Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
NOTA: Terjemahan ini dibuat berdasarkan versi asal dalam Bahasa Inggeris (versi bahasa Inggeris telah ditampal dalam halaman perbualan rencana ini). Walaupun percubaan telah dibuat untuk memastikan terjemahan kata demi kata, terdapatnya kekaburan disebabkan gaya undang-undang yang seringnya mempunyai ayat yang terlalu panjang. Oleh itu, kaedah senarai telah dipergunakan untuk memecahkan ayat yang terlalu panjang supaya lebih muda dibaca dan difahami. Walaupun tidak banyak, beberapa ayat juga telah disusun semula untuk memudahkan pemahaman.


Versi 1.2, November 2002

Hak cipta (c) 2000,2001,2002  Yayasan Perisian Bebas, Inc.
51 Franklin St, Tingkat ke-5, Boston, MA  02110-1301  Amerika Syarikat
Setiap orang dibenarkan menyalin dan menyebarkan salinan-salinan kata 
demi kata untuk dokumen lesen ini, tetapi pertukarannya tidak dibenarkan.

0. Mukadimah[sunting | sunting sumber]

Tujuan Lesen ini adalah untuk menghasilkan buku panduan, buku teks, atau sebarang dokumen yang berfungsi dan berguna dengan "bebas" dalam erti kata kebebasan: untuk menjamin semua orang kebebasan yang berkesan untuk menyalin dan menyebarkan semula, dengan atau tanpa mengubahsuainya, sama ada secara perdagangan atau tidak. Lesen ini juga mengekalkan cara untuk penulis dan penerbit mendapat pengiktirafan bagi karya mereka, tanpa dianggap bertanggungjawab terhadap pengubahsuaian yang dilakukan oleh orang lain.

Lesen ini merupakan sejenis lesen "copyleft", iaitu karya-karya terbitannya harus bebas juga dalam erti kata yang sama. Ia melengkapan Lesen Awam Am GNU yang merupakan lesen copyleft yang direka bentuk untuk perisian bebas.

Kami telah mereka bentuk Lesen ini untuk penggunaan buku panduan perisian bebas, kerana perisian bebas memerlukan dokumentasi bebas: sebuah perisian bebas harus datang dengan buku-buku panduan yang memberikan kebebasan-kebebasan yang sama dengan perisiannya. Tetapi Lesen ini tidak terhad sahaja kepada buku-buku panduan untuk perisian; ia juga boleh dipergunakan untuk sebarang karya teks, tanpa mengira sama ada ia diterbit dalam bentuk buku bercetak atau tidak. Kami menyarankan Lesen itu terutamanya untuk karya-karya yang bertujuan untuk arahan atau rujukan.

1. Kebolehgunaan dan takrif-takrif[sunting | sunting sumber]

Lesen ini meliputi sebarang buku-buku panduan atau karya-karya lain, tanpa mengira perantaranya, yang mengandungi pemberitahuan pemegang hak cipta yang mengatakan bahawa karya itu boleh disebarkan di bawah syarat-syarat Lesen ini. Pemberitahuan sebegini memberikan lesen sejagat tanpa royalti serta tanpa had tempoh, untuk menggunakan karya itu di bawah syarat-syarat yang dinyatakan di sini. "Dokumen" ini merujuk kepada sebarang buku panduan atau karya. Mana-mana satu ahli orang awam adalah pemegang lesen, dan dipanggil sebagai "anda". Anda dianggap telah bersetuju dengan lesen ini jika anda menyalin, mengubah suai atau menyebarkan karya tersebut dalam cara yang memerlukan kebenaran di bawah undang-undang hak cipta.

Versi Terubah Suai[sunting | sunting sumber]

"Versi Terubah Suai" untuk sesuatu Dokumen merujuk kepada sebarang karya yang mengandungi Dokumen tersebut atau sebahagiannya, sama ada disalin kata demi kata, atau dengan pengubahsuaian, dan/atau diterjemahkan dalam bahasa yang lain.

Bahagian Sekunder[sunting | sunting sumber]

"Bahagian Sekunder" merupakan lampiran bernama atau bahagian pendahuluan bagi sesuatu Dokumen yang semata-mata membincangkan hubungan antara penerbit-penerbit atau penulis-penulis Dokumen itu dengan perkara keseluruhan Dokumen itu (atau perkara-perkara yang berkaitan), dan tidak mengandungi apa-apa yang boleh dianggap secara langsung sebagai sebahagian perkara keseluruhan itu. (Oleh itu, jika Dokumen itu ialah sebahagian buku teks Matematik, sebuah Bahagian Sekunder tidak boleh menerangkan sebarang matematik.) Hubungan yang dimaksudkan boleh mengambil bentuk kaitan sejarah dengan perkara itu (atau perkara-perkara yang berkaitan), ataupun kedudukan undang-undang, komersil, falsafah, etika atau politik terhadapnya.

Bahagian-bahagian tak berubah[sunting | sunting sumber]

"Bahagian-bahagian Tak Berubah" merupakan bahagian-bahagian sekunder yang mempunyai tajuk yang menamainya sebagai Bahagian Tak Berubah dalam pemberitahuan yang mengatakan Dokumen itu diterbitkan di bawah Lesen ini. Jika sebuah bahagian tidak sewajar dengan takrif "Sekunder" di atas, ia tidak dibenarkan dinamai sebagai "Tak Berubah". Sebuah dokumen tidak semestinya mempunyai Bahagian-bahagian Tak Berubah. Jika sebuah Dokumen tidak mengenal pasti sebarang Bahagian Tak Berubah, ia dianggap tidak mempunyainya.

Teks kulit[sunting | sunting sumber]

"Teks Kulit" merupakan bahagian-bahagian teks ringkas yang disenaraikan sebagai "Teks Kulit Depan" atau "Teks Kulit Belakang" dalam pemberitahuan yang mengatakan bahawa Dokumen itu diterbitkan di bawah Lesen ini. "Teks Kulit Depan" tidak boleh mengandungi lebih daripada lima perkataan, dan "Teks Kulit Belakang" tidak boleh mengandungi lebih daripada 25 perkataan.

Salinan Nyata[sunting | sunting sumber]

Salinan "Nyata" bagi sesuatu Dokumen merujuk kepada salinan boleh dibaca mesin yang:

  • disampaikan dalam format yang spekifikasinya diberikan kepada orang awam;
  • sesuai untuk menyemak dengan mudah dengan penyunting teks generik, atau (untuk imej berpiksel) perisian grafik generik, atau (untuk lukisan) penyunting lukisan yang boleh didapati dengan mudah; dan
  • sesuai untuk pemasukan dalam pemformat teks atau untuk penterjemahan automatik dalam pelbagai format yang sesuai untuk pemasukan dalam pemformat teks.

Sebuah salinan yang dibuat dalam format fail Nyata tetapi tandaannya (atau ketiadaan tandaan) telah disusun supaya menghalang atau tidak menggalakkan pengubahsuaian kemudian oleh pembaca-pembaca adalah tidak Nyata. Format imej adalah tidak Nyata jika digunakan untuk teks yang terlalu banyak. Sesuatu salinan yang bukan "Nyata" dipanggil "Kabur".

Contoh-contoh format yang sesuai untuk salinan Nyata termasuk:

  • ASCII biasa tanpa tandaan;
  • format input Texinfo;
  • format input LaTeX;
  • SGML atau XML yang menggunakan DTD yang dapat diperolehi di mana-mana; dan
  • HTML mudah, PostScript atau PDF yang mematuhi piawai dan yang direka bentuk untuk pengubahsuaian manusia.

Contoh-contoh format imej Nyata termasuk PNG, XCF dan JPG. Format-format kabur termasuk:

  • format-format proprietari yang boleh dibaca dan disunting cuma melalui pemproses kata proprietari;
  • SGML atau XML yang memerlukan peralatan pemprosesannya yang tidak mudah didapati;
  • HTML, PostScript atau PDF yang dijana oleh sebilangan pemproses kata untuk tujuan output sahaja.

Halaman tajuk[sunting | sunting sumber]

Untuk buku bercetak, "Halaman Tajuk" bermakna halaman tajuk bersama-sama dengan halaman-halaman berikutnya yang diperlukan untuk mengemukakan, secara mudah dibaca, bahan-bahan Lesen ini dalam halaman tajuk.

Untuk karya-karya dalam format yang tidak mengandungi halaman tajuk, "Halaman Tajuk" bermakna teks yang berhampiran dengan tajuk karya yang paling menonjol, dan yang mendahului permulaan isi teks.

Bertajuk XYZ[sunting | sunting sumber]

Sebuah bahagian "Bertajuk XYZ" merujuk kepada subunit bernama bagi sebuah Dokumen yang bertajuk XYZ, atau mengandungi XYZ dalam tanda kurung yang menyusul teks yang menterjemahkan XYZ dalam bahasa yang lain. (Di sini, XYZ merupakan nama bahagian tertentu yang disebut dibawah, seperti "Pengakuan", "Dedikasi", "Sokongan", atau "Sejarah"). "Mengekalkan Tajuk" untuk sesuatu bahagian sewaktu mengubah suai sesuatu Dokumen bermakna bahawa bahagian itu dikekalkan sebagai bahagian "Bertajuk XYZ" menurut takrif ini.

Dokumen itu mungkin termasuk Penafian-penafian Waranti disebelah pemberitahuan yang menyatakan bahawa Lesen ini telah digunakan untuk Dokumen tersebut. Penafian-penafian Waranti ini dianggap telah dimasukkan melalui rujukan dalam Lesen ini, tetapi cuma untuk penafian waranti-waranti; sebarang implikasi lain yang Penafian-penafian Waranti mungkin mempunyai adalah terbatal dan tidak mempunyai kesan terhadap maknanya dalam Lesen ini.

2. Penyalinan kata demi kata[sunting | sunting sumber]

Anda boleh menyalin dan menyebarkan sesuatu Dokumen dalam sebarang perantara, sama ada secara komersil atau tidak, asalkan Lesen ini, pemberitahuan-pemberitahuan hak cipta, serta pemberitahuan lesen yang mengatakan bahawa Dokumen anda menggunakan Lesen ini disalinkan pada setiap salinan Dokumen, dan anda tidak menambahkan sebarang syarat-syarat yang lain kepada Lesen ini.

Anda tidak boleh menggunakan langkah-langkah teknikal untuk menghalang atau mengawal pembacaan atau penyalinan lanjutan terhadap salinan-salinan yang anda buat atau menyebar. Bagaimanapun, anda boleh menerima pampasan sebagai pertukaran untuk salinan-salinan anda. Jika anda menyebarkan bilangan salinan yang cukup besar, anda harus mematuhi syarat-syarat di bahagian 3.

Anda juga boleh meminjamkan salinan-salinan anda di bawah syarat-syarat yang sama (yang tertulis di atas), dan anda juga boleh mempamerkan salinan-salinan anda di khalayak ramai.

3. Penyalinan dalam kuantiti besar[sunting | sunting sumber]

Jika anda menerbitkan salinan-salinan bercetak (atau salinan-salinan dalam perantara yang biasanya mempunyai kulit bercetak) untuk sesuatu Dokumen yang melebihi 100 naskhah, dan pemberitahuan lesen Dokumen memerlukan Teks Kulit, anda harus mengurungkan salinan-salinan anda dengan kulit yang menyatakan, secara jelas dan mudah dibaca, kesemua Teks Kulit ini: "Teks Kulit Depan" untuk kulit depan, dan "Teks Kulit Belakang" untuk kulit belakang. Kedua-dua kulit harus mengenal pasti anda, secara jelas dan mudah dibaca, sebagai penerbit untuk salinan-salinan itu. Anda boleh memasukkan bahan-bahan yang lain dalam kulit sebagai tambahan. Asalkan tajuk Dokumen dikekalkan dan syarat-syarat ini dipatuhi, penyalinan dengan pertukaran yang terhad kepada kulit-kulitnya boleh dianggap sebagai penyalinan kata demi kata dalam hal-hal yang lain.

Jika teks-teks yang diperlukan untuk mana-mana satu kulit adalah terlalu banyak untuk dimasukkan supaya mudah dibaca, anda harus memasukkan teks-teks yang depan (seberapa banyak yang mungkin) pada kulit yang sebenarnya, dan yang lain disambungkan pada halaman-halaman yang bersebelahan.

Jika anda menerbit atau menyebarkan salinan-salinan Dokumen yang Kabur melebihi 100 naskhah, anda harus:

  • memasukkan salinan Nyata yang boleh dibaca mesin, bersama-sama dengan setiap salinan Kabur; atau
  • menyatakan, dalam atau dengan setiap salinan Kabur, lokasi dalam rangkaian komputer yang salinan Nyata untuk Dokumen tersebut dapat dimuat turun, bebas daripada bahan tambahan, melalui protokol rangkaian piawai untuk orang awam.

Jika anda menggunakan pilihan yang kedua, anda harus mengambil langkah-langkah yang agak cermat sewaktu anda mengedarkan salinan-salinan Kabur dalam jumlah yang besar, untuk memastikan bahawa salinan Nyata ini akan dapat dicapai di lokasi yang diberikan sehingga sekurang-kurangnya satu tahun selepas salinan Kabur yang terakhir untuk edisi itu disebarkan (secara langsung ataupun melalui ejen-ejen atau peruncit-peruncit) kepada orang awam.

Adalah dimintai, tetapi tidak diwajibkan, bahawa anda menghubungi penulis-penulis Dokumen tersebut lebih dahulu sebelum menyebarkan semula salinan-salinan dalam jumlah yang besar supaya dapat memberikan mereka peluang untuk membekalkan anda dengan versi kemas kini untuk Dokumen itu.

4. Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Anda boleh menyalin dan menyebarkan Versi Terubah Suai bagi sesuatu Dokumen di bawah syarat-syarat bahagian 2 dan 3 di atas, asalkan anda menerbitkannya tepat di bawah Lesen ini, dengan Versi Terubah Suai mengambil peranan Dokumen yang asal, dan oleh itu, melesenkan pengedaran dan pengubahsuaian Versi Terubah Suai kepada sesiapa yang memiliki salinan itu. Tambahan pula, anda harus membuat perkara-perkara yang berikut dalam Versi Terubah Suai:

  • A. Gunakanlah tajuk untuk Halaman Tajuk (dan dalam kulitnya, jika ada) yang berbeza dengan tajuk Dokumennya, dan dengan versi-versi terdahulu (yang harus disenaraikan, jika ada, dalam bahagian Sejarah untuk Dokumen itu). Anda boleh menggunakan tajuk yang sama dengan versi terdahulu jika penerbit yang asal untuk versi itu memberikan kebenaran.
  • B. Senaraikan dalam Halaman Tajuk sebagai penulis, satu atau lebih orang atau entiti yang bertanggungjawab terhadap penulisan Versi Terubah Suai, bersama-sama dengan sekurang-kurangnya lima orang penulis yang utama untuk Dokumen itu (kesemua penulis utama, jika kurang daripada lima orang), kecuali mereka melepaskan anda daripada keperluan ini.
  • C. Nyatakanlah nama penerbit sebagai penerbit untuk Versi Terubah Suai tu dalam Halaman Tajuk.
  • D. Kekalkanlah kesemua pemberitahuan hak cipta untuk Dokumen itu.
  • E. Tambahkanlah pemberitahuan hak cipta yang sesuai untuk pengubahsuaian anda disebelah hak cipta yang lain.
  • F. Masukkanlah, betul-betul selepas pemberitahuan-pemberitahuan hak cipta, pemberitahuan lesen yang memberikan kebenaran kepada orang awam untuk menggunakan Versi Terubah Suai di bawah syarat-syarat Lesen ini, dalam bentuk yang ditunjukkan dalam Adendum di bawah.
  • G. Dalam pemberitahuan lesen itu, kekalkanlah senarai lengkap untuk Bahagian-bahagian Tak Berubah dan Teks Kulit yang wajib yang diberikan dalam pemberitahuan lesen Dokumen itu.
  • H. Masukkanlah salinan Lesen ini yang tidak diubah.
  • I. Kekalkanlah bahagian yang Bertajuk "Sejarah", serta Tajuknya, dan tambahkan kepadanya sebuah butiran yang menyatakan sekurang-kurangnya, tajuk, tahun, penulis-penulis baru, dan penerbit untuk Versi Terubah Suai seperti yang diberikan dalam Halaman Tajuk. Jika tiadanya bahagian yang Bertajuk "Sejarah" dalam Dokumen itu, ciptakanlah satu bahagian untuk menyatakan butiran-butiran tersebut, dan kemudiannya tambahkanlah sebuah butiran yang memerikan Versi Terubah Suai seperti yang dinyatakan di ayat terdahulu.
  • J. Kekalkanlah lokasi rangkaian, jika ada, yang diberikan dalam Dokumen itu untuk capaian salinan Dokumen yang Nyata oleh orang awam, dan begitu juga untuk lokasi-lokasi rangkaian yang diberikan dalam Dokumen itu untuk versi-versi terdahulu yang merupakan dasar versi anda. Kesemua ini boleh dimasukkan dalam bahagian "Sejarah". Anda boleh tinggalkan lokasi rangkaian untuk karya yang diterbitkan sekurang-kurang empat tahun sebelum Dokumen itu, atau jika penerbit yang asal untuk versi yang dirujukkan memberikan anda kebenaran.
  • K. Bagi mana-mana satu bahagian yang Bertajuk "Pengakuan" atau "Dedikasi", Kekalkanlah Tajuk bahagian itu, serta kesemua bahan dan nada bagi setiap pengakuan penyumbang dan/atau dedikasi yang diberikan di sana.
  • L. Kekalkanlah kesemua Bahagian Tak Berubah untuk Dokumen itu, tanpa mengubahkan teks dan tajuknya. Nombor bahagian atau padanannya tidak dianggap sebagai sebahagian tajuk bahagian.
  • M. Padamkanlah sebarang bahagian yang Bertajuk "Pengendorsan". Bahagian seperti itu tidak harus dimasukkan dalam Versi Terubah Suai.
  • N. Jangan mengubahkan tajuk mana-mana satu bahagian tersedia yang akan diberikan tajuk "Pengendorsan" atau yang bercanggah dengan tajuk mana-mana satu Bahagian Tak Berubah.
  • O. Kekalkanlah Penafian-penafian Waranti.

Jika Versi Terubah Suai merangkumi bahagian-bahagian halaman awal yang baru atau lampiran-lampiran yang berlayak menjadi Bahagian-bahagian Sekunder dan tidak mengandungi bahan-bahan yang disalin daripada Dokumen itu, anda boleh memilih untuk menetapkan sebilangan atau kesemua bahagian-bahagian itu sebagai tidak berubah. Untuk berbuat demikan, tambahkanlah tajuk-tajuknya ke dalam senarai Bahagian-bahagian Tak Berubah dalam pemberitahuan lesen Versi Terubah Suai. Tajuk-tajuk ini harus tidak sama dengan tajuk-tajuk bahagian yang lain.

Anda boleh menambahkan sebuah bahagian Bertajuk "Pengendorsan", asalkan ia tidak mengandungi sebarang bahan-bahan yang lain kecuali pengendorsan Versi Terubah Suai oleh pelbagai pihak — umpamanya, kenyataan-kenyataan penilaian setara atau kenyataan-kenyataan bahawa teks itu telah diiktirafkan oleh sebuah pertubuhan sebagai takrif berwibawa untuk sesuatu piawai.

Anda boleh menambahkan sebuah bahagian yang tidak melebihi lima perkataan sebagai Teks Kulit Depan, dan sebuah bahagian yang tidak melebihi 25 perkataan sebagai Teks Kulit Belakang, di hujung senarai Teks-Teks Kulit dalam Versi Terubah Suai. Hanya sebuah bahagian Teks Kulit Depan dan sebuah bahagian Teks Kulit Belakang boleh ditambahkan oleh (atau melalui persediaan yang dibuat oleh) mana-mana satu entiti.

Jika Dokumen itu sudah mempunyai teks kulit yang anda pernah menambahkan dahulu, atau ditambahkan melalui persediaan oleh entiti yang anda kini bertindak, anda tidak boleh menambahkannya lagi; tetapi anda boleh menggantikan teks kulit yang lama jika anda mendapat kebenaran yang sangat jelas daripada penerbit terdahulu yang memasukkan teks yang lama itu.

Penulis(-penulis) dan penerbit(-penerbit) Dokumen itu tidak, melalui Lesen ini, memberikan kebenaran untuk menggunakan nama-nama mereka untuk publisiti, atau untuk menegaskan ataupun membayangkan pengendorsan mana-mana satu Versi Terubah Suai.

5. Penggabungan dokumen[sunting | sunting sumber]

Anda boleh menggabungkan sesuatu Dokumen dengan dokumen-dokumen lain yang diterbitkan di bawah syarat-syarat Lesen ini yang ditakrif dalam bahagian 4 di atas untuk versi-versi terubah suai, asalkan anda:

  • memasukkan dalam gabungan itu kesemua Bahagian Tak Berubah untuk kesemua dokumen yang asal, tanpa membuat sebarang perubahan;
  • senaraikannya sebagai Bahagian-bahagian Tak Berubah untuk karya gabungan anda dalam pemberitahuan lesennya; dan
  • mengekalkan kesemua Penafian-penafian Waranti.

Karya gabungan anda hanya memerlukan satu salinan Lesen ini, dan Bahagian-bahagian Tak Berubah berbilang yang sama boleh digantikan dengan satu salinan yang tunggal. Jika terdapatnya Bahagian-bahagian Tak Berubah berbilang dengan nama yang sama tetapi mempunyai kandungan yang berbeza, jadikanlah setiap tajuk bahagian supaya menjadi unik melalui pemasukan dalam tanda kurung di hujung tajuk itu, nama penulis atau penerbit yang asal untuk bahagian itu (jika diketahui) ataupun nombor yang unik. Buatlah penyesuaian yang sama bagi setiap tajuk bahagian dalam senarai Bahagian-bahagian Tak Berubah dalam pemberitahuan lesen untuk karya gabungan anda.

Dalam gabungan anda, anda harus menggabungkan sebarang bahagian-bahagian Bertajuk "Sejarah" dalam pelbagai dokumen yang asal, untuk menjadikan sebuah bahagian Bertajuk "Sejarah"; begitu juga, gabungkanlah sebarang bahagian-bahagian yang Bertajuk "Pengakuan", dan sebarang bahagian-bahagian yang Bertajuk "Dedikasi". Anda harus memadamkan kesemua bahagian yang Bertajuk "Pengendorsan".

6. Koleksi-koleksi dokumen[sunting | sunting sumber]

Anda boleh mencipta sebuah koleksi yang terdiri daripada sesuatu Dokumen dan dokumen-dokumen lain yang diterbitkan di bawah Lesen ini, dan menggantikan salinan-salinan Lesen ini yang berasingan dalam dokumen-dokumen itu dengan satu salinan Lesen tunggal yang dimasukkan ke dalam koleksi anda, asalkan anda mematuhi syarat-syarat Lesen ini yang berkaitan dengan penyalinan kata demi kata bagi hal-hal yang lain.

Anda boleh memetik satu dokumen daripada koleksi seperti itu, dan menyebarkannya secara berasingan di bawah Lesen ini, asalkan anda memasukkan salinan Lesen ini dalam dokumen petikan anda, serta mematuhi syarat-syarat Lesen ini yang berkaitan dengan penyalinan kata demi kata bagi hal-hal yang lain.

7. Pengagregatan karya-karya yang berasingan[sunting | sunting sumber]

Penyusunan sesuatu Dokumen atau terbitan-terbitannya dengan dokumen-dokumen atau karya-karya yang berasingan, dalam ataupun di dalam sesuatu jilid perantara storan atau pengedaran, digelarkan "agregat" jika hak cipta yang dihasilkan oleh penyusunan itu tidak dipergunakan untuk mengehadkan hak-hak undang-undang pengguna-pengguna penyusunan itu yang melebihi apa yang karya-karya berasingannya membenarkan. Semasa sesuatu Dokumen dimasukkan ke dalam agregat itu, Lesen ini tidak melibatkan karya-karya yang lain dalam agregat itu yang tidak pada dirinya sendiri merupakan karya terbitan Dokumen itu.

Jika keperluan bahagian 3 untuk Teks Kulit mengaitkan salinan-salinan Dokumen itu, dan jika Dokumen itu tidak melebihi setengah daripada seluruh agregat itu, Teks Kulit Dokumen boleh dimasukkan dalam kulit-kulit yang mengurungkan Dokumen itu dalam agregat, atau padanan kulit elektronik, jika Dokumen ini adalah dalam bentuk elektronik. Jika tidak, ia harus dimasukkan dalam kulit-kulit bercetak yang mengurungkan keseluruhan agregat itu.

8. Terjemahan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab terjemahan dianggap sebagai sejenis pengubahsuaian, anda boleh menyebarkan terjemahan-terjemahan sesuatu Dokumen di bawah syarat-syarat bahagian 4. Penggantian Bahagian-bahagian Tak Berubah dengan terjemahannya memerlukan kebenaran yang khas daripada pemegang-pemegang hak cipta, tetapi anda boleh memasukkan terjemahan sebahagian ataupun seluruh Bahagian-bahagian Tak Berubah sebagai tambahan untuk versi yang asal. Anda juga boleh memasukkan terjemahan untuk Lesen ini dan kesemua pemberitahuan lesen dalam Dokumen itu, serta Penafian-penafian Waranti, asalkan anda juga memasukkan kesemua versi yang asalnya. Jika terdapatnya percanggahan antara versi terjemahan dengan versi yang asal, versi asal akan mengatasi versi terjemahannya.

Jika sebuah bahagian dalam Dokumen itu mempunyai tajuk "Pengakuan", "Dedikasi", atau "Sejarah", keperluan (bahagian 4) untuk mengekalkan Tajuknya (bahagian 1) biasanya akan memerlukan penggantian tajuk yang sebenarnya.

9. Penamatan[sunting | sunting sumber]

Anda tidak boleh menyalin, mengubah suai, melesenkan semula, atau menyebarkan sesuatu Dokumen, kecuali dibenarkan dengan nyata di bawah Lesen ini. Sebarang percubaan yang lain untuk menyalin, mengubah suai, melesenkan semula, atau menyebarkan Dokumen itu adalah tidak sah, dan akan mengakibatkan penamatan hak-hak anda secara automatik di bawah Lesen ini. Bagaimanapun, lesen pihak-pihak yang telah menerima salinan-salinan atau hak-hak daripada anda di bawah Lesen ini tidak akan terjejas, asalkan mereka mematuhi syarat-syarat Lesen ini dengan sepenuhnya.

10. Semakan-semakan Lesen ini pada masa depan[sunting | sunting sumber]

Yayasan Perisian Bebas boleh menerbitkan versi-versi semakan yang baru untuk Lesen Dokumentasi Bebas dari semasa ke semasa. Versi-versi baru itu akan serupa dengan versi kini dari segi semangat, tetapi mungkin berbeza dalam perinciannya untuk mengatasi masalah-masalah atau rasa bimbang yang baru. Sila lihat: http://www.gnu.org/copyleft/.

Setiap versi Lesen ini diberikan nombor versi untuk membezakannya. Jika sesuatu Dokumen menetapkan versi bernombor yang tertentu "atau sebarang versi kemudian" untuk Lesen ini, anda mempunyai pilihan untuk mematuhi syarat-syarat versi yang tertentu atau versi kemudian yang diterbitkan (tidak termasuk draf) oleh Yayasan Perisian Bebas. Jika Dokumen itu tidak menetapkan nombor versi Lesen itu, anda boleh memilih mana-mana satu versi yang pernah diterbitkan (tidak termasuk draf) oleh Yayasan Perisian Bebas.

Bagaimana menggunakan Lesen ini untuk dokumen-dokumen anda[sunting | sunting sumber]

Untuk menggunakan Lesen ini dalam dokumen yang anda menulis, masukkanlah salinan Lesen ini dalam dokumen anda, diikuti dengan pemberitahuan-pemberitahun hak cipta dan lesen benar-benar selepas halaman tajuk:

Hak cipta (c)  TAHUN     NAMA ANDA.
Kebenaran diberikan untuk menyalin, menyebarkan dan/atau mengubah suai 
dokumen ini di bawah syarat-syarat Lesen Dokumentasi Bebas GNU Versi 1.2
atau sebarang versi-versi kemudian yang diterbitkan oleh Yayasan Perisian 
Bebas; tanpa Bahagian-bahagian Tak Berubah, tanpa Teks Kulit Depan, dan 
tanpa Teks Kulit Belakang. Satu salinan lesen ini termasuk dalam bahagian 
bertajuk "Lesen Dokumentasi Bebas GNU".

Jika anda mempunyai Bahagian-bahagian Tak Berubah, Teks-teks Kulit Depan dan Teks-teks Kulit Belakang, tukarkanlah frasa "tanpa Teks Kulit Depan, dan tanpa Teks Kulit Belakang" dengan ini:

   dengan Bahagian-bahagian Tak Berubah terdiri daripada SENARAIKAN TAJUK-TAJUKNYA, 
   dengan Teks Kulit Depan terdiri daripada SENARAI, dan dengan Teks Kulit Belakang
   terdiri daripada SENARAI.

Jika anda mempunyai Bahagian-bahagian Tak Berubah, ataupun mana-mana satu gabungan daripada ketiga-tiga itu, gabungkanlah kedua-dua pilihan di atas untuk menyesuaikan dengan keadaan.

Jika dokumen anda mengandungi contoh-contoh kod atur cara yang tidak remeh, kami menyarankan penerbitan contoh-contoh ini di bawah pilihan lesen perisian bebas anda, seperti Lesen Awam Am GNU, untuk membenarkan kegunaannya bersama-sama dengan perisian bebas anda.