Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal)/Arkib/2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas[sunting sumber]

Pengguna lain perasankah yang sudah tiada lagi ayat ini (lihat tajuk bahagian) pada bahagian atas halaman, di bawah tajuk rencana. Adakah ini disengajakan atau satu masalah teknikal? --Kurnia [ bual ] 10:20, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]

Perasan...bukan masalah teknikal tapi sebab interface wiki lama dah tukar jadi baru (beta)...penukaran inilah yang menyebabkan ayat tu hilang...kat wiki bahasa lain pun ada jugak hilang ni... Triox78 (bincang) 10:32, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]
Rupanya cuma Wikipedia Bahasa Inggeris yang mengembalikan benda baris ini. Saya ingat ada masalah dengan javascript kita. --Kurnia [ bual ] 10:37, 13 Januari 2011 (UTC)[balas]
Saya lihat mereka tambah dalam Vector.css. ...Aurora... (b) 01:34, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Perlukah kita ikut? Tab "Rencana" pada Laman Utama juga mereka tukar, saya pernah cuba buat, tapi gagal. Antaramuka vector ini agak susah. --Kurnia [ bual ] 03:58, 14 Januari 2011 (UTC)[balas]

Ikut sedaya upaya saudara. Kalau sukar sangat, tak mengapa. عبد الله Pesanan? 03:18, 15 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya telah berjaya tukar, dan butang tutup pada bar kemudi di laman-laman kedai kopi (kalau anda perasan) juga sudah boleh berfungsi semula. Rupa-rupanya ada pepijat dari kod-kod saya yang laman. --Kurnia [ bual ] 18:42, 19 Januari 2011 (UTC)[balas]

Syabas. ...Aurora... (b) 04:07, 20 Januari 2011 (UTC)[balas]

Saya rasa kita patut tunjukkan semula siteSub. Ini kerana, tanpanya {{Coord}} akan nampak hodoh dan bertindih dengan kotak info jika kedudukannya diletak di atas rencana. Kejadian ini boleh di lihat di rencana Pressigny-les-Pins sebagai contoh. --Kurnia [ bual ] 17:29, 25 Januari 2011 (UTC)[balas]

siteSub? ...Aurora... (b) 09:27, 26 Januari 2011 (UTC)[balas]
Baris Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas di bawah tajuk rencana. --Kurnia [ bual ] 11:16, 26 Januari 2011 (UTC)[balas]
Silakan. ...Aurora... (b) 10:51, 27 Januari 2011 (UTC)[balas]
Sudah buat, tapi saya musykil. "Dari Wikipedia bahasa Melayu"-kah, atau "Daripada Wikipedia bahasa Melayu"?
Bolehkah Wikipedia dikira sebagai tempat? Jika ya, sepatutnya "dari", dan jika tidak maka "daripada". ...Aurora... (b) 11:33, 27 Januari 2011 (UTC)[balas]
Kalau dari sudut elektronik, mungkin boleh saya rasa. Tapi memandangkan baris tersebut untuk menyatakan asal-usul sesebuah rencana, mungkin daripada lagi sesuai. Saya sudah buat pertanyaan di DBP, sekarang menunggu jawapan. --Kurnia [ bual ] 11:44, 27 Januari 2011 (UTC)[balas]

Nampaknya, DBP kata 'Daripada Wikipedia bahasa Melayu' yang betul. Saya akan gantikan dengan 'Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas' (bahasa Melayu dibuang supaya tidak terlalu panjang) kalau tiada bantahan. --Kurnia [ bual ] 08:45, 28 Januari 2011 (UTC)[balas]

Tiada bantahan daripada saya. ...Aurora... (b) 11:14, 28 Januari 2011 (UTC)[balas]

Penggunaan perkataan[sunting sumber]

Saya tak pasti yang mana satu lebih tepat. Sama ada stesen tiub Piccadilly Circus atau stesen Tube Euston Square. Boleh sesiapa bantu saya? عبد الله Pesanan? 10:08, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]

Saya rasa lebih bagus gunakan "Stesen bawah tanah <blabla>", kerana tube station merujuk kepada stesen bawah tanah. Jika ingin gunakan "stesen tiub", stesen Tube Euston Square sepatutnya ditukar menjadi stesen tiub Euston Square. Boleh juga gunakan tajuk seperti "Euston Square (stesen tiub)" atau "Euston Square (stesen bawah tanah)". Pandangan saya. --Kurnia [ bual ] 10:39, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]
Antara dua pilihan itu, saya pilih yg pertama (stesen tiub). ...Aurora... (b) 11:19, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]
Ok. Bagaimana pula Stesen Underground (nama stesen)? Entahlah, keliru saya dibuatnya. Nak kata stesen bawah tanah tak juga, sebab tak semua stesen London Underground tu bawah tanah. Ke tak bersetuju, sebab perlu dalam bahasa Melayu juga? عبد الله Pesanan? 22:51, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]
Kalau nama khas tidak perlu diubah. --Kurnia [ bual ] 23:23, 8 Februari 2011 (UTC)[balas]
Kalau nak guna nama rasmi, sepatutnya "stesen London Underground <nama stesen>". ...Aurora... (b) 02:18, 9 Februari 2011 (UTC)[balas]

Hi, we were recently informed on Commons about this invalid license template. It must be deleted - WMF does not allow noncommercial licenses. See Perbincangan Templat:Cc-by-nc-2.0. Dcoetzee (bincang) 06:03, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]

I've deleted the template and notified the owner of the files using the template. I believe, instead of just deleting the images, the owner of the files can change the license to a more suitable license that agrees the WMF terms. --Kurnia [ bual ] 06:19, 28 Februari 2011 (UTC)[balas]

Duke York atau Duke of York[sunting sumber]

Saya kurang bersetuju dgn penggunaan "Duke York" dan bukannya "Duke of York" dlm rencana-rencana berkenaan (Duke Cambridge, Duchess Cambridge, Duke Gloucester). Saya tahu "Duke of York" memang bahasa Inggeris, tetapi "Duke York" bunyinya pelik sangat. Saya juga pernah nampak penggunaan "Duke of --" dlm media bahasa Melayu.

Apakah pendapat pengguna2 lain? - Yk3 bincang · sumb 05:52, 6 Mei 2011 (UTC)[balas]

King of England =Raja England. Yosri (bincang) 13:02, 6 Mei 2011 (UTC)[balas]
Duke of Wellington = Duke Wellington. Prince of Wales = Putera Wales. ...Aurora... (b) 14:10, 6 Mei 2011 (UTC)[balas]
Kalau Kamus DBP kata begitu, maka itu betullah. Terima kasih! - Yk3 bincang · sumb 20:08, 6 Mei 2011 (UTC)[balas]

Mohon "kunci" rencana Singapura[sunting sumber]

...kerana terlalu banyak aktiviti troll yang saya nampak. Tak menambah amal langsung. — عبد الله (Pesanan?) 05:17, 29 Julai 2011 (UTC)[balas]

Mungkin mana-mana penyelia boleh kunci dalam tempoh yang lebih lama? Masih berlaku vandalisme. Terima kasih. — عبد الله (Pesanan?) 08:57, 6 Ogos 2011 (UTC)[balas]
Vandal akan disekat seminggu hingga setahun. Tak rasa perlu kunci rencana buat masa ini. Yosri (bincang) 10:06, 6 Ogos 2011 (UTC)[balas]

Nama pengguna kurang sesuai[sunting sumber]

Selamat Aidilfitri terlebih dahulu. Pengguna ini bagi saya menggunakan nama samaran yang kurang sopan. Mohon sebarang respons dari pihak admin. — عبد الله (Pesanan?) 07:07, 2 September 2011 (UTC)[balas]

Maaf, rasanya sudah diambil tindakan. — عبد الله (Pesanan?) 07:08, 2 September 2011 (UTC)[balas]

Masalah gajet HotCat[sunting sumber]

Ada sesiapa lagi yang menggunakan gajet Wikipedia:HotCat kah? Ada masalah tak dengan menyunting dan membuang kategori sedia ada? Saya sudah periksa sebarang ralat dengan konsol, tetapi tiada ralat dinyatakan. Mungkinkah gajet ini tidak sesuai dengan MediaWiki 1.18wmf1? --Kurnia [ bual ] 05:10, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Saya cuma dapat menambah, tidak dapat menukar atau membuang kategori. Ada kemungkinan masalah keserasian seperti kata anda. Kod kita sekarang versi 2.3, di commons sudah v2.10. ...Aurora... (b) 08:51, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Memang masalah keserasian. Saya telah gunakan pengimport skrip di MediaWiki:Gadget-HotCat.js, dan berjaya munculkan kembali pautan untuk sunting kategori sedia ada. Sekarang, cuma kita cuma perlu buatkan terjemaha. --Kurnia [ bual ] 13:58, 7 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Syabas. ...Aurora... (b) 02:21, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Terjemahan pun sudah dibuat di MediaWiki:Gadget-HotCat.js/ms, berdasarkan terjemahan Zamwan. Boleh sunting kalau rasa ada yang boleh diperbaiki. Ambil seronok!have fun :) --Kurnia [ bual ] 02:45, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Gajet baru: RefToolbar 2.0 sedia berkhidmat[sunting sumber]

Sukacita dimaklumkan bahawa gajet menarik RefToolbar sudah berjaya dilabuhkan ke wiki kita. Dukacitanya, mungkin masih wujud ralat, tapi akan cuba diperbaiki dari masa ke masa (anda tentu sekali boleh bantu, penyelia atau tidak). Terjemahan untuk antara mukanya sudah saya buat, jika tidak puas hati dengannya, boleh lihatnya di MediaWiki:RefToolbarLocal.js dan nyatakan di mana pembetulan perlu dibuat. Sekian, enjoice! :D --Kurnia [ bual ] 04:04, 10 Oktober 2011 (UTC)[balas]

Nampaknya ia tidak sempurna bila menggunakan IE9 atau Opera 11. Kotak2 dialog itu tidak berlabel. Sedangkan di en.wiki tiada masalah. ...Aurora... (b) 08:42, 14 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Tak, itu bukan masalah keserasian pelayar, tetapi memang masalah skrip. Pelayar tidak dapat mengenalpasti objek CiteTb dan saya tidak pasti di mana ia diisytiharkan. --Kurnia [ bual ] 08:51, 14 Oktober 2011 (UTC)[balas]
Kemas kini. Sudah berjaya tunjukkan teks. Sekarang saya pohon bantuan menterjemahkan MediaWiki:RefToolbarMessages-ms.js dan MediaWiki:RefToolbarConfig.js. :) --Kurnia [ bual ] 09:42, 14 Oktober 2011 (UTC)[balas]

MediaWiki:Sysop.js untuk para penyelia[sunting sumber]

Saya telah sediakan fail ini supaya skrip-skrip khusus untuk para penyelia dapat diletakkan dalam fail berasingan daripada MediaWiki:Common.js. Buat masa ini, cuma ada satu fungsi dalam fail tersebut, yakni fungsi untuk membersihkan MediaWiki:Deletereason-dropdown ketika anda dalam proses menghapuskan sesebuah laman. Fungsi tersebut diperolehi daripada. Jika skrip ini tidak melakukan apa-apa untuk anda atau anda temui ralat padanya, mohon dimaklumkan kepada saya. --Kurnia [ bual ] 18:27, 12 Oktober 2011 (UTC)[balas]