Wikipedia:Tandatangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menandatangani mesej anda pada laman perbincangan dan laman ucapan Wikipedia yang lain merupakan etika yang baik dan memudahkan perbincangan bagi membantu pengguna lain dengan mengenal pasti penulis sesuatu komen itu. Pengguna yang membalas komen itu kemudiannya boleh bergerak ke laman perbincangan dan merujuk kepada komen pengguna tersebut. Perbincangan merupakan sebahagian daripada penyuntingan bersama-sama yang penting kerana ia dapat membantu setiap pengguna untuk memahami kemajuan dan evolusi sesuatu projek yang sedang dikembangkan.

Suntingan yang dilakukan pada rencana-rencana Wikipedia yang utama tidak seharusnya ditandatangani bagi rencana-rencana tersebut. Ini kerana ia ialah projek komuniti berdasarkan sumbangan ramai pengguna lain, justeru seorang penyumbang tidak sepatutnya diutamakan daripada yang lain.

Tujuan tandatangan[sunting sumber]

Tandatangan di Wikipedia untuk membantu mengenal pasti anda sebagai seorang pengguna, serta sumbangan anda kepada Wikipedia. Tindakan ini menggalakkan kesopanan dalam perbincangan bagi mengenal pasti penulis sesuatu komen, dan tarikh serta masa ia ditulis. Disebabkan ini, tindakan memiliki tandatangan yang kurang sopan adalah tidak digalakkan (dalam sesetengah keadaan, sehingga terpaksa menyekat pengguna yang berbuat demikian sehingga tandatangannya diubah). Secara umum, apa-apa sahaja yang tidak dibenarkan dalam polisi nama pengguna sepatutnya tidak digunakan dalam tandatangan juga.

Bila anda harus dan tidak harus menggunakan tandatangan[sunting sumber]

Apa sahaja komen yang dilakukan pada laman perbincangan pengguna, perbincangan rencana, atau mana-mana laman perbincangan lain seharusnya ditandatangani. Suntingan bagi rencana-rencana tidak seharusnya ditandatangani, kerana tandatangan di Wikipedia bukannya untuk menunjukkan hak pemilikan atau penulisan pada rencana-rencana Wikipedia. Sebaliknya, sejarah suntingan digunakan untuk mengenal pasti suntingan oleh para pengguna masing-masing. Justeru, tandatangan tidak seharusnya juga digunakan dalam ringkasan suntingan kerana kegagalannya diterjemah daripada ~~~~. Dalam keadaan lain di mana mesej-mesej tidak seharusnya ditandatangani, arahan-arahan tertentu akan dibekalkan kepada para penyumbang.

Bagaimana hendak menandatangani mesej anda[sunting sumber]

Terdapat dua cara untuk menandatangani mesej atau komen anda:

1. Pada penghujung komen-komen anda, hanya taipkan empat tanda gelombang (~), seperti ini: ~~~~.

2. Jika anda sedang menggunakan pilihan kotak suntingan (ia kadang-kala muncul di atas skrin suntingan secara terpilih[1]), klik pada ikon tandatangan () untuk menambah empat tilde tersebut.

Tandatangan anda akan muncul selepas anda menyimpan perubahan yang dilakukan.

Keputusan yang sama akan diterima dalam kedua-dua kes ini. Menaip empat tilde akan menunjukkan yang berikut:

Wikiteks Kod paparan Paparan akhir
~~~~
[[Pengguna:Contoh|Contoh]] ([[Perbincangan pengguna:Contoh|perbincangan]]) 04:25, 19 Mac 2024 (UTC) Contoh (perbincangan) 04:25, 19 Mac 2024 (UTC)[balas]

Disebabkan menaip empat tilde menambah masa dan tarikh kepada tandatangan anda yang dipaparkan, ini merupakan pilihan yang diutamakan untuk menandatangani mesej-mesej anda dalam perbincangan.

Menaip tiga tilde mengakibatkan yang berikut dipaparkan:

Wikiteks Kod paparan Paparan akhir
~~~
[[Pengguna:Contoh|Contoh]] ([[Perbincangan pengguna:Contoh|perbincangan]]) Contoh (perbincangan)

Disebabkan ini tidak meletakkan tarikh pada tandatangan anda, anda mungkin ingin menandatangani menggunakan kaedah ini apabila meninggalkan sebarang notis-notis umum pada laman pengguna atau perbinangan pengguna anda. Ini juga merupakan jalan pintas yang mudah (berbanding dengan kaedah menaip kod penuhnya) apabila anda ingin membekalkan sesuatu pautan pada laman pengguna anda.

Menaip lima tilde pula akan meletakkan tarikh berserta waktu dan tarikh semasa, tanpa menambah tandatangan anda, seperti yang berikut:

Wikiteks Kod paparan Paparan akhir
~~~~~
04:25, 19 Mac 2024 (UTC) 04:25, 19 Mac 2024 (UTC)

Sila ambil perhatian; jika anda memilih untuk menyumbang di Wikipedia tanpa menjadi pengguna log masuk, anda tetap harus menandatangani mesej-mesej anda. Dalam kes ini, alamat IP anda akan menggantikan nama pengguna anda.

Alamat IP anda mungkin kelihatan seperti ini: 192.0.2.58. Sesetengah pengguna lebih gemar menggunakan alamat IP mereka dan bukannya nama pengguna mereka kerana mereka berpendapat bahawa alamat IP dapat memberi lebih privasi. Namun sebenarnya, sebuah akaun yang berdaftar dengan sebuah nama memberi lebih perlindungan kepada identiti anda kerana alamat IP boleh dikesan oleh sesiapa sahaja. Alamat IP pengguna-pengguna berdaftar disembunyikan daripada paparan awam.

Ambil perhatian juga bahawa menandatangani secara manual dengan tag atau nama samaran tertentu seperti --anon tidak akan membekalkan lebih perlindungan privasi kepada anda, kerana alamat Ip anda masih disimpan dalam sejarah laman di Wikipedia. Ini juga mengakibatkan kesukaran kepada pengguna lain untuk berkomunikasi dengan anda. Jika anda memilih untuk menandatangani menggunakan cara ini, anda harus tetap menaip empat tilde: --anon ~~~~.

Lihat juga: (Inggeris) Penterjemahan wikiteks secara automatik dalam Bantuan.

Selanjutnya tentang laman perbincangan[sunting sumber]

Sila lihat Wikipedia:Laman perbincangan untuk garis panduan tentang kegunaan laman-laman perbincangan.

  1. ^ Jika pelayar web tidak membenarkan JavaScript, ikon-ikon akan muncul hanya jika ia diubah. Jika pelayar web dipilih untuk tidak menunjukkan gambar ikonnya boleh dijumpai pada "Tandatangan anda dengan timestamp".

Lihat juga[sunting sumber]