Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Laman ini merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian Kedai Kopi khas untuk perbincangan mengenai isu-isu teknikal berkenaan Wikipedia. Segala permintaan pepijat dan tampilan haruslah dibuat di Bugzilla (Cara untuk melaporkan pepijat).
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?


Archive Arkib
  1. 2015
  2. 2016
  3. 2017
  4. 2018
  5. 2019
  6. 2020

Benarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru.[sunting sumber]

Berdasarkan undian yang telah dilakukan sebelum ini di sini dan mendapat sokongan majoriti melebihi 75% oleh komuniti WBM. Saya rasa sudah tiba masanya terutama sekali para birokrat dan penyelia di WBM untuk melaksanakan polisi baru iaitu hanya membenarkan pengguna berdaftar sahaja untuk mencipta rencana baru di WBM seperti yang telah lama dilaksanakan di WBI selama beberapa tahun lalu. Ini lebih baik bagi menggalakkan pengguna awanama untuk mendaftar akaun di WBM. Claude (bincang) 14:59, 25 Mac 2020 (UTC)

Saya bersetuju dengan saudara Claude Warrior. Jika pengguna awanama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana itu dicipta seperti mana di Wikipedia Bahasa Inggeris. Mereka sudah lama melaksanakan dasar ini.-Fandi89 (bincang) 15:46, 25 Mac 2020 (UTC)
@Claude Warrior: @Fandi89: terima kasih kerana memperingatkan kami, para penyelia dan birokrat. Untuk pengetahuan saudara sekalian, tetapan mengubah konfigurasi bagi akses pengguna awanama ini masih dalam proses di Phabricator dan akan diaktifkan dalam tempoh terdekat. Saya harap saudara/saudari dapat bersabar ;). Sekiranya anda ingin melaporkan apa-apa isu atau pertanyaan lagi, jangan segan silu untuk berhubung dengan mana-mana penyelia di sini. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 16:14, 25 Mac 2020 (UTC)

@Fandi89::Walaupun agak ketat sedikit kerana WBM akan mengikut jejak langkah WBI. Tetapi, bagi saya ianya akan jadi lebih baik kerana dapat membendung gejala laku musnah dan menggalakkan pembukaan akaun bagi pengguna awanama memandangkan WBM mengalami kekangan jumlah penyelia yang dapat membantu mengawal setiap perlakuan pengguna disini. Jika di WBI, jumlah pengguna terlalu ramai dan sukar untuk dikawal, dengan cara pengguna awanama tidak dibenarkan, ianya dapat mengurangkan sedikit bebanan penyelia untuk melakukan pemantauan. Jika lihat di wiki Sepanyol dan Arab, pengguna awanama masih dibenarkan untuk menyunting dan dengan cara itu ianya agak sukar dalam melakukan kerja pemantauan memandangkan bahasa Sepanyol dan Arab begitu ramai penutur dan ramai pengguna. Jika dibandingkan antara Wikipedia Inggeris dan Wikipedia Sepanyol/Arab, saya berpendapat lebih baik ikut jejak langkah WBI berbanding WBS dan WBA malah tugas penyelia pun menjadi lebih mudah untuk melakukan tugas pemantauan. @CyberTroopers:, saya memahami tugasan para penyelia disini. Terima kasih atas tugas pemantauan pihak penyelia disini.Claude (bincang) 16:24, 25 Mac 2020 (UTC)

Claude Warrior Saya faham berkenaan komen anda cuma m:sysadmin berpendepat pengundi bagi perlaksanaan dasar ini masih kurang dan memerlukan lebih banyak suara. Secara peribadi, saya teliti perkara ini sangat bagus bagi menjaga kualiti Wikipedia. Berkenaan dengan "bebanan penyelia", sebenarnya pada saya sendiri penyingkiran hak "createpage" ini memang boleh meringankan beban penyelia walau bagaimanapun ia adalah tanggungjawab kami. Seseorang penyelia itu haruslah sanggup melakukan tugas-tugas tersebut walaupun ia agak mencabar. Jadi di sini saya ingin memperbetulkan bahawa tujuan cadangan pembentukan dasar ini bukanlah untuk meringankan beban penyelia semata-mata tetapi secara utamanya adalah untuk mengelakkan penghasilan rencana karut marut serta laman serangan sebelum ini yang pernah berlaku di WBI dan mendapat liputan media yang begitu luas. Sekiranya terdapat perkara sebegini berlaku, anda diminta untuk meletakkan teg pada halaman tersebut untuk dipadam serta merta. Sekiranya tiada tindakan oleh oenyelia, anda boleh menghubungi penyelia melalui pelbagai saluran sama ada e-mel ataupun hantar pesanan di halaman perbincangan mereka. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 17:23, 25 Mac 2020 (UTC)

Wikipedia:Pengumuman[sunting sumber]

Salam semua, saya baru terperasan mengenai bahagian Pengumuman di WBM ini agak kurang dikemaskini. Mungkin selepas ini mana-mana penyelia ataupun pengguna komuniti disini boleh turut sama dalam mengemaskini setiap pengumuman di WBM ini. Saya lihat kali terakhir laman berkenaan ini banyak dikemaskini sehingga tahun 2014 sahaja. Ada sedikit pada tahun 2017 tapi tak seperti tahun 2014 dan sebelumnya. Mungkin kebanyakan penyelia yang kerap kemaskini laman pengumuman ini telah bersara ataupun kurang aktif seperti sebelumnya, namun boleh diteruskan oleh penyelia yang masih ada mahupun pengguna komuniti seperti kita semua. Sekian usul saya. Terima kasih. Claude (bincang) 05:15, 29 Mac 2020 (UTC)