Wikipedia:Permohonan pendapat/Istilah "regional scenes"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Saya telah mengedit templat:Genrebox. Dalam menyunting, saya menghadapi masalah menterjemah perkataan "regional scenes". Saya tidak tahu macam mana mahu terjemahkannya. Saya menterjemahkannya menjadi "Kancah wilayah" yang mana kancah merujuk kepada scene. Saya sudah mencari di dalam kamus inggeris melayu dewan, istilah yang paling dekat dengan maksud scene dalam konteks ini adalah "dunia". Tapi saya rasa ia tidak sesuai. "Dunia wilayah" nampak janggal. Jadi saya pilih kancah (sila lihat dalam kamus dewan maksud kancah) untuk terjemahan scene. Apa pendapat saudara? ~kurnia~ 19:08, 7 Februari 2008 (UTC)

Scene dalam konteks ini bukan merujuk kepada "babak" atau "adegan" tetapi lebih kepada "medan" atau "kancah". -Yk Yk Yk 15:12, 11 Februari 2008 (UTC)

Memang babak dan adegan itu betullah, tak fahamlah saya, orang kata istilah ni betul, dia kata salah, orang kata itu salah, dia kata betul, sudahlah! Kebanyakan orang Melayu memang begitu. — Imran Al-Sahih 12:41, 12 Februari 2008 (UTC)
Pergilah buat penyelidikan tentang istilah ini dahulu sebelum membuat undian. Jangan pula membuat terjemahan tanpa mengetahui penggunaan istilah. (Setelah mencari-cari, saya mendapati regional scene berasal dari kotak info muzik) Regional scene digunakan dalam dunia muzik untuk merujuk kepada "medan" peminat seseorang atau sekumpulan artis di sesuatu region (serantau). Fikirkanlah, adakah perkataan "adegan" atau "babak" sesuai? -Yk Yk Yk 12:46, 12 Februari 2008 (UTC)

P/S:Babak juga bermaksud scene. — Imran Al-Sahih 17:08, 10 Februari 2008 (UTC)

Yalah, tapi dalam konteks ini ia tak bermaksud scene langsung. -Yk Yk Yk 15:03, 14 Februari 2008 (UTC)

Erm.. Mr Yk yk yk, saya ckp kat anda balik, kancah dan medan lebih digunakan dlm peperangan, ok. — Imran Al-Sahih 05:55, 16 Februari 2008 (UTC)

Err.. jangan main undi je tak tahu hujung pangkal, benda ni lebih elok dibincangkan, kalau tiada sepersetujuan baru diundi. ...Aurora... 15:51, 12 Februari 2008 (UTC)

Betul jugak, buat masa ini undian tak dapat dilakukan. Cuma berikan pendapat saje ye, undian akan dilakukan nanti. Bincang dahulu. OK! — Didie (bincang) 06:00, 16 Februari 2008 (UTC)

Ok, saya faham kenapa anda tak setuju dengan saya.. :) Sebenarnya, scene dalam bahasa Inggeris juga boleh difahamkan sebagai "medan" (seperti contoh anda — "medan perang"). Oleh itu, dalam konteks ini medan atau kancah lebih sesuai berbanding dengan babak. Ya, itu penjelasan saya. Harap anda faham... -Yk Yk Yk 06:33, 17 Februari 2008 (UTC)
Saya minta maaf sangat2 atas pertengkaran ini, Mr yk yk yk. Sebenarnya saya nak katakan apa yang saya rasa benar. Kalau anda berasakan begitu, ok. Kun fayakun. — Imran Al-Sahih 12:30, 17 Februari 2008 (UTC)

Bagi saya, adegan dan babak tidak sesuai dalam konteks ini. Scene dalam konteks ini lebih kepada fenomena subbudaya. Scene selalunya diterjemahkan sebagai "dunia". Contohnya "music scene" diterjemahkan sebagai "dunia muzik" bukan "adegan muzik" atau "babak muzik". Babak atau adegan tidak sesuai kerana ia lebih kepada filem atau drama mahupun teater (boleh rujuk kamus dewan). Tetapi perkataan dunia tidak sesuai digunanakan disini, kerana "dunia wilayah" atau "dunia serantau" dsb adalah berbunyi pelik. Kancah adalah perkataan terdekat maksudnya dengan "dunia" yang saya dapat jumpa. ~kurnia~ 18:53, 17 Februari 2008 (UTC)

Saya pun rasa maksud terdekat scene (dalam konteks ini) dlm BM ialah "kancah". Tapi regional scene? Mungkin boleh guna "kancah tempatan"? Kawaputra 06:24, 20 Februari 2008 (UTC)

Bagaimana pula dengan "arena tempatan"? Istilah ini agak banyak digunakan. ...Aurora... 14:26, 21 Februari 2008 (UTC)
Perkataan "arena" juga merupakan salah satu perbendaharaan kata daripada perkataan Inggeris. Kalau mahu menggunakan perkataan arena, lebih baik kalau kita ambil saja terus perkataan scene sebagai perbendaharaan kata. ~kurnia~ 07:43, 23 Februari 2008 (UTC)
Kita bukan mencipta perkataan. Kita gunakan istilah sedia ada (sekiranya ada). Tiada kena mengena dengan asal usul. ...Aurora... 15:35, 5 Mac 2008 (UTC)

Nampaknya isu ini tidak menarik perhatian banyak pengguna? Adakah isu ini tidak hangat dan tidak diperdebatkan sehabis mungkin. Hangat ke tak hangat ke, saya rasa lebih baik fikirkan penyelesaian mengenai istilah "regional scenes" ye. — Didie (bincang) 12:41, 20 Mac 2008 (UTC)

Template Genrebox ni untuk apa? Alat muzik? Tahukah kamu semua DBP bahagian istilah ada bagi servis percuma untuk tanya istilah. Kalau saya akan email atau telefon DBP. Tetapi kerana saya tak arif tentang bab ni jadi tak boleh nak tolong sangat. Nak tau guna untuk apa Genrebox ni.. Kamalzack 17:42, 1 April 2008 (UTC)

Templat Genrebox adalah templat untuk kotak/petak berisi maklumat sesebuah genre muzik. Anda boleh lihat penggunaannya di rencana Rock sebagai contoh. — kurnia[binc|sumb] 13:25, 2 April 2008 (UTC)

Adegan wilayah[sunting sumber]

Saya rasa kita gunakan 'adegan-adegan wilayah'. Kerana kadang-kadang dalam penulisan, kita dapat jumpai frasa "adegan-adegan kehidupan" atau lain-lain yang sama maksud dan gunakan perkataan adegan. Berdasarkan frasa tersebut, perkataan adegan nampak sesuai digunakan untuk terjemahan regional scene. Saya akan gunakan istilah ini untuk templat:Genrebox, sekiranya ada yang kurang bersetuju atau mempunyai idea lain, kita bincangkannya di laman perbincangan templat tersebut.

Dengan itu, selesailah sudah permohonan pendapat ini. ~kurnia~ 07:26, 26 Mac 2008 (UTC)

Ya memang selesai tetapi apakah istilah yang patut menggantikan "regional scenes" setelah berbincang dan minta pendapat ramai pengguna. — Didie (bincang) 02:06, 29 Mac 2008 (UTC)

Adegan wilayah. Kalau mahu buat undian boleh juga. Bagi melihat berapa ramai yang setuju dengan istilah ini. Sekiranya ramai yang tidak bersetuju, kena bincang lagi lah. — kurnia[binc|sumb] 09:07, 30 Mac 2008 (UTC)
Istilah ni tak boleh diterjemahkan secara harfiah. "Scenes" boleh merujuk kepada "tempat di mana sesuatu aktiviti atau perkara berlaku". "Regional" merujuk kepada kawasan yang luas daripada local atau tempatan. Jadi boleh diterjemahkan sebagai "daerah dimainkan", "dimainkan di daerah/kawasan", "boleh dijumpai di", etc atau apa saja yang membawa maksud sama. Kamalzack 16:31, 2 April 2008 (UTC)
Bagaimana kalau "lingkungan wilayah genre"? Kamalzack 17:28, 2 April 2008 (UTC)
Gunakan saja "Adengan serantau". Wilayah kurang tepat. Seperti "regional politics" menjadi politik serantau. Saya masih rasa adengan kurang tepat. Mungkin boleh diinggeriskan menjadi "Skena" :). Scene pun boleh merujuk kepada "Dunia" seperti "Music scene" menjadi "Dunia muzik". Kamalzack 00:56, 3 April 2008 (UTC)
'Dunia tempatan' dan sebagainya berbunyi pelik. 'Skena' tidak boleh digunakan sebabnya seperti yang Aurora katakan, "Kita bukan mencipta perkataan. Kita gunakan istilah sedia ada (sekiranya ada)". Antara yang mempunyai maksud terdekat dengan "dunia" adalah "kancah". Sebab pemilihan 'adegan' telah saya nyatakan di atas. — kurnia[binc|sumb] 11:00, 3 April 2008 (UTC)

Satu lagi, saya cadangkan semua perbincangan ini dipindahkan ke laman perbincangan. Hanya pengundian sahaja ditinggalkan di sini. — kurnia[binc|sumb] 11:00, 3 April 2008 (UTC)

Maaf, ada cadangan lain[sunting sumber]

maaf sebab terlambat..Saya terfikir pula satu terma yang sangat sesuai iaitu Senario serantau..bagaimana...di dalam banyak-banyak terma...yang ini sangat sesuai..Che 03:37, 5 Julai 2008 (UTC)

Saya setuju! Gaya bahasanya lebih menarik, tepat dan lebih mudah difahami.--Kekacang 15:49, 9 Julai 2008 (UTC)

Info non-talk.pngTujuan

Tujuan laman ini adalah untuk memohon pendapat mengenai terjemahan regional scenes untuk template:Genrebox
Sila lihat perbincangan laman ini untuk membincangkan istilah yang sesuai.


Pengundian[sunting sumber]

Anda boleh tambahkan pilihan anda mengenai istilah "regional scenes" jika bercanggah dengan pilihan sedia ada.

Pilihan #1 - Adegan wilayah[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg Setujukurnia[binc|sumb] 15:06, 30 Mac 2008 (UTC)
    1. Symbol oppose vote.svg Tidak setuju - Sudah dijelaskan kenapa perkataan ini 100% salah. Istilah-istilah di bawah masih boleh diterima, tetapi 'babak' dan 'kancah' jelasnya tidak membawa maksud scene dalam konteks ini. -Yk Yk Yk 12:56, 5 April 2008 (UTC)Tak perlu bantah, kemukakan istilah yang sesuai bagi anda saje.
  2. Symbol support vote.svg Setuju Sangat setujuFritz 09:07, 5 Julai 2008 (UTC)
    1. Symbol oppose vote.svg Tidak setuju Tidak setuju kerana perkataan 'Adegan' biasanya kita gunakan di dalam industri perfileman ..jadi ia tidak sesuai..Che 15:53, 7 Julai 2008 (UTC)Tak perlu bantah, kemukakan istilah yang sesuai bagi anda saje.

Pilihan #2 - Kancah tempatan[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg SetujuYosri 01:17, 31 Mac 2008 (UTC)

Pilihan #3 - Arena tempatan[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg Setuju ...Aurora... 15:24, 2 April 2008 (UTC)

Pilihan #4 - Arena serantau[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg Setuju - Kamalzack 01:02, 3 April 2008 (UTC)

Pilihan #5 - Latar kawasan[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg Setuju. Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan Regional boleh diterjemah seperti "Daerah", "Wilayah" ataupun "Kawasan". Ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan pada pendapat saya. Perkataan Scenes boleh merujuk kepada adegan ataupun babak, namun untuk menunjukkan relativiti (hubungkait/persamaan) di antara perkataan regional iaitu wilayah atau kawasan dengan scenes, saya menggunakan perkataan "Latar". Ini terdapat juga di dalam kamus, namun disenaraikan di bawah pertunjukkan. - pmc 00:41, 31 Mei 2008 (UTC)

Pilihan #6 - Senario Serantau[sunting sumber]

  1. Symbol support vote.svg Setuju. Ini lebih sesuai kerana banyak perkataan seperti daerah atau wilayah atau kawasan terlampau banyak digunakan...Che 03:41, 5 Julai 2008 (UTC)
  2. Symbol support vote.svg Setuju--Kekacang 19:20, 4 April 2008 (UTC)
  3. Symbol support vote.svg Setuju Tukar undi. Betul pilihan Che. Tersangat setuju. Ini kerana scene terjemahannya jelas ialah senario, manakala regional terjemahannya jelas ialah serantau. Ini kerana saya ubah fikiran saya sebelum ini dan memikirnya masak2 bahawa istilah inilah paling sesuai. — Imran Al-Sahih 11:52, 9 Julai 2008 (UTC)
  4. Symbol support vote.svg Setuju. Istilah yang paling tepat bagi "regional scenes". — Didie (bincang) 12:03, 9 Julai 2008 (UTC)
  5. Symbol support vote.svg Setuju'-Yang ni je paling sesuai. PuteraLuqman Tunku Andre 16:33, 9 Julai 2008 (UTC)

Keputusan[sunting sumber]

Pilihan istilah Jumlah sokongan Pengundi
Pilihan #1 - Adegan wilayah 2
Pilihan #2 - Kancah tempatan 1
Pilihan #3 - Arena tempatan 1
Pilihan #4 - Arena serantau 1
Pilihan #5 - Latar kawasan 1
Pilihan #6 - Senario serantau 5

Selepas tarikh tamat pengundian, keputusannya ialah senario serantau memperoleh 5 sokongan diikuti adegan wilayah - 2 sokongan, kancah tempatan - 1 sokongan, arena tempatan - 1 sokongan, arena serantau - 1 sokongan, dan latar kawasan - 1 sokongan. Jumlah pengundi ialah 11. Oleh yang demikian, istilah yang dipersetujui komuniti ialah senario serantau yang akan digunapakai bagi yang melibatkannya. Harap maklum. — Didie (bincang) 16:36, 21 Julai 2008 (UTC)



Pengundian mengenai istilah regional scenes dilangsungkan iaitu bermula pada 30 Mac 2008 dan berakhir pada 21 Julai 2008 mengikut waktu UTC. Keputusan selepas tarikh tamat pengundian adalah muktamad.