Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan sysop Meursault2004 sysop 6 Oktober 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Meursault2004 (Perbualan · Sumbangan · Statistik)

Meursault2004[sunting sumber]

Saya ingin mengemukakan permohonan melucut jawatan terhadap Meursault2004. Ini adalah apa yang dikatakan oleh saya sendiri di laman Perbualan Pengguna:Meursault2004: Hai Meursault, sudah lama tidak bertemu di ms.wikipedia ini. Saya kurang fasih dalam Bahasa Indonesia ini. Minta maaflah ye! Saya lihat anda seakan-akan tidak berminat lagi dengan ms.wikipedia ini, sedangkan di id.wikipedia anda memang aktif. Kenapa? Jika memang anda tidak berminat lagi dengan wikipedia di sini juga sebagai penyelia atau pentadbir di sini, lebih baik jika anda melepaskan jawatan penyelia ini untuk mengelak daripada pengguna baru di sini beranggapan lain dan salah faham pulak. Walaupun kali terakhir anda menyunting pada 19 Julai 2006. Itupun untuk meletakkan pautan interwiki saje manakala suntingan rencana pula pada 22 April 2006. Sudah 6 bulan anda tidak menyunting dan mengikut syarat pelucutan jawatan yang mana penyelia tidak menyunting juga tidak menggunakan kuasa penyelia melebihi 6 bulan bakal dipecat. Saya akan berani meletakkan permohonan pelucutan penyelia di laman Wikipedia:Penyelia. Jika ada sebarang penjelasan sila kemukan! - Didie 07:10, 6 Oktober 2006 (UTC). Saya sudah pun menanyakan kepada tuan punya badan dan tunggu dan lihat. Sekian terima kasih. - Didie 07:16, 6 Oktober 2006 (UTC)

Sokongan[sunting sumber]

Tiada buat masa kini

Bantahan[sunting sumber]

Terima kasih banyak atas pesannya. Saya juga meminta maaf bahwa bahasa Melayu dialek Malaysia saya kurang fasih karena lebih sering menggunakan bahasa Melayu gaya Indonesia. Memang benarm saya lama kurang aktif di Wikipedia ms: karena memang saya sekarang sangat sibuk dengan pekerjaan sehingga harus memilih lebih aktif di mana. Saya ingin lebih aktif lagi di ms:, namun apa daya hal ini belum mungkin sekarang.

Sebenarnya berdasarkan polisi manakah saya ingin dicabut hak kepenyeliaan saya? Dahulu saya diberi hak ini oleh pengguna:Yosri karena rasa persahabatan untuk mempererat hubungan antara wiki id: dan ms:. Begitu pula saya memberikan status penyelia (di id: pengurus) kepada Yosri untuk menyatakan rasa penghargaan saya terhadap jasa-jasanya ikut mengembangkan wiki id: semasa masih kecil dan belum besar seperti sekarang. Nah sekarang pun di id: (lihat halaman ini) ada yang ingin mencopot statusnya. Saya sendiri lebih senang jika Yosri masih berada di tengah-tengah kami karena dengan ini wiki id: tidaklah terlalu sempit wawasannya. Begitu pula saya harapkan hal yang sama dari wiki ms:

Terima kasih dan salam wikipedia! Meursault2004 18:57, 9 Oktober 2006 (UTC)


"Persahabatan untuk mempererat hubungan antara wiki id: dan ms:" kini lebih sesuai dikendalikan oleh Wikipedia:Kedutaan yang Hayabusa merupakan salah seorang duta. Mungkin Meursault2004 lebih sesuai untuk menjadi Duta untuk memupuk persahabatan antara Wikipedia bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia. Ataupun kita mencipta satu kategori baru, iaitu Penyelia Kehormat, yang tidak diambil kira dalam peruntukan untuk penyelia, dan tidak diperlukan membuat tugas, hehehe. — PM Poon 19:21, 9 Oktober 2006 (UTC)
Perkara ini memang ada dinyatakan di sini. Walau bagaimanapun, buat masa ini, pandangan saya sehaluan dengan pendapat peribadi Tanpa Nama di bawah. Tapi kita semua mengharap Meursault2004 akan lebih aktif di sini selepas ini. ...Aurora... 10:20, 10 Oktober 2006 (UTC)
Secara peribadi, saya merasakan jawatan penyelia tidak perlu dilucutkan, kerana terdapat kriteria ketat yang diletakkan sebelum seseorang dilantik menjadi Penyelia. Selagi dia tidak melakukan contengan, tidak menjadi masaalah untuk mengekalkannya sehingga jumlah Penyelia menjadi terlalu banyak. Sekiranya jumlah Penyelia menjadi terlalu banyak, barulah kita melaksanakan kempen pembersihan. Yosri 09:29, 22 Oktober 2006 (UTC)

Pendapat peribadi[sunting sumber]

12 tempat telah diperuntukkan untuk badan penyelia. Walaupun portal ini kini mempunyai 5,903 pengguna berdaftar, yang aktif mungkin tak sampai 10 orang (tidak termasuk penyelia). Oleh itu, keadaan 12 penyelia berbanding lebih kurang 10 pengguna aktif kelihatan tidak seimbang. Bagaimanapun, semua penyelia bukannya petugas penuh masa dan kekadang tidak dapat menyertai portal ini. Selain itu, kebanyakan masa penyelia dipergunakan bukan untuk mengolahkan pengguna berdaftar tetapi sebaliknya, untuk mengolahkan para pelaku musnah yang kelihatan jauh lebih aktif berbanding pengguna berdaftar. Oleh itu, peruntukan bilangan 12 orang kelihatan adalah wajar.

Dari segi logik, perbuatan Didie adalah wajar dan menepati syarat-syarat yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Menurut rekod-rekod Meursault2004 yang tidak dapat dipertikaikan, beliau memang tidak menunaikan kewajipannya sebagai penyelia selama melebihi lapan bulan. Ini jelas melanggar syarat-syarat penyelia. Kalau di Wikipedia bahasa Inggeris, beliau dah lama dipecat berdasarkan prestasinya atau lebih tepat lagi, nyahprestasinya.

Bagaimanapun, ahem... bagaimanapun, kita adalah orang Timur, dan orang-orang Timur cenderung tidak begitu rasional. Kekadang, kita bertindak lebih mengikut perasaan berbanding logik. Oleh sebab tidak ada sebarang kecemasan pada waktu ini untuk mengambil tindakan terhadap Meursault2004 kerana tidak adanya permohonan baru yang memerlukan tempatnya, saya berasa bahawa pemecatannya secara rasmi ditangguhkan buat sementara. Dengan kata yang lain, pemecatannya dari segi prinsip diterima (discharge accepted in principle).

PENAFIAN: Yang tertulis di atas ini cuma merupakan pendapat saya sahaja. Jika sesiapa tak bersetuju dengan pendapat saya ini, biarkan perutusan ini sahaja dan jika perlu, anggap perutusan ini sebagai anjing menyalak. Tetapi, ahem... tetapi jangan sekali-kali berasa murka terhadap saya, ya? Saya cuma menuntut hak asasi manusia saya untuk mengutarakan pendapat peribadi yang jujur dan yang tidak bertujuan untuk membodek sesiapa. Kemungkinan pendapat saya ini salah, kemungkinan betul tetapi yang penting, pendapat ini adalah merupakan apa yang benar-benar saya fikir sekarang. Mana tahu, besuk saya sendiri yang mendapati pendapat saya ini salah pulak! Oleh itu, sekali lagi saya menegaskan: Jangan sekali-kali berasa murka, ya?