Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/26 Mei
Penampilan
26 Mei: Hari Maaf Kebangsaan di Australia; Hari Kemerdekaan di Georgia (1918)
- 1805 – Napoleon Bonaparte dimahkotakan sebagai Raja Itali di Milan dengan Mahkota Besi Lombardy (gambar).
- 1896 – Indeks Perindustrian Dow Jones diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dow sebagai indeks pasaran saham.
- 1918 – Republik Demokratik Georgia diisytiharkan selepas perpecahan Republik Persekutuan Demokratik Transkaukasia.
- 1972 – Richard Nixon dan Leonid Brezhnev memeterai Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik di Moscow, mengakhiri perbincangan SALT I.
- 2010 – Grebe Alaotra, sejenis burung endemik di Madagaskar, diisytiharkan pupus 25 tahun selepas dilihat buat kali terakhir.