Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi (cadangan)

Tambah topik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ulasan terkini: 19 hari lalu oleh Ahmadyarifan pada topik Padam Halaman
Jika anda memerlukan bantuan dari penyelia, sila pergi ke papan kenyataan penyelia.
Laman Kedai Kopi ini bertujuan untuk memberi cadangan kepada Wikipedia atau memohon pendapat.

Jika ingin memberi cadangan sila kemukakannya di bawah sub-tajuk cadangan.

Lihat juga
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada bar peralatan menyunting).kenapa?

Tukar "Uthmaniyah/Uthmaniyyah" kepada "Usmaniyah"

[sunting sumber]

Mengikut Kamus Dewan Perdana:

Turki توركي turki
n 1 negara republik yg kedudukannya terpisah dua, satu bahagian terletak di Asia Barat dan satu bahagian lagi terletak di tenggara Eropah, yg di-pisahkan oleh Laut Marmara, Selat Dardanelles dan Selat Bosporus. Negara ini merupakan pusat Empayar Usmaniyah dan menjadi republik pd tahun 1923;

Saya mahu pendapat semua, adakah baik tukar nama seperti yang dinyatakan di dalam tajuk perbincagan ini? Bagi saya, saya sarankan menggunakan istilah "Usmaniyah" mengikut ejaan seperti disepersetujui DBP. Penamaan ini juga akan memberi kesan kepada penamaan semula mana-mana rencana "Uthman" kepada "Usman" sahaja. SNN95 08:53, 21 Februari 2026 (UTC)Balas

Saya boleh sahaja dalam hal ini. محمد حكيمي (bincang) 10:34, 21 Februari 2026 (UTC)Balas

Cadangan penyekatan Pengguna:Udin Azmi atas dasar tidak mengikuti dasar WBM dan kualiti rencana akibat memisahkan bahagian filemografi daripada rencana pelakon

[sunting sumber]

Perbincangan berikut telah ditutup. Sila jangan mengubahnya. Komen seterusnya perlu dibuat pada laman perbincangan yang sesuai. Tiada suntingan lanjutan yang dibenarkan pada perbincangan ini.


Saya ingin mengusulkan cadangan kepada penyelia-penyelia berikut: @Tofeiku:, @CyberTroopers:, @Wiki Farazi:, @Rulwarih:, @Polar: dan @SNN95: agar melakukan sekatan terhadap pengguna Udin Azmi (bincang · sumbangan) dan semua saluran yang berkaitan dengannya kerana memisahkan bahagian filemografi dalam rencana pelakon tanpa diletakkan sumber rujukannya. Saya mendapati banyak rencana-rencana filemografi yang dicipta oleh saudara Udin Azmi dan semua saluran berkaitan dengannya tidak menepati syarat kelayakan kerana maklumatnya yang terhad dan boleh sahaja dimasukkan ke dalam rencana induknya. Walaupun baru sekali ditegur oleh saudara Tofeiku, pengguna ini masih berkeras melakukannya, sekaligus melanggar dasar Wikipedia. Saya memohon agar rencana filemografi tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada rencana induknya dan saya juga memohon tindakan ini dihentikan segera sebelum keadaan menjadi lebih parah lagi. Terima kasih. Fandi89 (bincang) 15:55, 5 April 2026 (UTC)Balas

Saya setuju. Lebih baik rencana Filemografi XX digabungkan ke dalam kandungan Filemografi dalam rencana pelakon XX, selagi tiada rujukan yang boleh mengabsahkan mengenainya. Salam, Wiki Farazi (bincang) 00:59, 6 April 2026 (UTC)Balas
Sebelum proses sekatan dijalankan, saya nak tahu berapa ramai lagi yang sudah menegur @Udin Azmi dan tindakan pelanggaran dasar Wikipedia tetap berlaku? Kalau boleh lampirkan sekali diff (beza sejarah suntingan) berkenaan teguran yang dijalankan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan proses pendokumenan akan datang. محمد حكيمي (bincang) 01:04, 6 April 2026 (UTC)Balas
Okay, saya nampak teguran telah dibuat pada semakan 6818051. محمد حكيمي (bincang) 01:07, 6 April 2026 (UTC)Balas
@Udin Azmi, boleh berikan penjelasan berkenaan tindakan saudara mencipta laman filemografi yang tidak menepati syarat kelayakan penciptaan rencana tersebut? محمد حكيمي (bincang) 01:10, 6 April 2026 (UTC)Balas
Sewaktu ketiadaan saya di ms.wiki kerana saya lebih banyak aktif di en.wiki, saya ada perhatikan di bahagian Perubahan Terkini bahawa terdapat banyak rencana berasingan bagi filemografi pelakon yang dicipta oleh banyak alamat IP yang dipercayai milik saudara Udin Azmi. Pengguna ini harus ingat bahawa tidak semua rencana pelakon perlukan rencana berasingan bagi filemografi. Ia sama seperti rencana penyanyi/pemuzik yang mana tidak semua mereka perlukan rencana berasingan bagi diskografi. – Fandi89 (bincang) 03:33, 6 April 2026 (UTC)Balas
Saya bagi tempoh satu hingga dua minggu supaya @Udin Azmi berikan penjelasan berkenaan hal ini. Sekiranya saudara kekal menyunting di tempat lain tanpa memberikan penjelasan di sini, maka saya akan setuju dengan sekatan ke atas pengguna tersebut. محمد حكيمي (bincang) 00:33, 9 April 2026 (UTC)Balas
Sebagai pengusul cadangan ini, saya bersetuju dengan saudara @Hakimi97:. Nampaknya saudara Udin Azmi ini masih 'berpegang' kepada pendiriannya untuk pisahkan bahagian filemografi daripada rencana pelakon dan melanggar dasar Wikipedia. Saya bimbang jika perkara ini berterusan, ini akan menyebabkan kualiti Wikipedia Bahasa Melayu menurun.–Fandi89 (bincang) 08:35, 10 April 2026 (UTC)Balas
Memandangkan dia masih membalikkan suntingan para penyelia sekali lagi baru-baru ini, saya telah menyekat pengguna tersebut. Selain itu, saya perasan ada beberapa awanamq yang membuat suntingan serupa. Saya minta semua penyunting untuk memantaunya. TofeikuBincang 23:59, 14 April 2026 (UTC)Balas
Perbincangan di atas telah ditutup. Tolong jangan mengubahnya. Komen seterusnya perlu dilakukan pada laman perbincangan yang sesuai. Tiada suntingan lanjutan yang dibenarkan untuk perbincangan ini.

Tentang halaman Bahasa Melayu Malaysia, Bahasa Johor-Riau, Dialek-dialek Johor-Riau & Bahasa Melayu Johor

[sunting sumber]

Selamat sejahtera kepada para penyelia WBM, pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana banyak melanggar aturan WBM. Saya ingin membuat rayuan mengenai beberapa perkara. Baru-baru ini saya telah menyunting Wiki Bahasa Inggeris iaitu halaman Malaysian Malay/Bahasa Melayu Malaysia, saya sudah menyusun semula tentang perbezaan Standard Malay/Bahasa Melayu Baku & Malaysian Languange/Bahasa Malaysia, para penyelia boleh melihat ayat-ayat yang saya tulis di sana. Saya telah menetapkan tajuk utama Standard Malay. Manakala di WBM, para penyelia boleh bincang tajuk utama sama ada Bahasa Melayu Baku/Bahasa Melayu Standard, tiada lagi tajuk Malaysian Malay atau Bahasa Melayu Malaysia.

Rayuan kedua mengenai halaman Bahasa Johor-Riau, saya telah memindahkan halaman Bahasa Melayu Johor-Riau ke halaman Bahasa Johor-Riau. Ini kerana tajuk yang panjang & akan berlaku salah faham antara halaman WBM & WBI. Halaman tersebut kurang sumber rujukan tetapi saya masih ingin pertahankan halaman tersebut. Halaman ini akan menceritakan Bahasa Johor-Riau ialah bahasa standard yang digunakan di negeri Johor, juga pernah digunakan di kawasan Kesultanan Johor lama & Kesultanan Johor-Riau. Halaman ini akan diberi nama Bahasa Johor-Riau/Johor-Riau language.

Rayuan ketiga mengenai halaman Dialek-dialek Johor-Riau, halaman ini mengenai himpunan dialek di kawasan Johor-Riau antaranya ialah kawasan Riau, Kepulaun Riau, Johor, Selangor, Melaka dan Singapura. Juga kawasan yang mempunyai pengaruh Johor-Riau seperti Perak dan Borneo. Halaman ini berbeza dengan halaman Bahasa Johor-Riau. Bahasa Johor-Riau ialah bahasa standard manakala kandungan dialek-dialek Johor ialah bahasa basahan. Halaman ini akan diberi nama Dialek-dialek Johor-Riau/Johor-Riau dialects.

Rayuan keempat mengenai halaman Bahasa Melayu Johor, halaman ini telah dikunci oleh penyelia Rulwarih. Saya mohon untuk membuka semula. Bahasa Melayu Johor ialah bahasa tidak formal dan tergolong dalam bahasa basahan. Kandungan halaman ini mengenai loghat, dialek, sub dialek dan varian yang ada di negeri Johor. Seorang pengguna dari WBI telah mencipta halaman Johor Malay dan telah memautkan halaman tersebut bersama halaman Bahasa Johor-Riau. Sepatutnya halaman Johor Malay dipautkan bersama halaman Bahasa Melayu Johor.

Halaman yang dilencongkan atau kosong tidak digunakan lagi boleh dipadam supaya tidak ada kekeliruan.

Sekian Terima kasih.

Ahmad Shazlan (bincang) 07:33, 15 Mei 2026 (UTC)Balas

Mohon sekatan terhadap Pengguna:Mohd Azinuddin bin Azmi

[sunting sumber]

Saya ingin meminta penyelia-penyelia berikut: @Tofeiku:, @Wiki Farazi:, @CyberTroopers:, @Rulwarih:, @Hakimi97: agar menyekat Pengguna:Mohd Azinuddin bin Azmi yang dipercayai merupakan pengguna boneka bagi Pengguna:Udin Azmi kerana masih melakukan perlanggaran terhadap dasar Wikipedia dengan bertindak memisahkan bahagian filemografi daripada rencana pelakon. Sudah terlalu banyak rencana filemografi yang pengguna ini dengan saluran-saluran yang berkaitan dengannya ini dicipta di sini. Terima kasih. ARTIFICIALhumanity(SEMBANG dengan saya) 03:35, 2 Julai 2026 (UTC)Balas

Saya sudah sekat Pengguna:Mohd Azinuddin bin Azmi kerana ia merupakan sebuah akaun boneka milik Pengguna:Udin Azmi, serta memintass sekatan (rujuk log sekatan) محمد حكيمي (bincang) 02:56, 5 Julai 2026 (UTC)Balas

Padam Halaman

[sunting sumber]

tolong padam halaman Filmtube Productions kerana Rencana ini tidak mempunyai sebarang sumber atau rujukan yang sah untuk mengesahkan maklumat yang dinyatakan. Syarikat ini juga tidak memenuhi syarat kelayakan Wikipedia kerana tiada liputan media bebas atau pencapaian yang ketara. Ahmadyarifan (bincang) 16:21, 20 Julai 2026 (UTC)Balas

lagi satu saya dah banyak kali letak templat:rujukan tapi ada pengguna banyak kali padam template tersebut.Mohon Yeee Ahmadyarifan (bincang) 16:23, 20 Julai 2026 (UTC)Balas