Wikipedia:Rencana pilihan/Ogos 2016

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Audrey Hepburn pada tahun 1956

Audrey Hepburn (lahir Audrey Kathleen Ruston pada 4 Mei 1929 - meninggal pada 20 Januari 1993) merupakan seorang pelakon dan dermawan British yang dikenali dengan ikon filem dan fesyen beliau. Merupakan satu bintang pada Zaman Kegemilangan Klasik Hollywood, beliau dinilai sebagai legenda pelakon wanita ketiga terbesar dalam sejarah pawagam Amerika Syarikat oleh Lembaga Filem Amerika (AFI) dan telah disenaraikan dalam dewan kemasyhuran Senarai Berpakaian Terbaik Antarabangsa.