Wikipedia Bahasa Armenia
Wikipedia Bahasa Armenia (Bahasa Armenia: Վիքիպեդիա, rumawi: Vikipedia Ուիքիփետիա atau Վիքիպեդիա Ազատ Հանրագիտարան, Vikipedia Azat Hanragitaran) adalah Wikipedia versi bahasa Armenia.
![]() | |
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Armenia |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Diciptakan oleh | Komuniti wiki Armenia |
URL | hy.wikipedia.org |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 9 Julai 2003 |
Ia dicipta pada Februari 2003[1] sebagai Հայերեն Վիքիփեդիա. Nama itu kemudian diubah menjadi Հայերեն Վիքիպեդիա pada 5 April 2012.[2][3] Dengan semua kandungannya sekarang, ia disenaraikan dalam Senarai Wikipedia dalam kategori 100,000+.
Wikipedia Armenia kemudian melancarkan pilihan untuk membaca semua kandungan, jika nak, dalam ortografi tradisional (Mesrobia), dan bukannya ortografi Baharu (Abeghia). Wikipedia bahasa Armenia kadang-kadang memuat rencana yang selari dalam bahasa Armenia Barat yang digunakan secara meluas oleh diaspora Armenia.
Namun pada 1 April 2019, sebuah laman web berasingan dilancarkan dalam bahasa Armenia Barat dibawah nama Հայերէն Ուիքիփետիա dengan projek memindahkan bahan-bahan Armenia Barat ke sana dan memperluas kandungan di ruang Wikipedia Bahasa Armenia Barat.
Statistik[sunting | sunting sumber]
Pada 2 Disember 2013 telah mencapai 200,000 rencana.
Ia mempunyai 272.132 rencana.[4] Ia juga mempunyai kira-kira 99.269 penyumbang berdaftar, termasuk 11 pentadbir.
Wikipedia Bahasa Armenia Barat[sunting | sunting sumber]
Jenis laman web | Projek ensiklopedia internet |
---|---|
Terdapat dalam bahasa | Bahasa Armenia Barat |
Pemilik | Yayasan Wikimedia |
Diciptakan oleh | Komuniti wiki Armenia |
URL | hyw.wikipedia.org |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | Pilihan |
Dilancarkan pada | 1 April 2019 |
Pada Januari 2018, kawasan inkubator dilancarkan untuk Bahasa Armenia Barat di incubator.wikipedia.org/wiki/Wp/hyw sebagai persiapan untuk kemungkinan melancarkan Wikipedia berasingan di Armenia Barat.
Pada April 2019, Wikipedia Bahasa Armenia Barat dilancarkan di hyw.wikipedia.org․ Kerana peraturan transliterasi yang berbeza dari Bahasa Armenia Barat, wiki baru diberi nama Ուիքիփետիա dan bukan Վիքիպեդիա seperti dalam Bahasa Armenia Timur yang digunakan dalam Wikipedia Armenia utama.
Galeri[sunting | sunting sumber]
-
Logo rencana ke 100,000 Wikipedia Bahasa Armenia (2 Disember 2013)
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Wikipedia Statistics: Creation history / Accomplishments
- ^ Վիքիպեդիայի անվանափոխության առաջին փուլ and Վիքիպեդիայի անվանափոխության երկրորդ փուլ
- ^ "Հայկական "Վիքիփեդիա"-ն քննարկում է անվանափոխության հնարավորությունը". armenpress.am (dalam bahasa Armenia). Dicapai pada 2 Ogos 2019.
- ^ Վիքիպեդիա Վիճակագրություն
- ^ Liston, Enjoli (1 Ogos 2014). "Armenians asked to write Wikipedia entries to promote culture" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Ogos 2019 – melalui www.theguardian.com.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Wikipedia Bahasa Armenia (dalam bahasa Armenia)
- Wikipedia Bahasa Armenia Barat (dalam bahasa Armenia Barat)