Laman perhubungan anda dengan komuniti Wikipedia! Perintis kegemilangan Wikipedia Bahasa Melayu!
Seperti namanya, Kedai kopi, halaman ini ialah tempat untuk para ahli Wikipedia berkumpul dan berbincang tentang isu-isu dasar, teknikal dan pengendalian Wikipedia. Selain itu, ia juga menjadi laman untuk ahli menyatakan cadangan, meminda atau memansuhkan dasar Wikipedia Bahasa Melayu melalui proses pengundian. Kedai Kopi dibahagikan kepada empat bahagian iaitu kedai kopi (dasar), kedai kopi (cadangan), kedai kopi (teknikal) dan kedai kopi (lain-lain). Setiap bahagian mempunyai fungsi perbincangannya. Ahli dinasihatkan untuk berbincang pada bahagian yang telah ditetapkan itu.
Walau bagaimanapun, diingatkan:
Untuk komen-komen tentang sesebuah rencana, sila gunakan pautan "Perbincangan" pada laman rencana tersebut.
Wikipedia bukanlah sebuah syarikat. Penyumbang Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Mereka ialah sukarelawan yang bebas menyumbang di Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, sebaliknya sumbangan anda bagi tabung penyelenggaraan amat dihargai.
Wikipedia bukan tempat iklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
Perbincangan yang tidak berkaitan akan dipadam.
Sila tinggalkan tandatangan dan tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang pada bar peralatan penyuntingan).
Catatan: Jika perkara yang anda hendak sampaikan berkenaan hal InterWiki, sila ke Kedutaan.
Selepas Ogos 2008, Kedai Kopi telah dipecahkan kepada 5 bahagian dan diarkibkan mengikut laman masing-masing.
Pengarkiban
Perbincangan yang tidak mendapat kiriman baru dalam masa tujuh hari selepas kiriman terakhir akan diarkibkan. Perbincangan-perbincangan berkenaan (sekiranya ingin diteruskan) bolehlah dilakukan di laman-laman yang berkaitan.