Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/29 September
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
- 61 SM – Di Rom, Pompeius meraikan kemenangan ke atas lanun di timur Laut Mediterranean dan dalam peperangan melawan Raja Mithridates VI dari Pontus di Asia Kecil dengan perbarisan besar.
- 1829 – Pasukan polis rasmi pertama di UK, Polis Metropolitan London Raya, diasaskan oleh Robert Peel (gambar).
- 1938 – Di Munich, Adolf Hitler, Benito Mussolini, Neville Chamberlain dan Édouard Daladier mencapai satu persetujuan, menetapkan bahawa Czechoslovakia harus menyerahkan Sudetenland kepada Jerman.
- 1941 – Holokus: Pembunuhan beramai-ramai Babi Yar bermula di Kiev, RSS Ukraine.
- 1954 – 12 negara menandatangani satu konvensyen yang menubuhkan CERN, berpangkalan di Geneva, makmal fizik zarah terbesar di dunia kini.
Hari-hari sebelum: 28 September – 27 September – 26 September