Wikipedia:Permohonan memadam laman/Kontroversi Ahmad Ismail racist

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Rencana Kontroversi Ahmad Ismail racist dipohon untuk dipadamkan kerana tidak sesuai sebagai sebuah rencana ensiklopedia dan boleh dimasukkan di dalam rencana Barisan Nasional atau Kaum-kaum di Malaysia. Adalah juga dicadangkan sebahagian rencana ini dimasukkan ke dalam sebuah rencana baru bertajuk Hubungan antara kaum di Malaysia. --Tikar aurum (bincang) 13:17, 10 September 2008 (UTC)

Untuk memberi komen dan hujah, sila nyatakan di laman perbincangannya.

Pendapat[sunting sumber]

Hapuskan rencana[sunting sumber]

  1. Symbol delete vote.svg Hapus Saya tak pasti, mengapa kita perlu "memberi penghormatan" kepada orang-orang sebegini dengan membuka sebuah rencana untuknya di Wikipedia? Seluruh episod berhubung kontroversi ini sepatutnya diletakkan di dalam rencana Barisan Nasional atau Kaum-kaum di Malaysia. Penamaan tajuk pun sudah salah. Racist ialah perkataan Inggeris bukan Melayu. Saya rasa rencana ini perlu dipadam! ---Tikar aurum (bincang) 13:03, 10 September 2008 (UTC)
  2. Symbol delete vote.svg Hapus Politics aside, saya setuju. Rencana ini tidak sesuai langsung dengan piawai WIki BM. - Pp.Mm.Cc. 13:11, 10 September 2008 (UTC)
  3. Symbol delete vote.svg HapusSymbol redirect vote.svg — Tetapi alihkan isi pada laman Ahmad Ismail. Yosri (bincang) 00:39, 11 September 2008 (UTC)
  4. Symbol delete vote.svg Hapus' Ini bukan perkauman tapi kebenaran. PuteraLuqman Tunku Andre 15:51, 12 September 2008 (UTC)
  5. Symbol delete vote.svg Hapus. Ini tak patut letak dalam buku teks budak tadika sekalipun. ( ade keh? ). ...Muhraz... (bincang) 07:03, 13 September 2008 (UTC)
  6. Symbol delete vote.svg HapusSymbol redirect vote.svg Patut dipadam. Boleh diletakkan di dalam rencana berkaitan Ahmad Ismail. Kurosagi7 (bincang) 08:35, 13 September 2008 (UTC)
  7. Symbol delete vote.svg HapusMohamad Najib (bincang) 21:55, 14 September 2008 (UTC)
  8. Symbol delete vote.svg Hapus → Hapus tapi masukkan dalam entri Ahmad Ismail. Kamalzack (bincang) 03:24, 8 Oktober 2008 (UTC)

Kekalkan rencana[sunting sumber]

  1. Symbol keep vote.svg Simpan Satu isu yang hangat, mendapat liputan media yang meluas, ada unsur sejarah... boleh didokumentasikan di Wikipedia.—Aviator, 01:15, 11 September 2008 (UTC)
  2. Symbol keep vote.svg Simpan Satu isu yang hangat, memainkan isu perkauman dan perasaan masyarakat Cina, merosakkan perpaduan negara. Kali ini MCA dan Gerakan sudah menjadi berani untuk menentang Ahmad Ismail. Rencana ini wajib disimpan. --אדמוןד ואודס自分の投稿記録 03:07, 11 September 2008 (UTC)
  3. Symbol keep vote.svg Simpan Tukar tajuk je... izzudin 12:45, 12 September 2008 (UTC)
  4. Symbol keep vote.svg Simpan Sudah menjadi perbualan sesama sendiri mengenainya di Pulau Pinang dan sentimen perkauman semakin dirasai meskipun Ahmad Ismail menyatakan sememangnya benar orang Cina sebenarnya sekadar menumpang di Malaysia. Jangan ingat lepas Ahmad kena gantung keahlian 3 tahun maka selesai. Hahaaha. Rasanya lebih parahlah isu ini. Sewaktu senang orang Cina perasan mereka yang punya, sewaktu susah cabut lari pergi ke Tanah Besar China, Taiwan, atau Hong Kong. Kaum Melayu bagaimana? Ingin lari ke mana jika berlaku kesusahan? Ambil iktibar daripadanya ye. Orang Cina mati beribu-ribu di Malaysia pada era sebelum merdeka kerana mereka memang bermusuhan dengan Jepun di Tanah Besar China lalu lari ke Malaysia(Tanah Melayu) tetapi tentera Jepun bertembung dengan orang Cina maka sebab itulah dendam yang membara dilarakan di Malaysia ke atas orang Cina. Satu lagi, orang Cina merupakan tali barut orang British. Nenek moyang orang Cina dulu mati kerana British bukan kerana ingin mempertahankan Tanah Melayu. Jika kisah ini tidak direncanakan di Wikipedia, dikhuatiri generasi akan datang tidak tahu-menahu kisah ini. Sebenarnya generasi muda sekarang ingin tahu akan kisah sebenar Peristiwa 13 Mei, Peristiwa Kampung Rawa dan lain-lain namun ia disembunyikan dari mata kasar oleh pihak media yang dikawal kerajaan BN. Maka sebab itulah semangat patriotisme terhadap anak muda sekarang bagaikan tiada langsung sebab dok ingat semua baik, okay, dan takdak apa yang berlaku. Maaf jika saya menyinggung hati, perasaan, dan fikiran mana-mana pihak. Apapun, kebenaran mestilah ditegakkan! — Didie (bincang) 02:31, 13 September 2008 (UTC)
    Komen selanjutnya dialihkan ke laman perbincangan.
  5. Symbol keep vote.svg Simpan Berdasarkan perkembangan terkini dan pembacaan semula saya, saya percaya rencaya ini mesti dikekalkan. Walaupun demikian, saya mencadangkan agar tajuk diubah kepada Kenyataan kontroversi Ahmad Ismail dan bukannya "Kontoversi Ahmad Ismail racist". Saya juga mencadangkan agar artikel ini adalah sebuah artikel utama dan bukannya sebahagian dari artikel berkenaan Ahmad Ismail. Saya bersetuju dengan Didie, kebenaran tidak boleh disembunyikan. Terima kasih Zamwan (bincang) 10:42, 13 September 2008 (UTC)
    Nampaknya Didie dan Zamwan mempunyai pendapat yang bertentangan dengan saya walaupun kami bertiga membantah penghapusan rencana ini...
  6. Symbol keep vote.svg Simpan Setelah berfikir lama, saya merasakan rencana ini patut dikekalkan. Demikian kerana sifat perkauman tidak patut diterima oleh semua bangsa di dunia ini. Walaupun kaum lain lebih rasis dari kita (bangsa Melayu), sekurang-kurangnya kita tak patut mengikut tabiat buruk perkauman dari bangsa lain. Budi pekerti kita perlu halus, adil dan saksama. Tapi kalau boleh, jika ada isu individu dari bangsa lain yang rasis, perlu juga didokumentasikan di sini. — Imran Al-Sahih (bincang) 10:25, 14 September 2008 (UTC)
  7. Symbol keep vote.svg Simpan Berkait dengan penahanan ISA 2008, Zaid Ibrahim. ...Aurora... (bincang) 15:40, 18 September 2008 (UTC)
    Symbol keep vote.svg Simpan because this is a national issue, sebab ini isu yg sangat besar. 118.100.23.166 03:12, 19 September 2008 (UTC) Sila log masuk. ...Aurora... (bincang) 03:24, 19 September 2008 (UTC)
  8. Symbol keep vote.svg Simpan Saya bersetuju dengan kesemua hujah yang dikemukakan oleh ahli-ahli lain yang bersetuju, cuma nama rencana itu perlu ditukar kepada "Kontroversi perkauman Ahmad Ismail". - Hezery99 (bincang) 02:20, 8 Oktober 2008 (UTC)
  9. Symbol keep vote.svg Simpan Sokong karena ini merupakan suatu isu yang berkait dengan perpaduan ras di Malaysia. Salam. Pancaragam (bincang) 16:12, 8 Oktober 2008 (UTC)

Nota[sunting sumber]

  • Pengundian ini akan ditutup pada 24 September 2008 (dua minggu).
  • Memandangkan keputusannya ialah seri, maka pengundian dilanjutkan sehingga 10 Oktober 2008 (dua minggu 2 hari).
  • Jika anda ingin membincangkan/memperdebatkan/memberikan komen mengenai isu "Kontroversi Ahmad Ismail racist", bincangkan isu berkenaan di laman perbincangan.

Keputusan[sunting sumber]

Secara keseluruhannya, terdapat 17 pengundi yang mengundinya. 8 pengundi menyarankan agar rencana Kontroversi Ahmad Ismail racist dihapuskan manakala 9 pengundi bertindak untuk menyokong pengekalan rencana Kontroversi Ahmad Ismail racist. Memandangkan undian menyokong tidak dapat mengatasi undian membantah. Maka, rencana berkenaan akan terus dikekalkan. Keputusan adalah muktamad. Sekian. — Didie (bincang) 14:50, 8 Oktober 2008 (UTC)


Belum 10 Oktober lagi, sudah ada keputusan? Kamalzack (bincang) 02:12, 9 Oktober 2008 (UTC)

Tarikh tutup merupakan jangkaan masa. Akan tetapi, jika sudah menemui keputusannya sebelumnya maka seeloknya disegerakan ia ditutup. — Didie (bincang) 02:47, 9 Oktober 2008 (UTC)

Apa ni? Dah tulis 10 Oktober, 10 Oktober je lah. Mana tau kalau orang bercadang untuk undi tapi takde masa, so dia nak undi last minute, tapi dah tutup sebelum tarikh sebenar. Maka tak sempat nak undi. Mana boleh! niduzzi 09:18, 9 Oktober 2008 (UTC)