Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/16 Mac
Penampilan
16 Mac: Hari Peringatan Anggota Legion Latvia
- 1815 – Willem I mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Kemaharajaan Bersatu Belanda, menjadi raja berperlembagaan pertama di Belanda.
- 1872 – Wanderers F.C. memenangi edisi sulung Piala FA (gambar) dalam pertandingan bola sepak yang tertua di dunia, menewaskan Royal Engineers A.F.C. 1-0 di London.
- 1935 – Pengerahan diamalkan semula di Jerman Nazi, dan tentera Jerman dinamakan semula sebagai Wehrmacht.
- 1968 – Perang Vietnam: Askar Amerika Syarikat membunuh ratusan orang awam tidak bersenjata di perkampungan Mỹ Lai di Quảng Ngãi, Vietnam Selatan.
- 2006 – Perhimpunan Agung PBB mengundi untuk menubuhkan Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
Hari-hari sebelum: 15 Mac – 14 Mac – 13 Mac