Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib2/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Bolehkah Digunakan kod html, css dan php?

Saya mahu menanya soalan ini, iaitu bolehkah kita menggunakan kod html,css dan php dalam penulisan sebarang rencana di wikipedia? Adakah wikipedia membenarkannya selain menggunakan kod wiki itu sendiri? – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Powerabu (bs).

Prinsip Wikipedia adalah untuk memudahkan sesuatu rencana disunting. Sebab itulah sintaksis wiki dicipta. Kod HTML boleh digunakan tetapi tidak digalakkan. CSS dan PHP pula terlalu sukar untuk kebanyakan orang dan oleh itu tidak dibenarkan dalam rencana. Di laman pengguna anda sendiri tidak mengapa. ...Aurora... 03:35, 1 Februari 2007 (UTC)[balas]

Bolehkah kod css ataupun php digunakan pada template?

Boleh. Rujuk meta:Help:Cascading_style_sheets. HTML juga dibenarkan, tetapi bagi sesetengah elemen sahaja. Lihat meta:Help:HTML_in_wikitext. PHP memang tidak dibenarkan kerana masalah sekuriti. Walau bagaimanapun anda boleh membuat pengaturcaraan yang ringkas menggunakan Wikitext. Lihat meta:ParserFunctions. Kalau tak faham bahasa Inggeris, tanyalah apa-apa di sini, saya boleh tolong jawab. --Aviator 12:48, 1 Februari 2007 (UTC)[balas]

Saya lihat MediaWiki:Common.css kita adalah kosong. Sebab itulah templat kotak2 kita nampak biasa. Kalau dirujuk pada Common.css Wiki-English dan Common.css Wiki-Indonesia, mereka hampir serupa. Saya ingin cuba menyalinnya, tetapi malangnya, proses penyuntingan hanya boleh dilakukan oleh penyelia dan sebagainya. Apa pendapat kalian? --Zack2007 23:53, 7 Februari 2007 (UTC)[balas]

Tak ada masalah. — Master2841 17:45, 8 Februari 2007 (UTC)[balas]
Jadi?--Zack2007 13:39, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]
Menunggu pendapat pengguna atau penyelia lain. — Master2841 17:54, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]
Saya telah menyalin CSS daripada Wikipedia BI. Jadi kalau sebarang masalah tentang templat atau reka bentuk sedia ada Wikipedia ini harap dapat diberitahu. Masih dalam tempoh percubaan. — Master2841 08:52, 10 Februari 2007 (UTC)[balas]


Kenapa pulak nak guna css laman web lain? Saya tengok tak ada apa-apa perubahan pun, kecuali laman istimewa atau laman projek yang sudah ada ada warna latar biru muda.--Aviator 17:17, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]
Dengan adanya css ini, stail-stail jadual seperti wikitable sudah boleh digunakan dengan sempurna.--Zack2007 20:22, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]

Bagaimana Ingin Membuat InfoBox?

Sudah cuba untuk meniru templat infobox dari kotak pasir berkenaan Mariah Carey,dan juga meniru templat infobox dari artikel Bahasa Arab,tapi apa yang muncul ialah nilai yang saya tidak mahu seperti Penutur,Pengguna,kod bahasa dan sebagainya.

Saya sedang menulis artikel tentang WordPress(perisian blog) dan memerlukan infobox berkenaan Pemaju Persian,Platform,Versi,dan lain-lain nilai yang mungkin. Adakah memang wujud templat infobox untuk perisian?

Terima kasih... Shamsul-el'Kabiri 11:11, 8 Februari 2007 (UTC)[balas]

Boleh guna templat {{Perisian}}. Boleh juga rujuk rencana Joomla! kerana rencana ini menggunakan Templat:Perisian. — Master2841 17:17, 8 Februari 2007 (UTC)[balas]

Saya telah tambahkan templat:perisian dalam rencana WordPress. — Master2841 17:47, 8 Februari 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih Master :) Saya masih belajar membuat pautan,notakaki dan meletakkan imej.Selamat berhujung minggu!Shamsul-el'Kabiri 10:11, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]

Saya telah membangunkan Wikiprojek Malaysia. Sila sertai projek ini dan bantu saya mengembangkan laman projek ini. Sertai dengan meletakkan nama pengguna anda di bahagian Peserta. Untuk shortcut (Jalan pintas), masukkan WP:MY ke dalam kotak pencarian wikipedia. Terima kasih. --Zack2007 09:59, 9 Februari 2007 (UTC)[balas]

Zoroaster, Zarathustra, Zoroastrianisme, Majusi atau Agama Majusi?

Saya sekarang cuba untuk menerbitkan artikel mengenai Agama Majusi. Persoalannya ialah istilah mana yang lebih tepat Zoroaster, Zarathustra, Zoroastrianisme, Majusi atau Agama Majusi? Mengikut wikipedia Bahasa Inggeris dan juga antropologi, istilah Zoroastrianisme lebih sesuai digunakan. Mengikut sejarah, istilah Agama Majusi itu lebih tepat. Pejuang bahasa 08:30, 11 Februari 2007 (UTC)[balas]

Anda boleh memilih salah satu istilah, dan istilah lain dilencongkan kepada istilah utama. Dalam rencana boleh disebut, ia juga dikenali sebagai .... Yosri 05:26, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]

Lebih sesuai ialah agama majusi kerana masyarakat Melayu sudah menggunakannya sejak kedatangan Islam. — Polar 05:47, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]


Mengikut Kamus Istilah Dewan Bahasa, Zoroastrianism ialah:

  • Zoroastrianisme dalam bidang antropologi
  • ugama Majusi dalam bidang sejarah.
Jadi pilihlah antara Agama Majusi dan Zoroastrianisme. ...Aurora... 14:22, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]

Pandangan mengenai lcct (Low-Cost Carrier Terminal)

ape pandangan anda mengenai lcct (Low-Cost Carrier Terminal) positif dan negatif 16:00, 12 Februari 2007 (UTC)~~

Mungkin sebagai Ensiklopedia, apa yang diperlukan adalah fakta yang menyokong dan menentang LCCT, dan bukannya pendapat. Yosri 10:56, 13 Februari 2007 (UTC)[balas]

MediaWiki:Welcomecreation

Ada sesiapa penyelia berminat meningkatkan pasanan selamat datang Bahasa Melayu. Lihat rencana di pautan ini :- http://meta.wikimedia.org/wiki/Cross-project_comparisons/MediaWiki:Welcomecreation_and_Template:Welcome_comparisons Yosri 10:19, 14 Februari 2007 (UTC)[balas]

Kebetulan saya sedang memikirkan perkara yang sama. Ada orang berminat? ...Aurora... 13:22, 14 Februari 2007 (UTC)[balas]

Risau - bagaimana?

Saya telah mencuba menjemah bahagian ini: Manchester United F.C.#Sokongan tetapi Bahasa Melayu saya agak buruk selepas saya pergi ke United Kingdom empat bulan lalu. Sila memeriksa bahagian ini dan beritahu saya tentang qualiti atau kesesuaian saya menyertai Wikipedia Malaysia. x42bn6 Bual en 15:40, 19 Februari 2007 (UTC)[balas]

Suntingan terjemahan anda baik. Berada pada tahap yang memberangsangkan walaupun kurang penguasaan tatabahasa terutama pada kata hubung dan imbuhan bagi kata kerja. Apapun, anda boleh teruskan usaha dan bertanyalah jika anda risau atau musykil kalau terbuat silap. :) &mdash Polar 16:16, 19 Februari 2007 (UTC)[balas]
Ah, terima kasih. Sebenarnya, saya tidak pernah belajar Bahasa Melayu ke tahap SPM (saya pergi ke sekolah antarabangsa dan tahap hanya boleh dibanding dengan PMR). Tak apa, rupanya boleh belajar sedikit daripada tempat ini... x42bn6 Bual en 17:22, 19 Februari 2007 (UTC)[balas]

Bible atau Kitab Injil

Tumpang tanya sikit. Saya baru saja habis menulis mengenai Oratorio, satu genri muzik yang banyak berunsurkan biblical (Bible). Pada asalnya, saya nak tulis kitab injil bila saya periksa bahawa Wikipedia melayu dah ada rencana “Bible” dan juga Injil. Bible dan Kitab Injil tu sama atau tidak? Dan kalau ia adalah sama, adakah kita patut kekalkan Bible atau pindahkannya ke Kitab Injil? Terima kasih. - Jay 05:51, 21 Februari 2007 (UTC)[balas]

Injil biasanya dikaitkan dengan kitab Islam, manakala Bible dengan kitab Kristian/Yahudi. Lihat en:Injil dan en:Bible. ...Aurora... 14:40, 21 Februari 2007 (UTC)[balas]

Bagi terjemahan bahasa Melayu, pengikut Nasrani menggunakan perkataan Al-kitab. Kalau saya tak silap.--60.52.88.138 20:27, 24 Mac 2007 (UTC)[balas]

Imej di Commons

Imej di Common selalu dipadam secara mengejut. Oleh itu saya cenderung menyalinnya ke sini supaya lebih selamat. Ini disebabkan, imej di Common perlu bebas bagi digunakan bagi tujuan perdagangan atau ia dipadamkan. Yosri 06:08, 28 Februari 2007 (UTC)[balas]

Kalau dipadam semua gambar yang sudah ada di Common itu akan selamat di sanakah? - Didie 07:14, 28 Februari 2007 (UTC)[balas]

Tak juga. Kalau di Common sudah dilesen sebagai CCv2 dan dibenarkan tujuan perdagangan, selamatlah. Kalau CCv2 non-commercial, tak selamat. Yosri 07:46, 28 Februari 2007 (UTC)[balas]
Sekarang banyak imej yang perlu dipadam sehingga berpuluh-puluh imej disebabkan imej-imej itu terdapat di Wikimedia Commons. Perlukah saya memadam imej-imej sedemikian? Apabila saya memadam, kesemua imej yang dicipta akan berkurangan dari segi bilangannya sehingga tinggal 1,000 sahaja. Dasyhat!! Hehehe-Didie 12:53, 1 Mac 2007 (UTC)[balas]
Kebanyakan imej tersebut adalah bendera/lambang/peta yang mempunyai sehingga 5, 6 salinan dengan berbagai nama di sini. Jadi memang patut dipadam dan gunakan format svg yang ada di Commons. Jangan risau, kita masih ada 5,000 lebih gambar :) ...Aurora... 13:46, 1 Mac 2007 (UTC)[balas]