Wikipedia:Permohonan pendapat/Menyekat hak penciptaan rencana bagi pengguna awanama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Usul : Menyekat hak mencipta rencana bagi pengguna awanama (alamat IP)

Rasional[sunting sumber]

Menyekat penghasilan rencana karut-marut dan laman serangan individu (utama).Usul ini hanya tertakluk kepada penciptaan rencana di ruang nama utama (createpagemain) sahaja.

Ulasan pembawa usul[sunting sumber]

Wikipedia adalah sebuah laman Wikipedia yang bebas bagi mana-mana individu untuk mencipta dan menyunting mana-mana rencana. Oleh sebab itu wujud banyak isu yang mempersoalkan kredibilitii dan ketepatan dalam Wikipedia sebagaimana kes Seigenthaler. Sejak akhir-akhir ini, saya dapati terlalu banyak rencana karut-marut yang telah dicipta oleh pengguna awanama. Di bawah ini merupakan bilangan rencana yang telah dipadam oleh penyelia:

Tarikh Jumlah rencana yang dipadam Jumlah rencana yang dipadam per hari
1 Januari 2018 - 31 Disember 2018 >2, 500 >7 halaman
1 Januari 2019 - 31 Disember 2019 1959 5 halaman
1 Januari 2020 - 25 Mac 2020 367 5 halaman

Bagi mengelakkan isu kewujudan rencana serangan biografi dan karut-marut, saya mencadangkan, penyekatan hak mencipta rencana bagi pengguna yang tidak berdaftar. Sekiranya pengguna awanama ingin mencipta rencana, mereka boleh meminta supaya rencana tersebut diwujudkan seperti di Wikipedia Bahasa Inggeris.(gambar). -- CyberTroopers bincang/sumbangan 07:40, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]


Perbezaan hasil carian di mswiki dan enwiki.

Ringkasan kes Seigenthaler :[sunting sumber]

Sebuah rencana berkenaan John Seigenthaler telah ditulis oleh seorang penyunting awam yang tidak berdaftar. Rencana itu memuatkan bahawa Seigenthaler  telah disyaki terlibat dalam pembunuhan kedua-dua John dan Robert Kennedy. Oleh itu, pada 29 November, wartawan yang telah bersara, John Seigenthaler Sr. menulis sebuah editorial yang mengadu tentang kepalsuan dalam biografi Wikipedianya. Ini sebenarnya telah ditulis pada bulan Mei dan dikeluarkan pada bulan Oktober selepas dia menghubungi Jimmy Wales, namun artikel di USA Today bagaimanapun mendapat perhatian media yang cukup besar. Cerita itu kekal dalam berita selama beberapa minggu dan masih sering disebut sebagai ilustrasi kanonik tentang potensi maklumat salah di Wikipedia.
Dengan isu ketepatan Wikipedia dalam berita, suatu perspektif lain daripada artikel dikeluarkan Nature yang melaporkan bahawa terdapat kesalahan dalam Wikipedia berkenaan Encyclopædia Britannica untuk artikel saintifik. Editor Wikipedia memperbaiki kesilapannya dalam beberapa minggu kemudiannya, sementara Britannica bertindak balas dengan kritikan terperinci mengenai kajian itu, menolak perbandingan dan menentang banyak perkara yang telah dibuat Nature.


Mengapa perkara ini menjadi sebuah isu?[sunting sumber]

Berhubung isu ini, pada pendapat saya, tunjang utama kepada isu ini adalah disebabkan oleh ketidakbertanggungjawab pengguna Wikipedia yang melakukan vandal. Walau dengan kewujudan pelbagai jawatan di dalam Wikipedia seperti Pengelola, Birokrat, Penyelia dan sebagainya, vandalisme masih boleh berlaku maklumlah manusia sekarang makin bijak memanipulasi teknologi kini dengan penggunaan IP berbeza. Pengguna sekarang boleh mewujudkan laman serangan secara bebas dengan menggunakan alamat IP berbeza walaupun alamat IP yang digunakannya disekat oleh Penyelia. Walaupun belum ada laman serangan atau pernah ada namun telah dipadam serta-merta (terima kasih kepada Penyelia yang bertindak pantas), tidak mustahil akan wujud di masa akan datang dan perkara ini akan memudaratkan Wikipedia seperti yang boleh dilihat ialah kes penutupan akses Wikipedia di beberapa negara iaitu China, Turki dan sebagainya. - CyberTroopers bincang/sumbangan 15:30, 14 Ogos 2019 (UTC)[balas]

createpagemainns dan createpage[sunting sumber]

Menurut senarai hak kumpulan pengguna di Wikipedia Bahasa Inggeris, pengguna tidak berdaftar dan yang telah berdaftar tidak lagi dibenarkan mencipta rencana-rencana di ruang nama utama (createpagemainns) di Wikipedia Bahasa Inggeris. Pengguna berdaftar hanya dibenarkan mencipta rencana-rencana (createpage) tetapi terhad namun akses mencipta rencana bagi pengguna tidak berdaftar tidak lagi diberikan berikutan kes penciptaan laman-laman serangan, karut-marut dan sebagainya. Mesej Jimmy Wales berkenaan penutupan penciptaan rencana bagi pengguna awanama boleh diperoleh disini. Menurut beliau, sebab penutupan adalah :

  1. Pertama, artikel Seigenthaler dibuat oleh pengguna awanama.
  2. Kemudian, seorang patroller hanya membetulkan kesilapan ejaan tetapi tidak perasan akan dakwaan palsu dalam rencana rencana tersebut.
  3. Kerana entri itu tidak pernah disambung dengan baik dari artikel yang berkaitan.

Perbezaan WBM dan WBI[sunting sumber]

Di sini merupakan beberapa ringkasan perbezaan hak kumpulan pengguna yang tidak berdaftar di antara Wikipedia Bahasa Melayu dengan Wikipedia Bahasa Inggeris:

Diluluskan Ditolak
   
Hak Wikipedia Bahasa Melayu Wikipedia Bahasa Inggeris Catatan
Mencipta rencana (createpage)    
Memindahkan laman induk pengguna (move-rootuserpages)    
Menambah dan menggugurkan teg yang dikenakan sembarangan pada semakan dan entri log individu (changetags)     Hanya Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI
Mengenakan teg di samping suntingan seseorang (applychangetags)    
Menulis ganti fail sedia ada yang dimuat naik sendiri (reupload-own)    
Pindah laman kategori (move-categorypages)     Hanya Birokrat, Bots dan Penyelia sahaja diberikan hak ini di WBI.
Sunting laman (edit)     Hanya pengguna yang disekat sahaja dibatalkan hak ini

Apakah proses yang akan dilakukan sebaik sahaja tamat pengundian?[sunting sumber]

  1. Penyelia atau Birokrat akan membawa usul ini ke Phabricator
  2. Perdebatan antara pencadang dengan Penyelia sistem
  3. Sekiranya dipersetujui oleh penyelia-penyelia sistem, kod mengubah konfigurasi ini akan dilakukan
  4. Pengguna awanama tidak boleh mencipta rencana lagi namun boleh menyunting rencana

Apakah perancangan sekiranya usul diluluskan?[sunting sumber]

  1. Satu bahagian baru akan diwujudkan di laman utama untuk permohonan mencipta rencana
  2. Satu pautan permohonan mencipta rencana di bahagian "toolbar" sebelah kiri (hanya pada versi desktop) akan dimasukkan
  3. Pautan "memulakan rencana" yang wujud apabila mencari laman yang belum wujud akan digantikan dengan "memohon penciptaan rencana"
  4. Menggalakkan pengguna sedia ada atau yang baru (melalui aktiviti capaian pengguna) untuk bersama-sama mencipta rencana di Wikipedia:Memohon rencana

Lihat juga rencana berkaitan[sunting sumber]

Pengundian[sunting sumber]

Pengundian ini akan dijalankan selama satu bulan dan tamat pada 26 April 2020, 11:59 malam UTC +8. Sila nyatakan undi anda di bawah. Anda berhak mengubah undian anda sebelum tamat tempoh pengundian.

Setuju[sunting sumber]

  • Setuju 100%! Betul Wikipedia ni "boleh disunting oleh sesiapa sahaja". Tapi kita perlu cakna berkenaan kes-kes yang akan menyebabkan akses kepada Wikipedia akan disekat. Ramai penyunting disini telah bertungkus lumus menaikkan kredibiliti Wikipedia terutamanya Wikipedia Bahasa Melayu yang semakin menaik penyumbangnya saban bulan. Dan saya juga tidak mahu apa yang diusahakan oleh Kumpulan Komuniti Pengguna Wikimedia Malaysia di belakang tabir dalam menarik pengguna baru dan minat Perpustakaan Negara Malaysia untuk bergabung menjadi sia-sia sahaja. Jadi, saya tidak mahu seperti kes diatas berlaku dan seterusnya sekatan terhadap Wikipedia Bahasa Melayu akan berlaku seperti Wikipedia bahasa-bahasa asing yang lain. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:18, 2 September 2019 (UTC)[balas]
  • Saya juga ber Setuju, harap ia dilaksanakan secepat mungkin sebelum terlambat. Kita jangan berkompromi lagi dengan pengguna awanama, baru mereka tahu yang langit itu tinggi dan rendah.–Fandi89 (bincang) 03:04, 2 September 2019 (UTC)[balas]
  • Walaupun lebih senang untuk mengesan penciptaan rencana oleh awanama berbanding penciptaan karut oleh pengguna berdaftar apabila melakukan kemaskini, saya Setuju dengan usul ini bagi memudahkan urusan pengemasan dan pengguna akan lebih serius dalam penyumbangan rencana berkualiti. -- Polar (bincang) 03:13, 2 September 2019 (UTC)[balas]
  • Setuju. Terlalu banyak suntingan karut dari pengguna awanama dan pada masa yang sama kapasiti penyelia pada masa ini sangat tidak cukup untuk memantau dan menangani masalah ini. Dengan kurangnya beban ini, penyelia boleh fokus kepada suntingan-suntingan yang lebih konstruktif. Zulfadli51 (bincang) 14:49, 7 September 2019 (UTC)[balas]
  • Pada pendapat saya, memang peraturan ini dapat membantu menyelesaikan masalah ini, tetapi masalah ini hanya boleh diselesaikan sehingga suatu tahap. Pengguna yang ingin menciptakan laman berunsur vandalisme boleh sahaja membuat akaun baharu dan menggunakan akaun tersebut untuk melakukan perbuatan mereka. Saya rasa lebih mantap sekiranya sistem di WBI diamalkan, yakni pengguna baharu perlu menunggu beberapa hari serta melakukan beberapa suntingan sebelum mereka boleh mencipta sebarang laman (rujuk WP:AUTOCONFIRM di WBI). Pada pandangan saya, tempoh menunggu ini baik kerana dua perkara:
1. Tempoh ini boleh menjadi tempoh pemikiran agar perancang vandalisme berfikir sebentar sebelum melakukan tindakan mereka, sama seperti taktik segelintir orang yang menunggu dalam suatu tempoh sebelum membeli suatu barangan supaya mereka berfikir sama ada pembelian barangan itu adalah benar-benar perlu bagi mereka.
2. Selain itu, tempoh ini juga boleh menjadi tempoh latihan kepada para penyunting baharu untuk memahami selok-belok penyuntingan serta penciptaan artikel baharu di Wikipedia secara umumnya supaya penyuntingan yang lebih bermutu dapat diperoleh.
Setakat ini sahaja bagi sekarang. Saya mungkin boleh memberi huraian yang lanjut, tetapi saya rasa cadangan ini mencukupi bagi kini. Terima kasi! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 12:28, 13 September 2019 (UTC)[balas]
@PeaceSearcher: Terima kasih di atas cadangan saudara. Ia merupakan suatu idea yang agak bagus. Saya akan cuba mendalami aturan yang diketengahkan oleh saudara.- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:35, 23 September 2019 (UTC)[balas]
  • Setuju. Kawalan kadang-kadang diperlukan bagi menjaga kewibawaan dan keselamatan rencana-rencana kita. Ricky250 (bincang) 3:52, 12 Januari 2020 (UTC)
  • Saya Setuju kerana pengguna awanama tidak didedahkan tentang polisi-polisi Wikipedia yang perlu diketahui sebelum mencipta rencana baharu untuk mencipta rencana secara terus. Walau bagaimanapun, saya masih menyokong hak mereka untuk mencipta laman di kotak pasir (sandbox) dan diperiksa oleh mana-mana pengguna sahih lanjutan (Extended confirmed user) jika mahu menukar status rencana kotak pasir tersebut kepada rencana biasa. Slainthayer (bincang) 07:11, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
  • Setuju, jika dan hanya jika kita hanya menyekat pengguna awanama (yakni pengguna ip) untuk mencipta rencana baharu Wikipedia. Saya juga bersetuju untuk dilencongkan kepada "memohon mencipta rencana" seperti yang telah dilakukan oleh Wikipedia Bahasa Inggeris (hanya untuk pengguna tidak berdaftar). Namun, jika penyekatan yang sama juga dilakukan ke atas pengguna berdaftar Wikipedia tidak kira apa sebab sekali pun, maka saya tidak bersetuju kerana akan berlaku "bias" bila penyelia/jawatankuasa di Wikipedia menilai keperluan wujudnya laman baharu. محمد حكيمي 03:52, 28 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Hakimi97:, ya sekatan ini hanya untuk pengguna alamat ip sahaja.- CyberTroopers bincang/sumbangan 05:25, 28 Mac 2020 (UTC)[balas]
  • Saya Templat:Menyokong usul ini sepenuhnya kerana pada pendapat saya pelaku awanama yang berniat bertentangan dengan matlamat laman ini hendaklah ditegah percubaannya seawal yang termampu agar mutu rencana terbitan Wikipedia Bahasa Melayu ini lebih terjamin dan mudah dipantau segala perubahan yang tidak beretika. 🦅JENTAYU 21:10, 29 Mac 2019 (UTC)[balas]
  • Saya boleh ber Setuju. Dengan Syarat. Oleh kerana wikipedia adalah tapak perkongsian maklumat yang sentiasa berkembang. Ia sepatutnya mudah bagi sesiapa sahaja mengemukakan apa-apa isu yang diketahuinya. Mungkin pada mulanya, isi yang diketengahkan kurang bersasa, tetapi begitulah ia bermula kemudian sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Jika hendak kemukakan tajuk baharu menjadi kesukaran, runagan perbincangan menjadi sempit kerana kena selit dalam perkara-perkara yang tertentu yang seolah-olah sedang dikawal oleh seseorang supaya isu berkaitan tenggelam. Sdangkan apabila mudah dibina tajuk-tajuk baharu yang berkaitan, penulis boleh beri fokus dalam tajuk itu sahaja.– komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Blogjuga (bs).
@Blogjuga: Terima kasih di atas ulasan yang telah diberikan. Hakikat sebenar permohonan rencana ialah ia akan mewujudkan satu intergrasi antara editor dan pemohon rencana untuk mencipta rencana. Intergrasi ini mungkin boleh membantu mencipta rencana yang lengkap dengan piawai seperti mempunyai sumber rujukan yang konkrit dan signifikan kerana untuk mencipta rencana, mestilah ada kandungan dan saya pasti pengguna yang berdaftar faham akan piawaian di Wikipedia ini apabila mereka membantu mencipta rencana. Berhubung "masalah" keselerakan atau longgokan tajuk pada laman permohonan yang diujarkan saudara, pemohon rencana boleh meminta mana-mana pengguna membantu mencipta rencana tersebut secara terus di laman perbincangan. Namun begitu, seeloknya permohonan dilakukan di laman permohonan dan saya akan cuba mempergiatkan kolaborasi antara pengguna yang telah berdaftar untuk membantu mencipta rencana yang dipohon melalui pelbagai alternatif. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 09:42, 10 April 2020 (UTC)[balas]

Tidak setuju[sunting sumber]

  • Saya lebih Tidak setuju kerana kondisi yang menentukan status awanama sebagai status berniat jahat dirasakan terlalu taksa atau kabur (vague), malah mahukan penciptaan awanama lebih dibenarkan secara bersyarat - jika kandungan yang tercipta disertakan dengan pautan kepada bahan rujukan sah dan berkecuali, maka ia boleh diterima. Kalau tidak, sumbangan akan ditolak dan dihapuskan secara total. Seandainya aspek itu ada disentuh dan diberi penyelesaiannya (dan silap saya terlepas baca), maka saya boleh beralih pendapat kepada menyokong usul ini.
Saya sedar ada pengguna awanama yang berniat baik mahu menyumbang maklumat sah mereka sendiri, namun mereka memutuskan memasukkan terus kerana pendaftaran dirasakan terlalu merumitkan - sekiranya kita ada pendekatan yang sangat meyakinkan di mana para pembaca di luar lingkungan penyunting Wikipedia tahu mereka perlu mendaftar sebelum menciptakan rencana, barulah saya yakin kita boleh mansuhkan pelonggaran ini.
Sekali lagi saya ingin tegaskan, bangkangan saya agak bersyarat berdasarkan maklumat semasa dan boleh berubah. --Anumengelamun (bincang) 07:26, 5 September 2019 (UTC)[balas]
Anumengelamun Saya pinta anda periksa log penghapusan yang menempatkan rencana oleh pengguna awanama yang dihapuskan oleh penyelia. Di sana anda akan temui pelbagai jenis laman karut marut termasuk laman promosi, lucah, serangan dll.

Saya sedar ada pengguna awanama yang berniat baik mahu menyumbang maklumat sah mereka sendiri

Mereka boleh sahaja menyumbang maklumat tersebut sebaik sahaja mereka memohon untuk rencana tersebut dicipta sekiranya mereka tidak mahu mendaftar. Perkara ini malah lebih menyenangkan mereka sekaligus dapat memantau jenis penghasilan rencana yang dilakukan. Sekiranya ada rencana karut berterusan dicipta oleh individu yang menggunakan alamat ip yang sama dengannya, ini akan menjejaskan dirinya juga sekiranya alamat ip itu disekat sedangkan fungsi sekatan boleh diubah iaitu menyekat pengguna alamat ip tapi membenarkan pembukaan/pendaftaran akaun. Terima kasih. - CyberTroopers bincang/sumbangan 12:16, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
Anumengelamun

mahukan penciptaan awanama lebih dibenarkan secara bersyarat

Konfigurasi sekatan ini akan menyekat mereka daripada menyunting di ruang nama utama iaitu tidak boleh mencipta secara langsung rencana tersebut. Mereka boleh mencipta rencana tersebut secara draf di ruang nama ip sendiri dan memaklumkan kepada mana-mana pengguna (seeloknya penyelia) untuk diperiksa lalu dicipta oleh pengguna. Ini memberikan mereka waktu untuk menghasilkan rencana yang lebih berkualiti. Inilah prosedur yang sepatutnya digunakan oleh semua pengguna.- CyberTroopers bincang/sumbangan 12:23, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
Terang dan munasabah juga penjelasan yang diberikan saudara CyberTroopers. Jika begitu, saya boleh ubah pendirian saya...saya cuma berharap kita boleh hebahkan pewajiban mendaftar sebagai Wikipediawan ini seberkesannya, terutamanya dalam menangkis stigma berkait dengan Wikipedia sebagai "sumber takleh caya" (disebabkan kejahilan sesetengah pengguna awam menciplak kandungan terus dari laman ini dalam kerja kajian mereka, sepertimana yang saya dengar dahulu). Dengan ini, saya fikir pengurangan vandalisme di WBM boleh dijamin lebih utuh. Anumengelamun (bincang) 12:33, 26 Mac 2020 (UTC) [balas]
Anumengelamun Saudara boleh letakkan kod " <s> .. </s> " untuk memotong undi. Mohon jangan padam.- CyberTroopers bincang/sumbangan 12:45, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]

Berkecuali[sunting sumber]

  • ada kebaikan ada keburukan. lebih baik sekatan itu terhad pada topik topik tertentu sahaja seperti orang kenamaan, politik dan sebagainya. – komentar Wikipedia:Tandatangan oleh Yop86w (bs).
@Yop86w: Saya tidak pasti jika ada sekatan seperti ini. Pada saya ia agak mustahi dan jika ada sekalipun, pelaksanaannya sangat rumit kerana tiada sistem yang boleh mengesan secara automatik jenis rencana yang ditulis melainkan rencana tersebut diletakkan teg dan perkara ini memerlukan kerja-kerja Bot. Sangat menyusahkan! - CyberTroopers bincang/sumbangan 13:27, 26 Mac 2020 (UTC)[balas]
@Jeluang Terluang: Betul... tak salah apa yang dikatakan awak tu. Ramai saya nampak menyumbang sangat cantik dan bersih walaupon ada segelintir meninggalkan projek suntingan itu tanpa diketahui tuan sebenarnya. Contohnya, laman-laman berkaitan Kejohanan Piala Dunia (Kejohanan Piala Dunia B-18 FIFA 2017). Laman ni masih dalam kira-kira untuk dihapuskan kerana kurang bahan. Bukan saya tidak mahu edit — banyak projek lain yang saya kawal dan mahu diedit — tetapi jika boleh, saya mahu tuan sebenar yang bukan IP untuk duduk berbincang sama bagaimana untuk dibantu jika buntu semasa menyunting. Jika tidak, akan terjadi seperti rencana itu. Wujud; bertuan tetapi tidak dikenali; dan ditinggalkan. SNN95 Talk to me, beybeh! 01:14, 27 Mac 2020 (UTC)[balas]
  • Saya tidak beberapa pasti pasal hal ni. Jadi saya akan undi berkecuali dalam hal ini. - Fab1442006 21:28, 5 April 2020
  • Ada kelebihan dan kekurangan. Komuniti di WBM ni kecil sahaja dan jika menyekat pengguna awanama, makin kuranglah jumlah suntingan di WBM. Saya tidak merasakan ia mampu menarik minat pengguna awanama untuk mendaftar akaun di Wikipedia. Kadangkala, mereka akan mendaftar akaun dan melakukan laku musnah ataupun ujian suntingan. Jika disekat pun, mereka boleh buat akaun lain. Ini sekadar pandangan kecil saya, jadi dalam hal ini saya bersifat berkecuali. Aplikasi (bincang) 05:41, 17 April 2020 (UTC)[balas]
@Aplikasi: Berdasarkan kepada apa yang saya tahu, sekatan pada akaun juga melibatkan sekatan pada IP dan boleh menjangkau sehingga mereka tidak boleh mencipta akaun selama waktu yang ditetapkan. Tidak pastilah jika ada loophole pada sistem itu, tetapi itulah yang dijanjikan jika mahu menyekat sepenuhnya. SNN95 Talk to me, beybeh! 17:20, 17 April 2020 (UTC)[balas]

Keputusan[sunting sumber]

Keputusan
Pengenalan dasar baru
Menyekat hak penciptaan rencana bagi pengguna awanama
Jumlah
40 0 5 45
40 0 5 45
Hasil keputusan: 100% menyokong pelaksanaan usul ini.

:40, :0, :5