Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Archive1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perubahan terhadap gubahan ayat di laman Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai

[sunting sumber]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah membuat sedikit perubahan tentang susun kata ayat dalam laman garis panduan kita iaitu Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai. Perubahan ayat ayat disitu hanya melibatkan kaedah penakrifan ayat dan gubahan ayat, namun tiada perubahan terhadap maksud ayat yang hendak disampaikan, ia masih selaras dengan perkara yang lalu. terima kasih.--Smim90 (bincang) 05:20, 21 April 2015 (UTC)[balas]

Kosakata Bahasa Melayu Indonesia dan Bahasa Melayu Malaysia

[sunting sumber]

Halo, saya Wikipediawan asal Indonesia dan saya menemukan banyak sekali kosakata yang khas bahasa Melayu di Malaysia diperbandingkan dengan kosakata bahasa Melayu di Indonesia. Saya paham bahwa sebahagian besar Wikipediawan di WikiMS adalah orang Malaysia, untuk itu saya berpikir ada layaknya kosakata khas Melayu Indonesia yang harus dialihkan ke halaman inti. Salah satu contoh adalah basikal, teman saya bertutur bahasa Melayu Sumatera, dia berkata bahwa kosakata ini tidak berterima karena tidak dipergunakan secara luas, namun sepeda ternyata lebih umum. Dari salah satu contoh itu, saya mengalihkan sepeda ke basikal dan menyebutkan kata sepeda dalam artikel basikal. Salam hangat! --Beeyan (bincang) 08:55, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]

Kosa kata Indonesia sudah digunakan di Wikipedia Indonesia. Oleh itu, di Wiki bahasa Melayu, telah dipersetujui ketika mula dibina, bahawa bahasa Melayu yang digunakan adalah menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, (bukan bahasa Melayu negeri (Kedah, Terengganu, Pahang dsb). Rujuk Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai . Saya kira tidak ada masalah jika mencipta laman lencongan. Yosri (bincang) 09:11, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Halo terima kasih atas komentarnya. Saya bukan menekankan ke kosakata bahasa Indonesia, namun kosakata bahasa Melayu di Indonesia. Saat ini hampir sebagian besar kosakata Melayu di Indonesia terpengaruh bahasa Indonesia. Bahkan, teman saya yang berasal dari Riau saja tidak tahu kosakata di Wikipedia Melayu. Saya akan mencoba mencari kamus Melayu Riau sehingga bisa melencongkan laman-laman yang kosakatanya tidak terterima di komunitas Melayu Indonesia saat ini. Salam hangat--Beeyan (bincang) 09:20, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Saya berharap kelak WikiMS bisa seperti WikiZH yang bisa memilih kosakata lokal yang ingin dipertunjukkan karena kalau hanya merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa Melayu di Riau (sebagai tempat kelahiran) akan kehilangan ciri khasnya. --Beeyan (bincang) 09:25, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Itu benar, tetapi bahasa kedaerahan terlalu banyak untuk disenaraikan, contoh basikal Melayu Kelantan adalah gerek. Jika mula disenaraikan bahasa bahasa kedaerahan (Kelantan, Pahang, Kedah, Sarawak, Sabah, Johor, Perlis, Brunei, Singapura, Melaka, Negeri Sembilan), keadaan akan menjadi kucar-kacir di sini. Yosri (bincang) 09:28, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Berarti bahasa Melayu Piawai yang menjadi rujukan adalah standar Dewan Bahasa dan Pustaka? Bang Yosri, apakah ada kamus kerja sama antara Badan Bahasa Riau (Indonesia), Malaysia, Brunei? Kalau ada, menurut saya itu lebih piawai sehingga kosakata tidak terlalu DBP yang orang Melayu di Indonesia kadang juga tidak paham artinya. Untuk sementara saya akan lencongkan berbagai artikel dengan kosa kata Melayu di Indonesia (judul asli tetap versi DBP, walaupun sebahagian besar hampir mirip dengan bahasa Indonesia--Beeyan (bincang) 09:37, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Lihat:-
* http://mabbim.dbp.my/wordpress/?page_id=54
* http://www.scribd.com/doc/167412250/Linguistics-Phonology-Kamus-MABBIM-Sidang-Ke-08#scribd Yosri (bincang) 16:23, 4 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Terima kasih Bang Yosri. Patokannya akan lebih mudah dengan dokumen tadi. Saya menemukan pranala lain yang lebih mudah diunduh daripada Scribd, berikut pranalanya. --Beeyan (bincang) 12:37, 5 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Sebenarnya kedua-dua sepeda dan gerek boleh digunakan untuk basikal kerana kedua-duanya disenaraikan dalam Kamus Dewan. Bagi saya tidak ada masalah untuk membuat entri lencongan malah entri baru. Sila rujuk di sini untuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sepeda Sepeda dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=gerek gerek. Kamalzack (bincang) 03:17, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Saya ingin menambah di sini Wikipedia bahasa Melayu patut menggalakkan penggunaan istilah daripada bahasa serumpun bukan pinjaman daripada bahasa lain. Pada saya sepeda dan gerek lebih Melayu dari basikal yang merupakan pinjaman daripada bahasa Inggeris (bicycle). Kamalzack (bincang) 03:20, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
1. Dasar Wikipedia adalah Wikipedia bukan pencipta istilah.
2. Kamus DBP jelas menyenaraikannya di bawah bahasa Indonesia, lihat paparan di bawah. Bahasa Indonesia sudah memiliki laman mereka sendiri. Pencemaran bahasa tidak dialu-alukan kerana bilangan pengguna aktif mereka jauh mengatasi pengguna aktif Melayu di sini. Yosri (bincang) 12:00, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Saya bersetuju dengan pendapat Beeyan yang Sepeda itu kosakata Melayu juga cuma dari Indonesia. Saya tidak bersetuju jika anda mengatakan dengan mencipta entri baru akan membuatkan kucar-kacir. Bagi saya lagi banyak kosakata lagi bagus untuk perkembangan bahasa. Lagi pun kita kena besarkan skop yang bangsa Melayu bukan hanya setakat Melayu di Malaysia tetapi juga Melayu di Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei dan di mana-mana sahaja. Itu maksudnya. Kamalzack (bincang) 14:24, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Wikipedia bukan kamus. Sila guna Wikikamus untuk istilah. Penggunaan DBP sebagai rujukan telah diundi dan diputuskan oleh warga WBM semasa penubuhannya. Untuk penggunaan bahasa Melayu Brunei & Indonesia, sila rujuk MABBIM. Penggunaan DBP sebagai rujukan bertujuan sebagai rujukan sepusat, tanpa pertikaian berpanjangan mengenai sesuatu istilah. Sebagaimana yang saya beritahu, bahasa Indonesia telah memiliki laman Wikipedia Bahasa Indonesia mereka sendiri. Yosri (bincang) 14:33, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Maksud saya pendapat anda pasal mengucar-kacirkan bahasa itu menjauhkan orang Melayu yang bukan dari Malaysia untuk menyumbang dalam perkembangan Wikipedia ini. Biarlah kalau orang itu hendak memasukkan alternatif lain kosakata yang digunakan oleh masyarakat Melayu. Begitu juga dengan dialek, kalau hendak letak gerek dalam entri basikal pun patut digalakkan. Seperti kata Beeyan, seperti ada kehilangan. Kita tidak mahu kehilangan kosakata biar pun perkataan itu dialek. Macam perkataan radio dulu digunakan lain. Saya pun dah tak ingat apa. Tak silap saya sepeda ini pun asalnya memang digunakan masyarakat Melayu dan direkodkan oleh Za'ba tapi orang Melayu lebih suka menggunakan istilah pinjam daripada bahasa Inggeris. Kamalzack (bincang) 15:22, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Maksud mengucar-kacirkan bahasa adalah semua dilek cuba mengetengahkan dilek masing-masing. With sheer numbers, dilek BI akan menenggelam bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa utama di Malaysia dan Brunei, ditempat lain ia sekadar dilek yang mempunyai pelbagai bentuk dan lengguk, contoh di Terengganu sahaja $1.50 boleh jadi serial samah (seringgi lima puluh sen), se steng (satu setengah), kurang samah dua inggit (kurang 50 sen dua ringgit) tiada kawalan/piawaian, sukar disahkan. Selain itu orang asing yang belajar bahasa Melayu baku akan keliru dengan pelbagai dilek. Selain itu, bahasa dilek boleh dimasukkan ke dalam wikikamus / rencana dilek masing-masing supaya ia jelas, tanpa mengganggu/mengeliru rencana utama. Penuntut akan keliru jika dilek dimasukkan dalam rencana utama. Jika anda baca betul-betul, saya tidak larang sepenuhnya, cuma letakkan ditempat yang bersesuaian agar tidak mengelirukan pengguna. Selain itu dasar ini telah ditetapkan melalui persetujuan bersama sebelum ini Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai. Sila beri rujukan bagi Za'ba. Yosri (bincang) 15:45, 21 Oktober 2015 (UTC)[balas]

Harimau Kumbang = Beetle Tiger?

[sunting sumber]

Hello from me, Suidpunt, from the Afrikaans Wikipedia [and pardon my English].

Because (1) I am rather fond of black panthers, (2) and because Malaysia and Indonesia has quite a lot of them, (3) and because I have a little Collins English-Malay and/or Bahasa Malaysia-Inggeris Dictionary I find Malaysian a very interesting language [having copied a few Malaysian words into our own, anyways], I've used the Malaysian language for fantastic Google results.

I just don't understand why a black panther is (if I'm not mistaken) called a "beetle tiger". The tiger-part I do understand, for until the 1950s a leopard was commonly known to the ordinary Afrikaans people as tier (from Dutch tijger, although the Dutch in Europe already have spoken of a luipaard). The same goes to the old South American Spanish el tigre for a jaguar.

In Afrikaans a black panther would today either be called a swartluiperd (black+leopard); swartjaguar (black+jaguar) or swartpoema (black+puma) depending on the animal discussed.

The part I don't understand is the "beetle"-part. The "Kumbang kura-kura" for a ladybird - means (if my analogy is correct) a "tortoise beetle". And it does make sense if you look at its appearance! In fact, in Afrikaans it is also called skilpadbesie or skilpadkewer which is the precise translation (tortoise + beetle). The other name in Afrikaans is liewenheersbesie. Suidpunt (bincang) 13:43, 7 Oktober 2015 (UTC)[balas]

Please refer to the colour of this kumbang Yosri (bincang) 15:07, 7 Oktober 2015 (UTC)[balas]
Beautiful! It is almost jetblack. Thank you so much! Suidpunt (bincang) 15:09, 7 Oktober 2015 (UTC)[balas]

Lebuh raya ≠ lebuh raya capaian terkawal

[sunting sumber]

Perhatian kepada semua penyumbang di Wikipedia Bahasa Melayu,

Saya kini sedang mengusahakan rencana Lebuh raya capaian terkawal yang masih lagi dalam peringkat pembinaan. Tujuan utama bagi penghasilan rencana tersebut adalah untuk menghapuskan khilaf mengenai istilah "lebuh raya" yang kabur dan bersifat generik. Menurut Kamus Dewan, lebuh raya merujuk kepada mana-mana jalan raya utama jarak jauh, tanpa ada menyebut mengenai mekanisme kawalan masuk penuh seperti keluar masuk hanya melalui persimpangan bertingkat, tiada akses terus ke premis hartanah, dsb. Dengan kata lain, jalan tanah merah yang berfungsi sebagai jalan raya utama boleh dipanggil sebagai lebuh raya, tetapi lebuh raya ekspres pula mempunyai ciri-ciri khasnya tersendiri.

Justeru, saya ingin memohon kerjasama semua penyumbang di Wikipedia Bahasa Melayu agar dapat menyemak setiap rencana lebuh raya yang ada dan menukar pautan "lebuh raya" kepada "lebuh raya capaian terkawal" sekiranya ia memenuhi kriteria lebuh raya capaian terkawal. Kalau harapkan saya seorang sahaja memang tak laratlah, memandangkan ada banyak rencana lebuh raya di Wikipedia Bahasa Melayu ini.

Sebagai panduan, anda boleh rujuk entri di Blog Jalan Raya Malaysia mengenai perbezaan antara istilah "lebuh raya capaian terkawal" (atau lebuh raya ekspres) dengan "lebuh raya".

Terima kasih atas kerjasama anda. - Hezery99 (bincang) 03:12, 5 Disember 2015 (UTC)[balas]

@Hezery99: Lebuh raya capaian terkawal ini adakah ia merujuk kepada lebuh raya tertutup (bertol)? Yosri (bincang) 10:21, 5 Disember 2015 (UTC)[balas]
@Yosri: Tidak semestinya perlu bertol. Yang penting ialah lebuh raya tersebut mesti ada unsur-unsur kawalan masuk penuh (tiada langsung jalan masuk ke mana-mana premis hartanah (seperti rumah, bangunan, kebun dsb.), berpagar di sepanjang laluan, tiada persimpangan mahupun lintasan searas, laluan trafik berlawanan arah dipisahkan oleh pembahagi jalan, dan keluar masuk lebuh raya hanyalah melalui persimpangan bertingkat berlainan aras yang diwartakan dan dihadkan bilangannya). Cuma di Malaysia kebanyakan lebuh raya capaian terkawal dikenakan tol; hanya sebilangan kecil yang tidak dikenakan tol seperti Lebuhraya Persekutuan FT2 (Subang Jaya-KL) dan SKVE E26 Fasa 1a (Uniten-Putrajaya / Cyberjaya). Hezery99 (bincang) 14:26, 5 Disember 2015 (UTC)[balas]