Wikipedia:WikiProjek Makanan dan Minuman/Bahagian atas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke WikiProjek Makanan dan Minuman
Tentang WikiProjek

WikiProjek Makanan dan Minuman merupakan sebuah WikiProjek yang memfokuskan terhadap topik berkaitan makanan dan minuman. Ia juga merupakan salah satu WikiProjek yang termuda di Wikipedia Bahasa Melayu yang ditubuhkan pada Oktober 2020.

Topik

WikiProjek ini merangkumi pelbagai jenis topik seperti masakan kebangsaan sesebuah negara, seperti di Malaysia, roti canai, bahan masakan seperti rempah ratus, syarikat pengeluaran makanan dan minuman, dan termasuk jurumasak dan chef dan topik yang berkaitannya.

Rencana pilihan
Durian

Durian ialah buah daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio (pokok Durian) yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara dengan gelaran "raja buah". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Daripada duri itulah durian mendapat namanya. (Rencana penuh...)