Wikipedia:Kilang gambar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kami menunggu gambar-gambar anda!

Kilang gambar merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk menggalakkan pengguna Wikipedia menghasilkan sendiri gambar-gambar yang tepat dan berguna. Projek ini dijalankan melalui dua kategori iaitu:

  • Kategori pertama: Mencari rencana-rencana yang memerlukan gambar tetapi tidak tersedia di Commons.
  • Kategori kedua: Mencipta gambar-gambar untuk memenuhi keperluan kategori pertama.

Tiada yang lebih baik atau lebih hebat daripada kedua-dua kategori tersebut. Kategori pertama berperanan besar untuk membantu pengguna yang memiliki keahlian menghasilkan gambar tetapi berkemungkinan tidak mempunyai masa untuk mengetahui gambar apa yang diperlukan. Sebaliknya, senarai permintaan yang terlalu panjang tanpa pernah dipenuhi akan menjadi sia-sia.

Gambar yang dimaksudkan tidak terbatas kepada imej sahaja. Segala teknik yang dimungkinkan termasuklah melukis, menggambar, menggunting, atau kolaj dibenarkan. Gambar boleh dimuat naik ke Wikipedia Bahasa Melayu atau ke Commons, tetapi kami lebih menggalakkan supaya gambar tersebut dimuat naik ke Commons.

Saya ingin mengikuti projek ini, bagaimanakah caranya?[sunting sumber]

Jangan banyak komen, segera bekerja!
  1. Pilih kategori manakah yang anda mahu terlibat.
  2. Bekerjalah tetapi sesuai dengan peranan yang diminta.
    1. Jika anda terlibat dalam kategori pertama, jelajahi Wikipedia secara rawak. Cari rencana-rencana yang memerlukan gambar. Jika tersedia di Commons, tambahkan. Jika tidak, tambahkan senarainya di bawah.
    2. Jika anda terlibat dalam kategori kedua, bacalah senarai yang telah disusun kategori pertama. Jangan banyak komen, segera bekerja!
  3. Semua perbincangan dan komen harus dibincangkan di bahagian perbincangan laman ini.

Kepercayaan[sunting sumber]

Perhatikan hal-hal yang berikut sebelum terlibat dalam projek ini:

Untuk kategori pertama[sunting sumber]

Buat permintaan yang masuk akal[sunting sumber]

Daripada mengganggu perasaan orang lain, kurangkan perkara-perkara yang sukar dipenuhi oleh kategori kedua. Berkeras meminta imej hubungan seks, bunuh diri, Pluto, atau elektron adalah hal yang menjengkelkan.

Pastikan permintaan anda spesifik. Meminta "imej semua jenis gula-gula" tidak akan pernah diperhatikan orang lain dengan serius. Lebih baik berpecah untuk menjadi hal yang lebih khusus, misalnya "saya meminta imej gula-gula Bonbon dan Kopiko bersama dalam satu foto." Semakin lengkap ayat anda, semakin mudah diterjemahkannya secara visual.

Jangan duduk menyilangkan kaki[sunting sumber]

Ini bukanlah halaman permintaan gambar. Anda juga memiliki tugas untuk memasangkan gambar dengan rencana yang sesuai. Jika ternyata belum ada, kembangkanlah rencana yang boleh dimuatkan gambar tersebut.

Memaksakan kehendak tidak menghasilkan apapun[sunting sumber]

Gambar berhubungan langsung dengan kreativiti. Kreativiti berhubungan dengan kebebasan. Apa-apa yang anda inginkan mungkin akan jauh berbeza dengan hasil akhir yang diciptakan untuk kategori kedua. Bagus atau tidak bukanlah soalnya.

Jika anda tidak yakin dengan pendapat anda sendiri, lebih baik abaikan. Setidak-tidaknya, jangan terlalu berharap pendapat anda akan diikuti oleh pengguna dari kategori kedua.

Buat permintaan untuk rencana yang wujud[sunting sumber]

Gambar yang tidak memiliki rencana akan segera dihapuskan. Itu bukan hal yang menyenangkan.

Untuk kategori kedua[sunting sumber]

Hindari berjanji, tetapi katakan "saya cuba"

Bacalah Bantuan:Mengolah gambar terlebih dahulu agar karya yang anda hasilkan maksimal.

Bekerjalah sepenuh hati[sunting sumber]

Kategori pertama membuat senarai dengan menaruh harapan kepada keahlian anda. Jangan sia-siakan! Gunakan teknik terbaik yang anda ketahui. Semakin serius gambar yang anda buat, semakin anda dihormati pengguna lain.

Pelajari sebelum berbuat[sunting sumber]

Banyak kes gambar yang tidak sesuai dengan rencana yang dijelaskan. Baca keseluruhan rencana sebelum anda memulai. Temukan inti masalah rencana tersebut dan alasan kenapa rencana tersebut memerlukan gambar.

Jangan berasa kecewa[sunting sumber]

Hindari berjanji, tetapi katakan "saya cuba". Kegagalan memenuhi permintaan yang sudah anda kabulkan akan membuat orang lain kecewa. Tetapi anda sendiri tidak akan menghasilkan apapun kalau terlalu takut. Jika sudah berkata "ya", selesaikan dengan cara apapun.

Kebalkan telinga, dinginkan hati[sunting sumber]

Komen pedas mungkin akan muncul saat anda membuat suatu gambar. Abaikan! Mereka mungkin hanya boleh cakap besar, tetapi hanya anda yang bisa menciptakan sesuatu. Bacalah komentar-komentar tersebut hanya untuk memperbaiki kualiti kerja anda di gambar berikutnya.

Untuk kedua kategori[sunting sumber]

Kerjasama adalah inti dari kejayaan projek ini. Semakin dalam komunikasi yang terjalin antara kedua kategori, semakin baik hasil kerjasama tersebut. Untuk itulah halaman perbincangan diadakan.

Hindari bertelagah. Jika terjadi masalah, berbincanglah untuk menghasilkan sesuatu, bukan menghancurkan apa yang sedia ada.

Senarai ahli[sunting sumber]

Kategori pertama[sunting sumber]

Kategori kedua[sunting sumber]

Permohonan[sunting sumber]

Sebarang permohonan gambar hendaklah dimasukkan ke laman permohonan.