Pergi ke kandungan

Wikipedia:Penyelia/Permohonan

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Arkib
Pentadbiran
Papan kenyataan
Polisi
Tanggungjawab
Birokrat
Pemeriksa
Permohonan
Pengundian
Senarai penyelia
Log hak pengguna

Setiap pengguna aktif Wikipedia yang mengetahui tentang peraturan serta polisi Wikipedia, serta memiliki keinginan untuk memajukan Wikipedia layak untuk memohon menjadi seorang penyelia.

Syarat menjadi penyelia

Syarat-syarat yang harus dipenuhi seorang pengguna sebelum mencalonkan diri atau dicalonkan sebagai calon:

  1. Calon haruslah seorang yang mengetahui selok belok Wikipedia seperti kata kunci yang terdapat di Wikipedia, templat, kategori, dan sebagainya.
  2. Alamat e-mel (surat elektronik) harus diaktifkan dan tepat serta telah dipersetujui. Selain itu, calon penyelia haruslah memperbolehkan pengguna lain mengirimkan e-mel dengan mengaktifkan fungsi tersebut di tatarajah pengguna.
  3. Telah menyunting di Wikipedia minimum selama 3 bulan.
  4. Jumlah suntingan minimum mencapai 500. Kepelbagaian serta kualiti suntingan juga merupakan faktor.
  5. Aktif dalam laman perbincangan/kedai kopi/permohonan pendapat/pengundian dsb.
  6. Turut serta melakukan tugas-tugas seorang penyelia. Misalnya, memperbaiki rencana, kategori, templat, meletakkan templat 'hapus' pada rencana yang layak dsb.
  7. Dipersetujui minimum 70% pengundi. (Pengundi haruslah pengguna berdaftar yang mempunyai 15 suntingan dan minimum telah berdaftar selama 1 minggu sebelum pengundian bermula serta bukan merupakan pengguna boneka).
  8. Apabila calon dicalonkan oleh pengguna lain, pengusul harus merupakan pengguna berdaftar dan calon harus menyatakan sudah bersedia dicalonkan terlebih dahulu sebelum dicalonkan.

Buat permohonan baru

  • Taipkan nama calon penyelia di bahagian "Permohonan" di bawah ini. Jangan lupa untuk menandatangani permohonan anda.
  • Penyelia kemudian akan memindahkannya ke laman pengundian.
  • Pengundian dijalankan.
  • Sekiranya berjaya (sokongan melebihi 70% jumlah undian), calon tersebut akan dilantik oleh salah seorang birokrat.

Catatan; Pengguna yang kelihatan sememangnya tidak layak menjadi penyelia dan tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidak akan dipindahkan ke laman pengundian dan permohonan akan ditolak.

Waktu terkini ialah 14:13:14, 27 Mei 2026 (UTC)

Hapuskan ingatan para pelayan jika permohonan tidak dikemaskini.

Permohonan menjadi

Penyelia

Saya, Akifamzar, ingin mencalonkan diri saya sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Saya telah menyertai komuniti ini sejak Jun 2025 dan aktif menyumbang dalam bidang hiburan, muzik, dan biografi tokoh. Saya berhasrat untuk membantu memantau rencana daripada vandalisme dan memastikan kualiti rencana seni sentiasa terjaga. Saya juga telah memahami polisi-polisi Wikipedia dan bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. -- Akifamzar (bincang) 11:42, 24 April 2026 (UTC)[balas]

Maaf, suntingan anda sekarang tidak mencapai suntingan minimum. Lagi pula anda telah disekat secara sejagat. Permohonan anda terbatal. Wiki Farazi (bincang) 10:22, 17 Mei 2026 (UTC)[balas]

Berdasarkan perbincangan pada bahagian "Penyelia antara muka" atas nasihat @Wiki Farazi, untuk melayakkan saya menjadi penyelia antara muka, saya perlu juga mengemukakan permohonan untuk jadi penyelia biasa. Semoga permohonan saya untuk menjadi penyelia dan penyelia antara muka dapat dipertimbangkan. محمد حكيمي (bincang) 03:55, 20 Mei 2026 (UTC)[balas]

Hei. Laman undian telah dibuka. Sila cakna dengan soalan-soalan yang mungkin diajukan. Salam hormat, dan selamat berjaya. Wiki Farazi (bincang) 13:29, 22 Mei 2026 (UTC)[balas]
Baiklah, terima kasih @Wiki Farazi محمد حكيمي (bincang) 13:50, 22 Mei 2026 (UTC)[balas]
Sama-sama! Wiki Farazi (bincang) 13:50, 22 Mei 2026 (UTC)[balas]

Penyelia antara muka

Kini terdapat begitu banyak gajet yang sudah usang di Wikipedia Bahasa Melayu, seperti yang saya utarakan di Wikipedia:Penyelia/Papan_kenyataan#Minta_tolong_untuk_menyelenggara_laman-laman_gajet pada 16 hari lalu. Disebabkan sudah dua minggu berlalu sejak saya mengajukan hal ini di Papan kenyataan Penyelia, dengan tidak ada maklum balas daripada penyelia antara muka sedia ada, maka saya berpendapat sudah tiba masa untuk saya mencalonkan diri saya disebabkan saya sudah ada masa lapang untuk mengemas kini gajet yang penting, contohnya seperti yang diminta di Siaran Berita Teknologi Meta Wiki Isu ke-15 tahun 2026. Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun menjadi seorang penyelia antara muka di Wikisumber bahasa Melayu selama 1 tahun 11 bulan (rujuk laman ini), dan saya juga telah membantu @PeaceSeekers berkenaan selok belok pengemaskinian kod modul dan gajet di Wikikamus Bahasa Melayu. Saya berharap permohonan saya dapat dipertimbangkan supaya dapat meringankan beban para penyelia antara muka di Wikipedia Bahasa Melayu. محمد حكيمي (bincang) 02:12, 24 Mac 2026 (UTC)[balas]

Saya sokong selagi syarat-syarat dipenuhi. Terima kasih Wiki Farazi (bincang) 10:21, 17 Mei 2026 (UTC)[balas]
Tetapi merujuk dasar untuk menjadi penyelia antara muka pada laman Wikipedia bahasa Inggeris, syarat yang melayakkan anda menjadi penyelia antara muka mestilah menjadi seorang penyelia terlebih dahulu. Saya yakin yang kamu boleh galas tangunggjawab ini juga dengan baik. Mungkin boleh tunggu pendapat orang lain mengenai hal ini dan jika tiada halangan laman pengundian bagi permohonan jawatan anda boleh dibuka. Wiki Farazi (bincang) 10:38, 17 Mei 2026 (UTC)[balas]
Jika salah satu syarat penyelia antara muka adalah menjadi penyelia terlebih dahulu, maka saya bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini. Cumanya fokus utama saya mungkin lebih kepada aspek teknikal terutamanya berkaitan gajet yang usang. محمد حكيمي (bincang) 11:28, 17 Mei 2026 (UTC)[balas]
Boleh kemukakan permohonan menjadi penyelia biasa di ruang di atas. TofeikuBincang 01:09, 20 Mei 2026 (UTC)[balas]
Sudah, boleh rujuk bahagian Wikipedia:Penyelia/Permohonan#Penyelia محمد حكيمي (bincang) 04:36, 22 Mei 2026 (UTC)[balas]

Birokrat

Penganjur Acara

Sebarang permintaan sebagai Penganjur Acara hendaklah ditujukan ke laman permohonan khas ini.

Pemeriksa

Wikipedia bahasa Melayu belum memiliki Pemeriksa sendiri. Oleh itu, sebarang permintaan Pemeriksa hendaklah ditujukan ke Meta-Wiki.

Permohonan perlucutan

Penyelia

Birokrat

Permohonan yang ditolak

Penyelia

Lihat juga