Wikipedia:Penafian kandungan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Wikipedia mengandungi kandungan yang mungkin tidak dipersetujui oleh sesetengah pihak

Wikipedia sebagai sebuah ensiklopedia mengandungi berjuta-juta rencana yang meliputi pelbagai topik dalam pelbagai bidang. Namun begitu, hanya sesetengah daripada rencana yang terkandung dalam Wikipedia diteliti secara mendalam untuk tujuan pengesahan fakta dan penyekatan terhadap kandungan yang tidak dapat ditentusahkan kewajarannya untuk dipamerkan.

  • Sesetengah rencana di Wikipedia membincangkan perkataan atau bahasa yang disifatkan sebagai bahasa kesat yang mungkin tidak menyenangkan sesetengah pembaca.
  • Rencana-rencana yang mengandungi audio, visual atau informasi tentang orang dan upacara mungkin ditegah dalam sesetengah budaya.
  • Wikipedia mengandungi imej-imej yang mungkin disifatkan sebagai tidak sesuai dan tidak menyenangkan sesetengah pihak. Sebagai contoh, sesetengah rencana mengandungi grafik yang menunjukkan perbuatan keganasan, anatomi manusia atau perbuatan seksual.
  • Kebanyakan daripada rencana yang tersedia mengandungi perbincangan tentang topik kontroversial. Sesetengah topik yang dibincangkan mungikn menimbulkan implikasi undang-undang di sesetengah tempat. Terdapat juga rencana yang mengandungi informasi tentang aktiviti yang dianggap merbahaya (lihat Wikipedia:Penafian umum dan Wikipedia:Penafian risiko).
  • Sesetengah karya rencana dalam Wikipedia memerlukan "Amaran pembongkaran plot". Sila rujuk: Wikipedia:Pembongkaran plot harus disertai amaran.
  • Wikipedia mungkin mengandungi bahan-bahan yang mendatangkan kesan ketakutan kepada sesetengah pembaca khususnya bagi mereka yang mengalami Gangguan stres pasca-traumatik.
  • Wikipedia mungkin mengandungi imej dan video yang mendatangkan kesan ketakutan epileptik (kesan sawan) dan lain-lain masalah kesihatan yang mungkin membahayakan.
  • Sejak Wikipedia dibuka untuk paparan bacaan dan sumbangan suntingan kepada masyarakat awam dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan kelayakan. Telah muncul juga pelbagai kerosakan dan tingkah laku tidak senonoh dalam projek ini. Pelbagai imej, video, grafiti hasutan dan menjengkelkan wujud dalam Wikipedia dengan kawalan yang minima.
  • Wikipedia juga turut memaparkan saranan perubatan, saranan perundangan dan lain-lain maklumat yang biasanya cukup bersifat subjektif dan menurut pandangan profesional; walaubagaimanapun dijelaskan disini Wikipedia bukanlah tempat untuk mendapatkan khidmat atau pertolongan dari pihak pakar atau profesional dari sebarang bidang. Sila rujuk: Wikipedia:Penafian perundangan, Wikipedia:Penafian perubatan dan Wikipedia:Penafian risiko untuk maklumat lanjut.

Walaubagaimanapun, Wikipedia kini dilengkapi dengan pelbagai dasar dan garis panduan yang sentiasa dipinda dari semasa ke semasa demi menjaga kelestrian projek ini agar sentiasa bergerak seiring dengan peredaran zaman dan keperluan undang-undang sesebuah negara dan kawasan. Sila rujuk Wikipedia:Dasar dan garis panduan untuk konteks perlembagaan Wikipedia yang lebih jelas.

Wikipedia sangat menjunjung tinggi dasarnya untuk memastikan segala intipati rencana memenuhi sudut pandang berkecuali dan bersikap neutral tanpa berat sebelah. Serta undang-undang yang termaktub dalam negeri Florida, Amerika Syarikat dimana Wikipedia dihoskan.

Dalam sesetengah kes, hasil kerja Wikipedia yang dalam pembinaan atau siap dibina, atau sesetengah rencana mungkin mengandungi perbalahan dari segi keakuratan fakta. Maka, bagi menyelesaikan pertikaian seharusnya Wikipedia:Penyelesaian pertikaian, Wikipedia:Pandangan berkecuali, Wikipedia:Larangan penyelidikan asli dan Wikipedia:Pengesahan perlu dijadikan pedoman. Pihak kami sentiasa mengesyorkan para pembaca dan penyunting untuk menyelesaikan masalah dengan memastikan setiap ayat, perenggan, dakwaan, quote dan lain-lain yang disediakan di Wikipedia mempunyai sumber yang boleh dipercayai dan sumber petikan. Kebanyakkan dari rencana yang tersedia di Wikipedia ditulis dan diolah oleh individu yang bukan pakar dalam bidang penulisannya itu, dan mungkin kreadibiliti dan kelayakan akademik dan profesional individu tersebut dalam bidang berkenaaan boleh dipertikai.

Wikipedia mengandungi maklumat kabur yang tidak selalunya dipelihara seperti yang ditemukan dalam ensiklopedia konvensional. Liputan rencana dan bidang-bidang ilmiah dalam Wikipedia jujurnya meliputi bidang yang menjadi minat untuk menyunting oleh para penyumbang. Pembaca seharusnya tidak patut menghakimi kepentingan topik dalam selaput liputan Wikipedia ini sahaja, ataupun beranggapan bahawa topik tersebut penting kerana ia menjadi subjek rencana Wikipedia. Lihat Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana untuk bacaan dan maklumat lanjut.

Walaubagaimanapun, Wikipedia sentiasa mempunyai inspirasi dan komitmen bagi memastikan setiap rencana yang tersedia disini sentiasa dapat ditentusahkan dan tidak berat sebelah. Staf dan para pentadbir Wikipedia sentiasa memastikan perkara terpenting tersebut dapat direalisasikan sebagai harapan dan sokongan untuk memperoleh suatu bentuk ensiklopedia bebas berkualiti, berkreadibiliti dan berketrampilan.

Lihat juga: Wikipedia:Pengesahan.