Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penyelia antara muka

Laman dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyelia antara muka merupakan sekumpulan pengguna yang boleh menyunting semua laman Lembaran Gaya Lata (CSS), JavaScript (JS), dan Tatatanda Objek Javascript (JSON) pada ruang nama MediaWiki dan Pengguna.[1] Mereka merupakan satu-satunya kumpulan pengguna tempatan dengan keupayaan untuk menyunting kesemua laman CSS/JS.[2] Laman-laman tersebut dilaksanakan oleh pelayar penyunting wiki dan pembaca wiki dalam bentuk kod, yang boleh digunakan untuk mengubah cara kandungan digayakan, mengubah tingkah laku laman, atau bahkan mencipta alatan yang kompleks (Inggeris) untuk membantu penyuntingan.

Kini terdapat 3 penyelia antara muka. Sekiranya anda memerlukan bantuan yang bersifat agak teknikal daripada penyelia antara muka, anda boleh membuat permohonan di Papan kenyataan penyelia antara muka (Inggeris) di Wikipedia Bahasa Inggeris kerana di situ terdapat komuniti pengaturcaraan yang lebih aktif lagi arif, manakala penyelia antara muka Wikipedia Bahasa Melayu mungkin hanya terlibat dalam sunting kopi atau penyetempatan kod pada tahap yang ringan sahaja. Sekiranya anda ingin mencadangkan penambahan gajet baharu misalnya, anda juga boleh pergi ke Wikipedia:Kedai Kopi (teknikal) atau hubungi mana-mana penyelia antara muka di Wikipedia Bahasa Melayu secara peribadi, tetapi seeloknya anda juga telah sediakan versi yang telah disetempatkan dalam bahasa Melayu.

Latar belakang

Keupayaan untuk menyunting JS/CSS yang dilaksanakan dalam pelayar pengguna lain adalah sangat berkuasa dan sangat berbahaya di tangan pengguna yang berniat jahat; penyelia antara muka seharusnya merupakan pengguna yang sangat dipercayai, mempunyai sekurang-kurangnya pemahaman asas tentang JS dan CSS, menyedari jangkaan privasi wiki Wikimedia, dan mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang bagaimana untuk melindungi akaun mereka (memilih kata laluan yang kuat lagi unik serta mengelakkan jangkitan perisian hasad/malware).

Pejabat WMF memerlukan kesemua penyelia antara muka menggunakan pengesahihan dwifaktor pada akaun mereka.[3][4] Penyelia antara muka yang tidak mendayakan pengesahihan dwifaktor, ataupun mana-mana pengguna yang mematikan atau membuang pengesahihan tersebut daripada tetapan keselamatan akaun mereka, tidak akan dapat menggunakan hak kebenaran penyelia antara muka sehingga pengesahihan tersebut didaya semula serta dikonfigurasikan.[5]

Terdapat juga satu kumpulan yang seakan iaitu kumpulan penyunting antara muka sejagat, yang boleh menggunakan keaksesan mereka tertakluk kepada dasar hak sejagat.

Proses permohonan hak

Keizinan untuk hak penyelia antara muka hanya boleh diberikan kepada pengguna yang sudahpun seorang penyelia.[6][7]

  • Tempat permohonan: Laman perbincangan birokrat
  • Proses permohonan:
  1. Mana-mana penyelia yang memerlukan akses hak penyelia antara muka perlu membuat permohonan dengan sebab munasabah terus ke salah seorang daripada birokrat yang ada.
  2. Permohonan tersebut perlu dibiarkan selama 48 jam pada kali pertama permohonan. Permohonan pengembalian semula hak tidak akan mempunyai tempoh menunggu (kecuali kalau tindakan pemohon itu meragukan).
  3. Tiada notis di papan notis lain diperlukan.
  4. Birokrat boleh menanyakan sebab penyelia memohon akses mengikut budi bicara mereka. Semua penyelia boleh membuat perbincangan berkenaan pemohon, tetapi keputusan muktamad terletak pada birokrat yang menyemak.
  5. Birokrat tidak boleh memberikan akses kepada diri mereka sendiri.[6]
  • Tempoh hak: Secara lalai kekal, boleh jadi sementara waktu sahaja jika dimohon oleh penyelia tersebut.[8]

Pelucutan hak

Keizinan hak penyelia antara muka kepada sesebuah akaun perlu dilucutkan oleh birokrat dalam beberapa keadaan tersebut:[8]

  1. Penyelia antara muka yang tidak membuat sebarang suntingan atau tindakan lain yang direkodkan selama sekurang-kurangnya 2 bulan, atau yang tidak membuat sebarang suntingan menggunakan kebenaran selama sekurang-kurangnya 12 bulan, perlu dilucutkan hak tersebut.
  2. Permintaan secara sukarela oleh penyelia antara muka itu sendiri terus melalui mana-mana birokrat yang ada.
  3. Selepas sepersetujuan telah dicapai yang menegaskan bahawa keizinan hak tersebut telah disalahgunakan (contoh melalui Wikipedia:Penyelia/Papan kenyataan).
  4. Setelah hak penyelia biasa dialih keluar daripada akaun, atas apa jua sebab.

Nota

  1. Laman rentas tapak, seperti MediaWiki:Common.js atau MediaWiki:Vector.css, mahupun laman gajet yang tersenarai di Khas:Gajet, dan sublaman JS, CSS, dan JSON yang terpaut bawah akaun pengguna lain.
  2. Sebarang penyelia boleh menyunting laman biasa pada ruang nama MediaWiki dan semua laman JSON, manakala semua pengguna berdaftar boleh menyunting laman JS/CSS/JSON peribadi mereka sendiri seperti yang dihuraikan pada Wikipedia:Skrip pengguna (Inggeris).
  3. Syarat 2FA WMF seperti yang diterbitkan pada Meta-Wiki.
  4. Penyelia antara muka: "Atas sebab-sebab perundangan dan keselamatan, Yayasan Wikimedia telah memutuskan bahawa pengesahihan dwifaktor diperlukan untuk peranan ini pada semua projek".
  5. phab:T150898
  6. 1 2 Dihadkan kepada penyelia sahaja mengikut Permohonan untuk komen (RfC) di Wikipedia Bahasa Inggeris pada September 2018
  7. Terhad kepada penyelia sahaja sejak RfC di Wikipedia Bahasa Inggeris pada October 2018
  8. 1 2 Proses ini telah diluluskan pada RfC ini.