Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 Disember
Penampilan
13 Disember: Hari Republik di Malta (1974); Hari St. Lucia.
- 1545 – Persidangan Kristian yang diasaskan Paus Paul III sebagai tindak balas kepada perkembangan Protestantisme, Majlis Trent bermula di Trento, Itali kini.
- 1577 – Sir Francis Drake meninggalkan Plymouth, England, dengan lima kapal dan 164 orang dalam pelayarannya mengelilingi dunia.
- 1862 – Perang Saudara Amerika: Angkatan Kesatuan ditewaskan dengan teruk oleh pertahanan Gabungan dalam Pertempuran Fredericksburg (gambar).
- 1937 – Perang China-Jepun Kedua: Tentera Jepun menawan Nanjing, China dan mula menjarahnya.
- 2003 – Bekas Presiden Iraq Saddam Hussein dijumpai bersembunyi di dalam sebuah lubang oleh tentera A.S. semasa Operasi Subuh Merah.
Hari-hari sebelum: 12 Disember – 11 Disember – 10 Disember