Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/22 Oktober
Penampilan
22 Oktober: Hari Kesedaran Kegagapan Antarabangsa
- 1383 – Raja Fernando I mangkat tanpa meninggalkan pewaris lelaki bagi takhta Portugal, menyebabkan terjadinya tempoh perang saudara dan anarki.
- 1962 – Krisis Peluru Berpandu Cuba: Presiden A.S. John F. Kennedy mengumumkan bahawa senjata nuklear Soviet telah ditemui di Cuba (gambar tapak) dan telah mengarahkan "kuarantin" laut terhadap negara pulau tersebut.
- 1964 – Jean-Paul Sartre dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, tetapi menolaknya.
- 1999 – Pegawai Perancis Vichy Maurice Papon dipenjarakan kerana jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukan semasa Perang Dunia Kedua.
- 2008 – ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1, misi penjelajahan bulan tanpa manusia pertama India.
Hari-hari sebelum: 21 Oktober – 20 Oktober – 19 Oktober