Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Emrrans sebagai penyelia 21 Julai 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Emrrans (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Ingin saya memohon dan merayu sekali lagi jawatan penyelia pada kali kedua dalam akaun lama saya. Ini kerana ternyata pada masa siang mengikut waktu (UTC) di wiki ms ini, secara jujur, jarang sebilangan penyelia di sini menyunting dan memantau dengan peka di sini baru-baru ini setiap kali saya lihat perubahan terkini, serta, wiki ms kekurangan penyelia iaitu 9 penyelia, dan baru-baru ini juga, dengan perlantikan Pengguna:MSWiki, menjadi 10 penyelia. Jadi, maaf banyak2 untuk berkata, wiki ms harus tambah bilangan penyelia lagi kerana 10 penyelia juga masih berkurangan. Tujuan saya jadi penyelia sekali lagi adalah kerana saya ingin pastikan wiki ms ini maju, membangun, dan selamat. Jadi, saya merayu sungguh-sungguh untuk menjadi penyelia di sini, meskipun saya telah menyalahguna kuasa saya sebagai penyelia dengan nama Emrrans dan Aeonimitz, dan juga yang telah termaktub dalam pentadbiran wikipedia, iaitu, "Tanggungjawab penyelia" dan juga polisi dan garis panduan wikipedia, iaitu, "Polisi sekatan". Saya juga tahu dalam "Tanggungjawab penyelia", saya tidak boleh jadi penyelia sekali lagi jika saya menyalahguna kuasa. Hmm.... bersikap teramat menuntut2, bercakap banyak dan meminta2 betul kan saya ni. Jadi, tolonglah.... tolonglah, berikanlah peluang penyelia sekali lagi kepada saya. Maaf banyak2 juga dari saya akibat salahgunakuasa saya semasa saya jadi penyelia dengan nama Emrrans dan Aeonimitz, serta maaf banyak2 juga atas semua kesalahan saya di wiki ms ini. Saya berjanji akan beramanah, bertanggungjawab, bersabar, berjujur dan berjasa sepenuhnya jika perlantikan saya sebagai penyelia sekali lagi, dengan nama Emrrans diterima sekali lagi, InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 04:14, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]

Sokongan[sunting sumber]

  1. Setuju Selagi anda menunjukkan kelakuan yg baik, saya terus berkekal sebagai penyokong anda. Apa yg anda buat terhadap saya di bawah nama User:Aeonimitz dah lama saya maaf. Saya benar-benar harap anda insaf. Saya berharap anda jadi penyelia pertama yg dipecat kerana menyeleweng kuasa! Good luck! --Edmund The King of The Woods! 07:57, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]
  2. Setuju Kerja sukarela di sini terlalu banyak . Datanglah ramai-ramai. Yang telah hilang lesap patut dijemput kembali.16:39, 21 Julai 2007 (UTC)Malekhanif

Bantahan[sunting sumber]

  1. Tidak setuju. — Didie 04:34, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]
  2. Tidak setuju Anda telah hilang kelayakan sebagai penyelia saat anda menipu pengguna lain dengan mengatakan anda dari Brunei. Sekali telah menipu selama-lamanya anda akan menipu. Kepercayaan saya terhadap anda sudah hilang. Anda tak patut muncul di sini lagi. Master2841 17:43, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]
  3. Tidak setuju ...Aurora... 14:39, 27 Julai 2007 (UTC)[balas]

Berkecuali[sunting sumber]

  1. Berkecuali Daripada pencerapan saya setakat ini, saya mendapati bahawa Master2841 adalah seorang pendisiplin© yang tegas. Responsnya boleh diramalkan dengan begitu tepat, hehehe. Walaupun demikian, saya berasa bahawa hukuman jenayah pun adalah batasnya. Biarlah pelantikannya ditangguhkan sehingga suatu masa yang lebih menyenangkan. Dengan pendek kata, dia masih berlayak memohon, tetapi bukan sekarang. — Syarikat Pemunggahan Rencana 20:05, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]
  2. Berkecuali Sekarang bukan masa yang baik... -Yk Yk Yk 12:00, 28 Julai 2007 (UTC)[balas]

Kepada Pengguna:Didie: semestinya saya tidak akan salahguna kuasa saya sekali lagi seperti yang anda sangka, InsyaAllah, dengan nama lama saya iaitu Emrrans! — Imran Al-Sahih 04:45, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]

Oooh anda kata anda tak semestinya melakukan perlakuan anda yang sama selepas ini ye. Jadi, anda nak berubah ye. Sudah 2 perlantikan penyelia dilakukan kepada anda dan anda meletak jawatan pada akhirnyapun, kedua-duanya mengenai kuasa 'over'. Memang semua penyelia di sini dah banyak bersabar dengan perlakuan anda. Anda nak kata saya patut jadi orang timur. OK! Tapi sikap itu tak perlu dilakukan jika sering ditipu dengan kata-kata manis dan akhirnya membawa satu kecelakaan yang berbahaya. Wow! Maaf jika 'over' bercakap. Saya sebenarnya tak nak masuk campur bab-bab pergaduhan sesama sendiri yang akhirnya boleh menjejaskan pertalian hubungan sesama pengguna untuk menyumbang di sini. Untuk menjadi seorang penyelia, perlakuannya mestilah boleh dijadikan satu contoh dan identiti yang baik kepada pengguna yang lain. Bukannya sekadar hanya mentadbir bahkan perhubungan sesama pengguna haruslah dijaga juga. Justeru, saudara Emrrans anda faham-fahamlah. Dah banyak kepercayaan diberikan kepada anda tetapi kesudahannya menghampakan dan hancur lebur begitu saja. Bukan saya tak bagi anda jadi penyelia tapi demi ketenteraman sesama pengguna di sini. Fikirkanlah! Saya harap anda tidak berkecil hati dengan apa yang telah saya luahkan ini. Menjadi penyelia memanglah bukan satu perkara yang mudah untuk kita pikul jika ingin memastikan semuanya bergerak lancar. Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia mesti perlu menjalani kehidupan realiti jugakkan. Untuk melayari internet, kita memerlukan 'fulus' untuk melayarinya jugakkan. Hmmm... Jadi, janganlah terlalu serius sangat untuk berada di sini sehinggakan kehidupan realiti kita terabai. Kena pandai imbanginya. Alamak, terkeluar tajuk. Maaflah! - — Didie 12:55, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]


Perhatian buat pengguna-pengguna lain, Emrrans ini adalah seorang penipu, [1], penyalahguna kuasa sewaktu menjawat jawatan penyelia, seorang "ekstremis" yang tidak mematuhi Wikipedia:Anggaplah niat baik dan seorang yang suka menghina penganut agama yang lain. [2] Adakah anda pasti nak beri dia kuasa? Fikir-fikirkanlah. Master2841 17:51, 21 Julai 2007 (UTC)[balas]


Kepada Pengguna:Master2841 dan Pengguna:Didie. Master2841, anda kata saya akan menjadi penipu buat selama-lamanya, fikir semula, secara jujurnya, betul atau tidak. Rasulullah S.A.W., kalau nak tahu, dia mempunyai dugaan yang berjuta-juta kali lebih besar dari anda berdua, lebih dari berjuta-juta kali dimana saya yang amat banyak mengenakan dugaan pada anda berdua, iaitu, Master2841 dan Didie dan beberapa orang lain yang saya ketahui dan yang saya tak ketahui di sini (wiki ms). Jadi, adakah anda berdua mahu menjadi seperti Rasulullah S.A.W.? Dimana dia maafkan semua orang, Rasulullah S.A.W lagi pulak, beribu-ribu orang nak bunuh dia pada zaman hayatnya! Adakah, secara jujur, saya salah satu dari orang yang jahat dan tak menyukai Rasulullah S.A.W. ke? Orang Yahudi pun terkejut dengan kebaikan besarnya, takde orang yang boleh menandingi kebaikan Rasulullah S.A.W., walaupun Nabi Isa A.S. dan Imam Mahdi, baginda terlalu lalu lalu lalu pemaaf orangnya. Kalau saya jahat sangat, kenapa saya tak pergi bunuh 20,000 orang? Saya pernah bunuh orang ke? Saya cuma buat perkara negatif dari segi mental sahaja, teruk sangat ke saya ni? Its ur choice, both of you, and everyone else that I know whether you want to forgive me or not. Takpe saya tak risau, bukan semua orang tak suka pada saya, begitu juga pada anda berdua. Juga saya maafkan sepenuhnya Master2841, Didie, dan SPR. Saya sendiri tak pasti samada saya masuk syurga ke tak. Kalau saya tak dapat jadi penyelia pun memang memang memang tak megapa, saya hampir nyata sekali sudah membuat wiki ms maju dan lengkap. Saya minta maaf berjuta-juta maaf atas semua kesalahan saya di sini dan kepada semua orang lain yang saya kenakan. But I hope that Master2841 and Didie will go to heaven Eden (Firdaus) and also SPR aka PM Poon, Yosri, Aurora, Edmundkh, Malekhanif, Che, Hayabusa Future, Polar, Piecemealcranky, Hafrul, MSWiki, Yk Yk Yk, Syfuel, Whjayg, Pejuang bahasa dan lain-lain lagi orang yang saya kenal di sini (wiki ms), InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah dan InsyaAllah. Salam and may the blessing be with you all. Lastly I want to say, there is no force (paksaan) in everything. Thank you all. — Imran Al-Sahih 13:33, 22 Julai 2007 (UTC)[balas]


Kesimpulan yang saya dapat buat terhadap Emrrans; suka berpura-pura dan percakapan yang meleret-leret. Master2841 17:30, 22 Julai 2007 (UTC)[balas]


Jangan cakap begitu, wahai Master2841, jika anda teruskan perkara ini, anda tidak akan mendapat apa-apa manfaat daripadanya, hanya dosa yang bertambah-tambah yang disebabkan oleh kedegilan dan ketidakmaafan anda. — Imran Al-Sahih 07:04, 23 Julai 2007 (UTC)[balas]

Saya ingin katakan kepada anda yang saya sebagai pengguna layak mengundi ke atas perlantikan anda dan anda tidak boleh menafikan hak saya dengan memutarbelitkan semua yang saya cakap berubah kepada undian sebaliknya ye. Saya tidak berprasangka buruk ke atas anda. Cuma saya risau adakah anda dapat ditaruh kepercayaan buat kali "ketiga". Jika anda nak kata Rasulullah s.a.w. memaafkan umatnya inikan pula umatnya sendiri sesama sendiri iaitu manusia. Anda kata kenapa anda tidak membunuh 20,000 orang. Ya, betul kata anda. Tapi masalah sekarang nih. Wajarkah seorang penyalahgunakuasa yang melakukan kuasa 'over sebanyak 2 kali berturut-turut dengan apa-apa percakapannya yang telah menyebabkan ada penyelia yang tersinggung dan ada yang telah meletak jawatan yang mempunyai kesamaran dengan perbuatan baiknya itu diberi peluang ketiga? Saya tak mahu kontroversi timbul gara-gara hanya daripada sesuatu perkara yang kecil menjadi perkara yang besar selepas ini lagi. Bukannya saya tak maafkan anda, saudara Emrrans tapi pengguna lain, macam mana pula? Nampaknya ketegasan saya untuk menegakkan keadilan terkapai-kapai untuk dilakukan ye. — Didie 08:58, 23 Julai 2007 (UTC)[balas]

Satu lagi saudara Emrrans, adakah anda menganggap pengundi yang tidak menyetujui anda dianggap bertindak untuk memboikot anda. Begitu? Saya tidak bersetuju bukan kerana tak maafkan anda cuma kepercayaan saya nih sukar untuk saya taruhkan kepada anda. Kemaafan telah pun terbuka kepada anda. Cuma, anda kini memang tidak meyakinkan saya 100%. Jika anda menjadi salah seorang hakim di negara Hong Kong, rekod anda mesti bersih 100%. Jika rekod anda tercalar sikit saja, ia mungkin bakal meranapkan profesion anda iaitu seorang hakim. Ini untuk menghindarkan berlaku rasa ketidakadilan rakyat terhadap kerajaan perundangan. Apatah lagi, kesalahan besar. Jadi, sebagai contoh, anda mahu pengguna yang disekat oleh anda sendiri melihat yang anda sendiri pun ada kesilapan tapi mereka yang melakukan vandal akan menuding jari berhubung ketidakpuashati mereka itu. Sekaligus, mereka akan menganggap perkara negatif yang bakal menjejaskan imej ms.wiki. Itulah yang saya kata ketenteraman sesama pengguna di sini. Anda faham? Itulah maksud yang dapat saya nyatakan secara jelas ye. -— Didie 09:14, 23 Julai 2007 (UTC)[balas]

Walau bagaimanapun, selepas ini saya tidak akan lagi memohon jadi penyelia jika saya tidak jadi penyelia, ini janji saya, betul kata anda Didie, sebenarnya orang tak undi saya bukan sebab nak boikot saya, tapi sebab rekod saya tak bersih 100% yang menyebabkan pengguna yang mahu undi saya tak begitu yakin. Jadi terpulang kepada budi bicara pengundi di sini, samada mahu undi saya atau tidak. Memang kemaafkan untuk saya sendiri sudah terbuka. Saya sendiri yang menyebabkannya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada anda, Didie, atas kesabaran anda terhadap saya. — Imran Al-Sahih 14:33, 23 Julai 2007 (UTC)[balas]
Maaf banyak2lah ye pada anda, Master2841, kerana kekasaran bahasa saya melalui pesanan saya sebelum ini. Sepatutnya juga saya menunjukkan lebih keaktifan pada wiki ms semasa saya mahu mohon jadi penyelia, tapi tidak. Juga saya mahu katakan bahawa saya tidak boleh berada di sini buat selama-lamanya. Betul juga kata anda, Master2841, saya tak sepatutnya muncul di sini lagi. Saya juga mahu memberikan kata2 terakhir saya jika saya tidak jadi penyelia buat kali ke-3, kepada penyelia wiki ms, dan pengguna wiki ms, you're on your own now. — Imran Al-Sahih 25 Julai 2007

Keputusan[sunting sumber]

Pengundian ditutup pada 4 Ogos 2007. 2 orang daripada 7 pengundi mengundi untuk menyetujui perlantikan jawatan sysop ke atas Emrrans. 3 undian daripada 7 orang mengundi untuk tidak mempersetujui perlantikan jawatan sysop ke atas Emrrans. 2 undian daripada 7 orang pengundi mengundi untuk memilih berkecuali mengenai perlantikan jawatan sysop ke atas Emrrans.

  • Setuju - 2 undi (28.55%)
  • Tidak Setuju - 3 undi (42.9%)
  • Berkecuali - 2 undi (28.55%)

Hasil pengundian adalah tidak bersetuju untuk melantik jawatan sysop ke atas Emrrans. — Didie 04:31, 4 Ogos 2007 (UTC)[balas]