Wikipedia:Pendapat dan cadangan pengguna/Ciri-ciri baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
VectorNavigation.png
Tampilan navigasi laman Wikipedia baru. (enlarge)
VectorEditorBasic.png
Tampilan bahagian kotak suntingan baru. (enlarge)
VectorLinkDialog.png
Tampilan kotak dialog untuk kegunaan pautan.

Wikimedia Foundation's User Experience Team telah bekerjasama dengan para pengguna daripada komuniti untuk memudahkan kepenggunaan Wikipedia. Kami ingin berkongsi pembaharuan yang telah dilaksanakan, termasuk bentuk muka laman yang baru, ringkas dan ciri-ciri yang padat. Pembaharuan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna-pengguna baru untuk menyumbang dalam Wikipedia. Kami telah menjalankan temu-bual dan penyelidikan dengan para pengguna sepanjang tahun lepas. Peningkatan kepengguaan Wikipedia dan projek-projek berkembarnya merupakan keutamaan Yayasan Wikimedia dan kami akan mengumumkan sebarang pembaharuan yang akan datang. Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman blog Wikimedia.

Antara perubahan baru

  • Navigasi: Kami telah memperbaharui sistem navigasi untuk pembacaan dan penyuntingan laman. Tab pada bahagian atas laman secara ringkas menunjukkan sama ada anda sedang melayari laman rencana atau laman perbincangan dan penyuntingan.
  • Pembaharuan Bar perkakas (Toolbar) Penyuntingan: Kami telah menyusun semula bar perkakas penyuntingan untuk memudahkan anda. Pemformatan laman dan kepenggunaan fungsi lain kini lebih mudah.
  • Wizard Pautan: Perkakas mudah diguna ini, membolehkan anda menambah pautuan pada laman wiki lain dan pautan luar.
  • Pembaikan carian: Kami telah mempertingkatkan enjin carian berdasarkan cadangan untuk memudahkan anda mencari laman yang anda ingin layari.
  • Ciri-ciri baru: Kami turut memperkenalkan wizard jadual untuk memudahkan penyediaan jadual dan memudahkan penyuntingan laman.
  • Logo Wikipedia: Kami telah mengemaskinikan logo Wikiepdia. Untuk maklumat lanjut, sila baca Blog Wikimedia

Cadangaan?

Kami ingin mendengar cadangan anda. Sila kemukakan pandangan, pendapat dan cadangan kepada kami. Sekiranya anda ingin menyumbang kepakaran anda untuk meningkatkan mutu perisian dan Wikipedia, sila layari Usability wiki untuk maklumat lebih lanjut.