Pergi ke kandungan

Wikipedia:Teori pinggiran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam konteks Wikipedia, istilah teori pinggiran digunakan dalam makna luas untuk menggambarkan idea yang jauh menyimpang daripada pandangan lazim atau pandangan arus perdana dalam bidang tertentu. Oleh kerana Wikipedia bertujuan untuk meringkaskan pendapat yang penting dengan perwakilan yang berkadaran dengan penonjolannya, rencana Wikipedia tidak seharusnya menjadikan teori pinggiran kelihatan lebih ketara atau diterima secara meluas daripada keadaan sebenar. Pernyataan tentang kebenaran sesuatu teori mestilah berdasarkan sumber bebas yang boleh dipercayai. Jika dibincangkan dalam rencana berkenaan idea arus perdana, teori yang tidak disokong secara meluas oleh kesarjanaan dalam bidangnya tidak boleh diberi berat yang tidak wajar,[1] dan beberapa sumber yang boleh dipercayai mestilah dipetik untuk mengesahkan hubungan idea minoriti dengan idea arus perdana secara serius dan benar.

Terdapat banyak sebab untuk syarat-syarat berkaitan hal ini. Wikipedia bukanlah dan tidak boleh menjadi sumber pengesahan untuk subjek yang tidak penting, dan ia bukanlah forum untuk penyelidikan asli.[2] Untuk memastikan para penyunting rencana Wikipedia menulis tentang idea berkontroversi secara neutral, mereka perlulah kekal hanya menyatakan semula apa yang dikatakan oleh sumber sekunder bebas yang mempunyai ketersahihan dan kualiti yang munasabah.

Dasar yang mengawal tentang teori pinggiran ialah tiga dasar kandungan teras: Sudut pandangan berkecuali, Tiada penyelidikan asal dan Ketersahihan. Semua dasar ini bersama-sama mengatakan bahawa sesebuah rencana di Wikipedia tidak boleh mengandungi sebarang analisis atau paduan idea asli, yakni bahan rujukan yang berkemungkinan boleh dicabar itu memerlukan sumber yang benar-benar boleh disahkan, dan semua pandangan majoriti dan minoriti penting yang diterbitkan dalam sumber yang boleh dipercayai harus diwakili secara adil dan berkadar. Sekiranya timbul sebarang ketidakkonsistenan antara garis panduan ini dan dasar kandungan, dasar tersebut diutamakan.

Teori pinggiran dan rencana berkaitan telah menjadi subjek beberapa kes timbang tara. Lihat Wikipedia:Teori pinggiran/kes timbang tara.

Lihat juga

[sunting sumber]