Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panduan Wikipedia
Kelakuan
Kandungan

Memetik sumber
Sumber yang boleh dipercayai
Kelayakan

Perbincangan
Suntingan
Penyusunan
Laras bahasa
Lain-lain
Senarai dasar dan garis panduan

Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia, isi kandungannya adalah mengenai fakta. Ini bermakna sebarang pernyataan dalam Wikipedia seharusnya mempunyai sumber rujukan yang absah.

Pernyataan yang tidak mempunyai sumber rujukan adalah sesuatu yang kebenarannya diragu-ragukan. Ia adalah sesuatu yang mudah tercabar, dan lebih buruk lagi barangkali ia merupakan pernyataan yang palsu, yang bisa memudaratkan pembaca. Dengan kebanyakan rencana-rencana yang tidak mempunyai sumber rujukan, maka ia akan menjadikan Wikipedia satu ensiklopedia yang tidak boleh diharap.

Selain menjadikan Wikipedia sebagai gedung ilmu pengetahuan yang telus, adil dan jitu, Setiap sumber rujukan juga perlulah diambil dari sumber yang boleh dipercayai dengan fakta-fakta yang benar dan tuntas. Ketiadaan sumber rujukan akan menyebabkan inspirasi Wikipedia sebagai ensiklopedia yang sarat dengan fakta berwibawa hanya tinggal omong-omong kosong sahaja, kerana itu bagi mengelakkan hal ini berlaku dasar utama Wikipedia adalah memastikan segala fakta yang diberikan oleh penyunting WAJIB mempunyai sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Ketiadaan sumber rujukan juga dapat membuatkan ramai pihak mempersoalkan kerasional fakta dalam sesuatu ensiklopedia. Anda perlu ingat jika anda menggunakan sumber rujukan yang tidak boleh dipercayai ini memungkinkan maklumat yang terkandung dalam set rencana dapat menyebabkan berlakunya ketirisan fakta, penyataan berat sebelah yang akhirnya menggalakkan fitnah dan permusuhan. Semua ini tidak selaras dengan tujuan penubuhan Wikipedia serta membelakangi nilai-nilai moral dan kebebasan sejagat yang sebenarnya.

Sumber rujukan yang Sah[sunting | sunting sumber]

Sumber rujukan merupakan tempat datangnya sesuatu pengetahuan. Terdapat pelbagai jenis sumber rujukan, tetapi bukan semuanya boleh dianggap sebagai sumber rujukan yang sah; yakni sah untuk diyakini. Pada umumnya sumber rujukan yang sah adalah seperti berikut:

  • Buku yang diterbitkan oleh penerbit yang ternama.
    Buku-buku bawah tanah adalah tidak termasuk ke dalam senarai ini.
  • Kamus dan majalah yang menjadi rujukan asas.
    Misalnya Kamus Dewan, Kamus Oxford Fajar, majalah terkenal seperti National Geographic, majalah karyawan dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Karangkraf dan lain-lain lagi yang hanya mendapat reputasi dan saranan yang tinggi oleh para akademis.
  • Buku agama, kitab-kitab, tafsir, buku undang-undang perundangan yang disanjung tinggi serta menjadi panduan hidup.
    Misalnya Kitab suci, kitab karyawan ahli tafsir dan falsafah kehormat, hadith-hadith, kata-kata hikmah dari pemimpin dan cendekiawan ternama dan kehormat, serta buku perundangan seperti akta dan peraturan-peraturan yang menjadi asas kepada perlembagaan sesebuah negara dan pertubuhan utama.
  • Surat Khabar yang menikmati reputasi yang tinggi.
    Seperti akhbar harian yang mendapat sambutan tinggi oleh pembaca. Majalah gosip seharusnya tidak dijadikan sumber rujukan. Lihat senarai akhbar untuk mengetahui kepelbagaian jenis akhbar semasa.
  • Ensiklopedia Utama
    Contohnya adalah seperti Ensiklopedia Britannica.
  • Jurnal
    Jurnal adalah sejenis majalah yang memuatkan hasil kajian akademik. Dalam menggunakan maklumat dalam jurnal, anda seharusnya membuat pertimbangan terlebih dahulu, kerana bukan semua hasil kajian adalah menepati kebenaran. Cara terbaik dalam memilih jurnal yang boleh dipercayai hasil kajiannya adalah melihat samaada jurnal itu mempunyai sumber rujukan, bibliografi, dan kaedah saintifik yang utuh dan boleh dipercayai. Lihat juga kaedah pengolahan ayatnya agar ianya teratur, lihat juga jurnal itu adalah hasil kajian dari siapa, golongan profesor bertaraf PhD dari universiti terkenal dan pernah menjalankan puluhan hingga ratusan kajian perlu menjadi keutamaan. Lihat juga, penerbit jurnal tersebut mestilah dari penerbit atau agensi persatuan yang boleh dipercayai, serta paling penting pastikan jurnal tersebut telah mendapat penelitian para akademis dan disahkan merupakan kajian yang memberangsangkan.
  • Laman Web Rasmi
    Sekirannya anda sedang menulis tentang sesuatu institusi, kompeni, kerajaan, individu atau/dan komuniti, maka rujuk laman web rasmi mereka terlebih dahulu. Jangan menggunakan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster atau/dan yang mempunyai kaitan dengan laman interaksi sosial sebagai rujukan kerana maklumat disitu mudah untuk diputarbelitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Memandangkan Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas yang menggunakan aplikasi elektronik dan "online", maka jadikan rujukan laman sesawang sebagai rujukan yang mendapatkan keutamaan anda terlebih dahulu dalam setiap frasa, penyataan dalam rencana atau artikel suntingan anda sebelum memilih rujukan dari sumber bukan "online".

Perlu juga dijelaskan disini bahawa sesiapa sahaja mungkin boleh mencipta atau membina laman sesawang atau membayar kepada mana-mana pihak bagi menghasilkan suatu karya samada hasil cetusan idea dan pemikirannya sendiri atau orang yang membinanya atau sesuatu pihak yang diupahnya, sedangkan ia sebenarnya tidak mendapat reputasi tinggi oleh masyarakat atau para akademis yang menilai. Ia juga menjadikan kerja tersebut sebagai suatu karya yang kononnya mendapat sanjungan (sedangkan sebenarnya adalah sebaliknya) ataupun sengaja membuat-buat cerita bahawa karya itu adalah hasil kajian yang kaya dan pakar dalam sesuatu bidang atau pelbagai bidang. Maka apa jua perkara diatas adalah terlarang untuk diselitkan dalam Wikipedia ini sebagai sumber rujukan yang boleh dipercayai.

Tiada seorang pun dari ahli Wikipedia termasuk siapa sahaja yang terlibat dengannya boleh memasukkan media karya sendiri ataupun seperti yang dimaksudkan diatas, atau sengaja mengadakan rujukan berbentuk buku tidak berkreadibiliti dan tidak dapat disahkan reputasi kesahihannya oleh golongan profesional, surat khabar persendirian, laman web persendirian, wiki terbuka termasuk mengambil mana-mana rencana dalam Wikipedia sebagai rujukan (ini tidak termasuk rujukan yang disandarkan pada rencana di Wikipedia tersebut dan laman dasar dan polisi), blog persendirian, halaman peribadi di laman sosial, forum di Internet, atau Twitter dari hasilannya atau pihak yang diupah olehnya atau sepertimana yang dimaksudkan diatas -- Maka semuanya adalah dilarang dan tidak dibenarkan sebagai sumber rujukan di Wikipedia bahasa Melayu dan versi-versi yang lain.

Wikipedia bahasa asing sebagai sumber rujukan[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat permulaan, Wikipedia Bahasa Melayu akan menerima Wikipedia bahasa asing sebagai sumber rujukan yang sah namun tajuk rencananya tidak boleh diletakkan sebagai sumber rujukan di bawah tajuk kecil sumber rujukan di mana-mana rencana di Wikipedia ini.