Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Emrrans untuk sysop 7 Mac 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Emrrans (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Kalau boleh saya pun nak jadi admin jugak tetapi bagaimana? Emrrans 11:36, 7 Mac 2006 (UTC)[balas]

Minat saya atas sebab untuk memohon menjadi penyelia (pentadbir) adalah untuk menyumbangkan sebanyak maklumat berguna yang boleh ke dalam Wikipedia Bahasa Melayu. Ini dibuat bagi memperkayakan ilmu pengetahuan kepada orang ramai yang mengunjungi dan melihat pelbagai rencana Wikipedia Bahasa Melayu. Saya berjanji akan terus membuat pelbagai rencana berguna seperti sains, astronomi, fizik, kimia, biologi dan lain-lain selepas saya menjadi penyelia. Saya juga berjanji tidak akan merosakkan sebarang rencana atau meletakkan rencana baru yang tidak elok. Saya juga berjanji akan sentiasa menjadi penyelia yang sentiasa aktif, berguna dan boleh dipercayai. Saya juga akan mengharapkan yang terbaik bukan hanya untuk mendapat nama, pangkat atau kedudukan semata-mata, tetapi untuk Wikipedia Bahasa Melayu. Secara jujur, saya mengharapkan agar permohonan saya menjadi penyelia diterima. — Emrrans 14:45, 8 Mac 2006 (UTC)[balas]

Sokongan[sunting sumber]

Pada hari kebelakangan ini, saya berasa bahawa Emrrans merupakan seorang pengguna yang luar biasa. Bukan sahaja dia menyumbang rencana, dia juga amat mengambil berat tentang persoalan-persoalan di portal ini, termasuknya persoalan laku musnah. Pengenalan "Rencana Terpilih" olehnya di dalam Laman Utama pada 28 Februari 2006 merupakan suatu pencapaian yang amat mengkagumkan, khususnya kerana dia merupakan pengguna yang amat baru dalam portal ini. Oleh sebab itu, saya berasa bahawa segala syarat-syarat tertentu untuk menjadi penyelia boleh dikecualikan dalam kes yang luar biasa ini.

Diharapkan bahawa permohonan Emrrans akan mendapat pertimbangan yang wajar serta yang positif. — PM Poon 13:04, 8 Mac 2006 (UTC)[balas]

  • * * * *

Saya juga menyokong supaya Emmrans dilantik menjadi penyelia. Saya juga berharap permohonannya diterima. — Master2841 22:50, 8 Mac 2006 (UTC)[balas]

Pengguna "Emrrans" sekarang adalah sysop Yosri 00:22, 9 Mac 2006 (UTC)[balas]