Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)/Arkib/2018

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Salah laku oleh pengguna awanama[sunting sumber]

Wikipedia Bahasa Melayu sudah beroperasi selama 16 tahun, salah laku oleh pengguna awanama semakin meningkat. Pengguna alamat IP mengambil kesempatan dengan mencipta laman-laman tak sesuai dan menyebarkan maklumat palsu. Mengapa sehingga sekarang pembatasan tersebut masih belum dapat dilakukan, sedangkan salah laku oleh pengguna tidak log masuk makin meningkat. Diharap pembatasan penciptaan rencana baru untuk pengguna awanama dilakukan di sini bagi mengelakkan pengguna awanama dari terus menyalahgunakan dan melaku musnah Wikipedia. Dengan pembatasan ini, penyelia di ms.wiki tidak perlu lagi membazirkan masa memadamkan laman-laman tak ensiklopedik yang dicipta dengan sengaja oleh pengguna tanpa nama. Jangan biarkan perkara ini berpanjangan, kelak nanti ia boleh merosakkan imej Wikipedia. Sekian.

Wikipedia merupakan ensiklopedia terbuka yang sememangnya boleh disunting awam. Wikipedia bukanlah laman eksklusif yang menghadkan orang tertentu sahaja boleh menyunting. Pesalah laku ringan hanya akan disekat selepas diberi amaran. Pesalah laku lucah/fitnah/palsu akan disekat serta merta. Sila lihat apa itu Wikipedia di https://www.youtube.com/watch?v=oVFPW0r4jWk Yosri (bincang) 13:03, 9 Januari 2018 (UTC)[balas]
Untuk pengetahuan, pembatasan penciptaan rencana baru ini bermaksud hanya pengguna berdaftar sahaja boleh mencipta rencana. Pengguna tanpa nama tidak boleh mencipta rencana, tetapi masih boleh menyunting rencana. Sekian.
Ini adalah untuk tidak menghukum pengguna yang tidak membuat contengan. Hanya penconteng yang akan disekat serta merta. Yosri (bincang) 15:02, 17 Januari 2018 (UTC)[balas]

Alamat IP ”113.210.xxx.xxx”[sunting sumber]

Perlu diingat bahawa alamat IP "113.210.xxx.xxx” sudah lama menjadi pelaku vandal di ms.wiki.

IP akan disekat menurut bukti salah laku. Sekatan kelompok hanya dilakukan sekiranya terlalu banyak salah laku dalam masa singkat. Terima kasih atas makluman. Yosri (bincang) 11:15, 12 Februari 2018 (UTC)[balas]
Periksa di https://www.iplocation.net Yosri (bincang) 11:37, 12 Februari 2018 (UTC)[balas]
Harap IP 113.210 disekat secara global. IP ini sudah banyak melaku musnah rencana Wikipedia.
Sila log masuk. Sila berikan bukti ia disekat. Yosri (bincang) 13:43, 12 Mei 2018 (UTC)[balas]

Galicia 15 - 15 Challenge[sunting sumber]

Wikipedia:Galicia 15 - 15 Challenge is a public writing competition which will improve improve and translate this list of 15 really important articles into as many languages as possible. Everybody can help in any language to collaborate on writing and/or translating articles related to Galicia. To participate you just need to sign up here. Thank you very much.--Breogan2008 (bincang) 14:21, 12 Mac 2018 (UTC)[balas]

Maklumat palsu[sunting sumber]

Penyebaran maklumat palsu di internet (khususnya Wikipedia) makin menjadi-jadi. Siti Nordiana, Wany Hasrita dan Hannah Delisha menjadi mangsa penyebaran maklumat palsu dengan rencana seperti:

  • Majlis hubungan wanita Negara Malaysia–Singapura
  • Menteri Penyanyi dan Sumber Wanita Malaysia
  • Kelahiran Baharu Siti Nordiana 2018
  • Menteri Artis Wanita Malaysia
  • Kecohan dan kemarahan kepada Siti Nordiana

Sekarang, Anugerah MeleTOP Era pula jadi mangsa penyebaran maklumat palsu di internet. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, ia mesti dibendung. 183.78.45.23 01:31, 29 Mac 2018 (UTC)[balas]

Jika anda merasakan terdapat berita palsu, sila letakkan di laman perbincangan rencana tersebut. Pihak penyelia merupakan sukarelawan, dan hanya mempunyai masa yang terhad untuk memantau. Kami lebih cenderung menulis rencana baru dan tidak mampu memantau setiap rencana,kerana kami percaya kebanyakan ibu bapa mengajar anak mereka supaya tidak berbohong. Perbuatan anak-anak adalah hasil corakan ibu bapa.Yosri (bincang) 10:10, 31 Mac 2018 (UTC)[balas]

Pembatasan penciptaan rencana baru untuk pengguna IP[sunting sumber]

Sekarang ini terlalu banyak IP perosak di ms.wiki. Teman dah cakap, buat pembatasan penciptaan rencana baru untuk pengguna alamat IP di sini, tapi penyelia dan birokrat di sini tak mahu ambil tahu dan ambil serius. Takkan nak biarkan saja pengguna IP mencipta laman-laman tak sesuai. Pembatasan ini sudah lama dibuat dekat semua bahasa Wikipedia (termasuk en.wiki dan id.wiki). Tolong selesaikan masalah ini dalam tempoh 1 bulan dari sekarang supaya pengguna berdaftar dapat melihat hasilnya.

Semua IP perosak telah disekat, sebaik sahaja dikenal pasti. Sekatan hanya boleh dilakukan oleh penyelia, dan tidak membabitkan anda. Yosri (bincang) 13:16, 17 Julai 2018 (UTC)[balas]

Nyahlindung (disambung dari laman perbincangan pengguna:Yosri)[sunting sumber]

Selamat sejahtera, Yosri. Saya mohon jasa baik saudara untuk menyahlindung rencana-rencana dengan awalan 'Filem Malaysia tahun X'. Saya tidak pasti apa sebab munasabah saudara melindungi rencana senarai tersebut. Tambahan pula, banyak rencana tersebut yang tidak dihubungkan dengan Kategori:Filem Malaysia dan tidak mempunyai perenggan pendahuluan. Terima kasih. Umpama (bincang) 10:25, 21 Julai 2018 (UTC)[balas]

Ditolak. Yosri (bincang) 10:57, 21 Julai 2018 (UTC)[balas]

Mengapa ruangan genre diisi dengan Cereka? Bukankah sepatutnya genre filem ini macam cinta, aksi, komedi, dsb? Umpama (bincang) 11:04, 21 Julai 2018 (UTC)[balas]

Saya berpendapat rencana-rencana yang tidak lengkap itu seharusnya berstatus draf dan tidak diindekskan oleh enjin carian. Harap saudara tidak mengelirukan pembaca dengan senarai yang tidak lengkap dan tiada rujukan sahih. Umpama (bincang) 11:06, 21 Julai 2018 (UTC)[balas]

Genre Cereka ("Cerita rekaan")(Fiction). Tiada kesilapan, kecuali cerita tersebut kisah benar. Genre cinta, aksi, komedi, dsb adalah/sekadar pecahan lanjut. Untuk rujukan sahih, sila klik pada rencana filem tersebut. Yosri (bincang) 11:32, 21 Julai 2018 (UTC)[balas]

Saya berpendapat tidak wajar dan agak redundant bagi saudara mengisi ruangan genre dengan perkataan Cereka dan ruangan nota dengan perkataan Hitam Putih bagi setiap filem Malaysia sebelum tahun 1960. Cereka ini ertinya karya sastera berdasarkan imaginasi penulis, seharusnya dipecahkan lagi kepada genre spesifik misalnya drama, khayalan, cinta, aksi, komedi, seram, cereka sains, ngeri, malapetaka, biografi, adiwira, pengembaraan, muzikal, biopik, perang, sukan, politik, animasi, dokumentari dsb. manakala bukan cereka pula ertinya karya sastera yang dipercayai benar oleh penulis kerana disertakan bukti sahih dan logik walaupun kebenarannya juga mungkin dipertikaikan sama ada benar atau palsu oleh pembaca. Cukuplah sekadar mention semua filem Malaysia sebelum tahun 1960 (kecuali filem Hang Tuah) memang dikeluarkan dalam format hitam putih dan filem cereka di bahagian perenggan pendahuluan senarai filem berkenaan.

Saya hairan mengapa saudara Yosri membiarkan senarai filem itu kelihatan "cincai". Sebagai contoh, Filem Malaysia tahun 1952, Filem Malaysia tahun 1953, Filem Malaysia tahun 1955, Filem Malaysia tahun 1956, Filem Malaysia tahun 1957, Filem Malaysia tahun 1958, Filem Malaysia tahun 1959. Adakah wajar dibiarkan ruangan penerbit diisi dengan perkataan 'Cereka' dan 'nama pelakon' diletakkan dalam ruangan genre? Haha. (Serba salah nak tergelak ke) Apakan daya, pengguna berdaftar mana boleh sunting laman yang hanya boleh dilindungi oleh sysop sahaja itu. So, terpaksa tengok dan biarkan je la. Saya harap penyunting berjawatan sysop yang ada akses untuk menyunting rencana berkenaan lebih teliti bila membuat jadual agar nampak lebih teratur. Umpama (bincang) 03:43, 24 Julai 2018 (UTC)[balas]

Berdasarkan sejarah semakan bagi "Filem Malaysia tahun X", saudara Yosri telah menggunakan kemudahannya sebagai sysop dengan melindungi rencana senarai filem Malaysia berkenaan pada tahun 2008 (10 tahun yang lalu) kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang penyunting iaitu Pengguna:Aviator mengosongkan laman, dan mengalihkan kandungan ke Senarai filem Malaysia. Sejak itu, terbiarlah senarai filem itu dalam keadaan "cincai" dan tidak teratur; ruangan penerbit diisi dengan perkataan "Filem Cereka", dan ruangan genre diisi dengan nama pelakon. Kini, sudah tahun 2018 (lebih 10 tahun lamanya sejak senarai filem itu wujud di WBM), isu ini dibangkitkan untuk dibincangkan sesama komuniti WBM supaya senarai filem itu ada perubahan untuk diperbaiki lebih baik. Umpama (bincang) 04:42, 24 Julai 2018 (UTC)[balas]

Lencong ke Filem Malaysia tahun X-an[sunting sumber]

Selamat sejahtera, komuniti Wikipedia Bahasa Melayu. Adakah kalian bersetuju senarai filem yang terdapat dalam rencana dengan awalan 'filem Malaysia tahun X' dilencongkan lalu digabungkan senarainya ke dalam rencana dengan awalan 'filem Malaysia tahun X-an' (mengikut dekad)? Walaupun senarai filem mengikut dekad kelihatan lebih panjang kerana menggabungkan 10 senarai filem tahunan tetapi lebih mudah untuk penyunting memperbaiki rencana kerana cuma perlu scroll dalam satu rencana. Mohon pendapat kalian. Kerjasama kalian amatlah saya hargai. Umpama (bincang) 02:54, 24 Julai 2018 (UTC)[balas]


Saya rasa bersetuju dengan cara ni supaya keadaan rencana senarai tidak terlalu pendek dan berulang. Saya dah lama mahu berbuat sebegini, tetapi tegasan dari Yosri dan tiada sokongan lain menyebabkan rencana berkenaan topik filem sangat tidak teratur dan terabai. Saya berharap Yosri dapat bekerjasama dalam hal begini demi meningkatkan kualiti rencana di WBM. Sekarang Wikipedia mengamalkan gerakan "Free knowledge". Gerakan ini dijadikan aras penanda kualiti rencana di Wikipedia supaya boleh dijadikan rujukan kelak. Saya tahu penyelia sangat sedikit, tetapi usaha seperti Umpama sangat diperlukan dan haruslah disokong supaya lebih ramai lagi menyumbang dalam Wikipedia. Saya tahu anda tegas dalam hal ini tetapi silalah terima segala perancangan yang bakal dilakukan oleh kami dan pengguna baru yang lain. Jangan sia-siakan usaha saya dalam menarik minat orang dari dunia realiti untuk menyumbang ke dalam Wikipedia ini. Rugilah semua pertemuan yang saya dan kawan di luar, telah dilakukan di Malaysia hanya kerana bersikap sebegini. Sekian. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:22, 24 Julai 2018 (UTC)[balas]
Saya tidak bersetuju kerana filem dikeluarkan menurut tahun. Jika ada yang hendak membuat menurut dekad, silakan tidak menjadi kudis pada saya. Saya tidak memaksa anda menggunakan menurut tahun, dengan itu sila jangan cuba memaksa orang lain menurut kepala anda. Yosri (bincang) 14:49, 24 Julai 2018 (UTC)[balas]