Wikipedia:Pengakap untuk Warisan/Perihal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Pengakap untuk Warisan (PeWaris) direka sebagai suatu inisiatif sebagai ahli pengakap untuk menjadi ejen dalam memelihara khazanah negara yang bernilai ini. Ini merupakan suatu projek untuk Anugerah Pengakap Dunia yang mengetengahkan pembebasan pengetahuan warisan budaya di Malaysia yang diiktiraf oleh UNESCO dalam bentuk digital menerusi platform projek Wikimedia. Dokumentasi adalah berbentuk penulisan rencana di Wikipedia berdasarkan sumber yang boleh dipercayai serta media-media yang boleh diakses secara bebas oleh masyarakat. Dokumentasi ini akan dilesenkan di bawah Lesen Creative Commons yang membenarkan akses tanpa had kepada masyarakat.