Wikipedia:Kawalan kewibawaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kawalan kewibawaan merupakan suatu kaedah untuk memberikan pengenal pasti (atau pengecam) unik bagi setiap topik. Suatu subjek itu mungkin mempunyai nama yang sama tetapi merujuk kepada topik yang berbeza seperti Siti Nurhaliza (penghibur) dan Siti Nurhaliza (album 1996) atau Siti Nurhaliza (album 1997), atau mempunyai nama yang berbeza tetapi merujuk kepada topik yang sama seperti Mark Twain dan Samuel Langhorne Clemens.

Templat {{Kawalan kewibawaan}} menghubungkan rencana Wikipedia (dan laman pengguna) dengan masukan yang sepadan di katalog-katalog perpustakaan dan fail-fail kewibawaan yang lain di seluruh dunia. Masukan ini biasanya dipadankan kepada orang, tajuk buku dan masukan serupa yang jelas, dan disimpan di Wikidata.

Penggunaan[sunting sumber]

Templat boleh diletakkan di bahagian bawah rencana-rencana di Wikipedia. Dengan menambah {{Kawalan kewibawaan}}, semua maklumat kawalan kewibawaan yang dikaitkan dengan rencana akan tersedia di dalam Wikidata. Menguruskan maklumat di Wikidata memastikan ia tersedia untuk projek dan bahasa yang lain.

Contoh[sunting sumber]

Jika anda lebih suka menentukan maklumat secara manual, berikut adalah beberapa contoh:

Stephen King:{{Kawalan kewibawaan|ISNI=0000 0001 2144 6296|GND=118813250|LCCN=n/79/63767|VIAF=97113511}}

Albert Einstein: {{Kawalan kewibawaan|ISNI=0000 0000 7704 0933|GND=118529579|LCCN=n/79/22889|VIAF=75121530}}

Barack Obama: {{Kawalan kewibawaan|ISNI=0000 0001 2133 1026|GND=132522136|LCCN=n/94/112934|VIAF=52010985}}

Sarah Palin: {{Kawalan kewibawaan|VIAF=7159878}}