Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib8/2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

Perbincangan

rencana penyelidikan sungai Mas dan istana Pulau Tiga merupakan artikel yang di ciplak oleh wikipedia tanpa merujuk kepada penulis asal....

Akan diberi perhatian. Rencana itu akan digantung sehingga penulisan semula. Yosri 10:27, 1 Ogos 2007 (UTC)
Saya tidak lihat Kampung Sungai Mas sebagai ciplak. Boleh nyatakan sumber asal untuk saya lihat? Istana Pulau Tiga sudah dirombak semula. Yosri 11:02, 1 Ogos 2007 (UTC)

Mengenai pengguna baru

Assalamualaikum semua, saya lihat semakin ramai pengguna baru yang mendaftar, tapi malangnya mereka cuma daftarkan diri tanpa menyumbang di wiki ms ni, kan dah ada pesanan sd pada laman perbualan mereka, jadi jelajahlah pautan tersebut, atau pilih mana2 rencana, kemudian klik pada pautan sunting, kan mudah. Perkara ini bukanlah perkara baru, tapi telah diterangkan berpuluh-puluh kali. Kalau saya lihat di wiki en, pengguna baru di sana mereka terus menyumbang, sebab itulah wiki en maju. Jadi, tak laratlah beberapa pengguna di sini, termasuk saya, untuk menyumbang dengan mudah dan cepat di sini. Ada kebaikan jika pengguna baru yang bertambah dan terus segera menyumbang di sini, antaranya:

a) Dapat menambahkan rencana dengan lebih berkesan, lancar dan pantas.
b) Jawatan penyelia akan dapat ditambah lebih berkesan dan pantauan juga menjadi lebih mudah.
c) Kerja baru lain seperti checkuser, oversight dan bot dapat ditambah dengan lebih cepat dan berkesan.
d) Masalah maklumat yang cepat lapuk pada rencana juga dapat diatasi.
e) Pergerakan wiki ms ke tahap lebih maju akan lebih pantas dilaksanakan.

Jadi, inilah yang kita semua perlu tekankan dan perlu juga laksanakan. — Imran Al-Sahih 08:02, 2 Ogos 2007 (UTC)

Tak semestinya. Relatifnya, pengguna yang bertutur dalam bahasa Inggeris jauh lebih banyak berbanding bahasa Melayu. Jadi, tak hairanlah mengapa Wikipedia bahasa Inggeris dan projek-projek lain boleh berkembang dengan amat pesat. Satu lagi, orang Inggeris suka mengkaji ilmu, tak sama macam majoriti orang Melayu: suka berbual, sebab itu mereka lebih lebih kenal chatting dan forum (atau apa-apa saja yang tidak melibatkan unsur ilmu pengetahuan). Kedai Kopi ini pun cepat berkembang berbanding laman-laman lain. Ironinya. ~ Aviator 02:58, 3 September 2007 (UTC)

Portal

Saya ingin membuat cadangan supaya semua portal di Wikipedia Bahasa Melayu menggunakan latar yang berwarna hitam seperti yang digunakan dalam Portal:Teknologi, Portal:Sastera. Portal:Falsafah dan Portal:Geografi. Portal akan kelihatan lebih menarik jika berlatar hitam berbanding dengan berlatar putih sahaja. Selain itu, perkataan-perkataan juga lebih mudah untuk dilihat sekiranya mempunyai latar yang berwarna hitam. Ini juga dapat menunjukan keseragaman semua portal di Wikipedia MS.

Bandingkan antara portal-portal berikut dan lihatlah perbezaannya.

Apakah pendapat anda semua?...MSWiki 16:02, 2 Ogos 2007 (UTC)...

  1. Yes check.svgBagus.... — Imran Al-Sahih 07:45, 3 Ogos 2007 (UTC)
  2. Yes check.svgLatar belakang portal Teknologi lebih menyerlah berbanding latar belakang portal Biografi. Idea anda(MSWiki) cukup bernas. Syabas! — Didie 10:23, 3 Ogos 2007 (UTC)
Ada undian ke? Apapun, memang melalui teori ilusi optik, warna hitam sebagai latar belakang akan menyerlahkan warna muka portal tersebut kerana ia menyerap semua cahaya dan mata kita akan lebih tertumpu kepada kotak-kotak yang berwarna itu. Urm, kan bagus kalau semua wiki buat begitu, semua lebih minat untuk membaca semua rencana. Hehehe. — Polar 11:32, 3 Ogos 2007 (UTC)
Terpulanglah kepada pendapat anda untuk portal-portal tulisan anda, tetapi untuk Portal:Muzik klasikal, pada pendapat saya ianya sudah memadai - seragam dengan format dan warna "Project Opera EN-MS" . Saya tak fikir untuk meluangkan masa untuk warna, bagi saya penulisan rencana yang banyak dan berkualiti adalah lebih penting. Saya aktif dalam Project Opera EN/MS dan saya menyeragamkan semua format-format di EN dan juga di MS kerana keseragaman memberi rupa yang "baik" untuk pengguna yang boleh membaca lebih dari satu bahasa- Jay 12:18, 3 Ogos 2007 (UTC)
Tujuan utama saya menyuarakan cadangan ini adalah untuk mewujudkan keseragaman. Sekiranya anda membantah portal anda dimasukkan dalam senarai ini, sila taipkan di bawah. Untuk pengetahuan anda semua portal masyarakat mugkin tidak akan ditukar latarnya.

Penyumbang utama atau pengusaha portal-portal berikut sila nyatakan pendirian anda secepat mugkin.

Kerjasama anda amat dihargai....MSWiki 13:21, 3 Ogos 2007 (UTC)...

Mengapa nak sekat kreativiti pengguna? Biarlah setiap penunggu portal menentukan warna yg hendak digunakannya. ...Aurora... 14:06, 3 Ogos 2007 (UTC)
Kretiviti pengguna tidak tersekat dalam konteks ini. Cuma latar laman tersebut berubah kepada warna hitam. Segala perubahan pada laman hanya pada latarnya sahaja....MSWiki 02:19, 4 Ogos 2007 (UTC)...
Bukan semua orang suka warna hitam. Lagipun, warna lain pun cantik juga. Lebih baik anda menumpu meningkat kualiti rencana, dari asyik fikir mengenai kecantikan sahaja. ...Aurora... 14:09, 4 Ogos 2007 (UTC)
Maafkan saya sekirnya saya tidak memahami perasaan saudari. Semua orang mempunyai pendapat sendiri. Saya tetap akan menghormati pendapat saudari. ...MSWiki 16:09, 4 Ogos 2007 (UTC)...
Bagi Portal:Harry Potter, saya rasa saya akan membiarkan sahaja. Saya ingin mengekalkan identitinya sebab warna hijau melambangkan warna mata Harry Potter dan ibunya yang sering diperkatakan. Hehehe. Apapun, terima kasih kerana cadangan itu. — Polar 17:37, 3 Ogos 2007 (UTC)
Bukankah warna mata Harry berwarna biru. Parut pada kepalanya berwarna hijau ketika dia berasa Voldermot melakukan kejahatan...MSWiki 02:17, 4 Ogos 2007 (UTC)...
Tidak. Mata Harry Potter berwarna hijau seperti Lily Evans (dan telah dinyatakan pada setiap buku dan turut ditunjukkan dalam filem) manakala parut tidak berwarna apa-apa kerana ia hanyalah kesan pada dahinya. Harry hanya merasa sakit sekiranya dia menyedari kehadiran atau selepas itu, ada hubungan dengan Lord Voldemort. Polar 05:57, 4 Ogos 2007 (UTC)
Harry Potter kan ahli rumah Gryffindor? Kenapa tak guna warna merah dan emas? Wikipedia Inggeris dah gunakan warna merah. Abaikan saja cadangan saya, hehe. Aviator 21:57, 18 Ogos 2007 (UTC)

CheckUser

Saya cadangkan agar "CheckUser" diMelayukan kepada "Pemeriksa pengguna" atau "Pemeriksa". Sudah terlalu banyak istilah Bahasa Inggeris. --Edmund The King of The Woods! 09:25, 4 Ogos 2007 (UTC)

Symbol support vote.svg Setuju/Sokong.— Didie 12:44, 22 Ogos 2007 (UTC)

Sila ke Wikipedia:Permohonan pendapat/Istilah "CheckUser" untuk memberi pendapat untuk istilah yang terbaik bagi Checkuser. hehehe — Didie 12:46, 22 Ogos 2007 (UTC)

Berikutan dengan pencalonan Edmundkh untuk saya bertanding jawatan penyelia

Rujuk cadangan beliau dalam Cadangan untuk bertanding jawatan Penyelia

Saya minta maaf kerana saya terpaksa menolak dan tak payahlah sesiapa mencadangkan nama saya lagi sampai bila-bila. Apabila saya rasa saya sudah bersedia, saya akan memohon sendiri (mungkin bertahun-tahun dari sekarang atau mungkin tidak akan terjadi). Alasan yang diberi adalah sama sepertimana yang saya berikan kepada Yosri tidak berapa lama dahulu. Saya menyertai Wikipedia hanyalah untuk menulis dan berkongsi pengetahuan - demi memajukan Wikipedia secara umumnya terutama Wiki MS sebab bahasa pertama saya ialah Bahasa Melayu. Masih terdapat lebih dari 1000 (beribu sebenarnya) rencana-rencana yang saya masih belum habis menulis kerana sibuk dengan kerja harian, dan juga kerana saya membahagikan masa saya menulis di dalam kedua-dua Wiki EN dan Wiki MS secara aktif. Saya tidak mahu membuat kerja penulisan separuh jalan ataupun tidak dapat menjalankan tugas penyelia dengan baik kerana sibuk dengan tugas harian atau terlalu leka menulis. Walaupun sebagai manusia saya tidak boleh berjanji, tetapi saya akan berusaha untuk menghabiskan semua rencana-rencana mengenai Muzik klasikal dan Opera sampai habis, untuk kedua-dua Wiki MS dan EN. Pada pendapat saya jawatan penyelia adalah satu tanggung jawab dan tidak perlu diambil sekiranya kita tahu bahawa kita tidak boleh memikul dengan sebaik-baiknya. Terima kasih di atas cadangan anda dan maaf, saya terpaksa menolak. - Jay 10:34, 4 Ogos 2007 (UTC)

OK, saya dah padam pencalonan itu. Pengundian takkan bermula. Teruslah bersungguh-sungguh dan selamat menyumbang! :-) --Edmund The King of The Woods! 16:21, 4 Ogos 2007 (UTC)

Penukaran nama saya

Mulai hari ini, nama saya telah bertukar daripada Edmundkh kepada EdmundEzekielMahmudIsa. --Edmund The King of The Woods! 19:12, 10 Ogos 2007 (UTC)

Kesalahan tatabahasa

Terdapat banyak kesalahan dari segi tatabahasa di Wikipedai Bahasa Melayu. Untuk memastikan sesuatu rencana ditulis tanpa apa-apa kesalahan tatabahasa bukan mudah. Misalnya, kesilapan yang sering dilakukan ialah penggunaan ia untuk mengantikan objek. Saya tidak dapat mencari sumber yang dapat digunakan sebagai rujukan dalam internet.

Buat ketika ini, segala pertanyaan tatabahasa dirujuk kepada DBP. Ini sememangnya agak menyusahkan. Buku Tatabahasa Dewan di pasaran pula agak mahal dan tidak semua orang mampu membelinya.

Apakah cadangan dan pendapat anda semua untuk memperbaiki mutu rencana di Wikipedia dari segi tatabahasa? Sekiranya anda dapat mencari sumber yang dapat digunakan sebagai rujukan dan boleh dipercayai, tolong maklumkan kepada saya. --MSWiki 09:50, 14 Ogos 2007 (UTC)--

Sebaik-baiknya ialah untuk merujuk buku tatabahasa DBP. Tidak semestinya saudara/ri perlu membeli buku tersebut. Buku itu boleh dipinjam di perpustakaan awam untuk jangka masa yang tertentu ataupun saudara/ri boleh pergi ke perputakaan untuk membaca buku tersebut. Terdapat beberapa fail berkenaan tatabahasa ini, namun saya tidak dapat mengenalpasti kesahihan fail-fail tersebut. Oleh itu lebih baik untuk saudara/ri membaca buku-buku terbitan pihak yang arif dalam bidang bahasa. eizil 12:00, 14 Ogos 2007 (UTC)
Terdapat sumber percuma yang boleh dirujuk di tapak DBP. ...Aurora... 13:36, 14 Ogos 2007 (UTC)

Sebenarnya, dunia ahli bahasa Melayu berpecah belah tentang penggunaan "ia". Ada yang mengatakan bahawa "ia" boleh digunakan kerana perkataan "dia" sudah ada dan tidak bermakna jika bahasa Melayu mempunyai dua perkataan yang bermaksud sama sedangkan padanan it tidak ada. Bagaimanapun menurut DBP, "ia" tidak boleh digunakan, tetapi "nya" kelihatan boleh!! Walaupun demikian, banyaknya rencana di luar buku teks masih menggunakan "ia" atas alasan praktik.

Contoh daripada laman web Institut Integriti Malaysia: "Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan idea YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau mengisytiharkannya pada 5 November 2003. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat."

Judul buku oleh Dr Mahathir: KRISIS MATAWANG MALAYSIA : BAGAIMANA DAN MENGAPA IA BERLAKU?Sijil Pelajaran Rendah 21:50, 14 Ogos 2007 (UTC)


Mana satu?

Pemiawaian atau penstandardan? Yang mana satu lebih elok, molek dan bercirikan bahasa melayu dan sesuai dijadikan tajuk rencana? Polar 14:04, 17 Ogos 2007 (UTC)


Penstandardan HANYA untuk bidang linguistik, manakala pemiawaian untuk kegunaan lain. — Sijil Pelajaran Rendah 14:12, 17 Ogos 2007 (UTC)

Saya kurang setuju kalau digunakan Penstandardan kerana istilah ini biasanya hanya digunakan dalam lapangan ilmiah semata-mata, manakala pemiawaian banyak digunakan dalam sains terutama sekali 'fizik' dan sebagainya..che 10:03, 18 Ogos 2007 (UTC)
Risalah Jabatan Standard Malaysia menggunakan istilah pinjaman bahasa Inggeris standardisasi, tetapi mengikut kamus karyanet, standardisasi itu istilah lama. Menurut kamus itu juga, pemiawaian lebih sesuai digunakan merujuk kepada pelbagai bidang.. -Yk Yk Yk 13:30, 18 Ogos 2007 (UTC)
Adakah kami bersetuju untuk mengalih? -Yk Yk Yk 15:18, 21 Ogos 2007 (UTC)
Saya dah alih. ...Aurora... 14:06, 23 Ogos 2007 (UTC)

Sila gunakan Wikipedia:Permohonan pendapat dgn baik kelak

Maafkan saya kerana terpaksa cakap kosong sekejap. Pada masa yg akan datang, jika ada apa-apa yg hendak diputuskan melalui pengundian, kecuali untuk pengundian penyelia, CheckUser, atau birokrat, sila gunakanlah Wikipedia:Permohonan pendapat. Terima kasih. --Edmund The King of The Woods! 05:24, 20 Ogos 2007 (UTC)

Khas Kemerdekaan

Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-50, saya cadangkan kita gunakan gambar khas Jalur Gemilang sebagai latar belakang. Saya sudah buat sedikit mock-up menggunakan imej sumber berlesenkan Creative Commons, dan ini hasilnya:

AviatorScreenShot.jpg

Harap dapat berikan pandangan. Kalau kata sepakat, saya akan muat naik imej asal. ~ Aviator 02:21, 22 Ogos 2007 (UTC)

Wow, latar belakang ini memang cantik dan, saya rasa amat sesuai untuk sambutan Hari Kemerdekaan tetapi, saya pernah diberitahu dan juga conclude bahawa Wiki MS bukan Wiki Malaysia. Wiki MS ialah Wiki "bahasa Melayu" untuk semua negara yang ada rakyat berbahasa Melayu termasuk Brunei, Singapura, Thailand dll. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada pendapat ramai untuk membuat keputusan mengenai perkara ini. Sepertimana Wiki EN juga, ianya adalah Wiki Bahasa Inggeris untuk orang UK, US, Canada, Australia dll termasuk kita semua yang berbahasa Inggeris. Jadi, sekira orang US atau orang UK meletakkan "bendera" negara mereka di Wiki EN, sudah semestinya ramai orang lain rasa tidak puas hati atau dianak tirikan. - Jay 03:31, 22 Ogos 2007 (UTC)
Saya bersetuju dengan pendapat Jay, bahawa laman ini adalah bersifat antarabangsa, tidak terhad kepada sesebuah negara sahaja. Cantik tetapi kurang sesuai. Tetapi boleh digunakan bagi sub-portal Malaysia.

Yosri 03:49, 22 Ogos 2007 (UTC)

Wow, sungguh menakjubkan! Saya rasa semangat patriotik berkobar-kobar setelah melihat latar belakang. Walaupun pengguna di ms.wiki dari luar Malaysia amat sedikit jika hendak dibandingkan dengan majoriti pengguna di sini dari Malaysia. Saya rasa ia mungkin dapat diletakkan menjelang minggu kemerdekaan iaitu bermula tujuh hari sebelum tarikh kemerdekaan menjelang. Saya rasa pengguna dari negara luar Malaysia perlu menghormati bendera yang diletakkan itu kerana memandangkan majoriti daripada pengguna di sini berasal dari Malaysia. Lagipun, ulang tahun kemerdekaan kemerdekaan Malaysia tahun ini adalah yang ke-50. Bukan untuk mewujudkan sikap perkauman dan merosakkan perpaduan sesama pengguna di sini. Cuma, untuk menambahkan semangat majoriti pengguna di sini lebih bersemangat. Jangan sesekali murka dengan pendapat saya ye. — Didie 04:03, 22 Ogos 2007 (UTC)

Memang kebanyakan pengguna di sini dari Malaysia, tetapi seperti Pak Cik Jay cakap, ini bukan saja utk Org M'sia, tapi utk SESIAPA yg tau Bahasa Melayu di mana-mana penjuru di dunia. Tapi memandangkan semangat patriotisme agak kuat di sini, sebenarnya bukan idea buruk utk letakkan bendera Malaysia. Jadi saya cadangkan kita terima cadangan ni, tapi pada Hari Kemerdekaan Singapura dan Hari Kemerdekaan Brunei kelak, kita letak bendera mereka, kerana kedua-dua buah negara ini juga mempunyai bilangan penutur Bahasa Melayu yg memang tidak boleh diabaikan. --Edmund The King of The Woods! 08:34, 22 Ogos 2007 (UTC)

Tak mengapa, kan? Ini imejnya. ~ Aviator 13:19, 22 Ogos 2007 (UTC)

Teruskan usaha anda, saudara Aviator. — Didie 05:01, 23 Ogos 2007 (UTC)

Saya sependapat dengan Jay. Tapi yang lebih penting, ada ke orang tahu cara melakukannya? ...Aurora... 14:08, 23 Ogos 2007 (UTC)
Oopps. Jika tiada pengguna ms.wiki yang mahir bab2 ini. Barangkali, bantuan daripada pihak penyelia Wikipedia Bahasa Inggeris/Wikipedia Bahasa Indonesia diperlukan untuk menyelesaikan kebuntuan masalah ini.— Didie 14:25, 23 Ogos 2007 (UTC)
Setuju dengan Jay. Master2841 16:33, 23 Ogos 2007 (UTC)

Jangan terlupa pulak Jay ialah pakar komputeran.Sijil Pelajaran Rendah 16:42, 23 Ogos 2007 (UTC)

Pertukaran interface kebiasaannya hanya boleh diubah samada oleh administrator atau authorized personnel only (orang yang diberi authorization - isy, puas saya fikirkan apa yang sesuai dalam Bahasa Melayu), seperti penyelia. Saya bukan administrator atau penyelia Wiki. Dan :) ,satu cara lain untuk mengubah interface tanpa clearence ialah "hacking", sesuatu yang saya takkan lakukan. - Jay 01:46, 24 Ogos 2007 (UTC)

Inilah yang saya lakukan untuk mencapai paparan di atas (gantikan yang asal dengan yang baru):

/skins-1.5/monobook/main.css (baris 44)

Asal: background: #f9f9f9 url(headbg.jpg) 0 0 no-repeat;
Baru: background: #f9f9f9 url(http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/e/e7/JalurGemilangBg.jpg) top left no-repeat;

/skins-1.5/monobook/main.css (baris 653)

Asal: font-weight: normal;
Baru: font-weight: bold;

/skins-1.5/monobook/main.css (baris 826)

Asal: color: #005896;
Baru: color: black; font-weight: bold;

~ Aviator 02:44, 24 Ogos 2007 (UTC)

Betawiki: better support for your language in MediaWiki

Dear community. I am writing to you to promote a special wiki called Betawiki. This wiki facilitates the localisation (l10n) and internationalisation (i18n) of the MediaWiki interface. You may have changed many messages here on Wikipedia to use your language for your language profile, but if you would log in to for example the English language Wiktionary, you would not be able to use the interface as well translated as here.

If you wish to contribute to better support of your language in MediaWiki, as well as for many MediaWiki extensions, please visit Betawiki, create an account and request translator priviledges. You can see the current status of localisation of your language on meta and do not forget to get in touch with others that may already be working on your language on Betawiki.

If you have any further questions, please let me know on my talk page on the Dutch Wikipedia. We will try and assist you as much as possible, for example by importing all messages from a local wiki for you to start with.

You can also find us on the Freenode IRC network in the channel #mediawiki-i18n where we would be happy to help you get started.

Thank you very much for your attention and I do hope to see some of you on Betawiki soon! Cheers! Siebrand (Betawiki user page) 17:42, 26 Ogos 2007 (UTC)

Interwiki dan bot

Lazimnya apabila mencipta laman baru, saya akan meletakkan pautan interwiki kepada laman berkaitan di Wikipedia bahasa Inggeris, dan tidak meletakkan pautan ke Wikipedia lain kerana malas. Saya harap supaya pautan interwiki yang lain itu ditambah secara automatik oleh bot. Apakah tindakan atau pendirian Wikipedia bahasa Melayu? Kalau tiada bot yang menjalankan tugas khusus ini, bolehkah saya membina bot sendiri? ~ Aviator 00:11, 27 Ogos 2007 (UTC)

Sesiapa yang mempunyai pengetahuan teknikal boleh membina bot dan mendapatkan kebenaran bagi melaksanakan bot di Wikipedia yang diingini. Aktiviti bot akan dipantau seketika sebelum bot diberikan tag 'bot' (tidak lagi dipantau.) Tanggung jawab memastikan bot tidak mengamuk adalah keatas pembinanya. Yosri 04:39, 27 Ogos 2007 (UTC)
Terima kasih. Saya telah membina bot sendiri (Pengguna:Arrazzaz) dan berjaya mengemaskinikan pautan interwiki di Ruby (bahasa pengaturcaraan). Walau bagaimanapun, saya belum mahu meminta status bot bagi pengguna ini kerana ia masih eksperimental. Sila pantau bot ini ya. ~ Aviator 17:58, 27 Ogos 2007 (UTC)
Lihat Wikipedia:Bot. ...Aurora... 04:10, 28 Ogos 2007 (UTC)

statistik penyakit jantung

ingin mengetahui statistik penyakit jantung yang berlaku dalam tahun 2000 hingga 2007 ????

Anda dinasihat berhubung terus dengan kementerian kesihatan dan tidak menggunakan data dari sumber yang tidak disahkan. Yosri 04:46, 27 Ogos 2007 (UTC)