Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib4/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Pengguna baru

Saban hari melayari wikipedia ini, saya lihat sentiasa ada pengguna baru yang mendaftar tetapi jarang sekali saya lihat mereka menyumbang. Adakah pengguna baru ini ialah pelaku musnah yang sengaja berbuat demikian kerana itu adalah kerja mereka atau mereka itu sememangnya pengguna baru? — Master2841 08:25, 1 April 2006 (UTC)


Saya rasa mereka semua ini pengguna baru yang belum membiasakan diri dengan wikipedia. Kita harus yakin, bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan yang suci, dan kebanyakan manusia sememangnya berhati mulia. Sekiranya tidak, bukankah wikipedia yang terbuka pintunya akan terus musnah dalam vandalisme? Ychmatematik 12:07, 1 April 2006 (UTC)


Ini amat biasa di Wikipedia lain. Kebanyakan masa, pengguna baru ini mendaftar tetapi tidak membuat sebarang penyuntingan. Mereka tidak menyebabkan apa-apa masalah, jadi saya tidak pasti apa yang patut dibuat. Kalau mereka hendak membaut vandalisme, kan mereka akan membuatnya? Tetapi nampaknya hampir semua pengguna-pengguna baru tidak buat apa-apa langsung. Johnleemk 16:29, 2 April 2006 (UTC)


Memperbaiki rencana

Apa kata kita sediakan satu tempoh masa hanya diperuntukkan untuk memperbaiki semua rencana yang sedia ada dengan membetulkan kesalahan ejaan dan bahasa serta menokok tambah fakta kepada rencana yang stub dan terlalu sedikit tanpa menambah sebarang rencana baru agar kawalan piawai bahasa portal ini lebih elok dan bersistem sebelum menambah lagi rencana baru yang menimbun banyaknya. Tidak guna kalau rencana banyak tetapi tiada mutu. Kita sama-sama gotong-royong. Tapi harap-haraplah waktu tu saya lapang (ketika saya sudah habis periksa kerana saya hendak membantu). — Polar 02:52, 3 April 2006 (UTC)

Saya setuju dengan Polar kerana banyak rencana yang tidak lengkap dan kurang maklumat. Walau bagaimanapun penulisan rencana baru hendaklah diteruskan. — Master2841 04:07, 3pril 2006 (UTC)

Rencana pilihan

Mar-mari semua pengguna wikipedia Bahasa Melayu, calonkan rencana pilihan anda atau undi rencana kegemaran anda di Perbualan Wikipedia:Calon rencana pilihan. Jangan malu jangan segan, wikipedia ialah satu laman yang berdemokrasi. Jalankan hak anda sekarang. — Master2841 04:09, 3pril 2006 (UTC)

PASAR MALAM KE?
Hehehe biasalah nak tarik pelanggan. — Master2841

Hikayat Merong Mahawangsa

Saya memohon kepada wikipedians untuk mewujudkan sebuah artikel mengenai hikayat Mering Mahawangsa. Ini kerana hikayat cukup terkenal dan penting dalam sejarah sastera nusantara dan Malaysia terutamanya tetapi sedih sekali tidak terdapat dalam wikipedia ini. Kepada mereka yang ketahuan mengenai artikel, bisakah ditulis? 141.213.240.242 06:32, 3 April 2006 (UTC)

Kalau sanggup tunggu, rencana ini akan wujud sebelum ogos. Kalau boleh tuan boleh tulis rencana dengan tangan sendiri. Ychmatematik 08:03, 3 April 2006 (UTC)

Kategori

Saya dapati banyak rencana yang belum diberi kategori. Kalau boleh, para sysop boleh tolong mengkategorikan semua rencana ini. Buat masa sekarang saya akan mengktegorikan rencana kumpulan rock ke dalam kategori muzik, jika saya jumpa.Ychmatematik 08:03, 3 April 2006 (UTC)

Lebih baik bubuh dalam Kategori:Kumpulan muzik Malaysia. ...Aurora... 14:35, 3 April 2006 (UTC)


Saya lihat banyak kategori bertindan, contohnya:

Minta pandangan yang mana satu lebih sesuai? Selain itu juga antara Ahli sains & Saintis.
...Aurora... 10:20, 25 April 2006 (UTC)

Saya fikir Sasterawan (kerana ketulenan bahasa melayu itu sendiri), Kolej dan universiti (mengikut abjad), Ahli sains (yang ini cadangan sahaja...nanti saya check dengan org lebih tahu bahasa)che 15:49, 1 Mei 2006 (UTC)

Saya kembali pulang sepenuhnya ke Wikipedia

Pada hari ini saya telah pulang dengan hati yang baik. Saya akan terus berusaha untuk mensasarkan Wikipedia Bahasa Melayu sebagai pusat maklumat pengunjung yang mengunjungi Wikipedia ini. — Emrrans 12:54, 3 April 2006 (UTC)

Selamat kembali, Emrrans! Ychmatematik 12:56, 3 April 2006 (UTC)
Selamat kembali :) ...Aurora... 14:35, 3 April 2006 (UTC)
Emrranz kembali! Yahoo!!!! (Apa kes ni?) Hehehe. Selamat kembali. Polar 02:32, 5 April 2006 (UTC)

arkib

mengapa arkib ditubuhkan?

Arkib bertindak sebagai penyimpan dokument rasmi bagi memastikan sejarah tidak diputarbelit oleh pihak berkepentingan. Sebagai contoh, presiden Bush mendakwa tidak mengetahui bahaya Taufan Katrina tetapi bahan arkib menunjukkan dia telah diberi taklimat mengenai bahaya sebegitu sebelum ribut melanda lagi. Bahan arkib penting bagi mereka yang memerlukan ketepatan dalam penyelidikan mereka, sesuatu yang masih kurang dihargai di Malaysia. Yosri 05:08, 4 April 2006 (UTC)

Pemadaman laman lencungan

Terdapat kecenderungan untuk memadam laman lencungan. Walaupun ini adala baik untu kemas kini, tetapi laman yang telah lama wujud dan dilencungkan kemudian perlu dikekalkan kerana mungkin terdapat pautan daripada laman wiki bahasa lain ke laman tersebut. Harap betulkan pautan dari laman wiki bahasa lain sebelum pemadaman lencungan bagi mengelak laman kosong apabila ia diikuti pengguna lain. Yosri 12:17, 5 April 2006 (UTC)

Rencana terlalu pendek

Kebanyakkan rencana yang ditulis sekarang (cth; Ronaldo) terlalu pendek dan tidak diletakkan templat stub. Saya tidak pasti sama ada memadamkan rencana itu atau membiarkan sahaja. Saya cadangkan selagi rencana itu tidak lengkap jangan dibuat lagi rencana itu sebaliknya tulis didalam laman versi kerja masing-masing seperti yang selalu dibuat oleh PM Poon dulu. — Master2841 18:16, 5 April 2006 (UTC)

Rujuk rencana Inggeris mengenai stub. Yosri 00:21, 6 April 2006 (UTC)
Hai Master2841, kini saya tidak perlu lagi menggunakan laman versi kerja. Saya mempunyai wiki Mediawiki sendiri, hehehe. Oleh itu, anda tidak biasa "nampak" saya sekarang sebab saya mencipta rencana saya dalam wiki saya dan kemudian menampalkannya ke sini. Kan saya masih merupakan salah seorang pengguna "heavy duty" di sini? Kebaikan cara ini adalah saya tidak membazirkan ruang cakera keras disebabkan oleh terlalu banyak versi kerja. — PM Poon 15:02, 8 April 2006 (UTC)

Hai Master2841, pendapat saya, okay? Pendapat saje, bukan fakta... Saya rasa kita kena memberi peluang kepada pengguna-pengguna baru yang tidak biasa dengan Wikipedia bahasa Melayu untuk bermula pengalaman mereka melalui penciptaan rencana stub. Mungkin mereka tidak tahu macam mana hendak membuat subhalaman dalam laman pengguna sendiri. Biarlah buah ok ("ok" tu "oak", bukan okay, tahu!) menjadi pokok ok.

Bagaimanapun, untuk pengguna-pengguna pakar, saya berasa kita harus cuba mencipta halaman yang agak sempurna. Kita harus berdiri dalam kasut pengunjung portal ini, hehehe... banyaknya bau keinggerisan. Jika setiap kali seorang pembaca hendak mencari maklumat dalam Wikipedia Bahasa Melayu, dan setiap kali dia menghadapi rencana stub, dia akan berfikir: "Banyak celakak punya tapak! Pengetahuan saya jauh lebih banyak daripada portal pariah ini!" hehehe. Namun, untuk kepentingan reputasi tapak ini, kita harus berusaha untuk memenuhi kehendak pembaca. Saya merehatkan kes saya, hehehe. — PM Poon 15:43, 8 April 2006 (UTC)

Bagaimana Tukar webpage kepada jadi satu gambar

Hello, ada siapa yang tahu bagaimana kita "mengambil gambar" untuk laman internet? ini adalah untuk demotrasi dalam polisi dan garis panduan. Ychmatematik 13:57, 8 April 2006 (UTC)

Untuk sistem operasi Windows, tekan kekunci "Print Screen". Kemudian, buka program menyunting imej (MS Paint juga boleh) dan tekan ctrl+V. Simpan imej itu seperti biasa dan muat naiknya. Johnleemk 14:14, 8 April 2006 (UTC)
Saya tak dapat cari kekunci "Print Screen" di tool bar saya. Saya sedang menggunakan os "windows XP N edition". Adakah fungsi ini laku untuk XP N edition?.Ychmatematik 15:44, 8 April 2006 (UTC)
Saya sudah cuba fungsi "Print" tetapi ia muncul teks dalam laman web sahaja. Ychmatematik 15:49, 8 April 2006 (UTC)
Butang tersebut boleh didapati pada papan kekunci awak. Johnleemk 13:56, 9 April 2006 (UTC)
Anda boleh lihat butang Print biasanya disebelah kanan bahagian atas. Tekan sekali dan buka penyunting imej, biasanya dalam Accessories, => PAINT.EXE..... Terus tampal. Yosri 11:24, 10 April 2006 (UTC)
Sesetengah program komersil juga mempunyai fungsi capture yang dapat mengambil apa-apa gambar dari skrin anda. Contohnya Photoshop atau GIMP. Mungkin boleh terjemahkan rencana ini :) en:Screenshot. ...Aurora... 07:16, 11 April 2006 (UTC)
Aiyo, sekarang saya baru tahu benda itu letak pada keyboard saya! terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan kerana sudi membantu:)Ychmatematik 01:33, 12 April 2006 (UTC)

Selamat datang kepada pengguna baru

Marilah datang ke Wikipedia Melayu yang sentiasa berkembang, bak kata pepatah: Sedikit lama-lama menjadi bukit! Silalah mengambil keputusan untuk tinggal di Wikipedia Melayu untuk kemajuan informasi Wikipedia Melayu. — Emrrans 14:05, 13 April 2006 (UTC)

apa khasiat inai dan santan untuk rambut..?

hai..saya pengguna baru kat sini. seorang pelajar sekolah.saya agak terumbang ambing memasuki laman ini,untuk mencari maklumat yang diperlukan. boleh tolong saya untuk mendapatkan maklumat tentang khasiat inai dan santan untuk rambut? saya begitu memerlukannya,untuk menyiapkan tugasan spm..

Punca-punca dan ciri-ciri pencemaran minyak sawit semasa pemprosesan

Saya merupakan pelajar dalam jurusan teknologi makanan. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai punca-punca dan ciri-ciri pencemaran minyak sawit semasa pemprosesan bagi menyiapkan tugasan saya...Terima kasih....

Saya kurang pasti, tetapi antara lain adalah :-
  • Menyimpan dalam bekas yang tercemar / kurang bersih semasa pengangkutan/penyimpanan.
  • Berlaku kebocoran.
  • Minyak disimpan terlalu lama menyebabkan terurai secara semulajadi.
  • Campuran bahan mentah yang tidak betul.

Yosri 00:26, 26 April 2006 (UTC)

Petua-petua kesihatn dan penjagaan

Assalamualaikum, saya pengguna baru disini. Sya amat berminat dengan maklumat mengenai petua 2 kesihatan dan penjagaan. Saya harap agar sesiapa saja dapat menambah karya mereka dalam wikipedia ini seperti yang diminta. Sekian, wassalam G-kin 07:32, 23 April 2006 (UTC)

Anda boleh rujuk di [sini.] Wikipedia tidak mengesahkan atau menggalakkan laman ini. Wikipedia tidak mempunyai apa-apa kaitan atau membuat sebarang pengesahan. Sila timbangkan sendiri faktor kesihatan anda. Yosri 00:46, 26 April 2006 (UTC)

Kategori bertindan

Hai Aurora, pertindanan kategori dibuat oleh saya tadi kerana saya terlupa kategori-kategori yang telah dicipta. Dulu, saya selalu melihat satu halaman yang menyenaraikan semua kategori menurut abjad, tetapi kini, saya tidak dapat mencari halaman itu. — PM Poon 11:13, 25 April 2006 (UTC)

Cuba lihat Istimewa:Categories atau loncat. Yosri 00:21, 26 April 2006 (UTC)
Saya tak tahu laman apa yang anda maksudkan, tapi sebab itulah pautan ke "Daftar semua rencana" diletakkan di Laman Utama. Klik sahaja dan pilih ruangnama kategori dari menu. ...Aurora... 01:53, 26 April 2006 (UTC)

Ya, halaman yang saya maksudkan ialah Istimewa:Categories yang dikatakan oleh Yosri. Kamus Dewan Bahasa dalam talian down sejak Khamis minggu lalu. Kamus down, saya turut down juga, hehehe. Semalam baru naik balik, tetapi angin dah lepas. Nak terjemahkan pun takde mood sekarang, walaupun ada sekurang-kurang lima rencana yang hendak dikemaskinikan atau diterjemahkan. Oleh itu, terpaksalah masukkan kategori dan membuat hal-hal yang tidak banyak memerlukan otak. (Oleh itu, banyak silap, hehehe) — PM Poon 02:27, 26 April 2006 (UTC)


Jika laman DBP tidak dapat di akses, anda boleh mencuba laman projek masalapang saya. http://kamus.artakus.net juga menggunakan data dari DBP tanpa kebenaran. Sebarang komen, dan laporan bug sila tulis di perbualan sayaArtakus 08:59, 7 Mei 2006 (UTC)

Pertolongan

Boleh tak sesiapa tolong mendapatkan logo Piala Thomas 2006? Sedang dalam proses pembuatan rencana Piala Thomas 2006. — Master2841 18:45, 26 April 2006 (UTC)

Anda boleh mendapatkannya di laman web IBF di http://www.internationalbadminton.org/index.asp atau laman web rasmi Thomas Cup 2006 di http://www.yonex-tuc.com. Hayabusa future 08:29, 28 April 2006 (UTC)

Pengemaskinian ciri "Peristiwa" secara automatik

Sewaktu saya menterjemahkan rencana Sejarah Wikipedia, saya mendapati bahawa:

26 Februari 2004: User:maveric149 (Daniel Mayer) melaksanakan pemasukan automatik dari arkib untuk Wikipedia:Hari Ulang Tahun Pilihan yang ditonjolkan dalam Laman Utama Wikipedia bahasa Inggeris. Ciri ini dapat mengemaskini Laman Utamanya setiap hari secara automatik.

Oleh itu, saya cuba berhubung dengan Maveric149 beberapa hari dahulu, tetapi sehingga hari ini, beliau langsung tidak layan, hehehe. Saya baru saje memasuki Laman Utama Wikipedia Bahasa Inggeris dan mendapati bahawa ideanya memang senang saje, iaitu satu garis seperti berikut:

{{Wikipedia:Selected anniversaries/{{CURRENTMONTHNAME}} {{CURRENTDAY}}}}

Oleh itu, kita cuma dikehendaki memasukkan hari ulang tahun pilihan (atau apa yang digelarkan "peristiwa" di Laman Utama) dalam subhalaman-subhalaman bulanan Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan saje. Terdapat tiga kebaikan dengan cara ini:

  • Kita cuma dikehendaki memasukkan data sekali saje ke dalam subhalaman, dan data ini boleh digunakan tiap-tiap tahun.
  • Kita boleh memasukkan data lebih dahulu, tanpa menunggu sampai hari yang berkaitan.
  • Kita tidak perlu mengemaskinikan Laman Utama tiap-tiap hari.

Saya akan membuat setup untuk ciri ini, dan kemudian semua pengguna boleh memasukkan data ke dalam subhalaman bulanan yang berkaitan. Sekarang dah pukul 3 pagi. Dah ngantuk. Besuk lusa baru bikin, hehehe. — PM Poon 19:00, 27 April 2006 (UTC)


Idea yang bagus. Tapi baik mulakan dengan bulan Mei, April dah nak habis :) ...Aurora... 01:58, 28 April 2006 (UTC)

Aurora, mungkin pada waktu saya siap, dah bulan Mei! Tetapi oleh sebab ini adalah sistem harian dan bukannya sistem bulanan, sebenarnya tidak kesah bila dimulakan. — PM Poon 06:23, 28 April 2006 (UTC)

Kebenaran Karya Terjemahan

Bagaimanakah boleh menentukan sama ada karya terjemahan itu fakta benar atau telah diubah suai atau ditipu? tq

Kaedahya sama saje dengan kaedah karya yang bukan karya terjemahan. — PM Poon 07:05, 28 April 2006 (UTC)

Tag/Template mengenai hak cipta imej

Hai, kawan-kawan. saya ingin mengenalpasti semua tag/tempalte yang menjelaskan hak cipta imej yang wujud dalam ms.wikipedia. Ini adalah untuk penjelasan di bahagian polisi. Ychmatematik 12:44, 29 April 2006 (UTC)

Saya fikir Wikipedia:Templat pandu arah dan Wikipedia:Pesanan khas MediaWiki boleh bantu. Johnleemk 12:34, 30 April 2006 (UTC)

minyak

kepentingan ujian untuk menentukan bahan meruap dalam miyak masak