Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib 2005

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

"Justifikasi sesuatu logo"

Saya ingin bertanya kepada wikipedia atau pengunjung wikipedia yang tahu. apakah justifikasi sesuatu logo itu direka. Apakah takrif bagi setiap logo yang direka. contohnya logo parti-parti politik yang terdapat dinegara malaysia seperti logo UMNO(keris dan warna merah putih)logo PAS(bulan penuh warna hijau putih)dan logo lainlain parti yang tidak disebutkan di sini.Jika ada laman web yang berkaitan atau maklumat tentang perkara tersebut boleh emailkan kepada fie_eda@yahoo.com sekian,terima kasih.

"219.93.230.162 08:54, 20 Mac 2005 (UTC)"

Audio template

Hi, I am making audio recordings of the pronunciation of words. Example; Media:Nl-be guy verhofstadt.ogg To include this in a good way in your wiki I need to know what your audio template is and how it works. When I know it i, and many others, can put it directly inside articles on your wikipedia.

Can some one please put your audio template on this page;

Greetings, nl:gebruiker:Walter

tajuk: bidang aeroangkasa

SOALAN

1. berapakah gaji dalam bidang aeroangkasa 2. senaraikan semua universiti di dalam dan luar angkasa yang menyediakan kursus dan latihan dalam bidang aeroangkasa

Jawapan 1. Entah. Lihat bahagian mana - aeroangkasa (angkasa lepas) / aeroangkasa penerbangan etc.. 2. Lihat

Yosri 11:33, 29 Apr 2005 (UTC)

pokok seri gading

saya mencari sejenis pokok herba bernama pokok seri gading atau nama lainnya pokok kembang pengantin.ikatakan pokok tersebut dapat digunakan bagi tujuan mengubati penyakit strok.jika ada sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan pokok tersebut atau mengetahui di mana saya boleh mendapatkan pokok tersebut,sila hubungi saya di alamat email : Baby_abby80@yahoo.com,atau telefon : 016-6828493 / 019-3698765, Amelia Addlan.terima kasih.

Stewards election

Hello,

The stewards election has started on m:Stewards/elections 2005. Anyone can vote provided that he has a valid account on meta with a link to at least one user page, on a project where the editor is a participant, with at least 3 months participation to the project. Stewards can give sysop right on projects where there are no local bureaucrate. Please vote ! Yann 16:32, 18 May 2005 (UTC)

PS: Please translate this and put it in the Village Pump. Thanks. Yann 16:32, 18 May 2005 (UTC)

Salam kepada para penyumbang Wikipedia

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada kesemua para penyumbang Wikipedia. Saya amat gembira kerana semakin ramai yang melibatkan diri dalam projek Wikipedia bahasa Melayu ini.

Wikipedia bahasa Melayu berkait rapat dengan Wikipedia bahasa Indonesia dan saling bantu membantu. Matlamat Wikipedia adalah kerjasama yang erat antara masyarakat, sesuatu yang semakin hilang dalam masyarakat kita hari ini.

Anda semua digalakkan berbincang mengenai apa-apa masalah di kedai kopi ini.

Bersama kita hidupkan kembali semangat kerjasama ini dan bersama-sama memperkasa ilmu dalam bahasa Melayu.Yosri 10:10, 20 May 2005 (UTC)

Saya ingin mencadangkan agar Wikipedia Melayu menggunakan skema nama yang lebih ramah bahasa Melayu dan tidak mengikut skema nama Inggeris. Sebagai contoh Kucing (bandar) lebih sesuai menggunakan Bandar Kucing. Melaka (pokok) lebih sesuai menggunakan Pokok Melaka. Ada sesiapa ingin mengulas? Yosri 16:23, 28 May 2005 (UTC)

Saya juga pernah terfikir akan perkara ini, tetapi telah lupa. Saya sependapat dengan saudara Yosri, namun bagaimanakah pandangan ahli Wikipedia lain? Aurora 02:51, 30 May 2005 (UTC)


Berita terkini

Tahniah kepada rakan-rakan kita di Wiki Indonesia yang telah mencecah 10,000+ rencana. Ini adalah usaha bersungguh-sungguh penyumbang Wiki di sana yang amat saya kagumi. Yosri 11:36, 1 Jun 2005 (UTC)

Bagaimana jika Wiki Melayu memuat berita-berita terkini seperti 'Current events' di Wiki Inggeris atau 'Peristiwa terkini' di Wiki Indonesia? Hayabusa future 17:27, 3 Jun 2005 (UTC)

Awalan di-

Bagaimanakah aturan penggunaan awalan di- dalam bahasa Melayu? Apakah sama dengan bahasa Indonesia? (di- diikuti nama tempat harus terpisah dari kata yang diikuti, sedangkan di- yang diikuti kata kerja/sifat harus digabung; lihat contoh di sini) Hayabusa future 08:02, 17 Jun 2005 (UTC)

Benar seperti di atas.Yosri 09:16, 17 Jun 2005 (UTC)

Terima kasih untuk jawapannya. Hayabusa future 10:30, 17 Jun 2005 (UTC)

terjemahan bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris

Saya ingin tahu apa dalam bahasa inggeris '... bukan perkara biasa'? "Not a normal thing...to do/to happen."Yosri 05:12, 23 Jun 2005 (UTC)

5000 rencana

Tahniah kerana telah mencecah lebih dari 5,000 rencana! Hayabusa future 06:20, 30 Jun 2005 (UTC)

Mari mencapai 10,000 pula :) Aurora 02:33, 1 Jul 2005 (UTC)
Tahniah juga! Meursault2004 07:46, 1 Jul 2005 (UTC)

Tak puas hati

Assalamualaikum

Saya adalah ribuan peminat rancangan tv3. Disini saya ingin memberi candangan kepada pihak tuan iaitu: disebabkan saya bersekolah asrama, saya amat tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat menonton rancangan"MIRMO ZIBANG 1" jadi saya berharap pihak tuan dapat menunda atau mengadakan siaran ulangan pada hari Ahad jam 10.30. kerjasama pihak tuan amat saya hargai.... sekian wassalam...

http://ensiklopedia.info

Sekadar memberitahu, saya baru terjumpa laman ini. Nampaknya isinya diambil dari sini. Kelihatannya mereka mempunyai salinan Wikipedia bahasa lain juga. Walau bagaimanapun, laman ini agak lama sudah tidak dikemaskini. Aurora 11:41, 30 Julai 2005 (UTC)

Selain ini, ada pula mirror lain di http://www.jawab.com.my/. Hayabusa future 10:30, 21 Disember 2005 (UTC)
Jika ada lagi, anda boleh tambahkan terus ke Wikipedia:Cermin dan bayangan. Aurora 09:57, 22 Disember 2005 (UTC)

Dadah

saya nak tahu cara dadah dimasukkan kedalam sistem badan manusia

Jawapan: Lihat dadah. Aurora 09:54, 17 Ogos 2005 (UTC)

Pemetaan Google

Saya baru sahaja memindah ulasan lama keluar agar laman ini lebih pendek. Selain itu saya ingin mengumumkan khidmat pemetaan Google yang amat changgih. Sesiapa berminal boleh melawat seperti di bawah: Pemetaan Malaysia oleh Google.

Saya sebenarnya berharap untuk meghalusi sehingga ke mukim, tetapi agak sukar menentukan posisi, tanpa maklumat GPS. Sesiapa yang berminat boleh meletakkan data pemetaan kepada maklumat mukim/daerah.Yosri 11:55, 5 Ogos 2005 (UTC)

Minta pertolongon

Hai, saya ingin minta pertolongan bagi perkara-perkara berikut :

  1. Bagaimana meletakkan gambar dalam artikel?
  2. Bagaimana membuat redirection?
  3. Bagaimana membuat pautan ke wikipedia bahasa lain?

Sekian sahaja, terima kasih

Jawapan:

  1. Untuk meletakkan gambar letakkan format ini, '[[kapal.jpg|thumb|Ini gambar kapal.]]
  2. Untuk redirection letakkan format ini, #REDIRECT[[MUKABARU]]
  3. Untuk membuat pautan ke wikipedia lain letakkan format ini pada bahagian paling bawah, [[en:ship]] Yosri 10:56, 12 Ogos 2005 (UTC)

"Perang dingin"

akum.. saya nak tahu maklumat lanjut tentang perang dingin dan kedua-dua sistemnya iaitu sistem bipolar dan unipolar

"202.161.142.34 06:18, 18 Ogos 2005 (UTC)"

Lihat Perang Dingin. Yosri 10:15, 18 Ogos 2005 (UTC)

Pengumuman

Saya amat menghargai para penyumbang wiki yang begitu aktif sejak kebelakangan ini. Sekiranya berterusan, saya yakin kita mampu mencapai 10,000 rencana sebelum akhir tahun ini. Jika ini tercapai, Wikipedia Melayu, secara automatik akan dinaik taraf dalam senarai Wikipedia menurut saiz.

Selain itu, penyumbang yang menunjukkan kesungguhan dan telah menyumbang lebih 100 rencana dan aktif melebihi 3 bulan boleh memohon ditingkatkan kepada taraf SYSOP, sebagai penyunting.

Bersama kita majukan Wikipedia ini.

Selamat menyambut hari Merdeka.Yosri 06:59, 19 Ogos 2005 (UTC)

Fungsi dan ciri badan eksekutif

Tajuk:tentang fungsi badan perundangan,kehakiman,eksekutif

soalan saya ialah 'mengapa pembahagian kuasa antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman tidak jelas?'

walaupun telah melayari laman wed...saya tidak mendapat jawapan untuk soalan ini!!!

Lihat pembahagian kuasa. Aurora

Sejarah kesatuan Eropah

tolonglah...saya nak tau tentang kesatuan eropah dengan lebih mendalam...utk assignment

Kami tidak menyediakan kertas kerja assignment, bagaimanapun anda boleh merujuk kepada kesatuan Eropah dalam bahasa Inggeris.Yosri 13:07, 24 Ogos 2005 (UTC)

Masa Depan Malaysia Wikipedia

Saya rasa ensiklopedia ini sunyi sekali. Jauh daripada sebagai sebuah sumber rujukan yang boleh harap. Adakah ia akan terus dilupai oleh rakyat malaysia?? Harap-haraplah lebih ramai yang akan datang membina ensiklopedia ini. --Ychmatematik 16:04, 25 Ogos 2005 (UTC)

Masalahnya ialah Wikipedia ini tidak pernah disebut di mana-mana media termasuklah Internet, media cetak serta radio dan tv. Jadi ramai yang tidak tahu. Saya cuma pernah jumpa satu blog yang menulis tentang Wikipedia ini. Aurora 01:14, 26 Ogos 2005 (UTC)

Apa kata kita orang mengiklan wikipedia malaysia melalui email?, buatlah satu surat iklan yang standarn dan kita agih memlalui ahli.Ychmatematik 06:28, 26 Ogos 2005 (UTC)

Mungkin lebih elok dihebahkan melalui forum yang menggalak penyebaran ilmu, bagi mengelakkan dituduh spam, yang bakal mengundang vandal.Yosri 09:25, 26 Ogos 2005 (UTC)

Kadang-kadang hebahan mulut juga berkesan. Jika anda mempunyai peluang mengiklankan Wikipedia di tempat kerja/belajar anda, silalah. Aurora 09:40, 26 Ogos 2005 (UTC)

Nama pengguna

Bolehkah nama pengguna dari versi Wikipedia yang lain (contohnya Inggeris) digunakan di MS-Wiki? Saya tidak ingin untuk mendaftar semula di MS-Wiki dan saya juga ingin membawa bersama identiti yang digunakan di EN-Wiki --Matthew A. Lockhart 17:43, 26 Ogos 2005 (UTC)

Jawapan:

Sehingga versi 1.5, anda harus mendaftar semula di setiap projek Wikimedia yg anda ingin menyumbang. Apa yang boleh anda buat untuk 'membawa' identiti anda ialah dengan membuat interwiki antara akaun anda di sini dan juga di en-wiki. Aurora 23:58, 26 Ogos 2005 (UTC)
Baiklah, terima kasih. --Matthew A. Lockhart 06:43, 27 Ogos 2005 (UTC)

Template: Kotak Jawatan

Saya telah membuat Template:Kotak_Jawatan yang disalin dari Template:Succession (versi en). Minta komen/pembetulan. Matthew A. Lockhart 06:43, 27 Ogos 2005 (UTC)

Jawapan: Saya rasa tiada masalah, boleh dipakai. Aurora 00:47, 29 Ogos 2005 (UTC)

Mencapai 6,000 laman

Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan wikipedia Melayu mencecah 6,000 laman. Semoga kita dapat mencapai 10,000 sebelum akhir tahun ini.Yosri 09:13, 27 Ogos 2005 (UTC)

Hoax: The Flowers Of Romance, please delete

Sorry, i don't speak the language of this Wikipedia. However i would like to inform you that the Article The Flowers Of Romance is an hoax, see [1] and commons:Commons:Village_pump#Hoax Article in 57 languages -- de:Benutzer:Kju 19:06, 29 Ogos 2005 (UTC)

Jawapan: Removed. ThanksYosri 00:53, 30 Ogos 2005 (UTC)

Selamat menyambut Hari Merdeka

Kepada kesemua rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Merdeka. Semoga lebih ramai penyumbang sudi menyumbangkan ilmu mereka di Wikipedia bahasa Melayu ini. Kepada penyumbang lain, terima kasih di atas sumbangan anda semua. Yosri 15:26, 31 Ogos 2005 (UTC)

Bintang

kenapa bintang-bintang yang mempunyai kandungan besi yang tinggi berkemungkinan besar untuk mempunyai sistem planet? (oleh 219.95.178.114)

Moto untuk ms.wikipedia

Moto dapat membangkitkan semangat.Maka saya mencadangkan "Berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit" sebagai moto untuk ms.wikipedia Semoga ms.wikipedia maju jaya! Ychmatematik 06:13, 7 September 2005 (UTC)

Mungkin lebih baik sekiranya kita ada rencana mengenai moto dahulu :) Aurora 04:34, 16 September 2005 (UTC)

Wikipedia untuk semua

Saya mendapat teguran agar Wikipedia Melayu tidak terlalu fokos kepada isu-isu kemelayuan agar tidak menguris hati bangsa-bangsa lain. Di sini saya memohon maaf sekiranya ada yang berasa hati, tetapi kesilapan itu mungkin didorong kurangnya sumbangan dari kaum lain dan pada masa yang sama saya kurang arif hendak menulis isu-isu yang menyentuh kaum/negara lain. Bagaimanapun, semua bangsa dan kaum dialu-alukan agar menyumbang agar kita sama-sama mempelajari kebudayaan sesama kita. Selain itu, Wikipedia mengamalkan sudut pandangan berkecuali, di mana sebarang pandangan yang berat sebelah akan cuba diimbangi agar adil dan saksama dan berasaskan fakta. Disebabkan kekurangan penyunting, mungkin masih ada rencana yang tidak berkecuali dan akan diimbangi apabila dijumpai kelak. Dengan itu, marilah sama-sama menyumbang agar Wikipedia ini lebih luas dan jelas memperjelaskan semua isu, bangsa dan kebudayaan di ASEAN. Salam mesra dari saya. Yosri 10:32, 8 September 2005 (UTC)

Jawapan:

Lho siapakah yang menegur? Itu kan hak setiap penulis masing2. Memang tiada baik untuk menutup diri tetapi masih untung ada yang menulis artikel. Meursault2004 00:02, 11 September 2005 (UTC)
Pada pandangan saya Wikipedia Melayu ialah untuk semua yang berbahasa Melayu. Sudah tentu kita akan menulis isu-isu kemelayuan kerana terdapat banyak sumber-sumber berkaitan. Namun begitu, saya masih berharap agar fakulti-fakulti Bahasa Melayu di luar negara turut menyumbang dalam Wiki ini. Matthew A. Lockhart 13:27, 12 September 2005 (UTC)

Bahasa wanita

Selamat sejahtera. Saya ingin mencari rencana atau teks umum yang berkaitan dengan bahasa wanita, bahasa berkaitan dengan jantina dan bahasa yang menunjukkan stereotaip. "Bolehkah tolong saya dalam mendapatkan atau mencari sumber-sumber bagi tajuk yang tersebut di atas?" Sekian, ribuan terima kasih.

Cadangan meniru kaedah Wikipedia Indonesia

Buat sekarang, memang payahnya bagi seseorang pengguna untuk memulakan sebuah rencana yang baru. Ketiga-tiga kaedah yang disediakan memerlukan seorang pengguna menekankan beberapa butang sebelum dia dapat membuat demikian. Bagi pengguna-pengguna yang baru, dia kemungkinan akan sesat, sekiranya dia masih belum membaca Panduan Bantuan. Pendek kata, kaedah-kaedah sekarang kurangnya "user friendly". Saya berpendapat bahawa ini adalah antara sebab-sebab mengapa Wikipedia Melayu tidak menerima sambutan yang memuaskan.

Diharap bahawa pihak yang berkenaan akan melihat Wikipedia Indonesia, supaya dia dapat memahami bagaimana Wikipedia tersebut (ataupun Wikipedia Bahasa Inggeris) mengatasi masalah ini. Laman Indonesia yang berkenaan ialah: http://id.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Search?search=aaaaa&go=Tuju+ke

Menurut cara mereka, sekiranya halaman yang dikehendaki tidak berwujud selepas pencarian dengan "search engine" dalaman, satu arahan seperti berikut akan dipamerkan:

Tidak ada halaman dengan judul persis seperti ini.
Anda dapat memulai artikel baru dengan judul ini atau meminta agar artikel ini ditulis.

-- PM Poon 07:05, 15 September 2005 (UTC)


Saya pernah terfikir juga akan hal ini, tetapi saya tidak melaksanakannya atas dua sebab:

  1. Untuk mengelakkan halaman yatim
  2. Belum melihat ditimbulkan orang lain

Tetapi jika ramai yang meminta akan saya buatkan. Lihat juga laman ini. Anda mungkin boleh mencuba cara yang kedua.
Aurora 04:49, 16 September 2005 (UTC)


Hai Aurora, saya berpendapat bahawa anda tidak perlu bimbang mengenai halaman yatim. Kan Wikipedia Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia dah berbuat demikian? Sebenarnya, saya bercakap dari segi pengalaman saya sendiri. Semasa saya hendak menyumbangkan rencana pertama, sesak saya mencari cara berbuat demikian, walaupun saya tidak menemui masalah yang sama dengan rencana pertama saya di Wikipedia Bahasa Inggeris. Diharap bahawa cuma saya sahaja yang mengalami masalah tersebut sekiranya sistem sekarang dikekalkan.
PM Poon 03:20, 18 September 2005 (UTC)


Hai Aurora, sebenarnya, konsep Wikipedia ialah sebuah portal masyarakat yang mana semua lapisan masyarakat dapat membuat sumbangan, biar taraf pendidikan mereka tinggi atau tidak. Di sini, semua pengguna bergotong-royong supaya kualiti rencana yang diharapkan dapat dicapai.

Wikipedia Bahasa Inggeris sentiasa menggalakkan segala sumbangan, termasuk "stubs", asalkan ianya bukan rencana yang sia-sia. Adanya proses-proses tertentu untuk mewikikan rencana yatim. Bagi pendapat saya, biar adanya rencana yatim, daripada tiada rencana langsung. Rencana-rencana yatim akan menjadi biji-biji di mana rencana yang berkualiti akan mewujud.

Dalam menggalakan lebih ramai orang lagi menulis, Wikipedia bukan sahaja boleh mendapatkan lebih rencana, tetapi ia juga akan mengembangkan lebih penulis-penulis yang dahulunya tiada keyakinan menulis. Akhirnya, mereka akan menjadi penulis-penulis yang berkualiti kerana terdapat banyak latihan (umpamanya, mulai daripada "stubs") dan seterusnya akan menjadi asset kepada Wikipedia dan negara.

Dengan menyusahkan pengguna dan mementingkan sangat tentang kualiti buat sementara, kami cuma mencekikkan diri sendiri, dan pencapaian objektif mendapatkan 10,000 rencana cuma akan dilambatkan. Walaupun begitu, bagi saya, pencapaian 10,000 rencana itu langsung tidak mustahak. — PM Poon 02:40, 19 September 2005 (UTC)


Terima kasih atas penjelasan anda yang panjang lebar. Anda kini boleh mencipta rencana baru dengan kaedah tersebut. Selamat menyumbang!
Aurora 01:13, 20 September 2005 (UTC)


Terima kasih, Aurora, kerana sudi menerima cadangan saya. Di sini juga, saya hendak meminta maaf kerana angin terlalu panjang ("long-winded"). PM Poon 18:10, 20 September 2005 (UTC)

penyakit

Apakah nama penyakit apabila berlaku tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang ?

Localized date formats need to be verified

Dear Wikipedians,

I need your help to look at date formats for your language. I created a large list of formats here. Please take a look and fix any mistakes or add any new formats. This will help interwiki bot to match en:April 1, fr:1 avril, ru:1 апреля, zh:4月1日, and all other sites together.

What's needed: Look here at every format for your language, fix any mistakes, note any exceptions (some languages have 1st, 2nd, 3rd, etc naming schemas, or year 1 is written as '1 (year)' unlike all other years).

Also, I would like to receive a bot status on your site for my bot User:YurikBot. It will be mostly involved in interwikies.

Thank you!!!

You can contact me at en:Yurik (--70.192.56.68 22:13, 24 September 2005 (UTC))


I'm fine as long as YurikBot sticks to interwikies. As for the date formats, they seem fine. Aurora 03:21, 27 September 2005 (UTC)

punca-punca berlakunya perang dunia pertama

Antara punca-punca berlakunya perang dunia pertama dikatakan disebabkan pembunuhan Archduke Francis oleh nasionalis Serbia. Boleh terangkan punca peperangan ini dari pandangan Realisme

Kaji [:en:Realism Realism].

kategori di laman utama

saya berharap admin dapat memaparkan senarai kategori dan sub-kategori di laman utama kerana sulit bagi saya mengkategorikan sesuatu artikel. Malahan, dari pemerhatian saya, kebanyakkan artikel yatim tidak dikategorikan. Kategori-kategori artikel juga berterabur, tidak kemas. Saya berharap admin dapat memberi garis panduan bagaimana mengkategorikan sesuatu artikel. Pengguna:Zaidpjd 21.42 17 Oktober 2005 (UTC)<--- Apa maksud UTC?

Buat masa ini, sebahagian kategori boleh didapati di Berdasarkan kategori di laman utama. untuk senarai penuh, sila rujuk senarai di sini. UTC = GMT, ringkasnya waktu di London, lihat zon masa. Aurora 02:33, 18 Oktober 2005 (UTC)

oh.. saya ketinggalan zaman rupanya, masih menggunakan istilah GMT. Berbalik kepada isu, pranala ke berdasarkan kategori di laman utama itu selalunya pengguna terlepas pandang seperti saya dahulu. Dan selalunya jika pengguna hendak membuat rujukan, mereka akan cari kategori rujukan mereka, bukan artikel-kategori itu. Contohnya, bahasa Inggeris meletakkan pautan ke kategori-kategori UTAMA di kepala laman utama mereka, bukannya artikel kaegori. Bagaimana? Pengguna:Zaidpjd 22.38 18 Oktober 2005 (UTC)

Mungkin boleh diletakkan di bawah heading "Lihat pula" di bawah imej utama (sebelum 'Tutorial Wikipedia Melayu'). Hayabusa future (perbualan) 02:51, 19 Oktober 2005 (UTC)

Saya letakkan di perubahan terkini kerana saya rasa di situ lebih sesuai. Saya juga telah mengubah suai teks perubahan terkini supaya nampak lebih cantik. Semoga Wikipedia ini terus berkembang maju. Aurora 06:42, 20 Oktober 2005 (UTC)

Bagaimana dapat tambah perkataan ke dalam wikditionary?

Hello, Ada sesiapa boleh beritahu saya bagaimana saya boleh tambah perkataan baru ke dalam wikditionary? Terima kasih

Sama seperti membuat laman baru di Wikipedia, iaitu dengan membuat pautan kepadanya. Aurora 03:57, 2 November 2005 (UTC)

mStar Online

Nampaknya akhbar The Star kini mempunyai versi BM di http://mstar.com.my:80/cms/index.jsp
Aurora 03:57, 2 November 2005 (UTC)

perbincangan mengenai industri pembinaan

assalammualaikum saudara sekalian... bolehkah saudar/ri yang berada di luar sana merencanakan sesuatu mengenai industri pmbinaan secara amnya..tak kiralah ianya mengenai teknik-teknik pembinaan atau masalah-masalah yang sering dihadapi dalam industri ini..sekiranya saudara arif mengenainya diharap dapat membantu.

Pertanyaan mengenai artikel "anime"

Saya mendapati bahawa terdapat dua log penghapusan artikel oleh Pengguna:Yosri dan pengguna:Aurora di dalam halaman anime. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menemui apa-apa mengenai artikel yang dihapuskan itu. Sebelum saya memulakan semula halaman tersebut, bolehkan sesiapa memberitahu saya akibat artikel itu dimusnahkan? Dan bolehkah saya memulakan halaman tersebut semula? Kristalyamaki 15:14, 11 November 2005 (UTC)

Halamannya dihapuskan kerana tiada isi yang relevan dengan judulnya. Tentu saja Anda boleh memulakan yang baru dengan isi yang sesuai :-). Hayabusa future (perbualan) 02:41, 12 November 2005 (UTC)
Okie, terima kasih Kristalyamaki 03:30, 12 November 2005 (UTC)

Istilah untuk "Browse"

Hai Saudara Yosni dan Saudari Aurora,

Selain daripada "Melihat-lihat" dan "Semak lewa", adakah istilah yang lebih tepat ataupun sedap untuk "browse"? Untuk terjemahan "Wikipedia:Browse", yang mana kah lebih sesuai? — PM Poon 15:04, 13 November 2005 (UTC)

Tinjau, jelajah, rambang, Yosri 16:02, 13 November 2005 (UTC)

Adakah anda tidak mahu menggunakan laman Berdasarkan kategori? Aurora 03:06, 14 November 2005 (UTC)

Hi Aurora, nampaknya en:Wikipedia dah tukar format untuk Wikipedia:Browse kerana yang saya memahami, format yang lama menimbulkan banyak masalah. Adakah Aurora mengikut format lama? Sila lihat Wikipedia:Melihat-lihat. Kalau anda bersetuju, kita gunakan format baru ini tetapi:
  • ikut istilah yang diterjemahkan oleh anda;
  • tukar namanya kepada "Berdasarkan kategori". — PM Poon 18:13, 14 November 2005 (UTC)

Asal perkataan prestasi

Dari bahasa apakah perkataan prestasi dipinjam/ berasal? Wizwiz 12:19, 15 November 2005 (UTC)

Openoffice

Sesiapa diantara rakan-rakan wikipedia yang memahami berkenaan OpenOffice?

Lihat OpenOffice. --Aurora 02:20, 18 November 2005 (UTC)

soalan teknologi maklumat

hai semua komuniti wikipedia.......

saya nak bantuan anda semua untuk membincangkan dua isu :

1. bagaimana sistem rangkaian broadband mampu mengatasi jurang digital di negara kita.

2. mampukah ipta dinegara kita melahirkan graduan k-worker(pekerja berpengetahuan) yang boleh bersaing di peringkat global jika ya apakah ciri2 graduan teknologi maklumat yang bersifat kompetitif.

Pengguna:Move74

Status bahasa Wikipedia ini

Saya ingin tahu apakah status bahasa wikipedia ini? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Zaidpjd 16:08, 21 November 2005 (UTC)

Seharusnya Bahasa Melayu bukan? Hayabusa future 08:40, 26 November 2005 (UTC)
Bahasa Melayu. Aurora 09:57, 22 Disember 2005 (UTC)

Kategori

keyword [[Kategori:]] sekarang sudah berfungsi. Borgx 09:20, 22 November 2005 (UTC)

Hai Borgx, pandainya kamu!!! — PM Poon 09:47, 22 November 2005 (UTC)

Berita Wiki

Lihat temubual mengenai Wiki Indonesia di http://www.sda-indo.com/sda/interview/psecom,id,14,_page,2,nodeid,27,_language,Indonesia.html Yosri 07:36, 26 November 2005 (UTC)

punca berlaku peperangan dan kesannya

tarikh lahir hassan al-banna

Lihat Hassan al Banna

jernal Andragogi

Lihat http://www.google.com.my/search?q=journal+Andragogy&hl=ms

Congratulations

Congratulations Guys for joining the 10000 articles club , ur firend from Arabic_Wikipedia --Chaos 11:23, 21 Disember 2005 (UTC)

Thanks to every single contributor who make this possible... Yosri 11:33, 21 Disember 2005 (UTC)

Tahniah, kita merupakan Wikipedia ke-36 yang berjaya mencecah 10,000. Lihat m:List of Wikipedias. Aurora 09:57, 22 Disember 2005 (UTC)

MRT

Apakah ada yang tahu mengenai nama "Mass Rapid Transit" dalam bahasa Melayu? Rencana MRT di :en sedang memerlukan terjemahan nama tersebut. Saya telah mencadangkan terjemahan "Sistem Rel Massa", namun mungkin pengguna asli bahasa Melayu di :ms dapat memberikan terjemahan yg lebih tepat? Hayabusa future 12:33, 21 Disember 2005 (UTC)

MRT => Sistem Transit Laju Massa
LRT => Sistem Transit Aliran Ringan
ERL => Sistem Lingkaran Aliran Ekspres

Saya berikan juga yang lain supaya tidak perlu mencari lagi jika perlu.
Aurora 09:57, 22 Disember 2005 (UTC)

Terima kasih. Hayabusa future 04:49, 23 Disember 2005 (UTC)

Tahniah Wikipedia Melayu

Tahniah wikipedia Melayu, kerana telah dimasukkan kedalam kategori 10.000+ Artikel. Bukankan ini hebat?? Tapi sejak kapan pula? Coz tadi pagi jam 10 lebih, wiki Melayu belum lagi memasukinya. Ni malam saya join dah pula diurutan ke 36.

Btw, ini semua menunjukkan kalau bahasa Melayu tetap merupakan bahasa yang boleh menyaingi bahasa lainnya.

Mungkin pula, ditahun yang akan baru ni Wiki Melayu akan memiliki tampilan yang baru pula. Segalanya bisa saja terjadi.

Sekali lagi, TAHNIAH :)

Andi Ramadhan

Nama Masjid

Sekiranya Masjid luar negara, perlukan ia diterjemahkan? Contoh Trois Riviers Mosque / Masjid Sungai Trois ; El-Kairouane Mosque atau Masjid El-Kairouane? Yosri 11:02, 27 Disember 2005 (UTC)

Kata "mosque" saya rasa perlu diterjemahkan, sementara namanya ("El-Kairouane") tidak perlu. Hayabusa future 12:30, 27 Disember 2005 (UTC)

Minta Pertolongan

asalammualaikum...

1. Boleh tak bagi saya erti ADLI dlm bahasa dunia contohnya bahasa itali, perancis dan lain-lain.

2. boleh tak beritahu saya bagaimana hendak membuat laman web sendiri.

TERIMA KASIH..--60.51.34.19 04:15, 28 Disember 2005 (UTC)

Sekiranya saudara memiliki Words, cuma buka fail baru dan pilih Blank Web Page. Atau sekiranya sudah memiliki dokumen Words, cuma save as Web Page. Yang lain cuba baca HELP. Yosri 04:29, 28 Disember 2005 (UTC)

siapakah orang ini??

apa khabar...

bolehkah saya tahu siapakah orang yang pertama menemui ilmu matametik..--60.51.34.19 05:43, 28 Disember 2005 (UTC)ax

Agaknya nabi Adam. Dia perlu tahu berapa ramai anaknya. Yosri 10:32, 29 Disember 2005 (UTC)

Berita Wikipedia terkini.

Rencana mengenai Wikipedia telah disiarkan dalam Reader's Digest Jan 2006. Pastikan anda mendapatkannya. Cuma agak kurang sedikit kerana ianya hanya bagi Wikipedia Inggeris. Yosri 10:32, 29 Disember 2005 (UTC)

Melayar Laman Web Dalam Bahasa Melayu

Bagi sesiapa yang membaca Berita Harian bertarikh 3 Februari, ada berita mengenai linguaweb menyediakan perkhidmatan menterjemah laman laman web daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. LinguaWeb dikatakan mampu menterjemah 500,000 perkataan dalam seminit dan ia terbukti benar. Saya menggunakannya untuk menterjemah laman web wikipedia Inggeris.

Hasilnya? Bolah tahan. Ada beberapa ayatnya kurang sedap didengar, mungkin kerana hukum tatabahasa melayu dan inggeris yang agak berbeza. Untuk yang berminat, sila layari

http://www.linguamatix.com/linguaweb/

Penyusunan

Saya ingin mencadangkan bagi beberapa perkara.

  1. Bagi nama dan gelaran, kita tidak menurut Wiki Inggeris seperti [[Sudirman, Jenderal]], tetapi menggunakan [[Jeneral Sudirman]]. Ini kerana ia lebih sesuai dengan tatabahasa Melayu.
  2. Untuk nyah kekaburan, kita gunakan tanda , bukannya -. Agar selaras dengan Wiki Inggeris.

Yosri 06:20, 31 Disember 2005 (UTC)