Wikipedia:Tahukah anda/Arkib/2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Daripada laman Wikipedia:Tahukah anda.

Daftar mingguan

Minggu 1 Minggu 2
Kereta kebal Jepun Jenis 89
  • "... bahawa Jepun tidak menerima sepenuhnya kereta kebal, kerana ia tidak memiliki tradisi tentera berkuda seperti negara lain yang membangunkan kereta kebal?"
  • "... bahawa pada Zaman Pertengahan di Eropah, menjadi satu kebiasaan bagi biara dan istana kota memiliki sebuah kolam ikan?"
  • "... bahawa lastik juga digunakan sebagai senjata tentera, terutamanya oleh tentera gerila?"
  • "... bahawa ungkapan sepuluh ribu tahun berasal dari China purba sebagai ungkapan yang diucapkan demi kepanjangan umur Maharaja?"
  • "... bahawa kasuari adalah haiwan pemalu, meskipun sekiranya diganggu boleh mendatangkan kecederaan serius kepada manusia?"
Pertanian persis menggunakan GPS
  • "... bahawa pertanian jitu boleh membantu petani meletakkan baja dan racun pada tempat yang betul menggunakan sistem kedudukan satelit seperti GPS?"
  • "... bahawa enneagram ialah sebuah poligon bintang biasa bersisi sembilan, tapi dihubungkan dengan laluan-laluan tertentu?"
  • "... bahawa walaupun terdapat banyak klon durian yang telah didaftarkan, hanya 8 jenis klon yang bernilai komersil sahaja disyorkan untuk ditanam oleh pengusaha dusun?"
  • "... bahawa hampir separuh daripada Kod Hammurabi memperkatakan perkara-perkara kontrak?"
  • "... bahawa peluru pundi kacang direka bagi memberi hentakan yang menyebabkan trauma jangka panjang yang minimum tanpa penembusan?"
Minggu 3 Minggu 4
Papan tanda jalan mati
  • "... bahawa dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman?"
  • "... bahawa lebah tukang tidak menyengat?"
  • "... bahawa apa-apa tumbuhan boleh dikelaskan sebagai rumpai sekiranya tumbuh di tempat yang tidak dikehendaki atau merosakkan pemandangan tempat tersebut?"
  • "... bahawa sekiranya tudung kepala oranda membesar terlalu cepat, ia mungkin menghalang pandangan ikan Mas ini?"
  • "... bahawa martir ialah seseorang yang mengorbankan nyawa kerana enggan melepaskan atau menerima sesuatu kepercayaan atau perjuangan?"
Bentuk hati
  • "... bahawa bentuk hati suatu ketika dulu digunakan sebagai lambang kecerdasan manusia?"
  • "... bahawa keytar merupakan sejenis alat muzik papan nada mudah alih ringan yang disokong oleh tali yang disandangkan pada leher dan bahu?"
  • "... bahawa haiwan menyendiri mengawal jajahan mereka dan tidak suka kehadiran haiwan lain, terutamanya yang sama jenis?"
  • "... bahawa selepas Kejatuhan Edo, ibu kotanya Edo dinamakan semula sebagai Tokyo?"
  • "... bahawa punca kecelaruan obsesif kompulsif tidak diketahui sepenuhnya?"
Minggu 5 Minggu 6
Gajah Putih Diraja Thai
Minggu 7 Minggu 8
Formula struktur TNT
Bendera Republik China
Minggu 9 Minggu 10
Roda tenaga industri
EPROM
Minggu 11 Minggu 12
Berembang
Sepasang Burung Cinta
Minggu 13 Minggu 14
Burung Pardalotus striatus ornatus
  • "... bahawa order Passerine mewakili lebih daripada separuh semua spesies burung?"
  • "... bahawa bena perang merosakkan pokok padi dengan memakannya dan dengan menyebar dua virus?"
  • "... bahawa semua sel tumbuhan mempunyai dinding sel yang tegar?"
  • "... bahawa Samsung Galaxy Note dilengkapi dengan stilus, berbeza dengan telefon pintar atau tablet lain?"
  • "... bahawa ekonomi skala memaksudkan kelebihan kos yang diperoleh oleh sesebuah perusahaan kerana mengembangkan pengeluaran?"
Tumor tulang lengan
Minggu 15 Minggu 16
Kapal LNG Rivers
Burung Kenari
  • "... bahawa Burung Kenari dinamakan bersempena Kepulauan Canary, tempat asalnya?"
  • "... bahawa biji muda cili besar berwarna kuning dan bertukar coklat apabila telah matang?"
  • "... bahawa pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia?"
  • "... bahawa Operasi Haze merupakan misi memadam api merentasi sempadan terbesar dalam sejarah yang membabitkan pemadam api Malaysia menyeberangi ke Indonesia?"
  • "... bahawa akua regia ("air diraja") dinamakan sebegitu kerana ia boleh melarutkan apa yang dikatakan logam diraja atau berharga iaitu emas dan platinum?"
Minggu 17 Minggu 18
Hutan hujan Amazon
  • "... bahawa hutan hujan tropika boleh dicirikan dalam dua perkataan: panas dan basah?"
  • "... bahawa peta aliran boleh menunjukkan pergerakan perkara nyata seperti manusia dan produk serta perkara tidak ketara seperti pengetahuan dan bakat?"
  • "... bahawa kap Prusia ialah versi liar bagi ikan emas?"
  • "... bahawa orang yang mempunyai fenotip Bombay boleh menderma kepada mana-mana anggota sistem kumpulan darah ABO?"
  • "... bahawa semua penduduk Indonesia wajib mengikuti program pendidikan dasar selama sembilan tahun?"
Pupa kumbang kabai
Minggu 19 Minggu 20
Resit
Masjid Diraja Sultan Suleiman
Minggu 21 Minggu 22
Kilometer sifar Semenanjung Malaysia di Johor Bahru
  • "... bahawa kilometer sifar merujuk kepada satu lokasi khusus (biasanya di ibu negara) dari mana jarak diukur secara tradisional?"
  • "... bahawa julat pendengaran manusia biasanya merosot bersama usia?"
  • "... bahawa sesetengah larva kupu-kupu Lycaenidae dan sesetengah rama-rama menghasilkan madu?"
  • "... bahawa fon Siri FHWA direka bagi membolehkan papan tanda jalan raya lebih mudah dibaca pada jarak jauh dan kelajuan tinggi?"
  • "... bahawa isyarat amaran aposematik bermanfaat kepada pemangsa dan mangsa sekali kerana kedua-duanya dapat menghindari bahaya?"
Kriket Liga Perdana India
  • "... bahawa Liga Perdana India ialah liga sukan bergaji kedua tertinggi di dunia?"
  • "... bahawa selain gen, penentuan jantina boleh juga ditentukan oleh faktor persekitaran mahupun sosial?"
  • "... bahawa serakan merupakan proses fizik am yang mana sesetengah bentuk sinaran seperti cahaya atau bunyi dipaksa menyimpang daripada trajektori yang lurus?"
  • "... bahawa pengecam objek digital merupakan rentetan aksara yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu objek elektronik secara unik?"
  • "... bahawa tabiat berpindah-randah kupu-kupu Monarch mengambil masa hayat tiga atau empat keturunan?"
Minggu 23 Minggu 24
Kupu-kupu Laksamana Merah
Lorong bas
  • "... bahawa selain bas, beberapa jenis kenderaan lain ada kalanya dibenarkan menggunakan lorong bas?"
  • "... bahawa Poland merupakan satu-satunya anggota Kesatuan Eropah yang mengelakkan kemerosotan KDNK semasa krisis ekonomi sejagat kini?"
  • "... bahawa power metal menggabungkan ciri-ciri tradisional heavy metal dengan speed metal?"
  • "... bahawa pengurusan aset merupakan proses sistematik bagi mengendali, mengekalkan dan menaik taraf aset secara berkesan kos?"
  • "... bahawa pakaian tradisional Vietnam ao dai dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan?"
Minggu 25 Minggu 26
Pentas Terapung Teluk Marina
Cuka
  • "... bahawa dalam sejarah, cuka merupakan asid sederhana yang paling biasa didapati?"
  • "... bahawa reput fros paling berkemungkinan berlaku di bahagian badan yang terletak paling jauh daripada jantung dan yang terdedah?"
  • "... bahawa mata wang dinar Iraq diperkenalkan di Iraq menggantikan rupee India?"
  • "... bahawa strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko pada pihak lain dan mengurangkan kesan negatif kemungkinan risiko?"
  • "... bahawa dari kurun ke-11 sehingga ke-13 Masihi, Eropah menyerap pengetahuan daripada Tamadun Islam?"
Minggu 27 Minggu 28
Kereta kebal T-34 Soviet
Basmalah dalam skrip Kufi
Minggu 29 Minggu 30
Hindenburg di Lakehurst
  • "... bahawa LZ 129 Hindenburg merupakan mesin terbang terpanjang dan kapal udara terbesar berdasarkan isipadu aerostat?"
  • "... bahawa planet Tau Boötis b asalnya dispekulasi merupakan kerdil perang kerana agak lebih besar daripada Musytari panas?"
  • "... bahawa Perang Candu Pertama terjadi kerana perbezaan sudut pandangan mengenai hubungan diplomatik, perdagangan dan pentadbiran keadilan antara China dan UK?"
  • "... bahawa harga tahunan lesen Super FIA meningkat dengan setiap mata yang diperolehi pada tahun sebelumnya?"
  • "... bahawa kebanyakan mangsa ragut adalah wanita sama ada yang berjalan kaki, berbasikal atau menunggang motosikal?"
Madu
Minggu 31 Minggu 32
Ranggi dan sepal tulip
  • "... bahawa ranggi biasanya bewarna terang atau berbentuk luar biasa bagi menarik pendebunga?"
  • "... bahawa ingatan tak meruap biasanya digunakan untuk tugas storan sekunder komputer?"
  • "... bahawa perkataan asabiyyah secara amnya serupa dengan perpaduan, namun sering dikaitkan secara negatif?"
  • "... bahawa istilah hadis merujuk kepada himpunan istilah yang digunakan untuk menentukan sama ada boleh diterima atau tidak suatu riwayat hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?"
  • "... bahawa ipso facto merupakan istilah seni yang digunakan dalam falsafah, undang-undang dan sains?"
Sinaran krepuskular
Minggu 33 Minggu 34
Khat Nasta'liq ditulis dengan skrip Nasta'liq
Papyrus Abbott
Minggu 35 Minggu 36
Kvas komersil
Meja rujukan di perpustakaan Seattle, Washington
  • "... bahawa meja rujukan perpustakaan membolehkan pustakawan membantu pengguna berkaitan kandungan, koleksi dan perkhidmatan perpustakaan?"
  • "... bahawa teknik diagram afiniti membenarkan sejumlah besar idea, terhasil daripada sesi sumbang saran, disusun berdasarkan hubungan semula jadinya?"
  • "... bahawa kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi merujuk kepada cara pembuatan kuih yang dibuat di dalam bekas talam?"
  • "... bahawa dalam Islam, pertempuran mesti dihentikan jika keadaan yang mengharuskan peperangan lenyap?"
  • "... bahawa lesen jenis copyleft merupakan penggunaan baharu undang-undang hak cipta sedia ada bagi memastikan sesebuah karya itu kekal bebas?"
Minggu 37 Minggu 38
Sistem bolosan rentak mati
Buku buluh Seni Peperangan
Minggu 39 Minggu 40
Sekeping Manuskrip Timbuktu
Jejak wap Boeing 747
  • "... bahawa jejak wap ialah wap air yang terhasil apabila haba panas dari muncung ekzos enjin pesawat bertindak balas dengan ruang udara sejuk?"
  • "... bahawa asal-usul Kajian Timur oleh Eropah terletak pada faktor keagamaan?"
  • "... bahawa mata kapak binjai manis yang melengkung menjadikan ia sukar dikeluarkan sekiranya terbenam pada mangsa?"
  • "... bahawa tamadun keyunanian melambangkan gabungan dunia Yunani Purba dengan Asia Barat Daya?"
  • "... bahawa sempadan timur, selatan dan barat Plat Sunda rumit secara tektonik dan aktif secara seismik?"
Minggu 41 Minggu 42
Dhow
Lori balak
  • "... bahawa kayu balak selalunya diturunkan daripada lori balak dengan membiarkannya bergolek ke tepi?"
  • "... bahawa aras penerbangan tidak menunjukan ketinggian sebenar pesawat daripada aras bumi atau aras laut?"
  • "... bahawa hayat sesebuah bintang bergantung kepada jisimnya?"
  • "... bahawa perubatan alternatif mungkin berasaskan sejarah atau tradisi budaya, berbanding bukti saintifik?"
  • "... bahawa bintang paling cerah pada langit malam ialah gergasi merah Aldebaran dalam buruj Taurus?"
Minggu 43 Minggu 44
ALU SN74AS888 TI
Masjid Sultan Hassan
Minggu 45 Minggu 46
Sair Tjerita Siti Akbari
Dataran Petersburg
Minggu 47 Minggu 48
Jam bandul
  • "... bahawa selama 300 tahun, jam bandul merupakan penjaga masa yang paling persis di dunia?"
  • "... bahawa ayat terdiri daripada sekurang-kurangnya sepatah perkataan yang membawa hubungan sintaksis dengan perkataan-perkataan yang disusuli atau menyusulinya?"
  • "... bahawa tempoh ikut bintang dianggap sebagai tempoh orbit benar objek?"
  • "... bahawa jika zarah Oh-My-God berlumba dengan cahaya selama setahun, ia hanya akan ketinggalan sejauh 46 nanometer?"
  • "... bahawa undang-undang kontrak Inggeris meregulasi kesemua transaksi di England dan Wales, daripada membeli tiket ke tukaran derivatif?"
Tanaman penutup bumi Mucuna bracteata
  • "... bahawa tanaman penutup bumi tumbuh sangat cepat dan digunakan sebagai tanaman di antara tanaman utama untuk mencegahkan hakisan?"
  • "... bahawa kepentingan panjang Planck dalam fizik masih lagi dikaji?"
  • "... bahawa Toyota Unser pada awalnya adalah model kenderaan niaga yang kemudian bertukar menjadi kereta keluarga?"
  • "... bahawa di Malaysia, sekolah vokasional tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas kedua?"
  • "... bahawa selepas pemulihan secara simbolik kuasa Maharaja Meiji, slogan sonno joi digantikan dengan fukoku kyohei?"
Minggu 49 Minggu 50
Sarma dan dolma
  • "... bahawa dolma daging biasanya dihidangkan panas-panas, manakala yang tanpa daging biasanya dihidangkan sejuk?"
  • "... bahawa iPad bukanlah komputer tablet pertama oleh Apple?"
  • "... bahawa nilai sesebuah qanat dikaitkan secara langsung dengan mutu, isipadu dan ketetapan aliran air melaluinya?"
  • "... bahawa antara canid, hanya serigala yang diketahui menjadikan manusia sebagai mangsa?"
  • "... bahawa kad pintar boleh digunakan untuk pengenalan, pengesahan, penyimpanan data dan pemprosesan aplikasi?"
Pisau cukur moden
Minggu 51 Minggu 52
Papan tanda pelbagai bahasa
  • "... bahawa bilangan penutur yang mampu untuk bertutur dalam pelbagai bahasa adalah lebih besar berbanding penutur ekabahasa?"
  • "... bahawa kejayaan operasi pertama Jerman dalam Pertempuran Perancis menyebabkan British segera mengambil keputusan berundur?"
  • "... bahawa seruling hidung popular di negara-negara Lingkungan Pasifik?"
  • "... bahawa studio Malay Film Productions Ltd. pada mulanya menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah filem Melayu, diikuti pengarah India?"
  • "... bahawa secara tradisinya pokok Krismas dihiasi dengan bahan yang boleh dimakan seperti epal, kacang atau kurma?"
Skala utama C
  • "... bahawa not-not skala muzik diatur mengikut pic?"
  • "... bahawa penggunaan kod ASCII dalam notasi ABC dapat membantu perkongsian muzik dalam talian?"
  • "... bahawa sesebuah pemboleh ubah dalam JavaScript tidak boleh dimulakan dengan nombor atau aksara $ atau _?"
  • "... bahawa lambang Hermes Kaduseus sering dikelirukan dengan lambang perubatan tongkat Asklepios?"
  • "... bahawa kawasan Medina Fes dipercayai kawasan bandar bebas kereta yang terbesar di dunia?"
  • "... bahawa hipster dikaitkan dengan muzik bebas, selera berpakaian yang menentang arus perdana, pandangan politik yang bebas atau liberal, serta kepercayaan dan gaya hidup alternatif?"

Arkib