Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib7/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Perbandingan antara agama

Perbualan yang tidak berkaitan dengan Wikipedia ini telah dipindahkan ke Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana/Perbandingan antara agama. ...Aurora... 10:03, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]

Pesanan telah saya batalkan agar tidak menimbulkan kontroversi. Sesetengah soalan itu pernah saya kemukakan dalam portal agama Kristian tanpa sebarang jawapan, apalagi dengan portal ini, hehehe. — 11:30, 29 Jun 2007 (UTC)
Sesiapa yg hendak teruskan perbincangan itu sila datang ke tempat saya Pengguna:Edmundkh/Perbandingan antara agama. --Edmund The King of The Woods! 10:18, 1 Julai 2007 (UTC)[balas]
Edmund, bukankan orang yang memulakan perbincangan ini ingin perbualan itu dibatalkan? Dan adakah anda meminta kebenaran Perbualan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana sebelum anda copy soalan beliau ke "talk page anda"? Saya bersetuju dengan beliau agar perbincangan itu dipadamkan, oleh itu saya terpaksa memadam bahagian yang saya tulis dari talk page anda. - Jay 13:16, 1 Julai 2007 (UTC)[balas]
Hai Jay, tak perlulah kebenaran. Ini kan portal masyarakat? Saya telahpun baca semua pesanan di sana, termasuk pesanan anda sebelum anda memadamkannya. Oleh sebab anda semua berasa topik ini sangat sensitif, saya menghesitat untuk mempartisipat dan oleh itu, kelihatan mengkonstipat, hehehe. Walaupun demikian, saya telah mencapai setakat pemahaman terhadap sesetengah soalan yang ditimbulkan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 16:27, 1 Julai 2007 (UTC)[balas]

Maaf ye, saya pindah ke tempat sendiri hanya untuk sebagai cenderamata... :-P Kalau kita tak patut teruskan perbincangan tu lagi, mungkin bloeh minta untuk lindungi laman itu supaya tak dpt disunting oleh sesiapa kecuali penyelia... --Edmund The King of The Woods! 10:18, 2 Julai 2007 (UTC)[balas]

Identiti User:Alistair

Apa!? Dia Orang Cina!? Bukankah dia nyatakan diri penutur bahasa ibunda utk Bahasa Inggeris & Bahasa Melayu!? Lagipun, saya telah baca laman penggunanya di Wikipedia Bahasa Cina juga. Dia nyatakan bahawa Bahasa Cina sendiri tak berapa bagus, jadi tak dpt menyumbang di sana. Saya sangka dia Org Melayu yg berpendidikan Cina. --Edmund The King of The Woods! 11:00, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]

Let bygones be bygones. Jika anda korek di belakangnya, apa yang boleh anda dapat? Biar habiskan masa untuk mengembangkan rencana, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:34, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]
Ye lah, lupakan lah. Tapi saya terbaca bahagian dia cakap dia 21 tahun berbangsa Cina. Saya salah baca kot! Masa tu saya baca laju sebab hati tengah panas. Hehe.. oklah lupakan saja cerita dia tu. harap-harap dia boleh kembali ke sini dan menjelaskan sendiri - Jay 14:43, 29 Jun 2007 (UTC)[balas]

Umur bukan masalahnya, tapi dia dah jelas nyatakan diri sebagai seOrang Melayu (Penggunaan Templat: Pengguna Melayu). Bolehkah anda tunjukkan bahagian yg nyatakannya sbg Orang Cina? Mungkin ada salah faham... --Edmund The King of The Woods! 10:43, 30 Jun 2007 (UTC)[balas]

Rencana asal Istana Budaya dalam Wiki EN tidak begitu memuaskan (dan juga sebenarnya dicopy 100% dari laman Istana Budaya), jadi saya terpaksa buang semua dan buat semula. Saya sebenarnya tidak minat untuk membuat rencana mengenai bangunana tetapi kerana Istana Budaya adalah juga "rumah opera" pertama di Malaysia dan saya juga menyenaraikannya dalam senarai rumah opera dunia, saya terpaksa "mencantikkan rencana" tersebut. Ini adalah kerana, saya tak mahu orang asing tengok rencana mengenai satu-satunya teater tercanggih kita terbiar. Kalau sesiapa yang banyak tahu pasal Istana budaya, silalah tambahkan lagi. Dan saya amat berharap jika sesiapa ada gambar dalam auditorium dapat upload gambar di situ (sila pastikan lesen gambar tersebut kerana Wiki EN amat tegas dalam soal tersebut). Saya akan buat terjemahan selepas saya dah lengkapkan rencana itu. Saya faham Kedai kopi ini adalah untuk Wiki MS, oleh itu jika anda tak mahu menulis di sana tetapi ada maklumat atau gambar-gambar, bolehlah beri di sini. Terima kasih - Jay 06:50, 3 Julai 2007 (UTC)[balas]

Penerangan saya lagi

Saya juga, secara jujur, mempunyai 1, 2 akaun atau lebih lagi tapi kurang dari 5 akaun yang saya ada. Akaun saya yang selebihnya yang dimana, 1, yang saya ingat ialah Pengguna:Gunter. Jika boleh, mana2 penyelia boleh kenakan sekatan terhadap akaun tambahan saya ini yang saya terangkan ini. Terima kasih. — Imran Al-Sahih 08:47, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]

Jikalau anda buat salah laku dengan akaun itu, pasti akan disekat segera. Jikalau tidak, sukar mengesahkan bahawa akaun itu kepunyaan anda. Yosri 08:53, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]
Saya rasa tak perlu nak sekat sockpuppet yang bukan untuk tujuan yang buruk... --Edmund The King of The Woods! 10:40, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]

Statistik Pengguna

Saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu bahawa Wikipedia edisi Bahasa Malaysia cuma mempuyai 8 orang pentadbir yang mengendalikan hampir keseluruhan ensiklopedia ini. Walaupaun bilangan penggunanya yang berdaftar iaitu sebanyak 11,378 oranng, namun jumlah ini tidak termasuk bilangan pengguna yang tidak aktif.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pentadbir-pentadbir yang telah menyumbang dalam mengembangkan Wikipedia Bahasa Malaysia.

Istimewa:Statistics MSWiki 12:50, 6 Julai 2007 (UTC)"[balas]

Terima kasih atas pesanan anda. Saya lihat anda meletakkan nama anda di Wikipedia:Permohonan menjadi pentadbir. Saya tidak pasti, adakah anda berminat menjadi penyelia ataupun anda ingin mengundi Edmundkh. Boleh nyatakan dengan jelas? ...Aurora... 13:12, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]
Saya sememangnya berminat untuk menjadi penyelia hanya bagi membantu Wikipedia. Tidak ada bezanya sekiranya saya mengundi sesiapa. Untuk pengetahuab saudari, saya juga berhak untuk mengundi di Wikipedia. -MSWiki 15:39, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]

Wikipedia Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia

Pada pendapat saya, Wikipedia Bahasa Melayu sepatutnya ditukar kepada Bahasa Malaysia. Ini harus dilakukan berikutan dengan langkah kerajaan untuk menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk menggantikan Bahasa Melayu. Bahasa Melaysia sekarang merupakan bahasa rasmi Malaysia.

Saya berharap hal ini akan mendapat pertimbangan daripada para pentadbir. Harap maklum "MSWiki 12:58, 6 Julai 2007 (UTC)"[balas]

Semerti yang telah dimaklumkan sebelum ini, Wikipedia ini adalah untuk semua penutur bahasa Melayu (kecuali di Indonesia yg mempunyai Wikipedia sendiri), bukan penduduk Malaysia sahaja. ...Aurora... 13:12, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]
Terima kasih atas pesanan saudari MSWiki 15:30, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]
Saya setuju dengan Aurora, bahasa Melayu tidak patut digunakan sebagai propaganda politik disini, bahasa Melayu melambangkan bangsa Melayu, yang juga merupakan satu etnik dan kaum yang terdapat di muka bumi, kenapa perlu disisihkan? lagi pun..bahasa ini bukan ditutur di negara Malaysia sahaja, ia juga ditutur di Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Brunei, Singapura, selatan Midanao dan juga selatan Thailand, maka secara globalnya adalah tidak wajar ditukarkan Wiki Melayu kepada bahasa Malaysia..kenapa perlu mengintai? sedangkan anda boleh berdiri dengan melihat dengan mata yang luas? -- Hafrul
Ketika saya mula-mula menyertai Wiki MS, saya juga bertanya sama seperti "MSWiki. Tetapi setelah agak lama saya di Wikipedia, saya baru sedar bahawa Wikipedia adalah ensaiklopedia bahasa dan bukan negara. Sebab itu lah Wiki EN adalah Wiki English bukan Wiki Amerika atau Wiki Australia dan sebagainya. Semua negara yang menggunakan bahasa Inggeris menulis dalam Wiki EN, sebagai contohnya. Banyak lagi negara-negara yang berkongsi satu bahasa (lain dialek) seperti bahasa Sepanyol yang menulis dalam Wiki Spanish atau espanyol. Wiki MS bukan Wiki Malaysia tetapi untuk semua orang dari pelbagai negara yang menggunakan bahasa Melayu walaupun berlainan dialek. - Jay 17:16, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]

Ya, betulnya apa yang dikatakan oleh anda semua. Pada suatu ketika, saya juga berpendapat bahawa portal ini harus digelar Wikipedia bahasa Malaysia bukan atas alasan negara, tetapi kerana jenis bahasa Melayu yang digunakan dalam portal ini merupakan satu-satunya buatan Malaysia, iaitu buatan Dewan Bahasa & Pustaka Malaysia. Misalnya, perkataan "kupasan" yang kemudian menjadi "analisa" dan yang kemudian pula menjadi "analisis". Jika kita tengok Kamus Istilah Dewan Bahasa, satu lajur telah diperuntukkan untuk istilah bahasa Melayu yang tidak lagi diterima, walaupun ia telah digunakan pada suatu ketika. Serupanya juga dengan perkataan "ianya" yang sedap bunyinya dan pada suatu ketika amat popular penggunaannya, akan tetapi kini diisytiharkan sebagai pencemaran bahasa pulak. Kan bahasa Melayu masih mempunyai banyak lagi penyimpangan tatabahasa yang lain (digelar kekecualian) yang masih boleh diterima tetapi mengapakah "ianya" tidak termasuk dalamnya, hehehe? Bahasa Brunei mempunyai istilah tersendiri tetapi oleh sebab perbendaharaan kata mereka juga tidak mencukupi, maka ia juga turut mengikut pimpinan Dewan Bahasa atas alasan tidak perlu pening kepala, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:01, 6 Julai 2007 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih baik kita mengekalkan nama "BAHASA MELAYU". Saya juga lebih-lebih suka nama ini berbanding dgn "BAHASA MALAYSIA", kerana ini ternyatalah BAHASA MELAYU. Malaysia merupakan sebuah negara yang mendapat nama ini pada tahun 1963. Alangkah bodoh kalau kita cakap bahawa BAHASA MALAYSIA digunakan di "EMPAYAR MELAKA" (sebelum 1511)? Lagipun, perkataan "Melayu" sebenarnya agak neutral, kerana mengelakkan perkara politik. Biarpun tukar jadi "Malaysia" pun tidak membantu dlm menyatupadukan semua rakyat Malaysia. Lagipun, nama "Bahasa Malaysia" adalah biadap terhadap Brunei Darussalam yang juga sebuah negara Melayu seperti kita, kecuali kalau kedua-dua negara ini mengisytiharkan pembezaan bahasa, seperti Romania dan Moldova yang sebenarnya menggunakan bahasa yg sama. Ini juga berlaku pada Serbia, Croatia, Montenegro, dan Bosnia-Herzegovina. Apa yg saya tau ialah, penukaran nama bahasa kpd "Bahasa Melayu" dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Bapa saya cakap mungkin nama bahasa ditukar balik kerana menteri-menteri kita sekarang tak suka Anwar lagi... --Edmund The King of The Woods! 07:52, 7 Julai 2007 (UTC)[balas]

Janganlah cakap bodoh tanpa berpaling kepala melihat belakang agar mengelakkan 230 juta orang kejar anda dengan parang, hehehe! — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:58, 7 Julai 2007 (UTC)[balas]
Apa itu 230 juta orang!? --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 08:10, 7 Julai 2007 (UTC)[balas]

Terima kasih atas pesanan anda semua. Nampaknya Wikipeida Bahasa Melayu patut kekal dengan identitinya. Adakah pengguna Bahasa Melayu di dunia ini adalah seramai 230 juta orang? -MSWiki 00:45, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]


Tak seramai 230 juta orang. Hanya 10% daripada itu. Yang dimaksudkan 230 juta orang ialah orang Indonesia. Kan Edmundkh yang mengatakan:

Malaysia merupakan sebuah negara yang mendapat nama ini pada tahun 1963. Alangkah bodoh kalau kita cakap bahawa BAHASA MALAYSIA digunakan di "EMPAYAR MELAKA" (sebelum 1511)?

Namun apakah ceritanya tentang Bahasa Indonesia yang mendapatkan namanya pada tahun 1945? Kan serupa "bodoh" sahaja, iaitu jika penggunaan nama itu bodoh? — Syarikat Pemunggahan Rencana 08:59, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]

Sejak bilalah Bahasa Malaysia wujud ni? Saya dah hidup lama juga tapi masih tak pernah dengar kewujudan ini. Bahasa Melayu memang bahasa kita, muktamad. Dan, eh maafkan saya jika tak perkenalkan diri. Saya dah lama juga sunting artikel di sini, tetapi tak sampai setahun lagilah. Saya perlukan tunjuk ajar semua di sini. Terima kasih.

P.S. Semua topik boleh dibincangkan di sini? Piecemealcranky 10:35, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]

Tak sampai setahun? Wowwweeeeeeeee!!! Lamer betullllllllllllll!!!!!!! (Katak di bawah tempurung) 12:56, 8 Julai 2007 (UTC)

Saya hanya menumpukan perhatian terhadap masalah penamaan di sekitar Malaysia, yg sebenarnya guna "Bahasa MELAYU". Lagipun, saya hanya cakap "bodoh" kalau kata Empayar Melaka guna "Bahasa Malaysia". Untuk masalah penamaan Bahasa Indonesia pula, kalau rakan-rakan Indonesia di sini berasa marah, di sini saya meminta maaf. Tapi sebelum 1945, macam mana bahasa di Indonesia (Hindia Timur Belanda) dipanggil? --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 15:52, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]

NOTA: Berasaskan buku teks BAHASA MELAYU STPM yang ditulis oleh Nik Safiah Karim bersama-sama Wan Malini Ahmad dan yang diterbitkan oleh Fajar Bakti, ahem...... jika mereka adalah betul, istilah "bahasa MELAYU" masih belum wujud sebelum abad ke-17, apa lagi sebelum 1511. Dengan ini, ahem..., ahem.... sakitnya tekak, istilah "bodoh" kena digunakan pada siapa ye?Sijil Pelajaran Rendah 07:31, 14 Julai 2007 (UTC)[balas]


Rakan-rakan Indonesia di sini tak banyak. Yang banyak di luar sini.... sebenarnya 230 juta orang, berbanding dengan mungkin 2 atau 3 orang yang masih ada di sini.... Hayabusa, Mersault, Somersault, siapa lagi, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:15, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]


There are around 300 distinct native ethnicities in Indonesia, and 742 different languages and dialects. Pada tahun 1928, Kongres Pemuda II mengisytiharkan bahasa Melayu (kini dikenali sebagai bahasa Indonesia) sebagai bahasa gerakan nasionalis Indonesia.Syarikat Pemunggahan Rencana 18:04, 8 Julai 2007 (UTC)[balas]

Tak puas hati dgn laman-laman istimewa

Saya nak tau macam mana nak sunting laman-laman istimewa. Kerana saya amat tak puas hati dgn laman-laman tu, seperti search. --Edmund The King of The Woods! (Sedang memohon menjadi penyelia) 18:54, 17 Julai 2007 (UTC)[balas]

Baca m:Help:System message. ...Aurora... 15:00, 18 Julai 2007 (UTC)[balas]

Bulan Merdeka kembali lagi. Sempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya cadangkan kita tumpukan kepada rencana-rencana mengenai tokoh kemerdekaan. Yosri 11:35, 19 Julai 2007 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan cadangan Yosri. Namun begitu, untuk menulis dan menyunting rencana, kita perlu membuat penyelidikan berdasarkan buku teks Sejarah Tingkatan 1,2, dan 3. Saya akan menumpukan perhatian terhadap rencana-rencana ini sebagai ulang kaji peperiksaan. MSWiki 08:12, 22 Julai 2007 (UTC)[balas]

Penyelidikan menarik... betul tak... hehe

Saya dapati, menurut kajian saya, secara jujur, yang saya buat sendiri mengenai baju lengan pendek. Baju lengan pendek sudahpun ada pada zaman purba (B.C) (S.M). Ia kemungkinan besar awal-awal mula dipakai oleh orang Assyria, dan, tambahan lagi, mana ada bangsa lain yang memakai baju lengan pendek sejak zaman purba (B.C) (S.M). Jika anda lihat laman rencana "Assyria" pada wiki en, anda dapat tahu apa yang saya maksudkan. Saya ni obses betul kan blajar tentang bangsa. Fiuh... hmm... saya pun heran kenapa saya asyik fikir orang barat yang buat baju lengan pendek. — Imran Al-Sahih 09:55, 20 Julai 2007 (UTC)[balas]

Hum.... Orang zaman batu pun pakai baju lengan pendek. Yosri 13:11, 27 Julai 2007 (UTC)[balas]

Alih bahasa Wikipedia Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Walaupun masih baru saya melibatkan diri di wikipedia Bahasa Melayu ini, namun apa yang saya perhatikan masih terdapat banyak perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang masih belum di alih bahasa dari bahasa Inggeris. Terutama perkataan-perkataan di luar rencana. Maksud saya perkataan untuk melayari halaman Wikipedia ini sendiri. sebagai contoh... di laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Imej:Bottlenose_dolphin_with_young.JPG ayat Size of this preview: 800 × 549 pixels Full resolution (1679 × 1153 pixel, file size: 987 KB, MIME type: image/jpeg) masih boleh dialih bahasa ke bahasa Melayu.

Sehubungan itu, ingin saya bertanya, di manakah senarai alih bahasa untuk perkataan-perkataan atau ayat-ayat ini kerana saya ingin mengalih bahasa di mana yang termampu untuk memastikan Wikipedia Bahasa Melayu ini menggunakan sepenuhnya perkataan-perkataan Bahasa Melayu.

Ini sekadar pertanyaan untuk memajukan Wikipedia Bahasa Melayu ini. Terima kasih saya ucapkan.

Wassalam dan salam sejahtera.eizil 15:46, 25 Julai 2007 (UTC)[balas]

Pesanan antara muka seperti yang saudara berikan contoh di atas cuma boleh diubah oleh penyelia. Bagaimanapun, sekiranya saudara dapat membantu memberikan terjemahannya, saya atau penyelia lain akan membantu mengubahnya. ...Aurora... 13:47, 25 Julai 2007 (UTC)[balas]
p/s:Selepas memberikan pesanan, sila letakkan ~~~~ (empat tilde) sebagai tandatangan.
Terima kasih atas jawapan tersebut dan saya memohon maaf kerana tidak meninggalkan tandatangan sebelum ini.Terjemahan: Size of this preview: 800 × 549 pixels -> Saiz untuk pralihat : 800 x 549 pixels Full resolution (1679 × 1153 pixel, file size: 987 KB, MIME type: image/jpeg) -> Saiz sebenar(1679 x 1153 pixel, saiz fail: 987KB jenis MIME: gambar/jpeg) ... mungkin terjemahan kurang tepat, di harap sesiapa yang lebih arif boleh betulkan. Untuk tujuan terjemahan ini, mungkin lebih elok jika terdapat ruang khas untuk memudahkan proses terjemahan. Maksud saya untuk sistem wikipedia ini sendiri. Terima kasih ...eizil 15:46, 25 Julai 2007 (UTC)[balas]
Siap. Untuk masa depan, anda boleh gunakan Perbualan Wikipedia:Antara muka. ...Aurora... 14:32, 27 Julai 2007 (UTC)[balas]

Walaupun masih baru.... orang baru ke id baru? hehehe. Buat lawak saje.