Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/4 November
Penampilan
4 November: Hari Bendera di Panama; Hari Perpaduan di Rusia.
- 1791 – Perang Indian Barat Laut: Gabungan Barat orang Indian menang besar ke atas Amerika Syarikat dalam Pertempuran Wabash.
- 1852 – Count Cavour (gambar) menjadi Perdana Menteri Kerajaan Piedmont-Sardinia, yang kemudian berkembang menjadi Kerajaan Itali.
- 1979 – Ratusan pelajar Iran yang menyokong Revolusi Iran menawan kedutaan Amerika Syarikat di Teheran, memulakan krisis tebusan 444 hari.
- 1995 – Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin dibunuh oleh Yigal Amir di Tel Aviv.
- 2008 – Barack Obama menjadi orang Amerika Afrika pertama memenangi pilihan raya presiden A.S.
Hari-hari sebelum: 3 November – 2 November – 1 November