pemburu (Canes Venatici). Galaksi ini dan jirannya, NGC 5195 boleh diperhatikan dengan mudah oleh ahli falak amatur. Ia ditemui oleh ahli falak berbangsa Perancis, Charles Messier pada 13 Oktober 1773.

Kredit: NASA/ESA

Minggu 45 2012[sunting sumber]

Lukisan "Ladang gandum dengan Sipres"

Ladang gandum dengan Sipres ialah satu daripada tiga lukisan serupa yang dilukis Vincent van Gogh pada 1889. Galeri Kebangsaan di London mempamerkan lukisan versi September 1889. Satu lagi lukisan, yang dihasilkan pada Julai tahun yang sama, berada di Muzium Seni Metropolitan di New York, sementara yang ketiga berada di dalam himpunan peribadi. Ketiga-tiga lukisan dihasilkan di hospital mental di Saint-Remy, Perancis, semasa van Gogh menjadi pesakit di sana.

Crisco 1492

Minggu 46 2012[sunting sumber]

Lukisan seekor musang hitam pudar

Musang Hitam Pudar (Diplogale hosei) merupakan seekor musang yang endemik di mana ia boleh dijumpai di utara Borneo. Musang ini tergolong dalam keluarga Viverridae dan ia dipercayai haiwan yang nokturnal. Tidak banyak yang diketahui mengenai mamalia pemangsa ini. Hanya seekor Musang Hitam Pudar pernah ditangkap hidup-hidup dalam sejarah.

Shyamal

Minggu 47 2012[sunting sumber]

Belum dicalonkan

Minggu 48 2012[sunting sumber]

Pemandangan Dataran Tartini dari udara

Pemandangan udara Dataran Tartini, dataran bandar utama dan terbesar di Piran, Slovenia. Ia dinamakan sempena penggesek biola dan penggubah yang dilahirkan di situ iaitu Giuseppe Tartini. Sebelum ini, ia pernah menjadi dermaga dalaman bagi kapal-kapal kecil sebelum bertukar kepada dataran bandar pada 1894.

Plamen Agov

Minggu 49 2012[sunting sumber]

Lukisan Sekolah Athens

Sekolah Athens (Itali: La scuola di Atene) merupakan sebuah lukisan fresko yang dihasilkan oleh Raffaello Sanzio da Urbino (Raphael) pada tahun 1509 hingga 1510. Sejak sekian lama, lukisan ini dianggap sebagai sebuah karya agung Raphael dan ia adalah jelmaan sempurna semangat klasik pada kemuncak zaman pembaharuan.

Harpsichord246

Minggu 50 2012[sunting sumber]

Hablur bismut

Bismut (بيسموت) atau juga dikenali sebagai timah wurung merupakan unsur kimia dengan simbol Bi dan nombor atomnya pula ialah 83. Sebagai satu logam lemah pentavalen, ia mempunyai sifat kimia yang serupa dengan arsenik dan antimoni.

Dschwen

Gambar pilihan sebelum ini:

Minggu 51 2012[sunting sumber]

Masjid Larabanga

Masjid Larabanga ialah sebuah masjid yang terdapat di negara Ghana. Kampung Larabanga, tempat di mana masjid ini berada terletak di bahagian utara negara itu. Dengan keluasan 8 meter persegi, masjid unik ini mempunyai sebuah menara dan seni binanya dipengaruhi oleh gaya seni bina Sudan.

Sathyan Velumani

Minggu 52 2012[sunting sumber]

Imej penuh planet Utarid

Utarid (Inggeris: Mercury) ialah planet bumian yang paling hampir kedudukannya dengan Matahari. Jarak antara keduanya ialah 57.9 juta kilometer. Planet ini mempunyai permukaan yang hampir sama dengan bulan Bumi dan komposisi utama yang terdapat padanya ialah kalium (31.7%) dan natrium (24.9%).

Dari NASA oleh Papa Lima Whiskey

Wikipedia:GP arkib bawah