Wikipedia:Pengesahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Polisi Wikipedia
Piawaian rencana
Pandangan berkecuali
Pengesahan
Tiada penyelidikan asli
Biografi orang hidup
Tajuk rencana
Bekerja dengan orang lain
Kesopanan
Sepersetujuan
Larangan serangan peribadi
Penyelesaian pertikaian
Tiada ancaman undang-undang
Prinsip sejagat
Apa yang bukan Wikipedia
Polisi lanjutan
Sila ambil maklum bahawa Wikipedia berhak memadamkan apa-apa petikan, tulisan, rencana dan laman yang ditulis oleh penyunting tanpa sebarang rujukan dan pengesahan.
Jalan pintas:

Perkara utama dalam Wikipedia adalah pengesahan, bukan kebenaran. Segala kenyataan, petikan dan rencana mesti "Boleh ditentusahkan". Dalam konteks ini, para pembaca seharusnya boleh memeriksa sekiranya bahan yang ditambah ke dalam Wikipedia sudah pun diterbitkan oleh sumber yang yang boleh dipercayai. Penyunting harus memberikan sumber yang boleh dipercayai untuk apa-apa petikan dan pernyataan, jika tidak, maklumat yang tiada rujukan boleh dicabar kesahihannya atau ia boleh dibuang.

Wikipedia:Pengesahan adalah salah satu daripada intipati polisi kandungan Wikipedia. Yang lain adalah Wikipedia:Tiada penyelidikan asli dan Wikipedia:Pandangan berkecuali. Secara menyeluruh, polisi-polisi ini menilai jenis dan kualiti bahan yang boleh diterima di dalam artikel-artikel Wikipedia. Mereka (polisi-polisi berkenaan) tidak seharusnya diterjemahkan secara berasingan antara satu sama lain, dan para penyunting seharusnya cuba untuk membiasakan diri dengan ketiga-tiga polisi ini.

Beban bukti[sunting]

Untuk melihat bagaimana untuk menulis petikan sumber, sila lihat Wikipedia:Memetik sumber

Sebenarnya beban bukti terletak di tangan penyunting yang menambah atau memulihkan sesuatu laman. Semua petikan dan apa-apa laman yang dicabar atau mungkin akan dicabar seharusnya dianggap bergantung kepada satu sumber yang diterbitkan untuknya. Dalam erti kata mudah, kepercayaan kepada sesuatu petikan di dalam baris sesuatu rencana bergantung kepada kepada rujukan diberi.[1]


Nota dan rujukan[sunting]

  1. Apabila kandungan Wikipedia memerlukan pengesahan secara langsung, resamnya adalah dengan memberikan kutipan rujukan. Rasional kaedah ini adalah untuk memberikan cara yang paling langsung bagi memastikan kandungan serasi dengan rujukan. Kaedah-kaedah alternatif dan boleh diterima apabilakaedah-kaedah tersebut menyediakan atribusi jelas dan persis yang menyokong dakwaan-dakwaan dalam rencana. Namun demikian, kutipan rujukan dianggap "amalan terbaik" di bawah rasional ini. Sila rujuk Wikipedia:Sumber petikan#Bagaimana menyebut sumber untuk mendapatkan perincian lanjut.

Bacaan tambahan[sunting]