Wikipedia:Tutorial (versi lama)/Laman perbincangan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.
Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Perbincangan

Salah satu ciri utama Wikipedia ialah kemampuannya untuk membincangkan rencana dan isu-isu lain dengan ahli Wikipedia yang lain.

Jika anda ingin bertanyakan soalan mengenai sesuatu rencana, atau anda mempunyai komen atau pendapat, anda boleh menyampaikannya di bahagian perbincangan. Anda perlu menekan bebutang "perbincangan" di bahagian atas laman rencana tersebut. Jika pautan perbincangan itu kelihatan merah, maknanya tiada mesej di dalamnya lagi.

Apabila anda menghantar komen baru, letakkannya di bahagian bawah laman. Pengecualian diberikan jika anda ingin membalas mesej orang lain. Untuk membalas mesej, anda perlu meletakkan mesej anda di bawah mesej tersebut. Anda juga boleh melekukkan (indent) komen anda dengan menaip tanda ":" pada permulaan mesej.

Anda juga perlu menandatangani komen anda dengan menaip "~~~" untuk nama samaran, atau "~~~~" untuk nama samaran dan waktu tandatangan. Apabila anda menyimpan laman tersebut, tandatangan anda akan dimasukkan secara automatik. Kebanyakan daripada kami menggunakan pilihan yang kedua kerana ia memudahkan perbincangan seterusnya.

Lekukan

Lekukan boleh membantu pembaca lain mengikuti perbincangan dengan mudah. Perkara biasa yang dilakukan ialah memasukkan mesej anda di bawah mesej yang ingin anda balas. Ada beberapa bentuk lekukan:

Lekukan kosong

Cara yang termudah adalah dengan meletakkan tanda ":" di hadapan perenggan mesej anda. Lebih banyak tanda tersebut, lebih jauh mesej anda digerakkan ke kiri. Kesannya sama seperti menekan bebutang tab dalam program pemproses kata (Microsoft Words, atau OpenOffice). Contohnya:

Baris ini tiada lekuk
:Baris ini bergerak ke kanan sedikit
::Baris ini bergerak ke kanan sebanyak dua kali.


akan kelihatan seperti ini:

Baris ini tiada lekuk

Baris ini bergerak ke kanan sedikit
Baris ini bergerak ke kanan sebanyak dua kali.
Cuba membuat lekukan di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Peringatan