Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/13 September
Penampilan
13 September: Hari Perayaan Santo John Chrysostom (Kristian Barat)
- 533 – Flavius Belisarius dan legionnya menewaskan Gelimer dan orang Vandal dalam Pertempuran Ad Decimum berdekatan Carthage.
- 1229 – Anak lelaki ketiga Genghis Khan, Ögedei Khan diisytiharkan sebagai Khagan Empayar Mongol.
- 1814 – Kubu McHenry diserang British, memberi ilham kepada Francis Scott Key untuk menulis lirik The Star-Spangled Banner, kemudian menjadi lagu kebangsaan Amerika Syarikat.
- 1956 – IBM mempamerkan 305 RAMAC (gambar), komputer komersil pertama yang menggunakan storan cakera magnet.
- 1993 – Selepas satu siri rundingan rahsia, pemimpin PLO Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin secara rasmi menandatangani Perjanjian Damai Oslo.
Hari-hari sebelum: 12 September – 11 September – 10 September