Wikipedia:WikiRaja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang yang digunakan untuk mengenal pasti WikiRaja, walaupun (hati-hati ya) mungkin tidak kelihatan melalui alam siber

WikiRaja ialah pengguna yang mengambil berat tentang hak pemilikan beberapa rencana Wikipedia secara dramatik. Namun Kerajaan Wikipedia tidak membenarkan kelakuan sedemikian. Walaupun istilah ini mudah terkeliru dengan peminat Wikipedia, WikiRaja akan menuntut hak pemilikan dan menuntut pengguna Wikipedia lain untuk menerima hak pemilikan yang dituntut olehnya. WikiRaja juga merupakan ibu bapa yang bangga dengan WikiPuteri yang terlalu dimanjakan.

Bagaimana seorang raja dilahirkan[sunting sumber]

Semua raja pernah menjadi WikiNaga, berdasarkan hikayat yang diturunkan kepada kita. Beliau merayau merentasi segenap pelusuk daratan Wikipedia, mencari alam-alam rencana baru untuk memberi bantuan jika diperlukan. Tetapi kemudian mereka menemui sesuatu alam rencana gergasi yang sangat tidak berguna dan tidak terjaga, maka mereka merasakan keperluan untuk menetap, dan bekerja keras untuk memastikan bahawa ia akan hidup. Hari-hari tanpa runsing kini sudahpun tiada. Kegelisahan mula memuncak dan memberati kepala sang pemakai mahkota.

Masalah dan peluang[sunting sumber]

Seorang WikiRaja merupakan aset yang hebat untuk Wikipedia kerana keazamannya. Namun, dia dibutakan oleh cintanya terhadap kerajaannya. Oleh itu dia jarang bijak dalam peranannya sendiri sebagai seorang pemerintah. Hal ini mungkin boleh menjadi satu masalah, kerana ia berupaya untuk melambatkan kemajuan dalam AlamWiki. Syukurlah, sentiasa ada WikiNaga dan WikiKesatria yang siap sedia mencabarnya.