Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan Ychmatematik untuk sysop 23 Mac 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Ychmatematik (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Assalamualaikum semua, saya sebenarnya ingin memohon permohonan perlucutan jawatan penyelia ini. Seperti yang sedia maklum, sejak kebelakangan ini terdapat beberapa yang tidak aktif dan menyepikan diri daripada menyunting di ms.wiki ini. Sebagai kewajipan seorang penyelia yang prihatin dengan perkembangan di sini, saya ingin memohon perlucutan jawatan 'sysop' ini terhadap pengguna yang bernama Ychmatematik. Perlucutan ini patut diadakan disebabkan saudara Ychmatematik yang sudah melanggar syarat sebagai seorang 'sysop'. Ychmatematik telah menyepikan dirinya di sini dengan tidak menyunting selama 181 hari dan menjalankan fungsi kepenyeliaan selama 231 hari setakat ini dan melebihi 6 bulan untuk kedua-dua fungsi itu.

Di sini saya ingin memohon kerjasama dari semua pihak sama ada penyelia dan pengguna yang berdaftar(mengikut syarat yang ditetapkan) untuk mengundi permohonan ini. Permohonan yang dipohon ini adalah menepati syarat yang ditetapkan. SEKIAN..... dari pengguna Didie 10:41, 23 Mac 2007 (UTC)

Undian[sunting sumber]

Sokongan[sunting sumber]

  • Symbol support vote.svg Setuju Saya sokong Didie untuk melucutkan Ychmatematik daripada Wikipedia. Walaupun dia tinggal di rumah pangsa kos rendah, dia masih berehat!Khairul hazim 13:13, 23 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Sudah lama tak aktif di wikipedia. Apa boleh buat terpaksa setuju saja. Boleh memohon semula selepas kembali aktif. — Master2841 17:20, 23 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Terlalu lama semenjak September 2006. Saya setuju apa yang dikatakan oleh Master2841. che 04:16, 24 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju setuju – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh NawawiCuma pengguna berdaftar yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak mengundi.-Didie 11:43, 1 April 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Seperti yang tertakluk dalam polisi Wikipedia, sememangnya dia berhak untuk dilucutkan jawatannya. Saya setuju. — Polar 05:49, 24 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Sudah lama dia tidak menyumbang. Saya setuju. Jufert 09:39, 24 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Saya setuju kerana beliau tidak berapa aktif. Hafizbar 03:26, 25 Mac 2007 (UTC)

Cuma pengguna berdaftar yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak mengundi.-Didie 11:43, 1 April 2007 (UTC)

  • Symbol support vote.svg Setuju Setuju, berikan tanggungjawab ini kepada individu yang lebih produktif dan berdaya maju. Ryan_darknight 16:53Mac 26 2007
  • Symbol support vote.svg Setuju Sebenarnya saya tidak hendak mengambil bahagian, tetapi apabila melihat keputusan yang hampir sama antara para penyokong dan para pembantah, saya berasa terpaksa menyertai supaya dapat mencuba memastikan kejayaan pihak penyokong, hehehe.
Sebenarnya, kes ini hitam putih dan bukannya kes pinggiran yang menimbulkan perbalahan. Yang perlu diadakan bukannya undi untuk perlucutan, tetapi peluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan perlucutan, berasaskan alasan yang kukuh dan munasabah.
Ychmatematik telah mengatakan bahawa dia tidak dapat menyertai Wikipedia lagi kerana tiada kemudahan internet selepas berpindah ke rumah baru. Pada pendapat saya, itu bukanlah alasan yang sebenar atau alasan yang munasabah (jika benar). Tak kan Wikipedia menetapkan bahawa penyertaan hanya boleh dibuat dari rumah? Sebenarnya dia pernah menimbulkan masalah lain yang bagi saya, adalah alasan sebenar mengapa dia kini tidak menyertai atau tidak "boleh" menyertai Wikipedia (cara penulisan peguam, hehehe. Sila rujuk kepada Yosri jika anda tidak tahu akan pertempuran "choose between me and Wikipedia, okay?" hehehe)
Kita harus bersifat objektif. Para penyokong telah membuat keputusan mengikut kriteria yang telah dipersetujui dan ditetapkan, manakala para pembantah mengikut budi hati yang subjektif, tanpa menghiraukan sebarang kriteria. Bolehkah pengundi mengundi tanpa menghiraukan kriteria perlucutan malahan mencabuli kriteria yang ditetapkan? Adakah perbuatan itu bertanggungjawab? Bagi saya, sebarang undi yang tidak menepati kriteria perlucutan yang dipersetujui bersama-sama dahulu adalah undi yang tidak bertanggungjawab dan oleh itu, batal dan tidak sah, hehehe. Kita harus mengasingkan perasaan peribadi daripada keperluan portal dalam menguatkuasakan hak mengundi kita.
Jika seseorang berasa kriteria-kriteria untuk perlucutan penyelia tidak sempurna, pohonlah untuk kriteria-kriteria itu dikaji semula. Pada pendapat saya, perlucutan jawatan seseorang sebagai penyelia tidak bermaksud bahawa Wikipedia tidak menghargai sumbangan mereka dahulu. Sebaliknya, ia menegaskan bahawa seseorang pemegang jawatan harus melakukan tanggungjawabnya demi kemajuan portal masyarakat ini. — PM Poon 21:03, 26 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Memandangkan Ychmatematik telah dihubungi dan memberi penjelasan, saya menukar undi saya kepada bersetuju. Penggunaan internet tidak semestinya di rumah saja, jika ada kemahuan pasti ada jalannya. Alasan tiada internet di rumah tidak boleh diterima. - Jay 04:40, 27 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju -Didie 08:05, 4 April 2007 (UTC)
  • Symbol support vote.svg Setuju Ychmatematik tidak dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sepenuh masa. 60.48.61.186 13:41, 6 April 2007 (UTC)Cuma pengguna berdaftar sahaja layak mengundi.che 16:11, 6 April 2007 (UTC)

Bantahan[sunting sumber]

  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju bantah bantah bantah!!!! Walaupun dia tak aktif, namun dia duta Wikipedia Melayu dlm Bahasa Cina! Dia amat penting! Kita harus hantar e-mail utk jemput dia balik aftif!!--Edmundkh 10:58, 24 Mac 2007 (UTC)Cuma pengguna berdaftar yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak mengundi.-Didie 11:43, 1 April 2007 (UTC)
  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju
    Satu masa dahulu Ychmatematik disanjung dan diberikan pengiktirafan tinggi sebagai duta. Tetapi kini dia dicela dan jawatannya hendak dilucutkan. Mungkinkah dia mempunyai musibah yang menghalangnya kembali aktif? Kita mempunyai bahasa dan budaya yang cukup cantik, jasa terdahulu dikenang. Janganlah pula kita mengamalkan prinsip Habis manis sepah dibuang. Sebaliknya marilah kita menghidupkan pegangan Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
    Saya hanya akan bersetuju pelucutan jawatan ini sekiranya Ychmatematik sendiri menyatakan hasrat untuk tidak kembali aktif sebagai penyelia. Jikalau keadaan bukan sedemikian, saya membantah usul ini.
    --abangmanuk 12:12, 24 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju ...Aurora... 14:30, 24 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju
    Mungkin dia mempunyai masalah. – Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh Azraai1511
  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju
    Tidak perlu terburu-buru melucut taraf penyelia sekiranya keadaan tidak memaksa. Ychmatematik sudah secara ikhlas mengumumkan yang kediamannya kini tidak mempunyai kemudahan internet. Ada kemungkinan situasi ini hanyalah sementara sahaja. Harap Ychmatematik dihubungi sebelum apa-apa keputusan dibuat.--Fern 12:32, 26 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol oppose vote.svg Tidak setuju saya Ychmatematik tidak di lucutkan jawatannya kerana beliau mungkin ada masalah besar 124.82.77.10 07:36, 1 April 2007 (UTC) Cuma pengguna berdaftar yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan layak mengundi. — Master2841 11:29, 1 April 2007 (UTC)

Berkecuali[sunting sumber]

  • Symbol neutral vote.svg Berkecuali saya undi untuk berkecuali,sebabnya saya baru di sini,dan tidak tahu tentang dia dan yang lainHanaeil2 12:06, 27 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol neutral vote.svg Berkecuali saya pun baru sini. Kawaputra 16:18, 27 Mac 2007 (UTC)
  • Symbol neutral vote.svg Berkecuali sama juga dengan saya, masih baru}} Kurniasan 08:50, 1 April 2007 (UTC)

Komen[sunting sumber]

Di sini ada satu pemberitahuan yang dituju khas kepada pengguna baru yang ingin mengundi, jika anda merupakan pengguna baru yang teleh mencapai status kelayakan iaitu membuat suntingan sekurang-kurangya 10 suntingan ke atas boleh mengundi di sini. Sila letakkan undian anda sama ada bersetuju atau tidak melainkan memang anda tidak tahu sama ada patut bersetuju atau tidak yang mempunyai pandangan berkecuali dengan perlucutan ini diadakan barulah undian itu diletakkan di tajuk berkcuali. Harap tidak keliru-Didie 08:14, 28 Mac 2007 (UTC)
Saya telah hantar email kepadanya. Harap dia dapat membalasnya dengan secepat yang mungkin. — Master2841 18:00, 24 Mac 2007 (UTC)
Berkenaan dengan duta, tidak bermakna seseorang itu perlu menjadi penyelia untuk menjadi duta seperti juga PM Poon dan yang lain. Walau apapun, perkara ini harus ditanya dahulu dengan pengguna tersebut (Walaupun mungkin mengambil masa kerana kita tidak mengetahui status sebenar pengguna ini). Terdapat beberapa perkara yang mungkin tidak dapat dielakkan oleh beliau. Harap segala pertimbangan dapat difikirkan sebaiknya. — Polar 16:03, 24 Mac 2007 (UTC)
Sebenarnya saya memohon perlucutan penyelia bukannya ingin mencela Ychmatematik dengan jasa baiknya suatu ketika dahulu tetapi kerana dia tidak dapat berkhidmat buat masa ini. Tapi, dia boleh memohon kembali menjadi penyelia selepas masalahnya selesai. Mengenai perlantikan duta, ia tiada mengena dengan perlucutan penyelia ini. Dia sememangnya diakui mempunyai kemahiran berbahasa lain. Jika dia ingin menjadi perantara ms.wiki ini lagi, tidak menjadi masalah walaupun dia tidak menjadi penyelia selagi tidak memberikan kenyataan untuk mengundurkan diri.— Didie 23:57, 24 Mac 2007 (UTC)

Hai, sebenarnya saya terlupa saya seorang duta. Dengan ini, saya ingin meletakkan jawatan tersebut. — PM Poon 19:52, 26 Mac 2007 (UTC)
assalamualaikum,
Saya juga seorang penyelia. saya telah dijemput menjadi penyelia, walaupun pada asalnya saya tidak ada minat jadi Penyelia. Tapi selepas dijemput Pengguna:Yosri pada 30 November 2006, saya terima jawatan penyelia. (With hindsight, that was a mistake) Saya memang tidak ada masa nak menyelia. Saya terlalu suka membuat rencana dan menyumbang sehinggakan saya mengabaikan tugas penyelia. Sehingga saya ditegur oleh Pengguna:Aurora dan Pengguna:Didie, dua orang peyelia yang aktif di ms:Wikipedia.
Secara jelasnya saya memang kurang menjalankan tugas penyeliaan, jadi sebelum ada usul untuk melucutkan jawatan penyelia, saya rasa baik saya letakkan jawatan selaku penyelia. Penyelia-penyelia lain memang berkaliber dan komited, jadi tidak adil bagi saya menjawat jawatan penyelia sedangkan sumbangan saya tidak seberapa.
Dengan itu saya pohon meletakkan jawatan sebagai Penyelia. Saya lebih senang menjadi penyumbang rencana sahaja dan menyumbang setakat mana kemampuan saya.--abangmanuk 00:45, 28 Mac 2007 (UTC)

Sebenarnya, nak mengekalkan jawatan penyelia dari segi teknikal senang sahaja. Setiap lima enam bulan, padamlah atau lindung atau sekat sekali saje dan statistik "A" dalam jadual statistik keaktifan penyelia akan lihat banyak cantik. Tetapi ini bukannya cara yang senonoh. Cara Abangmanuk lebih mulia.

Saya menyokong pendirian Abangmanuk. Minat penulisannya tersinar dalam rencananya. Sebenarnya, keadaan saya hampir serupa dengannya. Penolakan jawatan penyelia tidak bermaksud kami tidak bertanggungjawab, sebagaimana yang didakwa oleh sekurang-kurang seorang bekas pengguna di portal ini. Sebaliknya, ia hanya membayangkan minat yang tidak sama.

Sebuah portal masyarakat memerlukan berbagai-bagai minat dan kemahiran. Ada yang suka menulis rencana sains dan ada yang suka menulis rencana hiburan. Kepelbagaian ini mengayakan jenis-jenis rencana yang dihidangkan oleh portal ini. Yang kurang ketara adalah terdapat juga pengguna yang memang kurang minat akan kerja pentadbiran, iaitu serupa dengan kenyataan bahawa bukan semua orang suka menjadi ahli parlimen, walaupun terdapat hak-hak istimewa seperti boleh melanggar undang-undang lalu lintas tanpa diberikan saman oleh polis, hehehe. Maka biarlah orang yang suka menulis menulis, dan yang suka menyelia menyelia. Janganlah pegang ketat pada jawatan penyelia jika tidak mampu atau tidak berupaya menunaikan kewajipan jawatan itu. Dengan kata yang lain, janganlah lemahkan kecekapan badan pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu dengan "penyertaan" anda, hehehe. — PM Poon 11:09, 28 Mac 2007 (UTC)

Keputusan[sunting sumber]

  • Tarikh tutup pengundian pada 6 April 2007 (dua minggu).

Pengundian ditutup pada 6 April 2007. 9 orang daripada 16 pengundi (tidak termasuk undi yang ditolak) mengundi untuk melucutkan jawatan sysop Ychmatematik. 4 daripada 16 orang mengundi untuk tidak mempersetujui perlucutan jawatan sysop Ychmatematik. Manakala 3 daripada 16 orang mengundi untuk berkecuali.

  • Yes check.svg Setuju - 9 undi (56.25%)
  • X mark.svg Tidak Setuju - 4 undi (25%)
  • Symbol neutral vote.svg Berkecuali - 3 undi (18.75%)

Hasil pengundian adalah bersetuju untuk melucutkan jawatan sysop Ychmatematik. Perlucutannya telah dipohon di meta. — Master2841 07:43, 7 April 2007 (UTC)

Yes check.svg Perlucutan jawatan Ychmatematik telah disahkan di meta. — Master2841 17:02, 7 April 2007 (UTC)