Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman ini mengumpulkan fakta-fakta dari Wikipedia:Tahukah anda yang pernah dipaparkan di Laman Utama dan fakta-fakta ini diletakkan di bawah kategori:
Ketenteraan dan Pertahanan
Merangkumi fakta berkenaan pasukan, senjata, jentera, polisi dan pertahanan peperangan.
"... bahawa DEFCON menerangkan tahap kesediaan Tentera Amerika Syarikat ?"
"... bahawa kukri atau "Pisau Gurkha" merupakan senjata regimen dan lambang pejuang Gurkha ?"
"... bahawa peperangan anti-kapal selam menggunakan kapal laut, pesawat udara ataupun lain-lain untuk mencari, menjejak dan memusnahkan kapal selam musuh?"
"... bahawa submesingan Heckler & Koch MP5 amat digemari oleh pasukan elit terutamanya semasa pertempuran dalam bangunan?"
"... bahawa peluru berpandu Taepodong Korea Utara boleh dilengkapi dengan peledak nuklear dan sasarannya ialah Amerika Syarikat ?"
"... bahawa suatu batalion mempunyai dua hingga enam kompeni , manakala beberapa batalion membentuk briged ?"
"... bahawa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram di Malaysia?"
"... bahawa Tentera Laut Diraja Malaysia bermula dari pembentukan "Sukarelawan Tentera Laut Simpanan Negeri Selat" di Singapura ?"
"... bahawa Tentera Dumbledore (DA) ditubuhkan "kerana" Menteri Sihir takut ia akan ditubuhkan?" (cereka)
"... bahawa dalam Perang Ahzab , parit digali di utara kota Madinah untuk menghalang kemaraan gabungan tentera musuh?"
"... bahawa Kor Polis Tentera DiRaja terletak di bawah cabang Tentera Darat Malaysia namun tugasnya meliputi ketiga-tiga cabang ATM ?"
"... bahawa sistem konvoi diperkenalkan tentera British untuk melindungi kapal-kapal awamnya?"
"... bahawa Malaysia mempunyai enam pasukan elit ?"
"... bahawa C4 tidak akan meletup kecuali diletupkan dengan bahan letupan lain?"
"... bahawa kereta kebal A7V memerlukan 18 orang anggota?"
"... bahawa Perang Teluk dinamakan bersempena Teluk Parsi ?"
"... bahawa kumpulan Taliban berasal dari Mujahideen Afghanistan ?"
"... bahawa panjang busur panjang biasanya serupa dengan ketinggian pemanahnya?"
"... bahawa dalam Perang Badar , tentera Muslim menewaskan tentera Quraisy yang tiga kali ganda lebih ramai?"
"... bahawa submesingan merupakan senjata api yang paling banyak digunakan oleh unit-unit polis dan separa tentera ?"
"... bahawa kecuali dari konteks jenayah bio , senjata biologi tidak berguna bagi tentera ?"
"... bahawa Sukhoi Su-30 direka sebagai pesawat penguasaan udara tetapi juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat?"
"... bahawa pesawat Dassault Rafale cuma mula dibangunkan selepas Perancis menarik diri dari projek Eurofighter Typhoon ?"
"... bahawa terdapat versi khusus pesawat Dassault Mirage 2000 untuk melancarkan serangan nuklear ?"
"... bahawa dalam membina kereta kebal Leclerc , penekanan diberikan untuk memiliki perlindungan aktif, berbeza dengan kebanyakan program negara Barat lain?"
"... bahawa Tentera Udara Amerika Syarikat merupakan angkatan tentera udara yang terbesar dan mempunyai teknologi termaju di dunia?"
"... bahawa antara ciri utama reka bentuk Sukhoi Su-34 ialah keselesaan dua juruterbangnya ??"
"... bahawa pesawat Vickers Warwick boleh digunakan sebagai pengebom atau penyelamat udara-laut?"
"... bahawa Messerschmitt Me 323 merupakan pesawat pengangkut darat terbesar semasa Perang Dunia II ?"
"... bahawa Kepten dalam Tentera Laut Diraja Malaysia lebih kanan dari Kapten Tentera Darat ?"
"... bahawa pesawat Mikoyan MiG-29 berasal dari program yang sama dengan Sukhoi Su-27 ?"
"... bahawa walaupun kewujudan Chengdu J-10 telah lama diperkatakan, kerajaan China tidak pernah mengakuinya sehinggalah awal 2007?"
"... bahawa pesawat F-14 Tomcat dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat tetapi kini dipercayai hanya digunakan oleh tentera udara Iran ?"
"... bahawa program PALAPES bertujuan melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia ?"
"... bahawa pesawat penguasaan udara merupakan sebuah pesawat pejuang yang berperanan untuk memasuki dan menguasai ruang udara musuh?"
"... bahawa F-86 Sabre merupakan pesawat pejuang jet buatan Barat yang paling banyak dikeluarkan?"
"... bahawa pada awalnya, pesawat Dassault Mirage F1 hanya dilengkapi dengan dua buah meriam 30 mm?"
"... bahawa peranan utama helikopter penyerang kini ialah memberi sokongan udara dekat kepada pasukan darat dan anti kereta kebal ?"
"... bahawa sebarang pesawat udara yang boleh melakukan pemerhatian maklumat visual atau pembebasan elektronik layak menjadi pesawat pengawasan ?"
"... bahawa helikopter penyerang AH-64 Apache dipertingkatkan menjadi Westland WAH-64 Apache untuk kegunaan Tentera Darat British ?"
"... bahawa bom juga dapat membunuh manusia dengan hanya bunyi yang dihasilkannya?"
"... bahawa pesawat pejuang Panavia Tornado dibangunkan secara bersama oleh United Kingdom , Jerman Barat dan Itali ?"
"... bahawa helikopter penyerang Kamov Ka-50 memiliki cuma satu tempat duduk?"
"... bahawa kebanyakan peluru berpandu udara ke permukaan terdiri dari jenis tembak-dan-lupa ?"
"... bahawa remaja lelaki di Singapura diwajibkan menyertai Khidmat Negara selama 2 tahun apabila mencecah umur 18 tahun?"
"... bahawa banyak pesawat pejuang P-51 Mustang telah diubahsuai untuk kegunaan awam terutamanya bagi perlumbaan udara ?"
"... bahawa persenjataan yang lazim dalam misi menumpaskan pertahanan udara musuh ialah peluru berpandu anti radar ?"
"... bahawa hanya satu pesawat F-15S/MTD dibina, dan kini digunakan oleh NASA ?"
"... bahawa helikopter tentera moden direka berasaskan sistem modular yang membolehkan penggunaan kerangka pesawat yang sama untuk konfigurasi lain?"