Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib11/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi.

Memerlukan pertolongan

Teman-teman Wikipedia ms: yang budiman, kami memerlukan pertolongan anda untuk pilihan raya oversight di Wikipedia bahasa Indonesia. Jadi sesiapa yang memiliki akun di Wikipedia id: dan telah memiliki lebih dari 30 suntingan kami harapkan bantuannya. Sila memilih di halaman-halaman berikut: Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/Meursault2004 untuk oversight 31 Oktober 2007 dan Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/Hayabusa future untuk oversight 31 Oktober 2007. Terima kasih sebelumnya. Meursault2004 23:39, 31 Oktober 2007 (UTC)

Wikify

Apakah maksud Wikify? Lihat ini Templat:Wikify. MSWiki 06:34, 8 November 2007 (UTC)

Mewikikan {wikify) bermaksud memformat menggunakan penanda Wiki. Lihat Wikipedia:Menyunting#Penanda Wiki. ...Aurora... 14:27, 8 November 2007 (UTC)

Tolong Saya

Kenapa setiap kali saya cuba mencipta rencana baru, mesti komputer suruh saya 'save ' dan lepas tuh 'open' aper ntah. Masalah ini turut terdapat pada 'sunting' yang berada di atas. Saya dah cuba tetapi tak boleh juga. Tak tahu nak buat apa? Andre Arthur 10:15, 8 November 2007 (UTC)

Bagaimana anda mencipta rencana baru tersebut? Lihat Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru. ...Aurora... 14:27, 8 November 2007 (UTC)

Minta maaf tetapi tetap tidak boleh. Adakah komputer diserang virus.?Andre Arthur 03:14, 9 November 2007 (UTC)

Tak tahu. Anda menggunakan pelayar web apa? ...Aurora... 13:01, 9 November 2007 (UTC)

Saya juga ingin mengetahui maksud istilah "btw". Saya sering terlihat perkataan ini muncul dalam mana-mana perbincangan. Saya jadi bingung untuk faham ayat perbincangan. hehehe — Didie 01:57, 9 November 2007 (UTC)

"Btw" ialah singkatan kepada "By the way" (Walau bagaimanapun). Polar 02:00, 9 November 2007 (UTC)

Terima kasih, saudara Polar. Nampaknya saya telahpun memelajari perkataan baru hari ini. — Didie 02:04, 9 November 2007 (UTC)

Didie, kalau anda terserempak perkataan-perkataan begitu lagi, sila rujuk laman web ini (dlm bahasa Inggeris la).

http://www.webopedia.com/quick_ref/textmessageabbreviations.asp

Ia dapat membantu anda.

Oh, saya ada soalan juga. Disebabkan kita dalam topik sama ni, saya pun ada masalah dengan Wiki bahasa Melayu. Setiap kali saya scroll mouse saya ke bawah dengan pantas di laman-laman suntingan ataupun semasa sedang menyunting, browser firefox saya tiba-tiba ajer freeze, lepas itu "error: firefox needs to close" muncul. Ini mula-mula terjadi bila Wiki MS diserang baru-baru ni, dan saya tak boleh masuk laman di sini buat sementara. Ada cara penyelesaian? Kadang-kala saya kehilangan suntingan saya.... -- pmc 08:47, 9 November 2007 (UTC)

Saya juga menggunakan Firefox tetapi tidak pernah mengalami masalah sebegitu. Seiranya masalah itu juga berlaku pada laman lain selain daripada Wikipedia, anda boleh cuba reinstall firefox. Cuba guna internet explorer.MSWiki 15:56, 10 November 2007 (UTC)
Ya, saya dah pernah reinstall tapi masalah itu hanya terjadi di MS Wiki sahaja. Sesetengah rencana punya halaman pun saya tak boleh buka. Virus ke? Apa jenis virus ni? Saya pun tak berapa pasti. - pmc 07:50, 11 November 2007 (UTC)

Tajuk bagi rencana mengenai tokoh

Bagi saya, tajuk bagi rencana mengenai tokoh (terutamanya artis) haruslah berdasarkan panggilan umum, bukannya nama penuh. Contoh rencana yang menggunakan nama penuh: Asmawi Ani, Siti Nurhaliza Binti Tarudin (saya lebih cenderung kepada tajuk "Mawi" dan "Siti Nurhaliza"). Media massa pun menggunakan nama pendek sahaja. —Aviator, 18:51, 10 November 2007 (UTC)

Bukankah ada baiknya dinamakan dengan nama penuh dengan nama pendeknya di-directkan. Media massa menggunakan nama pendek untuk menarik minat pembaca untuk terus membaca. Wikipedia bukanlah media hiburan, tetapi ensiklopedia. Saya rasa patut dikekalkan penamaan penuh bagi artis2. Kalau biografi tokoh kita namakan dengan nama penuh, apa bezanya dengan artis, mereka juga manusia bukan? --Zack2007 02:33, 11 November 2007 (UTC)

Bagi saya lebih baik menggunakan nama 'popular' mereka. Ia memudahkan orang mencari maklumat dan biodata selebriti tersebut. Mungkin pengguna wikipedia melayu yang lain tidak tahu nama penuh selebriti tersebut. Contohnya bagi Abby Fana yang nama sebenarnya Habesah Omar. Agak janggal daripada nama sebenarnya. --Putera Luqman Tunku Andre 12 : 45, 11 November 2007 (UTC)

Seperti yang ditekankan, ini adalah portal ensiklopedia dan menggunakan nama penuh atau istilah rasmi sahaja. Jika nama panggilan atau nama popular, ia tidak menepati piawaian. Cuma, kita boleh buat peralihan dari nama popular mereka ke nama rasmi. Polar 06:22, 11 November 2007 (UTC)
Nama penuh sebagai mana dalam kad pengenalan? Wikipedia tidak seharusnya mengikut nama rasmi bagi mana-mana negara, termasuklah Malaysia. Dan, bagi saya, "Mawi" lebih NPOV daripada "Asmawi Ani" kerana ia popular.—Aviator, 07:10, 11 November 2007 (UTC)

Memang boleh rasanya. Tajuk menggunakan nama popular tetapi permulaan mengetengahkan nama sebenar kerana wiki masih berpusar pada piawaian ensiklopedia dan biografi. Hahaha. Agaknya Yosri nanti paling pening sebab dia paling suka letak nama penuh dalam kebanyakan rencana tokoh ini. Polar 10:34, 11 November 2007 (UTC)

Nama mestilah menguna nama penuh sebagai Ensiklopedia dan menurut piwaian Wikipedia Inggeris. Nama popular boleh dilencongkan kepada nama penuh, dengan itu tidak timbul masaalah tidak tahu nama penuh selebriti. Kita menulis bukan untuk masa pendek tetapi untuk masa hadapan, dan kita bukanlah media massa. Selain itu, nama popular boleh ditukar; selain digunakan oleh beberapa orang yang berlainan; atau berubah sekiranya mendapat gelaran. Yosri 01:35, 12 November 2007 (UTC)

Satu lagi perkara mengenai nama, Asmawi Ani atau Siti Nurhaliza Binti Tarudin, atau Amy Mastura binti Suhaimi? Maksud saya, nak letak ke bin/binti? Kalau letak, bin/binti tu huruf besar ke kecil? ...Aurora... 14:41, 13 November 2007 (UTC)

bin/binti tidak sepatutnya besar kerana bukan nama khas. Polar 14:45, 13 November 2007 (UTC)
Adakah nama penuh termasuk nama bapa atau tidak? Dan betul kata Polar, bin/binti sepatutnya menggunakan huruf kecil.
Satu lagi, hampir semua rencana mengenai artis kumpulan menggunakan awalan "kumpulan", contohnya kumpulan KRU dsb. Saya ingat mahu buang saja perkataan "kumpulan".
OK juga sebenarnya kalau Wikipedia menjadi sumber dunia hiburan. Tiada batasan di sini, janji berbentuk ensiklopedia. Ini kan projek ensiklopedia bebas? :) —Aviator, 23:40, 13 November 2007 (UTC)


Bin/Binti biasanya saya rujuk menurut sumber asal yang saya dapati. Jika ada, saya letak, jika tiada-tiada. Rencana mengenai dunia hiburan adalah biasa di Wikipedia Inggeris, dan para artis merupakan kandungan lebih dari satu akhbar kebangsaan, dengan itu memenuhi syarat orang terkenal (notable person). Mereka disenaraikan sebagai notable, bukan kerana artis. Dengan itu artis not notable tidak perlu diletakkan. Sila buat carian di Google untuk kepastian. Berkenaan permulaan kumpulan, saya letakkannya kerana beberapa sebab:-
  • Nama kumpulan itu mungkin mempunyai beberapa maksud. Contoh Amuk. Dengan menggunakan awalan kumpulan, ia mengekalkan piwaian.
  • Kumpulan itu sendiri sebagai pengelasan. Rencana yang bermula dengan awalan Kumpulan merujuk kepada sekumpulan individual.
  • Media massa turut menggunakannya, contoh Kumpulan XXX akan membuat persembahan.
  • Sekiranya dikehendaki, lencongan boleh dibuat kepada gelaran lain/ejaan nama lain.

Bagaimanapun, sekiranya rencana itu disumbang oleh pengguna lain, saya biasanya tidak mengalih rencana tersebut, cuma membuat lencongan kepada rencana tersebut. Yosri 00:32, 14 November 2007 (UTC)

Perkataan "kumpulan" tidak termasuk nama rasmi (atau nama penuh). Tambahan pula, pengelasan tidak harus diletakkan pada nama rencana! Sebaliknya boleh dilakukan melalui kemudahan [[Kategori:]]. Penggunaannya pun berbeza-beza. Ada orang menulis kumpulan XXX, ada orang menulis XXX sahaja. Kalau "Amuk" boleh menimbulkan kekaburan, penyelesaian yang sepatutnya ialah dengan meletakkan tanda kurungan, contohnya "Amuk (kumpulan)", dan awalan "kumpulan" dijadikan pelencongan.—Aviator, 15:45, 21 November 2007 (UTC)
Penggunaan "Amuk (kumpulan)" bukanlah satu perkara normal dalam bahasa Melayu. XXX boleh dilencongkan kepada kumpulan XXX dan sebaliknya. Seperti saya katakan, saya biasanya tidak mengalih rencana tersebut, cuma membuat lencongan kepada rencana tersebut. Yosri 13:01, 22 November 2007 (UTC)

Penyelia

  • Pengguna "Aviator" sekarang adalah sysop

Yosri 11:28, 12 November 2007 (UTC)

Saya akan memohon permintaan projek Wikiquote sekejap lagi, jika boleh, sila berikan sokongan

Hai semua, saya akan memohon permintaan projek Wikiquote versi ms sekejap lagi. Ini kerana Wikipedia ms semakin berkembang, jadi kena buka ruang untuk projek saudara wiki baru versi yang belum wujud lagi. Tambahan pula, Wiktionary ms dan Wikibooks sudah pun terurus dengan baik. Jika boleh,diharap agar pengguna dan penyelia di sini memberi sokongan kepada projek ms baru ini, terima kasih. Pautannya adalah http://meta.wikimedia.org/wiki/Requests_for_new_languagesImran Al-Sahih 02:13, 13 November 2007 (UTC)

Saya bersetuju dengan cadangan anda untuk meneruskan projek Wikiquote. Adakah anda sudah membuat permohonan daripada Meta-Wiki? MSWiki 02:21, 13 November 2007 (UTC)
Saya sedang memohon, sekejap lagi siaplah permohonan ini :) — Imran Al-Sahih 02:39, 13 November 2007 (UTC)
Yes check.svg Done. (Siap). — Imran Al-Sahih 02:57, 13 November 2007 (UTC)
Dah berapa bulan, hampir setahun saya minta. Dahulu, seorang pun tak peduli malah ada yang membantah. Menyedihkan betul. Polar 08:13, 13 November 2007 (UTC)
Oh, ya ke? Maafkan saya banyak-banyak, Polar. Kali ini pembukaan Wikiquote ms pasti berjaya dipohon. Dan kepada Tunku Andre, Wikiquote merupakan koleksi petikan kata dari berbagai orang, bangsa, dan budaya. Seperti contoh, bagai aur dengan tebing, dsbg. — Imran Al-Sahih 08:32, 13 November 2007 (UTC)

wikiquote nih aper lak??? Putera Luqman Tunku Andre 08:27, 13 November 2007 (UTC)

Ada soalan kpd Bang Imran - adakah anda pernah melawati Wikiquote Bahasa Inggeris terlebih dahulu? Saya berharap anda dah mengenali Wikiquote dgn sepenuh-penuhnya. Dan satu lagi persoalan - dari manakah kita boleh dapat sumber quotation? Saya rasa bukannya perkara yg senang betul, lagipun kita tak boleh melanggar hakcipta org lain. Anyway, semoga berjaya, good luck! Amboi amboi kenapa tak mari jemput saya pula? --Edmund The King of The Woods! 11:05, 13 November 2007 (UTC)

Sebenarnya, saya pernah - dan laksana wikipedia ms ini semakin berkembang, maka perlulah kita mewujudkan projek saudara wiki baru versi ms. Lagipun, kan saya sudah sebutkan pada penerangan saya di atas, kedua-dua projek saudara wiki ms, iaitu wikibuku dan wiktionary sudahpun terurus dengan baik. Jadi sebenarnya juga, tujuan dan niat saya adalah baik, iaitu untuk membantu Wikipedia ms maju pada masa akan datang dan seterusnya — Imran Al-Sahih 14:14, 13 November 2007 (UTC)
Jangan sekadar memohon, impian tidak akan jadi kenyataan jika tiada pembuktian. Silalah merekabentuk Laman Utama serta contoh isi di Incubator. ...Aurora... 14:44, 13 November 2007 (UTC)
Yes check.svg Sudah siap contoh isi Laman Utama Wikiquote ms di Incubator. Btw, terima kasih Aurora kerana mengingatkan saya tentang perkara ini. Kalau tak, tentu haywire projek ini. :) — Imran Al-Sahih 16:13, 13 November 2007 (UTC)
Saya sangat bersetuju dengan projek ini. Pada fahaman saya, perumpamaan dan bidalan melayu (dsb) adalah milik umum yang tidak mempunyai hak cipta tertentu. Selagi kita tidak menyalin bulat-bulat daripada sebuah buku sahaja, ia tidak menyadi kesalahan. Malah, sekiranya kita salin keseluruhan perumpamaan melayu daripada sebuah bukupun dan dimasukkan ke sini, tiada siapa yang tahu kerana sdah bercampur baur dengan bahan lain. Tapi, adalah lebih baik kita berikan penghargaan kepada penyusun awal bahan-bahan tersebut. Cheguman 00:33, 14 November 2007 (UTC)

Saya telah mulakan laman kategori untuk Wikiquote Bahasa Melayu di Incubator. Sila pergi ke sana utk kemaskini. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 09:57, 14 November 2007 (UTC)

Permohonan pembukaan Wikisource

Saya ingin membuka perbincangan mengenai permohonan pembukaan Wikisource dalam bahasa Melayu (ms.wikisource.org). Wikisource ialah sebuah projek pusat sumber digital. Saya telah buat satu contoh laman yang sesuai, iaitu oldwikisource:Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Selepas domain baru dibuka, kita boleh menampung peletakan bahan-bahan lain, umpamanya terjemahan Quran, manuskrip/persuratan melayu lama, dokumen-dokumen dalam domain awam, akta-akta kerajaan (kalau bukan hak cipta) dsb. Sila nyatakan pandangan anda.—Aviator, 23:42, 22 November 2007 (UTC)

Wikisource!? Lagi susah! Susah untuk kita menulis sastera Melayu di sana. Kerana hasil kerja sastera dlm Bahasa Melayu tidak boleh disalin begitu saja. Kalau hanya apa yg Aviator cadangkan, susahlah tu~ --Edmund The King of The Woods! 07:49, 23 November 2007 (UTC)
Kalau begitu, saya amat setuju dengan cadangan anda. Tapi, apa kata kita beri ruang untuk pembukaan wikiquote ms dulu? Sebab perkara yang dibuat satu persatu biasanya lebih elok. — Imran Al-Sahih 08:10, 23 November 2007 (UTC)
Adakah anda sedang menulis utk Wikiquote skrg ni? --Edmund The King of The Woods! 08:35, 23 November 2007 (UTC)
Ya, untuk wikiquote ms. Tapi saya juga amat setuju dengan cadangan pembukaan wikisource ms oleh saudara Aviator. — Imran Al-Sahih 08:41, 23 November 2007 (UTC)
Saya pergi ke Incubator utk lihat sumbangan anda, mana ada? --Edmund The King of The Woods! 09:10, 23 November 2007 (UTC)

Hai Edmund..., saya lihat anda seakan-akan ingin menjadi batu api. Biarlah Wikisource dibangunkan dulu, buat apa nak kena risau ini, risau itu. hehehe — Didie 09:34, 23 November 2007 (UTC)

Ah jgn salah faham, saya bukannya nak jadi batu api. Cuma saya ragu sedangkan Imran belum menulis apa-apa dlm Wikiquote, dia kata nak rancangkan itu dulu. Jadi saya sebenarnya ingin minta dia cepat mula menulis di sana. Dan saya rasa tak kira Wikiquote atau Wikisource mula dulu pun tak apa. Asalkan kita mempunyai lebih banyak projek Wikimedia. --Edmund The King of The Woods! 09:39, 23 November 2007 (UTC)
Anda yang patut jangan salah faham Mr Edmund, juga jangan cepat keliru, dan seperti Didie cakap, secara jujur, juga batu api. Saya dah pun tulis projek saya di link ini. Jadi link tersebut merupakan bukti bahawa saya sudah tulis projek wikiquote ms test ini. — Imran Al-Sahih 09:48, 23 November 2007 (UTC)
Dah lama saya nampak laman utama itu, tapi maksud saya ialah, sumbangan sebenar anda, iaitu petikan orang lain. Saya nampak sumbangan anda di sana yg terkini ialah 13 November 2007. Btw maafkan saya kalau anda rasa tersinggung. Dan ingat utk login dulu sebelum menulis ya, kalau menulis secara anonim kami tak tau... --Edmund The King of The Woods! 09:58, 23 November 2007 (UTC)
Btw, Mr Edmund, saya dah mulakan sedikit petikan wikiquote ms. Harap-harap agar anda cuba lihat di sana dan memberikan pendapat anda di sini kalau boleh, emm, hehehe. — Imran Al-Sahih 11:13, 23 November 2007 (UTC)

Macam mana perbincangan tentang Wikiquote boleh berlanjutan di sini pula? Tak salah kalau dua projek baru dibangunkan serentak. Kalau semua pihak bersetuju, saya boleh tampilkan diri untuk menguruskan permohonan tersebut di Incubator. Apapun, saya rasa pembukaan Wikisource perlu diutamakan berbanding Wikiquote. Ia bukannya susah sangat seperti yang anda jangka. Bukankah sudah terdapat beberapa dokumen sejarah Melayu yang telah disalin di sini dan boleh dipindahkan ke sana bila-bila masa sahaja? Contoh: Batu Bersurat Terengganu, Pemasyhuran Kemerdekaan, Rukun Negara. Wikisource juga boleh menjadi platform penterjemahan beberapa dokumen yang penting, contohnya Lesen Dokumentasi Bebas GNU.—Aviator, 14:40, 23 November 2007 (UTC)

Oh Imran skrg anda telah mula menulis! Teruskan lagi, tulis lagi! Good job! Dan kalau boleh saya pun pergi menulis juga. Semoga berjaya! Tapi untuk pendapat pula, lebih baik anda buka kedai kopi atau apa saja di sana untuk perbincangan, sini tak sesuai lagi. Dan kpd Aviator yg ingin mulakan Wikisource pula, sila buat permintaan di sini dulu, dan Wikisource tidak boleh dimulakan di Incubator. Baca ini. --Edmund The King of The Woods! 17:00, 23 November 2007 (UTC)

Saya telah buka permohonan di Meta. Sila suarakan pandangan anda semua di sana.—Aviator, 20:56, 23 November 2007 (UTC)

Terjemahan mingguan

Tadi saya cipta satu laman di Meta-Wiki, iaitu Terjemahan mingguan. Macam mana? Ada apa pendapat? --Edmund The King of The Woods! 18:51, 23 November 2007 (UTC)

Menarik sekali! — Imran Al-Sahih 16:57, 24 November 2007 (UTC)

Terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 17:12, 24 November 2007 (UTC)

158.143.177.9

Pengguna ini telah disekat berulang-ulang kali tetapi masih melakukan penyuntingan2 yang saya rasa provokatif. Rencana SPM sudah dibatalkan lebih daripada 3 kali, jadi saya kunci rencana tersebut sehingga keadan menjadi reda. Lihat laman-laman lain yang disunting oleh pengguna ini di Khas:Sumbangan/158.143.177.9. Sila bantu ya. —Aviator, 01:48, 25 November 2007 (UTC)

Saya rasa IP baru ini adalah dari pengguna yang sama kerana corak penyuntingannya sama: 158.143.177.249.—Aviator, 21:08, 26 November 2007 (UTC)

Pokok

saya dapati hampir semua jenis artikel buah yang ada di wikipedia bahasa melayu ini menggunakan tajuk Pokok [nama buah]. Sepatutnya hanya nama buah yang patut dijadikan tajuk. Saya dapati juga Buah Tomato yang telah menjadi gambar pilihan ditulis sebagai pokok tomato bukannya buah tomato walaupun gambar yang dipilih itu menunjukkan dengan jelas buah tomato dan isinya. Harap semua artikel buah-buahan di Wikipedia Bahasa Melayu ini dapat dialih kepada nama buah sahaja, tanpa pokok. Izzudin 17:13, 25 November 2007 (UTC) (dipindahkan ke Kedai Kopi oleh Aviator)

Sebenarnya rencana asal sememangnya berkenaan pokok. Rencana buah dilencongkan kerana tiada orang yang sudi menyumbang, dengan itu bagi mengisi kekosongan, rencana tersebut dilencongkan kepada rencana pokok. Sedih bukan..... Begitulah kelemahan penyumbang bahasa Melayu, tak ramai menyumbang, dan lebih ramai yang menconteng. Yosri 03:30, 26 November 2007 (UTC)
Sepatutnya rencana pokok yang patut dilencongkan ke rencana buahnya bukan sebaliknya. Izzudin 09:19, 27 November 2007 (UTC)
Humm... Rencana itu memang berkenaan pokok cara ia membiak, daunnya, batangnya, bunga jika ada dll., kenapa pula hendak dilencongkan kepada tempat lain. Apa akan jadi sekiranya pokok itu tak ada buah, atau bunga, atau akar. Kalau anda hendak tulis berkenaan buah, tulis sahajalah. Tak perlu alihkan rencana pokoknya. Terdapat kelompok rencana yang khusus berkenaan pokok, jangan dialihkan rencana tersebut. Yosri 10:22, 27 November 2007 (UTC)
Kerana buahnya lagi penting dari pokoknya. Izzudin 13:56, 29 November 2007 (UTC)


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Wiki-Indonesia

Daripada membuat wikiquote, wikisource dan sebagainya masukkan saja ke versi bahasa Indonesianya yang sudah lengkap punya semua (kecuali Wikinews dan Wikiversity) :-D 202.93.233.50 09:41, 28 November 2007 (UTC)

Mungkin ada betulnya. Misalnya saya sudah memasukkan syair Hamzah Fansuri yang ditulis dalam Bahasa Melayu ke wikisource-id. Cuma masalahnya wikisource itu atas nama Indonesia. Kalau dibuat sebagai "Wikisource Nusantara" mungkin boleh digabung saja :) --Gombang 15:07, 28 November 2007 (UTC)

saya tidak setuju, kan kosakata bahasa Indonesia dan bahasa Melayu banyak perbedaannya ReogWarrior | bicara 15:09, 28 November 2007 (UTC)

Buat saya perbedaannya tidak banyak, cuma memusingkan saja, yang menyukarkan buat pembaca. Dan itu tidak berlaku buat Wikisource, yang merupakan sumber naskah asli. Saya berpikir naskah-naskah berbahasa Melayu Klasik bisa ditaruh di wikisource-id. --Gombang 15:17, 28 November 2007 (UTC)
Bukankah lebih baik kalau semua naskah berbahasa Melayu Klasik diletakkan dalam wikisource-ms?—Aviator, 16:12, 29 November 2007 (UTC)
BTW, Gombang, dari sumber manakah anda ambil syair Hamzah Fansuri? Adakah ia Syair Perahu? Kalau boleh, saya mahu dapatkan manuskrip asal dalam tulisan Jawi.—Aviator, 16:17, 29 November 2007 (UTC)
Rasanya dari buku. Nanti saya tengok lagi. Yang jelas bukan dalam tulisan Jawi. --Gombang 06:40, 30 November 2007 (UTC)
Bukankah bahasa Indonesia juga ahli waris bahasa Melayu Klasik seperti dipertuturkan di Riau? BTW Syair Perahu asalnya dari Sumatra, mengapa sastra Melayu Klasik harus dimasukkan semua ke Wikisource-ms? Bahasa Melayu Malaysia tidaklah identical dengan bahasa Melayu Klasik. Dalam banyak hal bahasa Indonesia lebih mirip dengan bahasa Melayu Klasik. Meursault2004 03:38, 30 November 2007 (UTC)
Saya rasa itu bukannya masaalah. Anda boleh letakkannya di MS dan ID kerana kedua-duanya merupakan ahli waris bahasa Melayu Klasik. Bukannya satu masaaalah besar. :) Yosri 03:52, 30 November 2007 (UTC)

Masalahnya bukan apakah ada masalah memasukkannya ke wikisource id atau ms. Tentu saja boleh diletakkan di keduanya. Namun saya pikir itu reduplication of effort. Wikisource itu berisi naskah domain publik atau yang dilisensi bebas. Nah, naskah mana sudah masuk domain publik atau bebas diakses umum? Kecuali yang peraturan dan perundang-undangan tidak banyak yang benar-benar ditulis dalam Bahasa Indonesia. Kalau karya sastra yang saya tahu adalah karya-karya Amir Hamzah dan Chairil Anwar, serta buku-buku Tan Malaka. Selebihnya masih dilindungi hak cipta. Sumber yang potensial untuk mengisi wikisorce Id dalam jumlah besar adalah khazanah sastra Melayu Klasik. Dalam persoalan ini saya kira di Malaysia, Singapura atau Brunai keadaannya tidak jauh berbeda dengan Indonesia. Jadi kalaupun kita hendak membuat wikisource ms terpisah dengan wikisource id, sumber terbesar yang hendak digali itu-itu juga: naskah Melayu Klasik. Karena itu menurut saya kerja sama yang lebih erat antara pihak ID dan MS patut dipertimbangkan. Seperti yang saya sudah jelaskan sebelumnya wikisource berbeda dengan wikipedia, karena merupakan sumber naskah asli. Jadi semestinya masalah perbedaan bahasa ataupun kesalahpahaman tidak sebesar di wikipedia. Mungkin kita dapat membuat dua domain, id.wikisource dan ms.wikisource. Kalau dibuka dari id antarmukanya menggunakan bahasa Indonesia, sedangkan bila dibuka dari ms yang dipakai bahasa melayu. Namun database yang digunakan di-share. --Gombang 06:40, 30 November 2007 (UTC)

Sebenarnya saya tidak pasti samaada meletakkan teks naskah Melayu Klasik itu bebas hak cipta, kerana naskah asalnya berada dalam tulisan jawi, sementara naskah moden tulisan rumi tertakluk kepada hakcipta penerbitnya, kerana ianya adalah hasil kerja translirasi baru. Kecuali ada sesiapa yang hendak menawar diri mentranslirasi dari teks asalnya. Berkenaan cadangan Gombang, saya rasa tiada masaalah. Yosri 10:14, 30 November 2007 (UTC)

Gombang, itu adalah berkenaan naskah klasik, tapi bagaimana pula naskah dalam bahasa Melayu moden? Contohnya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang saya sudah letakkan di domain lama (wikisource.org), dan terjemahan Quran dalam bahasa Melayu (kalau tak silap berasal dari usaha JAKIM) yang saya akan muat naik sebaik sahaja domain baru ms dibuka. Kita tidak boleh kira perletakan naskah berdasarkan kedudukan geografi, sebaliknya yang perlu dititikberatkan ialah isu linguistik. Kalau kedua-dua pihak Melayu dan Indonesia menganggap bahawa Amir Hamzah adalah pelopor sastera dalam bahasa masing-masing, tak salah kalau karya beliau diletakkan dalam kedua-dua domain. Masalah "reduplication of effort" boleh diselesaikan dengan cara redirect. Banyak juga manuskrip lama yang sudah sebati dengan masyarakat Melayu moden, umpamanya Sejarah Melayu yang disusun oleh A Samad Said sendiri, Hikayat Merong Mahawangsa yang disimpan di muzium negeri Kedah. Semua manuskrip ini lebih sesuai jika diletakkan dalam wikisourceMs.—Aviator, 16:13, 30 November 2007 (UTC)

Betul kata Yosri, teks dalam tulisan Rumi yang merupakan transliterasi adalah hak cipta, kita perlukan teks asal dalam tulisan Jawi dan menyediakannya seiringan dengan transliterasi Rumi yang dihasilkan sendiri.—Aviator, 16:16, 30 November 2007 (UTC)