Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/2 November
Penampilan
2 November: Hari Orang Mati di Mexico; Hari Para Mendiang dalam Kristian Barat.
- 1917 – Arthur Balfour mengeluarkan Perisytiharan Balfour, yang mengumumkan sokongan British untuk petempatan orang Yahudi di Palestin.
- 1936 – Stesen televisyen BBC Television Service melancarkan perkhidmatan televisyen "definisi-tinggi" awam tetap pertama di dunia.
- 1949 – Konferensi Meja Bundar tamat dengan Belanda bersetuju menyerahkan hak kedaulatan Hindia Timur Belanda kepada Republik Indonesia Syarikat.
- 1964 – Raja Arab Saudi Saud ibn ’Abd al ’Aziz disingkirkan, dan digantikan oleh adik tirinya Raja Faisal.
- 2000 – Anak kapal pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa (gambar jata).
Hari-hari sebelum: 1 November – 31 Oktober – 30 Oktober