Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/20 Disember
- 1522 – Pengepungan Rhodes: Sulaiman al-Qanuni menerima penyerahan kalah Kesateria Rhodes.
- 1860 – Carolina Selatan berpisah dengan Amerika Syarikat, membawa kepada pembentukan Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan kemudian Perang Saudara Amerika.
- 1951 – Experimental Breeder Reactor I berhampiran Arco, Idaho, A.S. menjadi loji kuasa nuklear pertama menghasilkan elektrik apabila berjaya menghidupkan empat mentol lampu 200-watt (gambar).
- 1995 – Selaras dengan Persetujuan Dayton, pasukan IFOR yang diketuai NATO memulakan tugas menjaga keamanan di Bosnia dan Herzegovina.
- 1999 – Portugal memindahkan kedaulatan Makau, yang telah ditadbirnya sejak pertengahan abad ke-16, kepada Republik Rakyat China.
Hari-hari sebelum: 19 Disember – 18 Disember – 17 Disember